Pages - Menu

Monday, December 24, 2012

Ubi kentang diuji ganti penumpang pesawat

CHICAGO - Para jurutera sebuah syarikat yang membina pesawat Boeing di sini menggunakan guni yang mengandungi sejumlah ubi kentang untuk menggantikan penumpang bagi menguji pengesanan gelombang bagi gajet tanpa wayar.

Guni itu diletakkan di tempat duduk penumpang dan ia kelihatan seperti manusia semasa ujian tersebut dilakukan.

Ubi kentang
GUNI mengandungi ubi kentang diletakkan di tempat duduk sebuah pesawat Boeing untuk menggantikan manusia dalam ujian pengesanan isyarat tanpa wayar.
Ujian tersebut dilakukan melibatkan masa selama beberapa hari menyebabkan guni mengandungi ubi kentang digunakan bagi menggantikan manusia.

Menurut jurucakap Boeing, Adam Tischler, ubi kentang mengandungi kandungan air dan menyerap serta memancarkan isyarat gelombang radio sama seperti tubuh manusia.

Beliau berkata, ia membolehkan ubi kentang sesuai untuk menggantikan manusia dalam ujian tersebut.

Pihak syarikat Boeing membeli sebanyak 9,000 kilogram ubi kentang untuk ujian itu.

Hasil ujian tersebut, para jurutera syarikat berkenaan mewujudkan sistem proprietari untuk pelarasan isyarat internet.

Menurut Boeing, sistem itu memastikan gelombang isyarat tanpa wayar tidak akan mengganggu peralatan komunikasi dan peralatan penerbangan yang sensitif.

Syarikat itu menyatakan, isyarat tanpa wayar kini boleh diperoleh dalam pesawat Boeing 777, 747-8 dan 787 Dreamliner. 

sumber- Agensi

No comments:

Post a Comment