Pages - Menu

Monday, July 2, 2012

Perancis buka tanah Perkuburan Islam rasmi pertama



Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu.

Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis memberitahu Agence France-Presse (AFP) pada hari Isnin, 7 Februari.

Pelbagai pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri pembukaan tanah perkuburan itu, yang mempunyai ruang untuk kira-kira 1,000 kubur.

Tanah perkuburan, yang berharga kira-kira 800,000 euro, menghadap ke arah Makkah, mempunyai ruang untuk berwudhu' dan surau yang berasingan.


Perancis merupakan rumah kepada minoriti Muslim seramai enam juta orang, yang terbesar di Eropah.

Islam menyeru untuk menghormati manusia sama ada hidup atau mati. Mayat seorang Muslim perlu segera dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan dan persediaan.

Dua atau tiga orang Muslim dewasa perlu memandikan mayat dan kemudian mengkapannya. Sebelum dikebumikan, solat jenazah perlu dilakukan.

Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah makruh (tercela) untuk melambatkan pengebumian jenazah.

sumber- On Islam

Untung RM1.17j dalam sejam

PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan.
PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan.

KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan lelaki dipercayai Geng Oxy kerana menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika merompak mengambil masa kurang sejam untuk memotong pintu empat mesin juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.17 juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.06 pagi itu, empat daripada enam mesin ATM ditempatkan di kawasan khas untuk ATM dipecahkan dengan menggunakan alat pemotong logam itu manakala dua lagi tidak sempat dipecahkan.


Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh, 20-an berkata, ketika kejadian, terdapat dua pengawal keselamatan bertugas iaitu seorang meronda kawasan manakala seorang lagi mengawasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik pengawal.

Katanya, melalui CCTV itu, kelihatan ada pergerakan lapan lelaki memakai penutup muka dan berbaju gelap memasuki kawasan pasar raya itu kira-kira jam 3 pagi.

sumber- HMetro


Bayi terlantar diazab pengasuh

KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah.
KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah.
PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.


Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.

sumber-HMetro

Ikut jejak pak cik

IPOH: “Kami sekeluarga tidak menyangka lombong berkenaan kembali ‘meragut’ nyawa seorang lagi ahli keluarga kami dalam tempoh lapan tahun,” kata Normaskana Husain, 37, ibu saudara Muhammad Hanafi Radzi, 10, mangsa lemas di lombong bijih tinggal di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.25 malam di Kampung Seri Rahmat, Pasir Puteh itu, mayat mangsa yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh ditemui terapung di permukaan lombong oleh pekerja warga Bangladesh yang kebetulan berada di situ.

Sekitar lapan tahun lalu, bapa saudara arwah turut lemas di lombong sama dipercayai tergelincir ketika memancing, malah beberapa nyawa lain turut melayang di lombong berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Normaskana ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) malam kelmarin berkata, dia tidak percaya arwah sanggup ke lombong itu kerana sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak pernah mendekati kawasan lombong itu apatah lagi mandi di situ.



Katanya, dia dan ibu arwah, Siti Fatimah Husain, 29, sering menasihatkan arwah supaya tidak mendekati lombong berkenaan selepas kejadian lemas menimpa bapa saudara mereka pada 2005.

“Arwah tidak pernah mendekati kawasan lombong itu sejak kecil biarpun jaraknya dengan rumah kurang 200 meter. Sebelum kejadian, arwah bersama saya ketika menghadiri kenduri tahlil di rumah jiran berdekatan sebelum dia menghilangkan diri jam 5 petang. “Selepas menyedari kehilangan arwah, saya bersama abangnya, Norfitri, 12, keluar mencarinya merata tempat termasuk di padang permainan dan kafe siber, namun gagal menjejakinya sebelum didatangi rakan sekolah arwah yang memaklumkan arwah lemas di lombong,” katanya.

Katanya, dia terus bergegas ke lombong itu sebelum mendapati arwah sudah kaku di tepi lombong sejurus dijumpai pekerja warga Bangladesh berkenaan. Normaskana berkata, dia hairan kerana hanya menemui pakaian dan basikal mangsa di tepi lombong sedangkan rakannya yang lain turut mandi di lombong sama.

Katanya, dia percaya rakan arwah meninggalkannya sejurus melihatnya terkapai-kapai lemas di lombong berkenaan sebelum lemas. “Saya rapat dengannya sejak bayi selepas ibu bapanya bercerai, 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, usaha menemu ramah Siti Fatimah gagal kerana dia terlalu sedih dengan kejadian menimpa anak bongsunya itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Katanya, sejurus tiba, anggotanya mendapati mangsa meninggal dunia, malah mayatnya sudah dibawa naik ke daratan oleh pekerja warga asing yang bekerja di projek perumahan berhampiran.

“Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Puteh pagi semalam.

sumber- HMetro

Saintis China cipta babi berkaki menyala dalam gelap

Penyelidik dari Universiti Pertanian Yunnan di China mendakwa mereka telah mencipta sepuluh ekor babi / khinzir khas yang mempunyai kaki hijau bersinar dalam gelap.

Saintis di universiti itu berkata, babi adalah transgenik dan dicipta dengan menambah bahan genetik dari obor-obor ke embrio babi biasa.

Di atas gen obor-obor, pakar-pakar juga mencampurkan dengan gen Leptin, yang merupakan hormon protein 16 kDa yang membantu untuk mengawal selia pengambilan dan penggunaan tenaga.


Khinzir kecil kelihatan normal di dalam cahaya tetapi apabila mereka dimasukkan ke dalam gelap dan cahaya UV menyinari kaki mereka, ia mula hijau bersinar.

Untuk mencipta babi itu, bahan genetik dari obor-obor telah ditambah kepada 398 embrio babi yang telah diimplan kepada lima ekor khinzir betina dewasa.

Empat khinzir betina dewasa hamil, dan di kalangan anak yang mereka lahirkan, 10 mempunyai kuku hijau bercahaya.

sumber- Metro

Hantu suami isteri di landasan keretapi


JULAI 2011- Warga Singapura baru-baru ini dihebohkan dengan munculnya foto yang menggambarkan hantu sepasang suami isteri yang sedang duduk-duduk di landasan keretapi stesen Bukit Timah Singapura.

Padahal menurut cerita, pasangan suami isteri itu diketahui meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan keretapi. Lokasi mautnya pasangan suami isteri itu, adalah seperti yang ada di dalam foto yang kini banyak beredar di Singapura.

Seperti dilaporkan The Star, Isnin (25/7/2011), seorang wartawan Lianhe Wanbao bernama Zheng Jia Xin, mengatakan seorang temannya mengambil gambar dengan latar belakang sepasang kekasih sedang bercakap di stesen kereta api Bukit Timah, Singapura, Selasa malam, minggu lalu. Namun ketika dia memeriksa gambar tersebut di rumah, pasangan yang difotonya bukan pasangan yang ada di dalam foto itu.


Pada ketika lain, seorang warga Singapura yang lain bernama Liao Ting Yao, 27, sengaja menyusuri landasan berhantu tersebut seorang diri, mulai Sabtu (17/7/2011) malam hingga Hari Minggu (18/7/2011) pagi. Pada waktu malam, Yao sengaja mengambil gambar dari beberapa sudut stesen dan landasan keretapi tersebut.

Ketika dia melihat hasil tangkapannya, Yao sangat terkejut. Sebab ketika dia mengambil gambar, dia yakin tidak ada seorang pun di sana. Namun hasil cetakan fotonya, menunjukkan ada dua orang tengah bercakap-cakap mesra sambil duduk di landasan keretapi. Gambar inilah, yang sekarang menjadi sensasi di Singapura.

sumber- surya.co.id

Ikan Pari Terbesar Di Dunia

Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia telah dipecahkan oleh Pemancing dari England,Ian Welch.Ikan Pari Terbesar di dunia ini ditangkap di perairan Sungai Mekong,Thailand.Dipercayai Ikan Pari Terbesar Di Dunia.

Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki.Menurut Ian Welch dia memerlukan selama 90 minit untuk menangkap Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke daratan dengan dibantu 13 orang lelaki.

Sumber : Fcukz.co.cc

3 pelajar USM ditahan disyaki palsukan sijil akademik

GEORGETOWN - Akibat ingin bermewah, tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil jalan mudah dengan terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil akademik – diploma hingga ijazah sarjana pusat pengajian tinggi itu.

Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit dicekup oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak malam tadi.

“Mereka bertiga ditahan untuk membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan sijil akademik universiti berkenaan.

“Tangkapan itu melibatkan dua pelajar wanita berusia 24 dan 25 tahun serta seorang pelajar lelaki yang berusia 26 tahun. Mereka ditahan dalam satu operasi khas melibatkan sepasukan polis yang ditubuhkan untuk menyiasat kes berkenaan," kata beliau, hari ini.


Menurutnya, pasukan khas itu ditubuhkan berikutan laporan USM awal bulan lalu dan maklumat awam.

“Mereka disyaki menjual sijil palsu kepada pihak ketiga dengan harga tertentu," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa peralatan komputer dipercayai digunakan bagi menghasilkan sijl palsu.

“Siasatan awal mendapati antara sijil yang dikeluarkan mereka adalah diploma, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda," katanya.

Ketiga-tiga pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut  (IPDTL) di sini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya,ketiga-tiga pelajar itu kini direman untuk membantu siasatan kes berkenaan.

sumber- Sinar

Luluh perasaan lihat anak mati tergantung di tempat kerja

TELUK INTAN - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya yang mati tergantung pada sebatang pokok di  kawasan tempat kerjanya selepas dia tidak pulang ke rumah seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang berusia 34 tahun, berasal dari Jalan Kampung Banjar dekat sini,  meninggal dunia di tempat kejadian.


sumber- Sinar

Asal-usul nama Bongek

Asal-usul nama Bongek
Basri (kiri) bersama Abu Hashim ketika menunjukkan lokasi dipercayai merupakan asal usul nama Kampung Bongek.
BONGEK – "Saya tak kecil hati kalau orang luar sukar sebut nama kampung kami ini," kata Basri Hasan, 71, anak jati Kampung Bongek, di sini.

Bagaimanapun, Basri berharap, orang ramai memperbetulkan sebutan namanya berikutan kampung berkenaan mempunyai sejarah keistimewaan tersendiri.

Basri yang kini merupakan Pensyarah (Dosen) Islamic Educational Institution Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang di Sumatera Barat berkata, nama kampung berkenaan diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal 1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.

Menurutnya, sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.

"Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah
singgah di dua lokasi berbezayang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh," katanya.



Penerima Anugerah Tokoh Guru 2012 Daerah Rembau berkata, orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.

"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti
sekarang ini iaitu 'Bongek'," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kini orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bongek, Abu Hashim Omar berkata, kampung berkenaan kini tidak putus-putus
melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Pernah juga saya terdengar orang mempermainkan sebutan nama kampung ini. Atas dasar itu, kita harap agar mereka-mereka ini akan mengenali serta mencari keistimewaan kampung ini sebagai antara penempatan awal dibuka di daerah Rembau," katanya.

sumber- Sinar

Ayah lari, perbuatannya rogol anak sendiri diketahui isteri

Ayah lari, perbuatannya rogol anak sendiri diketahui isteri
Raja Shahrom
AYER KEROH - Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri.

Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik
kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.

Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.

Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas diminta memberitahu perkara sebenar.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.



“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.

“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

sumber- Sinar

Cabul nenek disangka gadis

Cabul nenek disangka gadis
Ghuzlan
KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.

Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"


Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.

sumber- Sinar

Haiwan ajaib Galapagos

George yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun ditemui mati Ahad minggu lalu.
HARAPAN para saintis untuk melihat Lonesome George - seekor kura-kura gergasi Galapagos, meninggalkan baka berakhir apabila haiwan itu ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador pada 24 Jun lalu.

Puerto Ayora terletak di selatan Taman Negara Galapagos.

Dianggarkan berusia lebih 100 tahun, kura-kura berstatus duta Kepulauan Galapagos itu berjaya menarik lebih 180,000 pelancong untuk mengunjungi pulau itu tahun lepas.

George dipercayai kura-kura terakhir daripada subspesies Geochelonenigra abingdoni. Kepulauan itu masih dihuni kira-kira 20,000 ekor kura-kura gergasi daripada 13 subspesies.


"Pada waktu pagi semasa seorang renjer sedang meronda, dia menemui George mati di pusat pembiakan kura-kura gergasi.

"Kehidupan kura-kura ini telah berakhir, namun kami merancang untuk mengawet bangkainya bagi dijadikan tatapan pelancong pada masa hadapan," kata ketua taman itu, Edwin Naula.

Bangkai haiwan bertaraf selebriti itu ditempatkan di dalam sebuah kebuk sejuk bagi mengelakkannya daripada mereput. Saintis berkata, kematian George akan melenyapkan spesies itu.

George mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Ia ditemui pada tahun 1972 di Pulau Pinta, salah sebuah pulau di Kepulauan Galapagos.

Sama seperti namanya Lonesome George, haiwan itu hidup bersendirian dan kesepian sepanjang hayatnya.

George tidak mempunyai anak. Walaupun ia cuba dibiakkan bersama dua kura-kura betina berlainan spesies, hasilnya mengecewakan.

Diburu

Pada tahun 2009, pegawai Ecuador mengumumkan seekor daripada dua kura-kura betina yang tinggal bersama George telah menghasilkan sebanyak lima biji telur. Malangnya kesemua telur itu gagal menetas.

George hidup bersama dengan kura-kura betina daripada jenis Geochlone becki itu sejak tahun 1993.

Populariti George bukan calang-calang bahkan berjaya menarik perhatian ikon terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk melawat taman negara itu.

Lokasi tempat kura-kura itu tinggal juga dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap tahun.

Mereka mengambil peluang bergambar dengan makhluk pelik di muka bumi itu.

Bagaimanapun, sejak kedatangan manusia ke kepulauan itu, jumlah kura-kura gergasi menurun secara signifikan.

Ia sering diburu kerana dagingnya manakala habitat semula jadinya turut dirampas oleh gerombolan kambing yang dibawa oleh penternak.
TAMAN Negara Galapagos pernah dikunjungi pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt (dua dan tiga dari kanan).

Namun, usaha penyelamatan oleh Taman Negara Galapagos dan Yayasan Charles Darwin untuk menambah kembali populasi kura-kura itu mula berhasil.

Secara umum, populasi kura-kura gergasi Galapagos meningkat daripada hanya 3,000 ekor pada tahun 1974 kepada 20,000 ekor sekarang.

Selain kura-kura gergasi, Kepulauan Galapagos juga terkenal sebagai rumah kepada berbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang unik.

Keajaiban alam dan kebiasaan kura-kura Galapagos yang boleh hidup sehingga 200 tahun telah mencetuskan idea kepada saintis Britain, Charles Darwin untuk memperkenalkan teori evolusinya.

Ketua Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah, berkata usaha untuk memastikan kura-kura gergasi terus hidup sememangnya agak sukar.

"Selain masalah kesihatan kerana usia yang lanjut, haiwan ini sensitif terhadap makanan yang diberikan.

"Selain itu, ia sukar menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berbeza daripada habitat asal," katanya kepada Jurnal.

Jelasnya, pihak Zoo Negara juga mempunyai kura-kura gergasi daripada spesies Aldabran iaitu kura-kura kedua terbesar di dunia selepas spesies Galapagos tetapi usaha untuk membiakkan haiwan itu bukan mudah.

"Namun, itu tidak bermakna kita akan berhenti berusaha membiakkannya sebaliknya banyak lagi penyelidikan saintifik perlu dilakukan," beritahu beliau.

sumber-Kosmo

Bayar guna cek tendang

KOTA BHARU: Sebuah syarikat telekomunikasi kerugian RM336,800 selepas diperdaya dua individu berhubung urus niaga kad prabayar dalam kejadian di Pasir Tumboh, dekat sini, pada 21 Jun lalu.

Dua individu itu dikatakan berjaya mempengaruhi pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan untuk menjual 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800, sebelum menyerahkan cek tendang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud (gambar), berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada 25 Jun lalu.

Katanya, tembelang suspek terbongkar selepas mangsa mendapati cek diterima hasil urus niaga membabitkan 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800 adalah cek tendang.


“Mangsa cuba mendepositkan cek diterima di sebuah bank di sini, tetapi terkejut apabila mendapati cek berkenaan cek tendang. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal kerana suspek sudah menghilangkan diri.

“Selepas berasa ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, pada 25 Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, dua suspek itu yang menggunakan nama Syed Mohd Salleh dan Fazilah Hasan, masing-masing berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan.

sumber-HMetro

Kari bakar rumah

PETALING JAYA: Jika tidak kerana tanggungjawab sesama jiran membantu memadam kebakaran, sudah pasti satu unit kediaman di Blok Dua, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, hangus apabila penghuninya melarikan diri sebaik kejadian, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, satu bilik dalam kediaman berkenaan di tingkat 14 dihuni lapan pekerja warga Bangladesh terbakar dipercayai akibat litar pintas selepas dapur elektrik dipasang untuk memasak gulai kari tidak dipadamkan.

Ini menyebabkan 10 jiran termasuk pengawal keselamatan bertungkus-lumus cuba memadam api dengan menyiram air menggunakan baldi dan menyembur dengan salur getah selepas tiga pekerja warga Bangladesh meninggalkan rumah itu akibat panik.

Menceritakan detik cemas itu, jurujual, Yap Chai Guan, 24, berkata dia hanya mengetahui kebakaran itu daripada seorang jiran tingkat atas apabila ternampak asap tebal dari beranda.

“Dua jiran terbabit mengetuk pintu rumah memaklumkan kediaman di depan rumah saya terbakar sebelum kami memaklumkan pihak pengurusan bangunan dan menghubungi bomba.


“Namun, khuatir melihat api semakin marak, kami sepakat memadam kebakaran itu tanpa menunggu bomba tiba,” katanya.
Menurutnya, dia difahamkan, ada tiga pekerja warga Bangladesh di rumah itu ketika kejadian, manakala rakan mereka belum pulang dari tempat kerja.

“Tiga warga Bangladesh bekerja di tapak pembinaan itu menyediakan hidangan makan malam apabila seorang terlupa memadam dapur elektrik selepas memasak gulai kari dan pergi mandi.
“Ini menyebabkan berlaku litar pintas daripada dapur elektrik itu dan mengakibatkan percikan api. Api kemudian menyambar kain dan menyebabkan kebakaran,” katanya.

Katanya, pekerja warga asing itu yang panik selepas melihat api marak berlari meninggalkan bilik yang terbakar itu dan cuba meminta bantuan penyelia mereka yang tinggal di blok bersebelahan.

“Ini kerana, mereka tidak tahu bagaimana menghubungi bomba atau pihak pengurusan bangunan kerana baru dua bulan menyewa di rumah itu.

“Mujur, kami cepat memadam kebakaran dan jika terlewat sedikit sudah pasti kediaman jiran lain turut terbakar,” katanya.

sumber-HMetro

Pecah cermin 16 kereta

BUTTERWORTH: Penghuni Pangsapuri Bagan Bay Vista yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising sekitar jam 4 pagi sebelum pemeriksaan mendapati cermin 16 kereta yang diletakkan di tepi jalan pecah.

Difahamkan, penduduk terkejut dengan bunyi sistem penggera kereta lalu bergegas keluar membuat pemeriksaan dan ada yang mendakwa ternampak dua lelaki sedang memecahkan cermin kereta.

Bagaimanapun dua lelaki terbabit sempat melarikan diri menaiki kereta yang dipandu rakan mereka sebaik kejadian disedari penduduk.

Peniaga, M Kumar, 42, berkata, dia tinggal di kampung berhampiran, tetapi meletak kereta Chery Eastar miliknya di tepi jalan berhampiran apartmen berkenaan.

Katanya, dia terkejut sebaik dimaklumkan kebanyakan kereta yang diletakkan sepanjang jalan itu dipecahkan cermin sebelum bergegas keluar membuat pemeriksaan.



“Saya terkejut apabila mendapati lima cermin kereta termasuk depan dan belakang sudah pecah mengakibatkan kerugian kira-kira RM3,500.

“Saya meletak kereta di tepi jalan dekat Pangsapuri Bagan Bay Vista sejak setahun lalu, tetapi tiada sebarang masalah. Entah kenapa kereta saya menjadi sasaran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, pengawal keselamatan yang menjaga apartmen berkenaan ternampak sebuah kereta memasuki kawasan itu sebelum keluar dua lelaki memakai penutup muka lalu memecahkan cermin kereta dengan objek keras.

Pengawal terbabit dikatakan cuba mengejar dua lelaki berkenaan, namun gagal sebelum menghubungi polis.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad, K Letchumanan, 42, berkata, dia kerugian RM1,000 apabila cermin dua keretanya turut dipecahkan.

“Saya hanya tahu mengenai kejadian sebaik pulang dari kerja jam 7 pagi tadi (semalam). Selain cermin tingkap kiri Naza Ria, cermin tingkap belakang Perodua Kelisa yang diletak berhampiran turut dipecahkan.

“Saya tidak tahu apa motif kejadian sedangkan sebelum ini tiada sebarang masalah dan bukan hanya kereta saya yang jadi mangsa,” katanya.

Penghuni pangsapuri, Ng Chin Mei, 42, berkata, kereta Proton Waja milik anaknya turut menjadi mangsa apabila cermin depan dan belakang dipecahkan.

“Saya sedang tidur sebelum dihubungi adik memaklumkan kejadian itu. Sebaik turun, saya dapati cermin kereta anak saya sudah pecah,” katanya.

Semua mangsa membuat laporan di Balai Polis Butterworth dan polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif kejadian.

sumber-HMetro

Pistol dilari penjenayah

KUALA LUMPUR: Sepucuk pistol Baretta milik Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Rahim Thamby Chik hilang dilarikan sekumpulan penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Pantai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek turut melarikan beberapa barang berharga seperti komputer riba, i-Pad dan barang kemas namun jumlah kerugian belum dapat dianggarkan berikutan ketika kejadian mangsa tiada di rumah kerana bercuti.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari seorang anak lelaki dan anak saudara mangsa yang pulang ke banglo dua tingkat itu dan mendapati lampu bilik utama terpasang.

Anak lelaki Rahim yang enggan dikenali berkata, menyedari rumah dimasuki penyamun dan bimbang dicederakan, dia dan sepupunya keluar semula dari rumah berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Ketika kami pulang ke rumah, kelihatan lampu di bilik utama terpasang sedangkan tiada sesiapa di rumah ketika itu.


“Sejurus masuk ke dalam rumah, kami mendapati keadaan berselerak. Jadi saya terus melaporkan kejadian itu pada polis,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Malah, pada hari kejadian, pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka itu juga tiada kerana bercuti sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, kejadian itu adalah yang kedua dipecah masuk dalam tempoh enam tahun dan kali pertama pada 2006.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis yang menerima laporan kejadian kemudian bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai memotong kawat besi pada tembok belakang rumah sebelum memotong jeriji tingkap dapur untuk masuk ke dalam rumah.

“Hasil siasatan lanjut, beberapa barang berharga dilarikan antaranya komputer riba, i-Pad dan barang kemas milik isteri mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

sumber-HMetro

Tulang kaki tersembul

TAWAU: Tindakan ‘berani mati’ seorang pelajar lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan, mengundang padah apabila kaki kanannya patah dalam kejadian di kawasan Sabindo, dekat sini, malam kelmarin.

Sebelum kejadian, pelajar berusia 18 tahun terbabit dikatakan naik ke bumbung bangunan berkenaan, sebelum terjun dan terjatuh di atas bonet sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di kawasan itu, kira-kira jam 9.30 malam.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azman 38, berkata ketika kejadian dia berada beberapa meter dari lokasi pelajar terbabit terjatuh.

Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka remaja itu adalah pengawal keselamatan yang cuba melakukan pemeriksaan dan tidak mempedulikannya.

sumber-HMetro