Pages - Menu

Sunday, August 5, 2012

Lembu lintas lebuh raya, dua beranak maut

Lembu lintas lebuh raya, dua beranak maut
Anggota trafik memeriksa Perodua Kancil dinaiki empat sekeluarga berkenaan yang remuk, di samping Proton Persona.
ALOR GAJAH - Berpunca daripada seekor lembu melintas lebuh raya, empat kenderaan terbabit kemalangan sehingga meragut nyawa seorang wanita dan anaknya awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 1.20 pagi di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini apabila sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki empat sekeluarga terbabas selepas gagal mengelak lembu berkenaan lalu terbabas melanggar pengadang tepi jalan.

sumber- Sinar

Kejam! Otak monyet dimakan hidup-hidup

Aksi memakan otak monyet ketika haiwan tersebut masih hidup pernah dipaparkan dalam salah satu babak dari filem Indiana Jones. Walaupun ianya sekadar lakonan, namun, golongan yang memakan otak monyet ini benar-benar wujud. Ianya berlaku  di China dan ada juga yang mengatakan ianya dari Vietnam. Makanan ini kononnya baik untuk kesihatan.

Otak monyet dimakan hidup-hidup

Di daerah Pingxiang, perkara ini bukanlah asing bagi mereka. Monyet hidup boleh diperolehi dari pasar dan diberikan pada restoran untuk disajikan. Mereka yang pernah mencuba mengatakan rasanya seperti tofu. Ianya ditambah pula dengan campuran rempah dan sedikit herba.

Otak monyet dimakan hidup-hidup

Sebelum disajikan, monyet yang malang tersebut diberikan ' wine beras' sehingga ia benar-benar mabuk di dalam sangkar. Kemudiannya tempurung kepala haiwan tersebut terus dipotong.

Otak monyet dimakan hidup-hidup

Bagi memudahkan dan mententeramkan keadaan, monyet tersebut akan ditutup mata serta mulutnya semasa otaknya dimakan. Tetapi, ada juga yang membiarkan mulut haiwan tersebut tidak diikat sehingga boleh mendengar jeritan seksaannya.

Otak monyet dimakan hidup-hidup

Pelik! Gaun pengantin daripada rambut manusia

Thelma Madine, seorang pereka pakaian terkenal telah mencipta satu gaun pengantin luar biasa yang diperbuat daripada rambut manusia! Pakaian bersaiz 6 itu mengambil masa 300 jam untuk disiapkan. Bahan yang diperlukan ialah 820 kaki rambut manusia dan beratnya ialah 33 pound. Selain Thelma, individu yang terlibat dalam menyiapkan projek ini ialah Ryan Edwards iaitu seorang pereka rambut terkenal dari Liverpool dimana kesemua rambut ini diperolehi dari salonnya.

Wedding Dress Made Entirely Of Human Hair!

Kumpulan yang dianggotai 8 orang ahli ini terpaksa berkerja selama 300 jam dalam tempoh 12 hari bagi menyiapkan gaun ini sepenuhnya. Hasil dari penat lelah mereka tidak sia-sia dan ianya sungguh berbaloi.

Thelma Maldine
Thelma Maldine
Pakaian ini adalah gabungan 10 000 picisan kain daripada rambut,  12 underskirts dan 1500 kristal. Thelma meletakkan harga £50,000 untuk gaun pengantin yang unik ini dan ianya pertama kali dipamerkan kepada umum ketika pertandingan Alternative Miss Liverpool

Pesawat 'diserang' lebah

Pesawat 'diserang'
Beribu lebah mengerumuni sayap pesawat Delta.
PENNSYLVANIA - Penerbangan pesawat Delta dari Pittsburgh ke New York terpaksa ditangguh 20 minit akibat dikerumuni beribu-ribu lebah di atas sayap pesawat tersebut.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Pittsburgh berkata, penjaga lebah profesional terpaksa dipanggil untuk menyuraikan spesies terbabit tanpa membunuhnya.

Sementara itu, penjaga lebah profesional, Stephen Repasky berkata, beribu-ribu lebah itu tidak boleh dibunuh kerana ia adalah spesies terlindung di bawah undang-undang.

Beliau berkata, ini adalah kejadian keempat sepanjang tahun ini dan dipercayai terdapat koloni lebah di sekitar kawasan itu.

Pada kejadian tersebut, beberapa penumpang mengambil kesempatan merakam gambar spesies itu, yang dilihat sebagai suatu keajaiban yang menakjubkan.

sumber- Sinar

Paksa pasangan berarak bogel, polis Pakistan digantung

Paksa pasangan kekasih berarak bogel, polis Pakistan digantung
Warga Pakistan, Shahnaz Bibi memberitahu BBC bahawa dia juga pernah dipaksa berbogol di kampungnya tahun lalu. - Foto ihsan BBC
KARACHI - Beberapa pegawai polis Pakistan digantung tugas ekoran tindakan mereka mengenakan hukuman dengan memaksa satu pasangan berarak dalam keadaan bogel di khalayak.

NDTV melaporkan bahawa insiden mengejutkan itu berlaku di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada 27 Julai lalu.

Menurut laporan BBC, beberapa saksi mendakwa polis di bandar Gambat mengarahkan seorang lelaki dan wanita, yang belum berkahwin, berjalan ke balai polis dalam keadaan berbogel sebagai hukuman atas alasan cuba mengadakan hubungan seks

Rakaman telefon bimbit menunjukkan seorang lelaki dipikul oleh polis manakala seorang wanita pula merayu agar dia dibenar mengenakan pakaiannya.

Laporan itu menambah, pegawai-pegawai polis digantung tugas berikutan kecaman dan protes orang ramai.

Lelaki itu, seorang peniaga, dikenali sebagai Mumtaz Mirbahar manakala nama pasangannya tidak disiarkan.

BBC Urdu pula melaporkan bahawa polis dan penduduk tempatan merakamkan kejadian itu.
Laporan BBC juga berkata, insiden-insiden mengaibkan orang awam di khalayak adalah perkembangan biasa di Pakistan.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian terbaru ini mengejutkan ramai sebab ia diarah oleh polis dan dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

Tahun lalu, beberapa lelaki ditahan kerana membogelkan seorang wanita pertengahan usia dan memaksannya berarak di kampungnya sebagai hukuman atas kesalahan anaknya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dalam keluarganya.

Ketika itu, Shahnaz Bibi memberitahu BBC bahawa kehidupannya terganggu dan tidak dapat kembali ke rumahnya. Laporan media lain memetik Mirbahar berkata, dia menjadi mangsa konspirasi.

Katanya, wanita berkenaan dibawa oleh anggota polis dan kedua-duanya dipaksa berjalan kira-kira satu kilometer.

Laporan juga menyebut Mirbahar telah memperoleh jaminan daripada mahkamah manakala wanita terbabit masih ditahan di penjara.

Dia telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Tinggi Sindh dan akan didengar Rabu ini.

BBC melaporkan, penduduk tempatan telah meminta polis agar tidak meneruskan tindakan mereka tetapi tidak didengar.
Seorang lagi wanita dilaporkan ditahan bersama Mirbahar tetapi tidak diarah berarak dalam keadaan berbogel.

Polis mendakwa mereka menerima aduan bahawa Mirbahar telah menjemput kedua-dua wanita itu ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks.

sumber- Sinar

Ngeri! Pokok tumbuh dalam paru-paru manusia

Adakah kita masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut? Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Pokok tumbuh dalam paru-paru manusia

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

“Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

Pokok tumbuh dalam paru-paru manusia

“Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula,” kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

“Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya,” kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia. Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya. Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Pelik! Epal dua warna

Ken Morrish di Colaton Raleigh, Devon, England telah keluar untuk memetik epal di kebunnya. Secara tidak sengaja, dia menemui sebiji epal yang mempunyai dua warna iaitu hijau dan merah. Epal yang luar biasa ini adalah satu dari sejuta dan amat jarang ditemui. Ianya berlaku akibat gangguan genetik ke atas epal tersebut. Tidak diketahui sama ada rasa kedua-dua bahagian berbeza ataupun tidak.

One in a Million “Red/Green” Apple

Pelik! Rumah berbentuk telur

Terus terang tidak ramai yang sanggup untuk tinggal di dalam rumah yang tiada kemudahan dapur, bilik air, dan tandas. Tetapi, perkara ini tidak menghalang Dai Haifei, 24, seorang arkitek dari China untuk tinggal di dalam rumah sebegitu. Dai membina rumah tersebut sendiri. Rumah kecil berbentuk telur ini menggunakan jana kuasa solar dan muat untuk diletakkan di laluan pejalan kaki.

rumah pelik berbentuk telur

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan rumah pelik ini ialah jalinan buluh, kepingan kayu, beg guni, dan benih rumput untuk menutupi keseluruhan rumah tersebut. Dianggarkan kos AS$10,000 telah digunakan bagi meletakkan jana kuasa solar dalam rumah pelik tersebut.

rumah pelik berbentuk telur
rumah pelik berbentuk telur
rumah pelik berbentuk telur

Kreatif! Pakaian dari makanan

Sung Yeonju ialah seorang artis muda dari Korea yang mencipta Pakaian Dari Makanan. Dilahirkan pada 1986 di Seoul, Korea Selatan, Yeonju merupakan bekas graduasi dari Universiti pada tahun 2010 dan telah mencipta pelbagai pakaian dari makanan seperti roti, tomato, bawang dan lain-lain.

Fashion Made From Food

Fashion Made From Food
Fashion Made From Food
Fashion Made From Food
Fashion Made From Food

Otak bayi berterabur dalam kemalangan

REMUK TERUK… keadaan kereta dan lori kelapa sawit yang terbabit dengan kemalangan di persimpangan.
REMUK TERUK… keadaan kereta dan lori kelapa sawit yang terbabit dengan kemalangan di persimpangan.
ENDAU: “Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta,” kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.

Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.

sumber- HMetro

Pelik! Kanak-kanak mempunyai 31 jari

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari bandar Shenyang di wilayah Liaoning Timur Laut China mempunyai 31 jari ( 16 jari kaki dan 15 jari tangan ).

Boy with 31 fingers and toes

Mengikut rekod dunia sebelum ini, jari terbanyak ialah 25 milik dua kanak-kanak India. Pranamya Menaria dan Davendra Harne, masing-masing memiliki 12 jari tangan dan 13 jari kaki.

X-ray 31 fingers and toes

Namun, kanak-kanak ini telah pergi berjumpa doktor bedah untuk membuang jari berlebihannya, lapor media tempatan

Kanak-kanak tersebut mengalami polydactyly, di mana ianya adalah gangguan genetik yang boleh diwarisi, atau mutasi baru.

Pelik! Gaun pengantin yang boleh di makan

Gaun pengantin dianggap sebagai salah satu pakaian yang istimewa dan hanya dipakai pada majlis perkahwinan sahaja.

Kebiasaannya, pengantin akan memotong kek, tetapi kali ini pengantin akan memotong gaunnya sendiri. Ini kerana, gaun yang dihasilkan oleh Lukka Sigurdardottir ini boleh dimakan dan dihasilkan dari kek.

Tidak dinafikan bahawa ianya adalah seni yang kreatif, namun kelihatan seperti pengantin langsung tidak mampu bergerak melainkan tangan dan kepala sahaja.

Cuba kita bayangkan apakah yang akan dipakai oleh pengantin jika habis gaunnya di makan?

Lukka Sigurdardottir
Lukka Sigurdardottir

Pelik! Wanita ini baru berusia 13 tahun

Zara Hartshorn, merupakan salah seorang mangsa yang menderita akibat lipodystrophy iaitu penyakit yang menyebabkan dia kelihatan tua dari usianya. Sindrom lipodystrophy menyebabkan kerosakan tisu-tisu lemak yang menyokong kulit manusia. Lebih dari 2000 manusia di dunia mengalami nasib yang sama seperti Zara.

Zara Hartshorn, lipodystrophy

Misteri! Mayat lelaki sabun

'Soapman' atau 'Lelaki Sabun' tinggal di Philadelphia dan dikebumikan sekitar tahun 1800. Mayatnya ditemui semula ketika penggalian untuk pembinaan depot kereta api.

Soapman

Sesuatu yang luar biasa berlaku apabila air meresap ke dalam keranda dan membawa tanah beralkali bersamanya, kemudian menukar lemak pada mayat tersebut menjadi sabun menerusi hidrolisis atau dikenali sebagai proses saponification.

Soapman

Soapman tidak tersedia untuk dipamerkan pada khalayak umum. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Soapman sebenarnya adalah Durbin Tyler.

Peralatan Membunuh Pontianak

Peralatan Membunuh Pontianak ini dijual pada abad ke-19 dan digunakan bagi melindungi perjalanan seseorang ke Timur Eropah. Pada ketika itu, terdapat cerita yang mengatakan bahawa penduduk di sana sering diganggu oleh kuasa jahat yang di panggil pontianak.

Vampire Killing Kits

Apakah yang terdapat dalam Peralatan Membunuh Pontianak ini?
  • Kelengkapan pistol
  • Peluru perak
  • Salib
  • Pasak kayu
  • Serum terbaru Profesor Bloomberg
  • Serbuk bawang putih serta ramuan lain

Vampire Killing Kits

Suami isteri bunuh anak kerana 'soal maruah' dipenjara

Suami isteri bunuh anak kerana 'soal maruh' dipenjara
Iftikhar dan Farzana

Suami isteri bunuh anak kerana 'soal maruh' dipenjara
Shafilea Ahmed
WARRINGTON - Ibu bapa Shafilea Ahmed dihukum penjara minimum 25 tahun kerana didapati bersalah membunuh anak mereka itu sembilan tahun lalu demi maruah keluarga.

Shafilea berusia 17 tahun hilang dari rumahnya di Warrington, Cheshire pada 2003. Mayatnya dijumpai di Sungai Kent, Cumbria enam bulan kemudian.

Ibu bapanya, Iftikhar, 52, dan Farzana Ahmed, 49, telah menafikan melakukan pembunuhan itu tetapi juri Mahkamah Chester Crown mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Hakim Roderick Evans memberitahu, "anda lebih pentingkan soal malu untuk muncul dalam komuniti anda berbanding anak yang disayangi."

Pasangan itu melemaskan Shafilea menggunakan beg plastik selepas setahun melakukan penderaan.

Deputi Suprintenden Geraint Jones menyifatkan pembunuhan itu sebagai "perbuatan paling zalim dan keji terhadap seseorang yang sepatutnya mereka banggakan."

Beliau menambah: "Bagi saya ini bukan pembunuhan maruah, tetapi jelas satu kes bunuh."

Pihak polis dan pihak pendakwaan berkata mereka akan mengkaji semula bukti bercanggah, yang muncul semasa perbicaraan dan kemudiannya membuat keputusan mengenai sama ada tindakan selanjutnya boleh diambil.

Pihak pendakwa mendakwa dia telah dibunuh oleh ibu bapanya kerana mereka percaya dia telah memalukan keluarga.

Shafilea hilang pada 11 September 2003. Dia dilaporkan hilang oleh seorang guru seminggu kemudian.

Selepas beberapa misi mencari oleh pihak polis, seorang pekerja menjumpai mayat reput pada bulan Februari 2004 dan berjaya dikenal pasti menggunakan oleh rekod pergigian dan barang kemas mangsa.

Dua bedah siasat gagal menentukan bagaimana dia mati tetapi keputusan pembunuhan yang menyalahi undang-undang dicatatkan pada inkues itu pada 2008.

Pegawai polis yang menyiasat pembunuhan itu begitu yakin ibu bapanya telah membunuh remaja itu.

Kisah itu terbongkar apabila adik Shafilea, Alesha Ahmed yang ditangkap berkaitan dengan kes rompakan bersenjata pada Ogos 2010.

Dalam siasatan polis, dia berkata telah melihat ibu bapanya membunuh kakaknya tujuh tahun lalu.

Semasa perbicaraan, dia memberitahu mahkamah ibu bapanya telah menolak Shafilea di kerusi duduk di rumah mereka dan dia mendengar ibunya berkata, "selesaikan di sini sahaja."

Katanya, ibu bapa kemudian memasukkan beg plastik ke dalam mulut mangsa dan membunuh di hadapan anak-anak mereka yang lain.

Ahmed, pemandu teksi, mendakwa Shafilea telah melarikan diri dari rumah tengah-tengah malam dan tidak pernah melihatnya sejak itu.

Farzana menolak dakwaan bahawa mereka serang Shafilea, tetapi semasa perbicaraan tiga bulan kemudian mengubah pengakuan dan mendakwa dia melihat suaminya memukul anak perempuan mereka pada malam pembunuhan.

Anak-anak mereka Junyad, Mevish dan yang paling muda, yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, semua menitiskan air mata.

Semasa perbicaraan, Alesha telah memberitahu mahkamah bagaimana ibu bapanya berulang kali menyerang dan mendera Shafilea.

Dia berkata, Shafilea berbelah bagi antara tarikan gaya hidup Barat dan tuntutan mereka diau perlu memakai pakaian tradisional dan bersetuju dengan perkahwinan yang diatur.

Alesha menerangkan bagaimana adik-beradiknya yang lain berlari naik ke bilik tidur dalam keadaan terkejut dan dia melihat bapanya membawa Shafilea ke dalam kereta dengan dibalut selimut.

Adik-beradik yang lain takut untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kerana takut akan mengalami nasib yang sama seperti kakak mereka.

Cerita Alesha telah disokong dalam tulisan-tulisan adiknya Mevish, memberikan kepada rakannya Shaheen Munir pada 2008.

Hakim memberitahu pasangan itu: "Satu keinginan bahawa dia memahami dan menghargai warisan budaya dari mana dia datang adalah sempurna difahami, tetapi jangkaan bahawa dia hidup dalam persekitaran budaya yang tertutup, yang berasingan daripada budaya negara di mana dia hidup adalah tidak realistik sama sekali."

Beliau menambah: "Anda bukan saja membunuh seorang anak perempuan, tetapi anda telah memusnahkan kehidupan anak-anak anda yang lain."

"Terdapat hanya satu ayat yang saya boleh mengenakan ke atas kamu dan iaitu hukuman penjara seumur hidup," katanya lagi.

sumber- Sinar

Jerit mahu pulang sebelum terjun Air Asia

Sebuah pesawat AirAsia yang mendarat di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
Sebuah pesawat AirAsia yang mendarat di Lapangan Terbang Miri, Sarawak.
MIRI - Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.

Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

Chong diberi rawatan selepas terjun dari pesawat AirAsia.
Chong diberi rawatan selepas terjun dari pesawat AirAsia.
"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.

"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.

Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.

sumber- Kosmo