Pages - Menu

Monday, December 24, 2012

Wanita Arab-Israel meninggal dunia pada usia 124 tahun

TEL AVIV: Seorang wanita Arab warga Israel dilaporkan meninggal dunia pada usia 124 tahun.

Sekiranya disahkan, ia bermakna wanita itu dalah wanita paling lama hidup, lapor media Israel. 

Mariam Amash dari Kampung Arab di Jisr al-Zarqa, kira-kira 400 kilometer dari utara Tel Aviv, meninggalkan 10 anak dan kira-kira 300 cucu dan cicit, menurut ynet, versi internet akhbar terlaris Israel, Yedioth Ahronot.

Mariam Amash
MARIAM menunjukkan dokumen pengenalan dirinya beberapa tahun lalu.
Kad pengenalan Israelnya menunjukkan dia dilahirkan pada 1888.

Buat masa ini, orang tertua yang pernah disahkan dan didokumenkan ialah Jeanne Calment dari Perancis (1875-1997) yang meninggal dunia ketika berusia 122 tahun.

Beberapa bulan lalu, Mariam memberitahu ynet bahawa dia memang berusia 124 tahun dan dia masih ingat tahun dia dilahirkan tetapi tidak tarikh tepatnya.

Maka, kerani yang mengeluarkan kad pengenalannya berpuluh-puluh tahun lalu meletakkan 00.00.1888 sebagai tarikh dia dilahirkan dalam dokumen pengenalan itu.

“Jadi, keluarga saya akan mengadakan majlis keraian dan memberi hadiah pada setiap akhir tahun,” katanya.

Berita mengenai Mariam ini diketahui selang seminggu selepas Buku Rekod Guinness mengesahkan Jiroemon Kumura, lelaki berusia 115 tahun dari Jepun sebagai lelaki tertua hidup di dunia selepas wanita dari Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 115 tahun. 

sumber- Agensi

No comments:

Post a Comment