Pages - Menu

Monday, July 23, 2012

Janin panggang bersalut emas


Seorang lelaki warganegara British yang dilahirkan di Hong Kong telah ditangkap di Bangkok kerana cuba menyeludup keluar enam janin panggang yang bersalut emas.

Hok Kuen Chow memberitahu pihak berkuasa bahawa dia berhasrat untuk menjual janin-janin tersebut di Taiwan dengan harga kira-kira AS $ 6,500. Keuntungan jualan di Taiwan adalah sekurang-kurangnya enam kali ganda dari apa yang telah bayar oleh Chow untuk mendapatkan janin-janin itu

Seorang pegawai polis Bangkok berkata janin-janin tersebut kemungkinan digunakan untuk melakukan ritual ilmu hitam yang dipercayai dapat membawa tuah. Pihak berkuasa Thailand cuba menyiasat sama ada janin-janin tersebut diperolehi dari kes pengguguran bayi atau telah diambil dari hospital dan mungkin juga dari lokasi lain. Chow kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan tersebut.

Wanita kahwini diri sendiri

awek cina bogel

Tunduk kepada tekanan sosial, Chen mengambil keputusan untuk berkahwin, tetapi dengan dirinya sendiri, tanpa pengantin lelaki! Dia mengambil satu set gambar perkahwinan dengan berpakaian putih, mengupah seorang perancang perkahwinan dan menyewa sebuah dewan jamuan untuk sambutan perkahwinan dengan 30 kawan terdekatnya. Dia juga sempat berbulan madu solo ke Australia!

"Umur 30 adalah tempoh yang utama bagi saya. Kerja dan pengalaman saya adalah dalam keadaan yang baik, tetapi saya tidak menemui seseorang untuk menjadi teman hidup, jadi apa yang boleh saya lakukan? Saya bukan anti pada perkahwinan. Saya hanya berharap agar saya boleh menyatakan idea yang berbeza dalam batasan tradisi,"kata Chen. Perkahwinannya menelan kos sebanyak NT $ 50 000 (kira-kira AS $ 1 500), telah mendapat lebih daripada 1 800 komen di talian internet dan kebanyakannya menyatakan bersimpati terhadap Chen.

Satu anjakan dalam pemikiran mengenai perkahwinan di Taiwan telah menyebabkan wanita berkahwin lewat dan ditambah pula mereka mengutamakan kestabilan status ekonomi mereka. Ini telah mencetuskan kebimbangan kerajaan tentang penurunan dalam kadar kelahiran dan kesan pada produktiviti negara pulau itu.

Chen tidak boleh secara rasmi mendaftarkan perkahwinan itu dengan dirinya sendiri, yang bermaksud bahawa dia akan melalui satu majlis perkahwinan sekali lagi jika dia bertemu dengan seseorang yang ditakdirkan sebagai pasangan hidupnya.

sumber- jennykaleyn

Sotong mirip wajah manusia


Penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan penemuan seekor sotong kurita seakan wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dijumpai oleh seorang nelayan yang pulang ke rumah bersama dengan sotong-sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukuran sekitar 20cm. Ia mempunyai sepasang mata, telinga, hidung dan juga bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihatnya sendiri dengan lebih dekat. Tambahan pula, sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk dari perkampungan lain.

1,000 Orang Islam Rohingya disembelih


YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

 BUKTI…Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.
Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).

sumber- Harian Metro

“Dia bukan ayah saya”

Mohd Saiful
Mohd Saiful yang tidak dapat menahan sebak sebaik menatap mayat arwah bapanya ditenteramkan ahli keluarga.
Anggota bomba
Anggota bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan mayat Zakaria setelah dua jam tersepit dalam kepala lori yang tertimbus dengan muatan batu selepas lori dipandu terbabas ke dalam semak.
DUNGUN – “Dia bukan ayah saya, mustahil ayah saya mati, baru pagi tadi kamu sahur bersama,” kata Mohd Saiful Zakaria, 14, yang tidak dapat menerima berita kematian bapanya, Zakaria Shapiee, 41, mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 3.30 petang di tapak kuari dekat sini, petang kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa yang memandu lori baru mengambil batu kelikir dari kuari Sunway, Tebing Tembah, Paka untuk dibawa ke satu kawasan pembinaan di Sri Bandi, Kemaman.

Bagaimanapun, selepas memulakan perjalanan kira-kira 300 meter dari kuari terbabit, lori dipandu arwah dikatakan mengalami masalah enjin pada kotak gear lalu gagal membrek menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

Muatan batu dalam lori terbabit menghempap bahagian kepala lori menyebabkan mangsa tertimbus lalu tersepit.

Menceritakan detik sebelum tragedi menimpa arwah, Saiful berkata, dia sempat bersahur bersama sebelum bapanya itu keluar dari rumahnya di Sungai Udang seawal jam 4.30 pagi.

Katanya, arwah bapanya  berjanji dengan ibunya, Suriani Mohd Adi,37, untuk berbuka puasa bersama selepas pulang dari kerja.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Dungun itu berkata, dia menerima berita buruk itu daripada seorang jiran yang secara kebetulan bekerja di tempat sama dengan arwah bapanya.

“Sebaik menerima berita itu, saya terus datang ke sini (tempat kejadian), tapi bila tengok polis bawa turun mayat dari Land Rover, saya tak percaya bahawa dia ayah saya.

“Mustahil itu adalah mayatnya kerana baru pagi tadi kami bersama, lagipun dia janji nak buka puasa bersama,” kata Saiful yang masih trauma.

Bagaimanapun suasana pilu menyelubungi perkarangan Bilik Forensik Hospital Dungun setelah Saiful dibawa masuk untuk mengecam mayat bapanya itu.

Sebaik Saiful membuka kain putih penutup mayat, pelajar tingkatan dua itu tidak dapat menahan sebak apabila mendapati mayat yang terbujur kaku itu sebenarnya adalah insan tersayang yang kali terakhir ditemui waktu sahur sebelumnya.

Saiful yang berlari keluar dari bilik mayat dalam keadaan hiba kemudiannya ditenteramkan ahli keluarga terdekat.

Pasukan penyelamat dengan bantuan kren terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang kemudiannya berjaya dikeluarkan didapati sudah meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

sumber- Sinar

Tragedi Ramadan berulang, adik kedua maut kemalangan

Gambar kecil: Muhamad Taufiq Zainal Abidin.
Mayat mangsa diangkat dengan bantuan orang ramai di tempat kejadian. Gambar kecil: Muhamad Taufiq Zainal Abidin.
SEREMBAN – "Ini kali kedua kami kehilangan keluarga dalam bulan Ramadan," kata Muhamad Saifullah Zainal Abidin, 19, adik kepada mangsa kemalangan di Kilometer 261.7 Lebuh Raya Utara - Selatan, arah utara, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa, Muhamad Taufiq Zainal Abidin, 20, maut selepas motosikal jenis Yamaha RXZ ditungganginya terbabas dan merempuh pengadang besi.

“Beberapa tahun lalu saya kehilangan adik sehari sebelum Aidilfitri apabila dilanggar kereta. Kali ini, saya kehilangan abang pula ketika hari pertama Ramadan,” katanya yang merupakan anak kedua dari empat adik beradik.

Difahamkan, Muhamad Taufik merupakan adik beradik sulung.

Menurut Muhamad Saifullah, kali terakhir dia bertemu abangnya yang bekerja sebagai penghantar barang, Sabtu lalu kerana sejak beberapa hari lalu, dia bermalam di rumah rakannya di Senawang.

“Saya macam tidak percaya apabila terima panggilan telefon daripada ibu saya ketika waktu sahur pagi tadi (semalam) memberitahu arwah meninggal dunia kerana kemalangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.

Sementara itu, rakan mangsa, Fadzhil Abdul Rahman, 23, berkata, dia sepatutnya bersahur bersama arwah dan rakan-rakan lain, namun terkejut sebaik sahaja diberitahu arwah telah meninggal dunia.

“Saya sepatutnya sahur bersama arwah pagi tadi (semalam). Kali terakhir saya bercakap denganya kira-kira 3.50 pagi.  Saya terkejut menerima panggilan telefon daripada seorang rakan beberapa minit kemudian memaklumkan arwah terlibat dalam kemala-ngan," katanya.

Menurutnya, sejak hari pertama Ramadan, arwah beria-ria mengajak dia dan rakan-rakan lain berkumpul untuk berbuka puasa bersama tetapi tidak kesampaian kerana masing-masing bercadang berbuka puasa dengan keluarga.

"Sebab itu kami merancang bersahur bersama,” katanya.

Katanya, sehari sebelum kejadian, arwah sempat menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya memohon maaf sempena Ramadan.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya masing-masing menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke Nilai.

Ketika tiba di tempat kejadian, rakan mangsa yang berada di hadapan bergesel dengan sebuah van ketika cuba memotong kenderaan itu, sebelum terbabas.

“Mangsa yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar rakannya, tetapi dia hilang kawalan lalu merempuh besi pengadang jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

sumber- Sinar

Kereta bertembung lori ayam

Kereta bertembung lori ayam
Keadaan di tempat kejadian.
MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam.

Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah.

Seorang lagi anak mangsa, Nurafifi Farahani Zuraidi, 18, pemandu dan kelindan lori cedera ringan dan semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Machang untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bachok.

Katanya, Mohd Asri dan Nurafifi Fariza dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Semasa kejadian, kereta itu dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa maut kerana mengalami kecederaan parah di kepala. “Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Siasatan berkaitan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nordin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.26 pagi.

Katanya, mangsa maut tersepit di tempat duduk pemandu manakala mangsa lain berjaya dikeluarkan orang ramai.

“Kerja-kerja menyelamat pada kejadian berdekatan Kampung Banggol Petai itu melibatkan lima anggota bomba. Kemalangan itu menyebabkan kereta remuk teruk di bahagian hadapan terutamanya di bahagian pemandu manakala lori bermuatan ayam itu terbalik,” katanya

sumber- Sinar

Penyampai berita Mesir berpakaian niqab


Kaherah: Mesir melancarkan satu saluran berita satelit terbaru yang hanya menampilkan penyampai berita wanita menutup seluruh anggota badan menggunakan niqab.

Pelancarannya mewakili revolusi budaya negara itu yang lebih mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Malah, pekerja lelaki juga dilarang terbabit dalam siaran berita itu walaupun hanya membuat panggilan telefon.

Semua kakitangan wanita termasuk pekerja di belakang tabir turut memakai purdah.

El-Sheikha Safaa Refai yang mengetuai Maria TV mendakwa, kemunculan saluran terbabit menunjukkan sejauh mana perkembangan negara itu selepas kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Beliau berharap dengan memaparkan pakaian itu di televisyen, mereka boleh buktikan kepada semua bahawa wanita yang mengenakan niqab juga boleh berjaya.
Kebanyakan wanita Mesir sebelum ini terutama mereka yang mengenakan purdah mengadu sering menjadi mangsa diskriminasi sekiranya ingin mencari pekerjaan terutama dalam program televisyen dan juga pendidikan.

Mengenai pemakaian niqab ketika membaca berita, El-Sheikha Safaa Refai berkata: “Saya dimaklumkan ia tidak mungkin berjaya disebabkan muka saya tak kelihatan. Tetapi, nada suara saya boleh menjelaskan emosi dan reaksi saya.”

Dengan beroperasi di sebuah apartmen kecil di daerah Abassiya, saluran terbabit akan disiarkan enam jam sehari melalu saluran al-Ummah.

sumber-  Agensi

Pisang belalai 3 meter tarik perhatian


AYER LANAS – Pelik dan unik. Itulah gambaran pisang belalai gajah kerana bentuknya yang seakan belalai ditambah kepanjangan tandan mampu mencecah tiga meter.

Mungkin disebabkan jarang didapati, pokok pisang berkenaan yang ditanam seorang penduduk di sini, menjadi tumpuan.

Penduduk, Zariah Yaacob, awal 60-an, berkata, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu.

Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand.

“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.

“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.

Zariah atau digelar Mok Yoh oleh penduduk kampung berkata, pisang tersebut boleh dimakan, cuma buahnya berlendir.

Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.

Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.

“Sebab itulah saya katakan ia unik, memang boleh dimakan tetapi rasanya agak berlainan dengan pisang biasa,” katanya.

sumber- Sinar

Wanita dicabul dua pekerja hotel

Sakari (kiri) dan Mohd. Ridzuan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan mencabul.
KOTA BHARU – Dua pekerja Hotel Grand Riverview di sini semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan bersama-sama mencabul seorang wanita berusia 46 tahun di tangga hotel berkenaan pada Isnin minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Sakari Mohamad, 54, berasal dari Kuala Terengganu dan Mohd. Ridzuan Mahmood Maidin, 36, dari Pasir Puteh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel bertaraf empat bintang itu didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa berusia 46 tahun yang merupakan pengunjung hotel untuk mencabul mangsa di atas tangga di tingkat 11 hotel pada pukul 11.40 pagi, 16 Julai lalu.

Difahamkan, wanita dari Pasir Mas itu yang merupakan seorang ahli perniagaan mengunjungi hotel tersebut untuk menemui seorang rakan bagi berbincang mengenai perniagaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nora Abu Bakar.

Noor Dayana menawarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 namun Nora merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana kedua-dua tertuduh mempunyai pendapatan yang rendah.

“Sakari mempunyai lima orang anak dan berpendapatan sebanyak RM500 sebulan manakala Mohd. Ridzuan hanya mempunyai pendapatan RM400 sebulan. Masing-masing sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil.

“Sakari sudah bekerja selama 16 tahun di hotel berkenaan manakala Mohd. Ridzuan telah bekerja selama 12 tahun di situ,” katanya.

Mohd. Fazaly Ali bagaimanapun mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 kepada setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 19 September ini untuk sebutan kes. Kedua-dua suspek gagal membayar wang ikat jamin.

sumber- Kosmo

Tentera Bashar bertempur di Damsyik

SEBUAH bangunan musnah akibat serangan tentera Bashar di pinggir Damsyik.
AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam.

Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak.

Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan hab perdagangan dan industri.

"Bunyi letupan kedengaran dari beberapa tempat yang berbeza sehingga menggegarkan bandar raya itu.

"Satu pertempuran melibatkan insiden berbalas tembakan berlaku dekat Ibu Pejabat Keselamatan Negara di daerah al-Mouhafaza sejak waktu pagi," kata seorang suri rumah kepada agensi berita Reuters menerusi telefon.

SEBUAH trak musnah dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad di Erbeen, Damsyik kelmarin.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan Washington memberikan bantuan sebanyak AS$100 juta (RM314.95 juta) kepada Jordan untuk membantu puluhan ribu penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka.

Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria, lebih 19,000 orang telah terbunuh di Syria sejak kebangkitan penduduk menentang pemerintahan Bashar bermula pada tahun lalu.

"Sekurang-kurangnya 19,106 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, sejak Mac tahun lalu," kata seorang kakitangan kumpulan itu, Rami Abdel Rahman kepada agensi berita AFP.

Jumlah itu melibatkan 13,296 orang awam, 4,861 askar Bashar dan 949 pembelot.

"Jumlah itu tidak termasuk ribuan orang yang hilang di dalam tahanan," katanya.

sumber- Kosmo

Polis hidu bau nafas penunggang motosikal

SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu.
KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal.

Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras.

Namun, dia tidak ditangkap.

Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan.

sumber- Kosmo

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
Che Soh bahagia bersama isteri-isterinya ketika ditemu bual petang semalam. 
19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
Sebahagian ahli keluarga Che Soh.
KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.

Dalam pada itu, Che Soh berkata, dia lebih gemar mempraktikkan komunikasi efektif dalam kalangan ahli keluarganya bagi menguruskan hal rumah tangga.

“Saya akan bertindak menjadi sebagai penasihat dalam keluarga dengan menggunakan pendekatan agama seperti digariskan dalam Islam.

“Di samping itu, saya mengajar isteri-isteri agar berterus-terang jikalauada tidak puas hati dan jangan simpan dalam hati jika tidak suka,” katanya.

Che Soh berkata, kebijaksanaan mengendalikan masalah yang timbul juga penting dalam menguruskan keluarga yang besar.

Katanya, tiga anak lelakinya iaitu Che Azman, 35; Che Azwadi, 31, dan Che Azizul, 28 turut mengikut jejak langkahnya beristeri lebih daripada satu.

Sementara itu, isteri keduanya, Mariam berkata, suaminya itu seorang yang manja dan mudah dijaga serta adil kepada semua isterinya.

Mariam menyifatkan suaminya seorang yang bijak menyelesaikan masalah berbangkit antara dia dengan dua orang madunya yang lain.

“Kami sesama isteri tidak pernah menaruh perasaan dendam mahupun marah dan hubungan kami rapat seperti kawan-kawan serta tidak pernah bergaduh besar. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul, kami akan terus bagi tahu suami dan biar suami selesaikan,” katanya.

Menurutnya, antara daya tarikan suaminya ialah keistimewaan memiliki kemahiran seni mempertahankan diri.

“Sebelum saya mengenali suami, saya sudah pun bertunang dan selepas berjumpa dengan suami, saya tertarik dengannya dan keluarga pun menyukainya dan merestui perhubungan ini,” katanya.

Anak gembira keluarga besar

“Saya sebagai anak rasa gembira ditakdirkan lahir dalam keluarga yang besar,” kata anak perempuan Che Soh,

Rabiaahtun Adawiah, 23, Anak ke-23 Che Soh itu berkata, kegembiraan dirasai ketika musim perayaan kerana disambut dalam suasana yang begitu meriah dengan kehadiran kesemua adik-beradik.

Menurutnya, biarpun berlainan ibu, tetapi tidak menghalang mereka adik-beradik menjalinkan hubungan kekeluargaan yang rapat.

“Setiap kali hari raya kami akan mempunyai tema warna baju raya dan kami tidak pernah mempunyai rasa cemburu antara satu sama lain.

Cuma kalau ada perselisihan faham itu perkara biasa, tetapi dapat diselesaikan dengan baik sebab abah pandai selesaikan,” katanya.

Rabiaahtun Adawiah berkata, ayahnya itu manja dengan anak-anak sekiranya sakit, ayahnya menuntut kesemua 46 anaknya balik menziarahinya walaupun sekejap.

“Saya sendiri yang telah kahwin ini pun ada dua anak masih tidur atas riba abah lagi sekarang ini, begitu juga dengan anak-anak yang lain,” katanya.

Bagi Rabiaahtun Adawiah, ayahnya itu seorang yang tegas dengan anak-anak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

sumber- Sinar

10 gambar hantu sebenar yang terkenal di Malaysia

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

 Hantu Budak Cina Tol Plaza
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan hijau di sebelah kanan gambar. Gambar hantu budak cina ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk

gambar hantu dalam kereta kemalangan
Gambar hantu bertudung ini dikatakan diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

gambar hantu batu nisan
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

gambar hantu tiga beradik
Gambar hantu 3 beradik ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

gambar hantu di balai polis
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar hantu ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

gambar hantu lembaga putih
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan gambar hantu ini diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga misteri ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

gambar hantu pocong
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

gambar hantu misteri
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

gambar hantu wanita India
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut cerita, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah

gambar hantu kebaya merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa tragedi kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

sumber- Amazingnara

Guna sijil MC tipu pensyarah

semakan keputusan ipta
SALAH sebuah klinik yang dikenal pasti menjual sijil cuti sakit kepada pelajar di Ipoh, Perak.
IPOH – Sebuah klinik swasta di sini dikenal pasti menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang sengaja tidak mahu menghadiri kuliah atau peperiksaan pada hari yang ditetapkan.

Lebih menyedihkan, pelajar terbabit boleh mendapatkan sijil MC palsu bagi menghalalkan tindakan mereka ponteng kuliah dan peperiksaan dengan bayaran RM5.

Tempoh ‘sah laku’ sijil itu ialah sehari.

Masalah tersebut dikesan oleh pensyarah di salah sebuah IPT di sini yang mendapati 80 peratus daripada sijil MC itu diperoleh dari klinik sama.

Berikutan itu, kata pensyarah yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak menerima sijil MC dari klinik terbabit.

“Jika seorang dua pelajar menghantar sijil MC dari klinik yang sama, ia mungkin satu kebetulan.

“Tetapi hampir 80 peratus daripada puluhan MC yang diterima adalah dari klinik yang sama, jadi kami syak ada sesuatu yang tidak kena,” dedahnya kepada Kosmo! di sini.

sumber- Kosmo

Budak hidap tumor dibawa ke AS

GAMBAR menunjukkan tumor pada badan Jose.
ALBUQUERQUE, New Mexico – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang mempunyai tumor pada badannya telah dibawa keluar dari sebuah kawasan perumahan yang berbahaya di Mexico dengan menggunakan kenderaan berperisai oleh ejen-ejen keselamatan Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya.

Budak tersebut yang identitinya hanya dikenali sebagai Jose dibawa ke sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan di New Mexico, AS.

Dia dan keluarganya dibawa keluar dari kawasan perumahan yang terkenal dengan kegiatan jenayah di Ciudad Juarez setelah beberapa kakitangan sebuah gereja melihatnya dan berusaha untuk membantunya.

Keluarga budak tersebut menyatakan tumor di leher dan bahunya itu semakin membesar sehingga menjejaskan penglihatannya.

Tumor itu dihidapi budak tersebut sejak dia dilahirkan.

Namun, keluarganya tidak mempunyai wang untuk membawanya menjalani rawatan.

Penyelaras bantuan untuk Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Denise Gutierrez berkata, dia seperti mahu menghulurkan bantuan selepas melihat gambar budak tersebut.

Gutierrez menyatakan budak itu dan bapanya diberikan visa kemanusiaan selama 45 hari untuk menjalani rawatan.

Pasukan Pengawal Sempadan AS membantu membawa masuk budak tersebut memasuki New Mexico.

sumber- Kosmo

Bayi Keluar Daripada Lumpur

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.







sumber- drysheet

Beli Kereta Dengan Duit Syiling Seberat 300Kg


Seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di  Provinsi Shaanxi, China.

Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung. Dia mengangkut syilingnya yang dikumpul dalam 7 guni tepung dengan menggunakan kereta untuk sampai ke situ. Dealer kereta yang bekerja di situ menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang menerima syiling, akhirnya terdapat sebuah bank yang menerima syiling-syiling tersebut.

Lelaki itu tidak dapat membawa pulang kereta idamannya pada hari tersebut kerana pihak bank masih mengira kesemua duit syilingnya yang telah dikumpul selama 10 tahun dari hasil penjualan tepung.

Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahan

Tragedi Ramadan, hajat warga emas pakai gelang tak kesampaian
Sebahagian ahli keluarga berkumpul di pekarangan bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah. Gambar kecil Halimah Yunus.
ALOR SETAR - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam.

Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, katanya.

Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66.

Katanya suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas rumahnya dipecah masuk melalui pintu belakang.

Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.

sumber- Bernama

Rajagobal: Harimau Malaya ke Austria bulan depan

Datuk K. Rajagobal

KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.

Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh
tersebut.

"Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian mengenai kesebelasan utama untuk Piala AFF Suzuki nanti," katanya kepada pemberita
selepas sidang media perlawanan persahabatan dengan Arsenal FC hari ini.

Rajagobal turut berharap empat pemain utama skuad Harimau Malaya iaitu Mohd Safee Sali, Ahmad Shakir Mohd Ali, Yong Kuong Yong serta penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang kini berdepan dengan masalah kecederaan mampu pulih sebelum bermulanya saingan Piala AFF nanti.

"Kalau boleh, saya mahu menyenaraikan pemain terbaik negara untuk Piala AFF namun kita harus realistik bahawa mereka mungkin akan tercedera sekiranya saya menggunakan khidmat mereka secara berterusan," katanya.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan getir pada Piala AFF Suzuki kali ini apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali
Singapura dalam Kumpulan B.

Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Oktober depan.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Perlawanan Kumpulan A yang melibatkan Thailand, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 November hingga 22 Disember.

Harimau Malaya akan membuka kempen dengan menentang Singapura pada 25 November diikuti naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelum menutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 November.

sumber- Bernama