Pages - Menu

Thursday, August 9, 2012

Ekor kuda terpanjang di dunia

ekor kuda paling panjang di dunia

Kuda yang dikenali sebagai Summer Breeze ini merupakan kuda yang memiliki ekor terpanjang di dunia seperti yang tercatat dalam Guinness Book of Records. Panjang ekor Summer ialah 12 kaki 6 inci atau sekitar 3.81 meter. Ianya memanjang seiring dengan usia Summer iaitu 11 tahun. Ekor Summer dikatakan memiliki tekstur seperti tali pancing. Pemiliknya, Crystal Socha dan Casey,  menghabiskan masa kira-kira 3 jam bagi mencuci ekor Summer setiap 2 bulan.

ekor kuda paling panjang di dunia
ekor kuda paling panjang di dunia
ekor kuda paling panjang di dunia

Misteri lelaki berkuda putih semasa rusuhan mesir

Misteri lelaki berkuda putih semasa rusuhan mesir

Video misteri ini telah disiarkan di rangkaian MSNBC. Video ini menunjukkan seorang lelaki misteri sedang menunggang kuda berwarna putih dicelah-celah himpunan orang ramai yang sedang merusuh akibat dari krisis yang berlaku di Mesir. Kuda tersebut seolah-olah bergerak dan terus ghaib. Rakaman asal video ini juga telah disiarkan di CNN, kelibat lelaki misteri yang sedang menaiki kuda tersebut boleh dilihat jelas pada minit ke 1:23

Dirasuk 40 Kali Sehari

gambar hiasan
KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.

Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.

Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

sumber- HMetro

Lidah manusia terpanjang di dunia

Chanel Tapper memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.
Chanel Tapper memiliki lidah manusia paling panjang di dunia.
LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar. Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada tahun 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai "Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya. Chanel berkata, beberapa orang wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. 

sumber- Agensi

Pemilik restoran kerugian RM35,000 dirompak lelaki menyamar polis

gambar hiasan
TAPAH: Polis sedang mengesan lima lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dan merompak seorang pemilik restoran RM35,000 di Simpang Bidor di sini, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Arshad berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.00 petang ketika mangsa yang berusia 58 tahun dan anak lelakinya berumur 20an dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di Bidor.

“Ketika sampai di Simpang Bidor, kereta mangsa telah dihimpit oleh sebuah kereta jenis Iswara menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya.

“Seorang lelaki yang memakai vest berlambang polis keluar dari kereta Iswara itu dan memberitahu mangsa bahawa dalam kenderaan mangsa terdapat dadah,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata kelima-lima suspek kemudiannya menggeledah kereta mangsa.

"Anak mangsa mengsyaki suspek bukan anggota polis dan meminta suspek yang memakai vest berlambang polis untuk menunjukkan kad pengenalan diri.

"Bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengarahkan dua rakannya untuk mengeluarkan parang dan merampas beg yang mengandungi wang milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana suspek menyamar sebagai anggota polis.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan orang yang memakai vest berlambang polis.

sumber- Bernama

Botol kecil berharga RM9.93 juta

botol termahal di dunia

Botol ini hanya setinggi tiga inci tetapi berjaya membuatkan orang terkaku apabila ia memecahkan rekod bidaan dengan harga RM9.93 Juta.

Pembida berebut-rebut untuk mendapatkan botol antik ini sehinggakan ia mencapai harga 4 kali ganda dari harga asal yang ditawarkan iaitu RM1.99 Juta.

Botol ini merupakan barang antik dari abad ke-18 dan dijual kepada seorang pembida dari Asia yang membidanya melalui telefon.

Botol kaca enamel ini dihasilkan di Istana Imperial Peking (Beijing) pada zaman pemerintahan Maharaja Qianlong.

sumber- colorlife

Uji kaji 10 botol bawa maut

Uji kaji 10 botol bawa maut

KOTA BHARU: Eksperimen seorang remaja memasukkan 10 botol minuman plastik 500 mililiter ke dalam seluar untuk dijadikan pelampung mengundang tragedi apabila dia mati lemas selepas botol digunakannya itu terkeluar dari seluarnya dalam kejadian di Sungai Banggol, Kubang Tuman, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Muhammad Hafiz Fakri Mohamed, 13, pada mulanya mandi bersama empat rakannya di kawasan cetek di tepi sungai, tetapi tiba-tiba menuju tengah sungai dengan memasukkan botol plastik ke dalam seluarnya.

Pada mulanya dia gembira kerana badannya terapung, tetapi tidak lama kemudian, terkapai-kapai dan tenggelam timbul sambil meminta tolong.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan apabila dihanyutkan arus deras dan mayatnya ditemui setengah jam kemudian oleh penduduk kampung beberapa meter dari tempat dia tenggelam.

TUTUP…anggota penyelamat menutup jenazah mangsa. Gambar kecil, Muhammad Hafiz.
TUTUP…anggota penyelamat menutup jenazah mangsa. Gambar kecil, Muhammad Hafiz.
Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.

sumber- Harian Metro

Mengamuk isteri masak guna minyak kitar semula

Mengamuk isteri masak guna minyak kitar semula

KUALA TERENGGANU- Hanya kerana punca memasak juadah berbuka puasa menggunakan minyak ‘kitar semula’ yang telah menyebabkan salah seorang anak mereka sakit perut, seorang suri rumah berdepan detik mencemaskan apabila suaminya naik bengang dengan bertindak memukul dirinya dalam satu kejadian Isnin lalu di Kampung Pengkalan Berangan, Marang.

Mangsa bukan sahaja teruk dibelasah, malah dia yang sedang mengandungkan anak keempat mereka yang berusia lima bulan turut diugut akan ditendang kandungannya itu oleh si suami.

Bagaimanapun, sikap panas baran si suami, Mohammad Fazdli Yahya, 29, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan denda RM4,000 atau gagal bayar empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latiff selepas dia yang bekerja sebagai tukang rumah itu mengaku salah menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Jamilah Abdullah, 31.

Mohammad Fazdli mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan itu di ruang tamu kediaman mereka di Kampung Pengkalan Berangan, Marang, pada 6 Ogos lalu kira-kira jam 3 petang.

Dengan itu dia mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Mohammad Fazdli tidak diwakili peguam bela.

sumber- Sinar

Arak murah sempena Hari Raya


Jika sebelum ini terdapat kes yang sama berlaku di Petaling Jaya iaitu promosi jualan murah arak sempena bulan Ramadhan, kali ini di Seremban pula, pusat karaoke ini membuat promosi jualan arak di pusat karaoke mereka sempena hari raya yang bakal menjelang.

Mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang promosi sempena perayaan yang berkaitan agama Islam ini. Isu ini sebenarnya sangat sensitif.

Pihak PBT seharusnya mengambil tindakan yang tegas terhadap pusat karaoke ini dengan menggantung lesen mereka supaya dapat dijadikan pengajaran oleh mereka yang terlibat dalam perkara ini.

sumber- HMetroO

Pelesit rempit cedera ditembak

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang pelesit rempit ditembak selepas dia bersama lima lagi rakannya cuba menyamun seorang ahli perniagaan di Jalan Langkawi, Setapak semalam.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang pelesit rempit ditembak selepas dia bersama lima lagi rakannya cuba menyamun seorang ahli perniagaan di Jalan Langkawi, Setapak semalam.
KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam pelesit rempit bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil samun, malah salah seorang mereka cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Langkawi, Setapak di sini semalam.

Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek yang menaiki beberapa buah motosikal tersebut cuba menyamun seorang ahli perniagaan yang baru pulang ke rumah selepas makan tengah malam bersama rakan-rakannya.

Difahamkan, suspek disyaki pelesit rempit selepas polis mengesyaki kumpulan itu merupakan golongan yang sama pernah terlibat dalam beberapa kejadian samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an tersebut cedera dibelasah pelesit rempit yang bersenjatakan besi dan parang.

“Suspek kemudian bertindak ganas apabila memecahkan cermin kereta Proton Perdana yang dipandu mangsa sebelum membelasahnya.

“Beberapa anggota polis yang sedang meronda telah terserempak dengan kejadian itu sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi tidak diendahkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber- Kosmo

Kereta tertua di dunia yang masih mampu bergerak

Kereta tertua di dunia yang masih boleh bergerak, De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout tahun 1884, telah dipasang untuk dijual dan dijangka mencecah sehingga £1.6 juta.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Kenderaan berusia 127 tahun berkuasa stim ini direka oleh Georges Bouton dan Charles-Armand Trepardoux di Perancis pada tahun 1881 untuk Count De Dion, 12 tahun sebelum Henry Ford mencipta kereta pertamanya.

Ianya digelar 'La Marquise,' bersempena nama ibu kepada De Dion. Panjangnya 9 kaki dan berat 2,100 paun serta mempunyai kelajuan maksima 38 batu sejam.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Paris-Rouen tahun 1895, dianggap sebagai pertandingan permotoran pertama dunia tetapi sebenarnya terdapat perlumbaan yang lebih awal darinya iaitu pada tahun 1887 (ditafsir sebagai pertandingan permotoran pertama di Eropah), yang dikendalikan oleh editor jualan majalah basikal ternama di Perancis, Le Velocipede. Hanya sebuah kereta sahaja yang berlumba, iaitu kereta ini.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Count De Dion memiliki aset berharga itu sehingga 1906, sebelum menjualnya kepada pegawai tentera Perancis Henri Doriol.

Keluarga Doriol memiliki 'La Marquise' selama 81 tahun tetapi gagal untuk membuatkannya bergerak selepas kehilangan kedua-dua tembaga dan kelengkapan loyang berikutan perang pada tahun 1914.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Setelah bertukar tangan sekali lagi pada tahun 1987, Tim Moore, seorang ahli Kelab Kereta Veteran British telah membuatkan kereta tersebut berfungsi semula dalam tempoh setahun.

Selepas dibaik pulih, Moore telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan menggunakan kenderaan itu, termasuk empat perlumbaan London-Brighton.

sumber- unikversiti

Fosil semut terbesar di dunia

Fosil semut terbesar di dunia

WASHINGTON – Penyelidik Amerika Syarikat (AS) telah menemui fosil spesis semut terbesar yang pernah hidup di muka bumi.

Ukuran semut tersebut ialah sekitar 5 cm dan dianggarkan hidup kira-kira 50 juta tahun yang lalu. Dipetik dari ABC News, Khamis (5/5/2011).

Bagaimanakah semut tersebut hidup dan apakah makanannya? Hingga ke hari ini, penyelidikan terperinci masih diteruskan. Fosil yang dinamakan Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang memberangsangkan.

Titanomyrma Lubei adalah fosil semut terbesar di dunia dengan saiz bersamaan seekor burung kecil. Bahagian belakang semut tersebut berlekuk seakan lebah.

Fosil semut raksasa ini sama seperti fosil yang ditemui di Eropah. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu berasal dari zaman Eocene Epoch, sekitar 50 juta tahun yang lalu.

Benua Eropah dan Amerika Utara jaraknya berdekatan ketika 50 juta tahun yang lalu. Para penyelidik mengatakan semut tersebut kemungkinan besar berpindah dari satu benua ke benua yang lain.

Realiti kehidupan Lala si penguin

Realiti kehidupan Lala si penguin

Lala tinggal bersama keluarga manusia dan mempunyai bilik berhawa dinginnya sendiri. Setiap hari, Lala akan keluar membeli belah di pasar berdekatan sambil menggalas beg. Para penjual juga telah biasa dan begitu senang dengan kehadiran Lala.

Penguin yang comel ini sebenarnya pernah terperangkap dalam jaring nelayan kemudiannya di selamatkan oleh keluarga angkatnya. Setelah diberi rawatan, Lala dilepaskan ke laut namun ia sendiri enggan kembali. 

Lala adalah dari spesis King Penguin. Kisah mengenai Lala terkenal di dunia dimana ianya memilih untuk tinggal bersama manusia berbanding kembali ke habitat asalnya. Adakah ia mahu membalas jasa manusia yang menyelamatkannya? 

Peniaga runcit dakwa kena lempang polis

Samsudin menunjukkan laporan polis dan laporan kesihatan berkaitan dikawasi anggota polis terbabit.
Samsudin menunjukkan laporan polis dan laporan kesihatan berkaitan dikawasi anggota polis terbabit.
KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.

"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.

“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

“Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.

“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,” katanya.

Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut  hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.

“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.

“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi menafikan ada pegawainya yang melakukan kekasaran kepada Samsudin ketika melaksanakan tugas itu.

"Tidak ada sebarang kekasaran berlaku kepada pengadu (Samsudin), malah pegawai saya juga tidak tersilap rumah.

"Saya kesal dengan tindakan warga emas berkenaan yang membuat laporan seolah-olah pegawai kami melakukan kekerasan terhadapnya sedangkan ia tidak benar," katanya.

sumber- Sinar

Puntung cerut termahal di dunia

Winston Churchill

Puntung Cerut Winston Churchill yang belum habis pada tahun 1941 telah terjual dengan harga 4500. Perdana Menteri Britain yang memimpin semasa Perang Dunia ke-2 itu meninggalkan puntung cerut di bekas abu rokok mejanya untuk menghadiri pertemuan Kabinet.

Seorang pekerja Downing Street telah mengambil dan menyimpan puntung cerut tersebut. Dia mengirimkan puntung cerut yang panjangnya empat inci atau 10.16 centimeter itu kepada kawannya dengan menuliskan sedikit nota. Kawannya menyimpan puntung cerut itu sehingga kematiannya lalu di serahkan pada waris si mati.

puntung curut termahal di dunia

Ketika berlangsungnya lelongan Keys di Aylsham, puntung cerut itu disasarkan mencapai harga sekitar 350 sahaja. Namun,seorang pengumpul peribadi membelinya dengan bidaan lebih tinggi.

Pensil termahal di dunia

pensil paling mahal di dunia

Graf von Faber-Castell mempamerkan pensil termahal di dunia. Pensil ini disertakan dengan penutup pensil diperbuat dari emas putih dan tiga butir berlian berukuran 0.06 karat. Pensil edisi terhad ini hanya terdapat 99 unit di dunia.

“Pensil yang diberi nama `Perfect Pencil` tersebut diperbuat dari emas putih bercampur palladium, iaitu sejenis besi platinum” kata Pengarah Faber-Castell Asia Pasifik, Count Andreas von Faber-Castell. Count Andreas mengatakan, penutup pensil yang diperbuat dari emas putih solid dan tiga butir berlian dengan kualiti terbaik adalah sebagai simbol Zaman Millenium ketiga.

“Berlian ini berukuran 0.05 hingga 0.06 karat dengan tahap kejernihan luar biasa menjadikan pensil ini paling eksklusif dan dijual dalam edisi terhad yang dibuat sebanyak 99 unit di seluruh dunia pada tahun 2001,” kata Count Andreas.

Tilam termahal di Malaysia

tilam paling mahal di Malaysia

PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di Malaysia. 

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei 2012. 

Mereka yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pesta tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

sumber- Kosmo

Batu permata terbesar di dunia

Batu permata paling besar di dunia

Batu permata zamrud yang dikatakan terbesar di dunia telah dijumpai di Brazil. Permata gergasi ini adalah seberat 11.5 kilogram dan panjangnya kira-kira 12 inci. Ianya dinamakan 'Teodora' dan dalam terjemahan kasarnya bermaksud 'Hadiah Tuhan'.

Batu zamrud 57,500 karat ini telah dijual pada 28 Januari 2012 di Western Star Auctions di British Columbia, Kanada. Bidaan permulaan ialah USD 1.15 juta. Nilainya dijangkakan akan meningkat dari masa ke semasa.

Lollipop terbesar di dunia

lollipop paling besar di dunia

Lollipop yang beratnya melebihi 3 tan metrik ini adalah gula-gula terbesar yang pernah dhasilkan oleh Sees Candies. Ianya telah dipamerkan di Justin Herman Plaza di San Francisco, dimana pejalan kaki yang lalu di di situ berasa kagum dengan saiz lollipop tersebut.

"Kami amat gembira kerana telah berjaya mencipta gula-gula kegemaran ramai dalam versi yang lebih besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif  Sees Candies, Brad Kinstler.

lollipop paling besar di dunia

"Ianya pencapaian luar biasa kepada pasukan pengeluaran kami yang telah banyak menghabiskan masa bagi membentuk dan membina gula-gula terbesar di dunia ini. Kami tidak sabar untuk memecahkan rekod dunia pada Hari Lollipop Kebangsaan di San Francisco," katanya lagi.

Namun begitu, orang ramai tidak dibenarkan bagi merasai sendiri gula-gula tersebut walaupun ramuan asalnya adalah sama seperti yang terdapat dalam lollipop biasa yang dibuat oleh Sees Candies. Ianya akan dikitar semula selepas dipamerkan.

Pencapaian gula-gula ini telah disahkan oleh pengadil Guinness World Record, Amanda Mochan dan telah berjaya mengatasi rekod gula-gula terbesar sebelumnya yang dibuat oleh Ashrita Furman dengan berat 2955kg. 

Bina rumah boleh berputar

Bina rumah boleh berputar

REPUBLIK CZECH - Seorang tukang rumah, Bohumil Lhota yang berusia 73 tahun berjaya membina sebuah rumah unik yang boleh berputar di Velke Hamry, Prague, lapor agensi berita Reuters semalam.

Dia memutarkan rumah itu dengan menggunakan peralatan khas.

Rumah itu turut boleh bergerak ke atas dan ke bawah bagi membolehkannya menyaksikan pemandangan mengikut kemahuannya.

Beliau mencipta rumah unik itu pada 1981 berdekatan hutan.

Rumah itu siap dibina pada 2002.

sumber- Agensi