Pages - Menu

Tuesday, July 17, 2012

Kek Pengantin Tertua Di Dunia

kek pengantin tertua di dunia

Kek ini berusia 113 tahun dan dianggap sebagai kek pengantin tertua di dunia yang masih belum di jamah. Kek yang dibuat pada tahun 1898 ini tersimpan di  Museum Willis di Kota Basingtoke, Hampshire-Britain.

Sebuah keluarga yang menjalankan perusahaan roti dan kek semenjak tahun 1880 telah mendapat tempahan dari sebuah keluarga bangsawan. Mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat kek pengantin dengan lapisan coklat di bahagian luarnya, dihiasi bahan seakan perhiasan Ratu Victoria serta lengkap dengan bunga-bunga plastik.

Namun, atas sebab-sebab tertentu pesanan tersebut terpaksa di batalkan, Pemilik perusahaan roti dan kek ini memutuskan untuk menyimpannya dan dijadikan contoh untuk tempahan seterusnya. Ianya dipamerkan di jendela kedai.

Perusahaan ini adalah milik keluarga yang diperturunkan dari generasi ke generasi dan kek tersebut terus diwarisi dan dijaga dengan baik. Ketika Perang Dunia Ke-2, kek pengantin warisan keluarga ini sempat disimpan di loteng kedai. Satu keajaiban berlaku apabila ia langsung tidak rosak malahan tidak di usik oleh tikus.


Pada tahun 1964, Waris terakhir keluarga tersebut memutuskan untuk menutup perniagaan mereka. Kek ini diserahkan kepada Museum Willis.

Pihak muzium mengambil langkah untuk mengeringkannya dan menyapu gel silica bagi mencegah ia dari rosak.“Kami berharap kek ini masih boleh dinikmati untuk 113 tahun lagi,” kata Sue Tapliss, Kurator Museum Willis

Wanita Israel Selamatkan Seorang Kanak-kanak Palestin Dari Kezaliman Tentera Israel

Kezaliman tentera Israel

Seorang wanita Yahudi Israel telah bertindak diluar pemikiran logik akal manusia. Dia mempertaruhkan maruah dan nyawanya demi mempertahankan nyawa seorang kanak-kanak warga Palestine dari terus dibelasah oleh seorang tentera Zionis Israel. 

Tindakan luar biasa wanita ini amat mengejutkan. 

Mujurlah ada wanita tersebut. Jika tidak, memang tidak dapat dibayangkan nasib yang bakal menimpa kanak-kanak warga Palestine itu.


Ini membawa mesej penting bahawa tindakan zalim pihak Israel ke atas warga Palestine sudah tidak dapat diterima dunia sehinggakan warganya sendiri iaitu seorang wanita sanggup bertindak diluar jangkaan.

Lihatlah betapa beraninya wanita tersebut.

Kezaliman tentera Israel

Gigi Termahal Di Dunia

gigi termahal di dunia

Berapakah harga gigi termahal di dunia? Harganya mencecah 56,250 US dolar. Pemilik gigi tersebut adalah seekor Tyrannosaurus (T-Rex). Pusat lelongan Bonham mengatakan bahawa gigi dinosaur yang ditemui pada musim panas lalu di Garfield Country ini juga merupakan gigi terbesar yang pernah ditemui. Panjang gigi tersebut adalah sekitar 13 sentimeter. Sebelum dilelong, nilai anggaran harganya ialah sekitar 25,000-30,000 US dolar sahaja. Ternyata gigi prasejarah tersebut dibida dengan harga yang jauh lebih tinggi.

8 pembunuhan yang menggemparkan Malaysia

1.  Mona Fendy - 23 Julai 1993

Mona Fendy

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.


2. Dr. Joe Fernandez - 4 November 2000

Dr. Joe Fernandez

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam . Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500 meter dari klinik beliau. Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah. Suspek itu dipercayai pembunuh upahan. Dr. Doshinda Singh memberi rawatan kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38.


3. Pembunuhan Noritta Samsuddin - 25 Disember 2003

Noritta Samsuddin

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.


4. Pembunuhan mendiang Canny Ong - 18 Jun 2003

Canny Ong

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.


5. Altantuyaa Shaariibuu - 27 November 2006

 Altantuyaa Shaariibuu

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.


6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007

Nurin Jazlin Jazimin

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.


7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya - 30 Ogos 2010

Sosilawati Lawiya

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13 hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.


8. Nurul Nadirah (Dirang) - 1 March 2012

Nurul Nadirah Dirang

Dibunuh dan dibakar sehingga rentung dalam Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kanak-kanak kaki gergasi

kanak-kanak berkaki gergasi

SHAANXI – Seorang kanak-kanak di Xi’an, wilayah Shaanxi, China menderita akibat penyakit ganjil dialaminya, apabila kakinya membesar tanpa had sehingga menyukarkan pergerakannya kerana terlalu berat dan besar.

Lebih menyedihkan, Yu Yu, 3, dipelihara oleh nenek dan datuknya yang serba daif selepas ditinggalkan ibu bapanya.

Datuknya yang enggan dikenali berkata, cucunya itu tidak boleh memakai kasut kerana ketiadaan saiz dan terpaksa dipimpin oleh neneknya setiap kali ingin berjalan ke bandar.

Menurutnya, dia berhasrat menghantar Yu Yu ke Beijing untuk menjalani pembedahan dan berharap orang ramai dapat menghulurkan derma ihsan untuk menampung kos  rawatan yang terlalu tinggi itu.



“Kami pernah menghantar Yu Yu ke hospital untuk jalani rawatan, daripada x-ray yang diperoleh, doktor menyatakan tulang kakinya membesar dan melengkung, “ katanya.

Keluarga itu kini terpaksa menjual beberapa ternakan khinzir untuk mengumpul duit bagi pembedahan tersebut.

sumber- Informasi

10 pistol terbaik di dunia

Pistol merupakan senjata api yang boleh digunakan dengan hanya satu tangan. Perkataan ‘pistol’ mula digunakan untuk menerangkan senjata api pada abad ke-18. Pada abad ke-15 pistol bererti sebuah pisau kecil yang boleh disembunyikan di dalam pakaian.

Pistol dibahagi kepada 2 kategori utama. Revolver, yang menggunakan ruang peluru berputar. Dan pistol biasa, ruang pelurunya bersambung terus dengan laras. Pistol menggunakan kaliber peluru yang bervariasi, dari .22 hingga .50 cal. Berikut adalah 10 pistol yang terbaik di dunia.

NUMBER 10
BARRETA 92 / ITALIA. Specification :
round box magazine/ semi-automatic

NUMBER 9
WALTHER P99 / JERMAN. Specification :
Feed system 12 or 16 round box magazine / semi-automatic





NUMBER 8
HS2000/Springfield armory / CROATIA.Weight : 0,89 kg
catridge : 9×19 mm
feed system : 9/12/13/16 round box magazine

NUMBER 7
SIG P250 DCC SWITZERLAND/ GERMANY.Round box magazine/
semi automatic

NUMBER 6
HACKLER & KOCH MARK 23 /GERMANY/ USA. Specification :
box magazine/semi automatic

NUMBER 5
GLOCK 19 / AUSTRIA.Specification :
Round box magazine/ semi automatic



NUMBER 4
FN FNP-45 /BELGIUM /USA.Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 3
HECKLER & KOCH USP / GERMANY. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 2
P3 / INDONESIA. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic

NUMBER 1
FN FIVE-SEVEN/BELGIUM. Specification :
Round Magazine/ Semi Automatic
sumber- nizarazu

Tragedi Kilang Mercun Terbakar Di Sungai Buluh 1991


LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

kilang mercun terbakar

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu. Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup? Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini. Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

kilang mercun terbakar

Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan. Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Kilang Mercun Terbakar

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu. Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi. Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.

Kilang mercun terbakar

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.
Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.
Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.



Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.
Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.

Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.


Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu. Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.

Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur! Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.

Kilang mercun terbakar

Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak. Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.
Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.
Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

sumber- Malaysia sensasi

Kelibat Pocong Mengganas di Bukit Senawang

gambar pocong
Gambar imej makhluk didakwa pocong oleh penduduk dirakam di sebuah rumah yang terbiar.
SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari.

Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.

“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.

Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya.

Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.

Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.

“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar pocong yang sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya.

“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.

“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

sumber- HMetro

Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa dipukul sekumpulan polis

Bersih 3.0
Perhimpunan Bersih 3.0
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja swasta, Suhaimi Suratman mendakwa dipukul sekumpulan polis beruniform, tidak beruniform dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di bangunan OUB berhampiran DBKL selepas membantu beberapa peserta Bersih 3.0 lain, yang terkena gas pemedih mata dengan menggunakan air paip berdekatan kawasan itu.

Suhaimi yang didakwa dipukul melibatkan hampir 10 orang mengakui ditumbuk sehingga mengalami kecederaan patah hidung.

“Saya ditumbuk dan ditendang berkali-kali oleh sekumpulan polis. Setiap seorang darinya memukul dengan dua pukulan bergilir,” katanya dalam sidang pendengaran awam berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu pejabat Suhakam, semalam.

Dia turut mengakui melihat seorang unit Amal Pas dikasari oleh sekumpulan polis yang sama sehingga menyebabkan anggota unit Amal tersebut dalam keadaan lemah apabila di bawa ke balai Polis.

Jelas Suhaimi lagi, dia yang berada di tempat kejadian perhimpunan mengaku mengalami perasaan takut ekoran perkara yang dilihatnya.



Menurutnya, semasa dia dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), pada kira-kira jam 5.30 petang, semasa perjalanan dengan trak, beliau di pukul sekali lagi oleh Polis berkenaan.

Katanya, dia tidak melawan kerana menyedari jika membalas akan membuatkannya melanggar etika dan undang-undang negara.

“Saya hanya mengikut arahan mereka walaupun saya dipukul dan menerima cemuhan dari mereka,” katanya.

Selain itu seorang lagi saksi, pekerja bahagian komputer di Subang Jaya, Adrian Low berkata, dia juga mengalami kecederaan tisu yang serius di bahagian pinggang belakang badannya akibat dipukul sekumpulan polis beruniform.

Menurutnya, dia menerima pukulan selepas gas pemedih mata dilepaskan dan dipukul berkali-kali di bahagian badan, kepala dan leher.

“Saya hanya berdiri di tengah jalan berhampiran jalan berhampiran Masjid Jamek. Tetapi saya telah ditarik sekumpulan polis. Dua orang dari mereka menumbuk dua pukulan sebelum terus menjatuhkan saya di atas jalan,” katanya ketika menjawab soalan ahli panel memberitahu bagaimana keganasan yang dilakukan ke atasnya.

Suhaimi dan Adrian merupakan saksi keenam dan  ketujuh yang memberi keterangan kepada panel dianggotai Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Detta Samen.

Seramai 17 lagi saksi akan dipanggil dalam sidang pendengaran yang akan disambung semula pada 23 julai ini.

sumber- Sinar

Isteri Assad perhabis RM1.3j beli perabot

Isteri Assad perhabis RM1.3j beli perabot
Asma membelanjakan RM1,338,912 untuk membeli perabot dari kedai eksklusif di London.

LONDON - Isteri Presiden Syria kelahiran Britain, Asma al-Assad membuat kejutan apabila didakwa menghabiskan 270,000 pound (RM1,338.912) untuk membeli perabot, candelier, permaidani dari sebuah kedai eksklusif di London pada Mac lalu secara dalam talian.

Pendedahan dilakukan Wikileaks kepada The Mail menerusi emailnya, menyebut, Asma, 36, yang digelar sebagai Puteri Diana Timur Tengah itu, bijak menggunakan kecantikan dan kerja-kerja amal untuk mengaburi mata rakyat yang hidup dalam penderitaan akibat perang saudara di negara bergolak itu.

Wanita Pertama Syria itu, dikatakan membuat pesanan lima candelier berharga 8,800 Pound (RM 43,663) di sebuah kedai perabot mewah di Chelsea King’s Road, barat London untuk kediamannya di Syria.



Wanita itu kini dikecam dan dibenci rakyat, apabila gagal memaksa suaminya menamatkan pertumpahan darah selepas dipercayai lebih 200 orang awam dibunuh beramai-ramai oleh tentera kerajaannya di kawasan perkampungan di Tremseh, Khamis lalu.

Dianggarkan lebih daripada 16,000 turut terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak di Syria sejak pemberontakan Mac lalu.

sumber- Sinar

Pendaki Gunung Ledang jatuh gaung

Pendaki Gunung Ledang jatuh gaung
Halfian Abd Rahim yang jatuh gaung berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.
LEDANG -  Saat gembira bagi 10 sahabat ketika mendaki Gunung Ledang di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mereka berada pada ketinggian 1,000 meter berhampiran puncak Gunung Ledang sebelum mangsa, Halfian Abd Rahim, 36, tergelincir lalu termasuk ke dalam gaung tersebut.

Dia bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan parah akibat patah tangan kiri dan retak pada tulang punggung.

Menurut Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Suhairi Hashim, Halfian yang berasal dari Seri Petaling, Kuala Lumpur dan bekerja di Tanjung Malim, Perak mendaki gunung tersebut bersama sepuluh rakannya termasuk dua wanita pada Sabtu lalu.

"Mereka bersama seorang penunjuk arah meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang pada jam 4 pagi, namun mangsa tergelincir pada jam 6.10 pagi berhampiran check point Taman Bonsai.

"Dia berjaya dibawa keluar pada kira-kira jam 1 tengah hari selepas operasi menyelamat dilakukan sejak pagi oleh renjer Taman Negara berkenaan, selain sekumpulan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tangkak," katanya.

Suhairi berkata, kemungkinan mangsa terjatuh akibat terlalu letih, tambahan pula dia membawa beg besar dan bersandar pada pokok sebelum hilang imbangan dan terjatuh.

Katanya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.



Beliau turut menasihatkan pendaki gunung agar lebih berhati-hati dan mengikut semua peraturan ditetapkan pihak Perbadanan Taman Negara.

Sementara itu, Penolong Kanan Pegawai Bomba Zon Muar, Zulkifli Bakar yang juga ketua operasi berkata, kumpulan penyelamat terbabit mengambil hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa kerana laluan dan keadaan yang mencabar.

“Operasi menyelamat dimulakan jam 10 pagi. Kita mengambil masa satu jam menuruni cerunan untuk sampai ke lokasi dan mengambil masa dua jam pula untuk

mendaki semula dengan membawa mangsa. Mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat kira-kira jam 3 petang," katanya.

Zulkifli berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan sedar namun sangat lemah.

sumber- Sinar

Hanya mahu duit janda

KESAL...Shanti menunjukkan laporan polis dibuatnya.
KESAL...Shanti menunjukkan laporan polis dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Impian indah seorang janda beranak tiga untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan bulan ini musnah selepas teman lelakinya bukan sekadar menghilangkan diri, malah turut melarikan wang RM30,000 miliknya.

Wanita berusia 29 tahun itu menyerahkan RM30,000 ketika kali terakhir berjumpa lelaki terbabit di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 29 dan 30 Jun lalu dan wang berkenaan kononnya untuk membeli barang hantaran serta urusan majlis perkahwinan mereka.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shanti, 29, berkata, dia bersedia menyerahkan wang berkenaan pada dua pertemuan berkenaan kerana yakin dengan kesungguhan teman lelakinya itu mahu memperisterikannya walaupun mereka baru sebulan berkenalan.


Shanti berkata, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu melalui seorang rakan dan bersetuju berkahwin selepas tertarik sikapnya mengambil berat terhadap dirinya serta anak-anak.

“Kami bertemu buat kali pertama pada akhir Jun lalu dan dalam pertemuan itu, dia menyatakan jatuh cinta pandang pertama terhadap saya dan mahu mengambil saya sebagai isteri.

sumber- HMetro

Kepala tak lekuk lagi

KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KASIH IBU BAPA...Shamsiah dan suami menemani Hisham di HUSM Kubang Kerian, semalam.
KOTA BHARU: “Anak saya tidak takut menjalani pembedahan, sebaliknya teruja dan asyik memberitahu selepas pembedahan nanti, orang lain tidak takut melihatnya dan boleh menjalani kehidupan seperti rakan 

seusianya,” kata Shamsiah Yatim, 57, ibu kepada Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang selamat menjalani pembedahan tempurung kepala, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.

Menurut Shamsiah, anaknya mula dibedah pada jam 10 pagi dan keluar dari bilik bedah pada jam 12.30 tengah hari.

“Ketika menunggu Hisham dibedah, saya berdebar juga. Saya tidak jemu berdoa dan akhirnya selepas melihat dia keluar dari bilik bedah, saya lega.




“Saya juga gembira apabila anak saya cepat sedar, namun belum boleh bercakap,” katanya ketika ditemui di HUSM bersama suaminya, Muhamad Mohd Noor, 52.

Harian Metro semalam melaporkan, Hisham yang kehilangan separuh tempurung kepalanya akhirnya berpeluang menjalani kehidupan seperti manusia normal selepas seorang lelaki yang hanya memperkenalkan diri sebagai hamba Allah bermurah hati membiayai pembelian tempurung kepala tiruan yang ditempah khas di Singapura berharga RM8,500 untuk dicantumkan dengan tempurung kepala asal Hisham.

sumber- HMetro