BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.
BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000. |
Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.
Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,
Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.
Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment