Pages - Menu

Saturday, July 7, 2012

Replika Citihenge Skoda


SKODA menyajikan keunikan untuk pelancaran model kompaknya, Citigo. Tempoh masa tiga bulan dan 18 kereta terpakai digunakan untuk pelancaran Citigo

SKODA melancarkan model kereta kompaknya, Citigo dengan kreatif apabila menghasilkan replika seperti binaan ikonik Stonehenge.

Replika unik itu dihasil menggunakan alat-alat ganti kereta terpakai dan diletakkan berhampiran bangunan Southbank di London.

Model Citigo diletakkan di tengah-tengah replika tersebut. Ia sememangnya mendapat perhatian mereka yang lalu-lalang.

Citihenge dihasilkan oleh pembuat arca, Tommy Gun dan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan. Binaan itu menggunakan 18 buah kereta terpakai dan setinggi lima meter. Setiap henge tersebut selebar lima meter dengan berat mencecah 36 tan.


Hasil seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada siri projek kreatif yang dilaksanakan oleh Skoda. Projek sama turut melibatkan penghasilan kek gergasi, kereta di dalam gua dan kerjasama dengan penyanyi Anastacia serta DJ Tiësto.

sumber- Kosmo

Kaki robotik paling canggih dicipta

GAMBAR menunjukkan sepasang kaki robotik yang dicipta dua saintis di Amerika Syarikat.
PARIS - Dua saintis di Amerika Syarikat (AS), Anthony Lewis dan Theresa Klein menyatakan mereka telah membina sepasang kaki biomekanikal yang paling canggih di dunia.

Kedua-dua mereka dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Komputer Universiti Arizona, AS, berkata, ia merupakan kaki robotik pertama yang boleh meniru pergerakan kaki manusia.

Menurut mereka, panjang kaki robotik tersebut sekitar separuh daripada kaki manusia dewasa.

Kaki robotik tersebut dilengkapi beberapa sensor dan sebuah komputer kecil bagi membantu ia bergerak di atas permukaan yang berbeza.


Bertujuan untuk membantu saintis memahami cara pergerakan manusia, kaki robotik berkenaan diharap dapat membantu pesakit lumpuh berjalan pada masa depan.

Ciptaan itu didedahkan semalam dalam Journal of Neural Engineering.

sumber- Kosmo

Fosil ikan paus gergasi diselamatkan

SATU fosil ikan paus gergasi yang terdapat di gurun Ocucaje, Peru pada Rabu lalu.

LIMA, Peru - Sekumpulan ahli geologi berusaha sejak empat tahun lalu untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje 310 kilometer dari sini.

Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan menggunakan berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya daripada retak.

Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya terhakis akibat tiupan angin.

Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi Perlombongan dan Kaji Logam (Ingement), kawasan 'perkuburan ikan paus itu' menjadi gurun ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua kehidupan laut.

Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.


Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.

sumber- Kosmo

Babi hutan 'mengamuk' di bandar Kuantan

babi hutan terbesar di dunia
Babi hutan “mengamuk” sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
KUANTAN – Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat Babi Hutan tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin Babi Hutan terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang.

Difahamkan, babi hutan yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota.

Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata “Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi hutan tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancongan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi hutan tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, kemudian dihalau seorang India, babi hutan itu menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar”.


Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. “Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)”, kata beliau. “Selama ini kita memang selalu mendengar babi hutan mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini”, tambah beliau lagi.

babi hutan terbesar di dunia
Kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi hutan di dalam kedai terbabit
Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba babi hutan ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?  Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi hutan itu mahu menggantikan “gajah” sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya.

Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi hutan itu?. Bayangkan jika babi hutan berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan “Nite Zoo” setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar.

Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali babi hutan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini

Sumber- Pahangdaily

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.


” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Sumber- Melayukini

Rama-Rama Cermin Yang Unik


Rama-rama adalah serangga yang cukup indah dan mengasyikkan. Memerhatikan ia berterbangan mencari si bunga untuk menghisap madu sungguh menenangkan. Serangga ini cukup unik dan cantik. Sehinggakan dijadikan sebagai hobi oleh sesetengah orang untuk mengumpul sebagai koleksi

Namun Rama-Rama ‘Cermin’ ( Glasswinged butterfly [Greta oto] ) adalah spesis yang unik kerana pada kedua-dua belah sayapnya adalah lutsinar. Jom kita melihat gambar di bawah ini..


Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Rama-rama ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Antara keunikan yang jelas kelihatan adalah sayapnya yang lutsinar sehingga menampakkan imej di bahagian sana. Ketika inilah kita perlu sentiasa memuji kebesaran Allah SWT. Rama-rama yang sungguh luar biasa.






Sumber-Melayukini

Awas! Taktik Menculik Budak Di Pasaraya



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

15 Haiwan Berlainan Jenis Yang Hidup Sebagai Ibu Dan Anak



Anjing dan tupai
- Tiga tupai yang masih bayi kehilangan tempat tinggal selepas pokok yang mereka tinggal di telah dipotong kini dijaga oleh anjing poodle bernama Pixie.


Anjing dan harimau
- Anjing Golden Retriever, Isabella di Kansas mengambil tiga harimau Bengal putih, Nasira, Anjika dan Sidani sebagai anak angkat selepas ibu bayi harimau itu enggan menyusukan anaknya 15 jam selepas lahir.Penjaga zoo, Tom dan Allie Harvey kemudian membawa bayi harimau itu pulang ke rumah, di mana Isabella merupakan anjing kepada kedua-dua penjaga zoo itu.


Kucing dan tupai
- Jim dan Karen Watkins menemui bayi tupai, Rocky di halaman rumah mereka dan membawanya kepada kucing mereka, Emmy yang baru melahirkan anak dengan harapan Emmy dapat menyusukan bayi tupai itu.Emmy tidak keberatan menerima Rocky sebagai anaknya.


Anjing dan babi
Katjinga, anjing Rhodesian yang tinggal di sebuah ladang seluas 20 ekar di Jerman, telah menerima anak babi, Paulinchen yang telah ditinggalkan oleh ibunya pada bulan Ogos 2009.Pemilik Katjinga, Roland Adam, menjumpai babi itu kesejukan dan membawa ia kepada anjingnya yang berusia 8 tahun.Anjing itu kemudian menjaga dan menyusukan Paulinchen.


Kucing dan anjing
- Kucing Siam bernama Amanda dimiliki oleh Debbie Girting dalam gambar di atas kelihatan menyusukan dua anaknya dan selebihnya anak anjing.Lucy, anjing milik Debbie melahirkan 7 ekor anak anjing pada 7 mac 2010 di mana Amanda turut melahirkan dua ekor anak kucing.Malangnya, Lucy mati empat hari kemudian akibat sawan dan peranan ibu diambil-alih oleh kucing siam itu.


Anjing dan babi
- Heckers menemui dua anak babi terbiar, Alice dan Emma dan membawanya pulang ke rumah di mana anjing Heckers, Laska kemudian menjaga anak babi itu.Babi yang masih kecil itu dijaga sepenuh perhatian oleh Laska agar babi itu tidak kesejukan.


Kucing dan anjing
- Seekor kucing, Smaigel menjaga anaknya dan empat anak anjing di rumah tuannya, Mohammad Al-Hamoury di Jordan.Ibu anjing itu mati selepas kemalangan melibatkan kereta.


Anjing dan rusa
- Rusa ini diselamatkan dari banjir oleh seorang petani di Korea Selatan dan kemudian dijaga dan disusui oleh anjing betina ini.


Anjing dan kucing
- Chia, seekor anjing yang baru melahirkan selama dua minggu menjaga dan menyusukan anak kucing yang ditemui oleh teman lelaki tuannya.



Gorila dan kucing
- Koko si gorila ini memang suka kucing, tidak hairanlah jika si kucing, Tigger aman dalam dakapan Koko.


Babi dan harimau
- "Keluarga Bahagia" dipamerkan di Sriracha Tiger Zoo, Thailand.Babi dapat menjaga anak harimau dan sebaliknya.


Kucing dan tupai
- Tita, kucing yang dimiliki oleh Ruben Gaviria, menjaga dan menyusui anak tupai di samping anaknya yang lain.Ruben menemui tupai ini cedera di sebuah taman.


Monyet berlainan spesis
- Si ibu tidak lekang mendukung anak angkatnya di Zoo London.


Harimau dan babi
- Tiga bayi babi berehat di sebelah ibu angkat mereka, Sai Mai, harimau yang berusia 8 tahun di Sriracha Tiger Zoo, Thailand pada Januari 2010.


Beruk dan kucing
- Beruk jantan ini menjaga anak kucing seperti anaknya sendiri di Monkey Forest Park, Bali Ubud.

10 Ikan Menakutkan


1. Ikan Piranha 

ikan pemakan daging

Ikan ini banyak muncul di dalam filem-filem ganas. Dalam dunia sebenar, ikan ini memang bersifat begitu dan menakutkan. Barisan giginya rapat dan bersambung antara satu sama lain. Giginya direka sempurna untuk menusuk dan merobek daging-daging dengan pantas dimana ikan ini tergolong memiliki nafsu makan yang rakus. Ikan ini juga bersifat kanibalisme di mana mereka akan memakan sesama sendiri jika terlalu lapar.

jenis ikan air tawar

Mestipun ikan spesis ini pemakan daging yang dahsyat, pada saat tertentu ikan ini juga akan memakan tumbuhan seperti rumput. Penyelidikan juga menyatakan perilaku ikan ini membentuk sebuah kelompok besar sebagai pertahanan terhadap pemangsa seperti buaya dan ikan lumba-lumba sungai sekaligus sebagai strategi untuk menyerang mangsa.



ikan yang ganas

2. Anglerfish 

ikan yang menyeramkan

Tiada ikan lain yang lebih seram dari ikan ini yang berada di laut dalam. Ianya bersembungi dilaut dalam dan di namakan Anglerfish (ikan pemancing) kerana caranya menangkap mangsa yang unik dengan menggunakan bahagian tubuhnya yang menonjol keluar dari kepalanya yang mirip seperti mata kail yang mengeluarkan cahaya. Hal ini cukup untuk menarik mangsanya datang lebih dekat. Kemudiannya dengan pantas ia akan menyambar mangsa tersebut.

ikan yang amat aneh

Mulutnya yang besar bersedia untuk menerkam dan rahangnya bergigi panjang mengarah ke dalam membuatkannya lebih mudah untuk memasukkan mangsa ke dalam perut sekaligus menutup jalan keluar dari mulutnya. Ikan ini membesarkan rahang dan perutnya sehingga membolehkan magsa yang lebih besar dari dirinya boleh dimasukkan. Ia boleh ditemui di kedalaman 3,300 hingga 6,600 kaki di dasar laut. Panjangnya boleh mencecah 2 kaki.

ikan yang amat pelik
Anglefish dengan perut di mulutnya
3. Moray Eel (Belut Moray) 

jenis belut

Belut ini boleh ditemui di seluruh dunia dan menyelinap di celah-celah terumbu karang dimana ia menunggu mangsanya lalu dan menyerang dengan rahangnya yang kuat. Haiwan karnivor ini memakan hidupan laut dan mampu menyebabkan kecederaan terhadap manusia yang mendekatinya. Belut yang mencapai panjang 13 kaki ini lebih suka melarikan diri daripada menyerang. Ia hanya menyerang manusia untuk mempertahankan diri atau menggigit tangan secara tidak sengaja kerana disangkakan makanan. Ketika merasa terganggu, haiwan ini bertukar menjadi ganas dan bakteria yang terdapat pada giginya boleh mendatangkan kecederaan yang serius. Beberapa spesis belut ini juga mempunyai lendir beracun di kulitnya.

spesis belut

Antara ciri istimewa lain Belut Moray ialah rahang kedua di kerongkongannya juga mempunyai gigi. Ketika berburu dan menangkap mangsa, belut ini akan mengeluarkan rahangnya ini di mulut kemudian melumat mangsanya dan menariknya ke dalam perut.

ikan berbahaya
Green Mooray, kelihatan seperti buta.
4. Tigerfish (Ikan Macan) 

ikan yang ganas

Sesuai dengan namanya, ikan ini memiliki barisan gigi yang sempurna. Ikan ini dikenali sebagai pemangsa yang ganas. Panjang Tigerfish dewasa boleh mencecah 6 kaki.

ikan menakutkan

Rekaan badannya sememangnya untuk kekuatan dan kepantasan. Ia sentiasa bersedia untuk menerkam mangsa walaupun mulutnya sedang tertutup. Ikan ini sering dijadikan subjek pertandingan dalam merebut ganjaran yang lumayan. Ianya boleh ditemui di perairan air tawar Afrika. Apa sahaja hidupan air yang lalu dihadapannya akan diterkam menggunakan rahangnya yang kuat dan giginya yang tajam mirip piranha. Ikan ini juga dikatakan mampu menyambar mangsa yang lebih besar dari dirinya. Para nelayan berhati-hati untuk tidak menangkap jenis Goliath Tigerfish yang digambarkan oleh National Geographic sebagai “evolution on steroids”.

ikan

5. Snakehead Fish (Ikan Kepala Ular) 

ikan yang menggerunkan

Ikan yang boleh memanjang sehingga 3 kaki ini banyak ditemui di kawasan Asia Tenggara, sebahagian India dan Afrika. Dari apa yang pernah ditemui, ikan ini mempunyai mulut yang besar dan gigi yang tajam. Ia akan menyambar apa sahaja yang melintasinya termasuk ikan, burung, katak, atau mamalia lain. Pernah juga dilaporkan, ikan ini akan menyerang manusia yang berada terlalu hampir dengan anak-anaknya.

spesis ikan hodoh

Ikan Snakehead dikatakan telah wujud sejak 50 juta tahun yang lalu. Ikan ini membuktikan wujudnya adaptasi evolusi kehidupan. Ia menggunakan paru-paru dan bernafas di atmosfera udara. Ikan hodoh ini sanggup tinggal di tanah basah dalam jangka masa yang panjang dan merangkak ke kolam atau danau untuk mencari mangsa dengan menggunakan tubuh dan siripnya.

jenis-jenis ikan

6. Viperfish 

jenis ikan laut dalam

Salah satu ikan pemangsa yang ganas ialah Viperfish. Seperti Anglerfish, Viperfish juga hidup di laut dalam. Pada waktu malam, ikan yang menakutkan ini akan berenang menuju ke lautan yang lebih cetek sekitar kurang dari 700 kaki dimana terdapat lebih banyak makanan. Pacific Viperfish boleh membesar hingga mencapai panjang 2 m. Viperfish ini juga mempunyai gigi yang sangat rakus dengan mangsanya.

ikan gigi tajam
Lihatlah giginya yang besar.
7. Fangtooth Fish (Ikan Bertaring) 

ikan laut dalam

Fangtooth Fish ini adalah salah satu makhluk yang hidup di laut paling dalam iaitu dengan kedalaman 5 km di bawah permukaan laut. Wajahnya dihiasi gigi seakan taring yang besar dan rahang yang rongak. Ikan ini juga dikatakan memiliki gigi relatif paling besar di laut untuk ikan yang sama ukurannya. Ia digunakan untuk mengunyah makanan malah ukuran gigi tersebut lebih besar dari dirinya. Agak mustahil untuk ikan ini mencederakan manusia berdasarkan habitatnya yang terlalui asing untuk diterokai.

bentuk ikan menakutkan

8. Dragonfish 

ikan pelik

Dragonfish cukup dikenali kerana mulutnya yang terlebih besar dan gigi seakan taring yang menakutkan. Kepalanya sahaja seperti hanya diisi dengan rahang dan mata. Ia mengeluarkan cahaya untuk mengumpan mangsanya sama seperti Anglerfish. Ikan ini tergolong sebagai pemangsa yang ganas dan harus dielak jika terserempak dengannya.

ikan bentuk pelik

9. Gulper Eel (Belut Gulper) 

ikan aneh

Dengan mulut yang lebih besar dari tubuhnya, makhluk pelik ini juga dinamakan Belut Pelican. Rahang besarnya yang menjulur ke bawah menjelaskan kenapa ia dinamakan begitu. Mulutnya yang lentur dapat dibuka dengan lebar untuk melahap mangsa yang lebih besar dari dirinya. Sistem pencernaannya boleh meregang sehingga boleh menampung mangsa yang besar. Walaupun rahangnya besar, ukuran giginya pula adalah relatif kecil. Habitatnya pula ialah ribuan kaki di bawah kedalaman laut. Panjangnya boleh mencapai sehingga 6 kaki.

ikan paling pelik di dunia

10. Conger Eel (Belut Conger) 

ikan menakutkan

Belut aneh yang mencapai panjang sehingga 10 kaki ini adalah keluarga Moray. Mestipun tidak terdapat terlalu banyak persamaan, ukurannya yang besar membuatnya ia tergolong dalam kategori haiwan ini. American Conger atau belut laut juga dikenali dalam pertandingan memancing. 

ikan pelik