JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.
BEGINILAH keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam. |
Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.
Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.
Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
sumber- Kosmo
No comments:
Post a Comment