DAMSYIK - Kumpulan penentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad memperkenalkan kereta perisai buatan sendiri yang menggunakan alat kawalan.
Dinamakan Sham II, kenderaan perang tersebut dibina dalam tempoh kurang satu bulan.
SEBUAH kereta berperisai yang dicipta oleh kumpulan penentang Bashar |
Ia boleh dikawal dengan alat permainan video Sony Playstation.
Kenderaan tersebut dicipta oleh sekumpulan penduduk yang menyertai kumpulan Briged Al-Ansar.
Memiliki panjang sekitar empat meter dan lebar dua meter, Sham II dilengkapi sebuah mesingan di atas bumbung.
Kenderaan perang buatan sendiri itu menyertai pasukan penentang untuk bertempur dengan kebal kebal T-72 yang digunakan oleh rejim Bashar.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan askar-askar Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.
Kumpulan tersebut mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara.
Lebih 40,000 orang terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku.
sumber- Agensi
No comments:
Post a Comment