Pages - Menu

Thursday, August 16, 2012

Manusia cyborg di alam sebenar

Sun Jifa, 51 kehilangan kedua belah tangannya ketika melakukan aktiviti 'bom ikan' sepuluh tahun yang lalu. Sun yang tinggal di Guanmashan, Provinsi Jilin tidak mampu untuk membeli tangan palsu komersil. 

Sejak sepuluh tahun yang lalu, Sun menjalani kehidupannya dengan mengggunakan tangan palsu buatan sendiri. Uniknya, tangan palsu yang dibuat oleh Sun membolehkannya hidup seakan manusia normal. 

real cyborg
real cyborg
real cyborg

real cyborg

Suspek kes bakar remaja wanita dicari

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan suspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR

Anak Yatim Jadi Inspirasi Hidup Aizat

Aizat
Aizat
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menganggap anak-anak yatim adalah golongan istimewa dan individu yang paling tabah mengharungi hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Aizat berkata, tidak semua manusia mampu menjalani kehidupan tanpa ibu dan bapa di sisi pada usia muda apatah lagi setiap kali menyambut Hari Raya.

"Saya begitu seronok dapat bersama anak-anak yatim kerana mereka adalah antara insan yang tabah dalam mengharungi kehidupan tanpa kehadiran ibu dan bapa.

"Setiap tahun saya akan cuba meluangkan masa mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama mereka dan Alhamdulillahlah ini adalah tahun keempat pihak Kasi Gegar Entertainment menganjurkan program seperti ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam majlis berbuka puasa dan solat Maghrib yang diadakan di Masjid Al Syakirin, KLCC itu, Aizat bersama kira-kira 60 anak yatim yang didatangkan dari Kampung Melayu Subang dekat sini dan Seremban, Negeri Sembilan.

Aizat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis tersebut.
Aizat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis tersebut.
Aizat berkata, dia sengaja memilih untuk mengadakan majlis tersebut di masjid adalah kerana ingin mewujudkan perasaan sama rata di antara manusia tanpa mengira darjat dan status.

"Masjid adalah tempat mulia dan kita (manusia) adalah sama di sisi Allah dan saya mahu mencipta suasana dan perasaan itu.

"Sebab itu juga, semua yang hadir akan makan makanan yang sama serta merasai duduk bersila di atas lantai," katanya.

Dalam pada itu, Aizat memberitahu dia berhasrat untuk menjadikan program tersebut sebagai aktiviti tahunan syarikatnya dan berharap perkara itu akan mendapat keberkatan daripada Allah.

sumber- MStar

UPM Perkenal Inovasi Ratakan Batang Buluh Pertama Di Dunia

Demonstrasi teknologi 'V-Grooving' untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuataan papan buluh laminasi.
Demonstrasi teknologi 'V-Grooving' untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuataan papan buluh laminasi.
SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kaedah baru untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuatan papan buluh laminasi dan inovasi baru itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Penyelidik Jabatan Pengeluaran Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar berkata, teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.

“Saya yakin bahawa buluh mempunyai ciri-ciri yang sama, atau kadang-kadang lebih baik daripada kayu. Buluh dijadikan sebagai bahan alternatif kepada kayu.

“Biasanya papan buluh laminasi menggunakan kaedah ‘splitting-squaring’ (membahagikan kepada empat segi) tetapi ia tidak praktikal dan melibatkan 13 proses yang mengambil masa.

Dr Edi menunjukkan perbandingan antara kepingan buluh yang sudah diratakan dan sekeping lagi yang hampir diratakan.
Dr Edi menunjukkan perbandingan antara kepingan buluh yang sudah diratakan dan sekeping lagi yang hampir diratakan.
“Namun kaedah V-Grooving hanya melibatkan antara tujuh dan lapan proses sahaja menjadikannya sebagai kaedah yang lebih efisien untuk memudahkan operasi,” katanya pada sidang media sempena Putra Cipta Siri Tujuh 2012 di Fakulti Perhutanan, UPM di sini, Selasa.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Datuk Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, Dekan Fakulti Perhutanan, Prof Datin Dr Faridah Hanum Ibrahim dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi, Penyelidikan dan Inovasi Putra Science Park, Prof Madya Dr Samsilah Roslan.

Dr Edi berkata, buluh dijadikan bahan alternatif kayu kerana ia cepat tumbuh, mesra alam, kuat dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

“Antara kelebihan lain bagi kaedah V-Grooving ialah ia menjimatkan kos pengeluaran dan bahan mentah serta menghasilkan produk berkualiti dan bahan hijau.

“Inovasi baru ini juga meningkatkan pulangan bagi isi padu buluh yang telah diratakan dari 65 peratus ke 85 hingga 90 peratus,” katanya.

Protaip bagi teknologi 'V-Grooving' yang kini sedang menunggu pihak yang berminat untuk membangunkannya kepada skala yang sebenar.
Protaip bagi teknologi 'V-Grooving' yang kini sedang menunggu pihak yang berminat untuk membangunkannya kepada skala yang sebenar.
Menurut Dr Edi, kaedah V-Grooving dapat menghasilkan mesin pemprosesan ringkas untuk operator separuh mahir serta usahawan kecil dan sederhana.

“Pengenalan mesin ini bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan tetapi juga menjana pendapatan baru untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Saleh berkata, sebenarnya banyak teknologi yang berkaitan dengan perkayuan dan salah satu daripadanya ialah ‘V-Grooving’.

“Kami melakukan penyelidikan-penyelidikan yang berimpak tinggi dan UPM meneraju pembangunan dan penyelidikan dalam perkayuan.

“Produk ‘V-Grooving’ merupakan sesuatu yang unik. Jika tidak, ia tidak dipatenkan pada awal tahun,” katanya.

Dr Mohd Salleh.
Dr Mohd Salleh.
Mengenai mengkormersialkan teknologi itu ke peringkat antarabangsa berikutan ia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, Dr Mohd Saleh berkata, “Itulah hasrat kita sebenarnya tetapi kita sebagai sebuah universiti tidak boleh beroperasi sebagai entiti perniagaan.

“Bagaimanapun, kita amat berharap agar produk ini disasarkan untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Menurut Dr Mohd Saleh, setakat ini lebih 10 pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan UPM melibatkan teknologi ‘V-Grooving’.

“Pada masa ini, ia masih dalam peringkat perbincangan untuk pelesenan. Ia (pelesenan) merupakan langkah yang penting dalam teknologi yang dihasilkan sebelum ia boleh dibangunkan sebagai produk berskala yang sebenar,” katanya.

Mengenai buluh sebagai bahan alternatif kayu, Dr Mohd Salleh berkata, ia merupakan aspek yang amat penting berdasarkan kemapanan dalam industri perkayuan.

Dr Edi (kiri) bersama seorang lagi penyelidik, Prof Madya Dr Zaidon Ashaari bersama pengiktirafan teknologi 'V-Grooving' yang mendapat Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.
Dr Edi (kiri) bersama seorang lagi penyelidik, Prof Madya Dr Zaidon Ashaari bersama pengiktirafan teknologi 'V-Grooving' yang mendapat Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.
“Produk-produk yang berpotensi untuk kemapanan dalam industri harus diketengahkan. Ini yang kita dapat lihat pada potensi buluh.

“Kita perlu menambah nilai kepada sesuatu produk. Salah satu kemampuan produk (V-Grooving) adalah menambah nilai buluh,” katanya.

Beliau menambah, buluh mempunyai ketahanan yang sesuai untuk digunakan dalam pembinaan bangunan selain untuk bahan membuat perabot dan perhiasan.

Selain Dr Edi, teknologi 'V-Grooving' dilakukan oleh sekumpulan penyelidik iaitu Prof Madya Dr Zaidon Ashaari, Prof Madya Mohd Zin Jusoh dan Dzafarin Saharani, masing-masing daripada Fakulti Perhutanan UPM.

Inovasi V-Grooving mendapat pengiktirafan Pingat Emas pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2012.

sumber- MStar

10 cedera, bas jatuh dalam cerun di Kelantan

Bas yang terjunam dalam gaung
Bas yang terjunam dalam gaung di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditarik baik oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang, hari ini.
KUALA KRAI - Sekumpulan kakitangan beberapa agensi kerajaan nyaris maut apabila bas sewa khas dinaiki mereka terjunam ke dalam cerun di Kilometer 57, Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi berlaku ketika bas membawa 10 kakitangan kerajaan bersama dua pemandu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Walaupun bas itu berpusing-pusing dan terbalik tiga kali, kesemua mereka bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan.

Kakitangan awam terlibat ialah adalah mereka dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar); masing-masing dua kakitangan Jabatan Kerja Raya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta seorang staf Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Dalam pada itu, laporan Bernama
menyebut bahawa kejadian itu turut menyebabkan pemandu utama bas berkenaan, Raja Mohd Adli Raja Ibrahim, 38, tercampak keluar daripada bas
manakala penumpang lain cedera pada bahagian badan, muka serta kaki, dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.
Raja Mohd Adli berkata ketika kejadian, dia cuba mengelak sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan, namun gagal sehingga bas yang dipandunya itu terjatuh ke dalam cerun.

"Apa yang saya ingat, bas berpusing kira-kira dua atau tiga kali sebelum masuk ke dalam cerun. Mujurlah saya dapat mengelak daripada bertembung dengan Hilux (pacuan empat roda) yang sedang naik bukit, manakala saya pula turun bukit... kalau tidak tentu keadaan mungkin jadi teruk.

"Kejadian itu berlaku cukup pantas dan saya hanya sedar sudah berada di luar bas dan rasa sakit pada bahagian pinggang serta tangan sebelah kiri berdarah sehingga menampakkan daging," katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Krai, di sini.

Pemandu kedua bas itu, Zaki Mat Husain, 36, berkata mereka sempat singgah di Masjid Kampung Pahi, Kuala Krai untuk menunaikan solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Gua Musang.

"Saya memandu dari Kota Baharu hingga ke Kuala Krai sebelum Raja Mohd Adli menyambung tugas itu dan ketika tidur, tiba-tiba saya rasa berguling sebelum terjatuh di atas lantai bas.

"Bagaimanapun, saya dapat keluar menggunakan pintu kecemasan manakala mangsa yang lain dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu," katanya yang cedera ringan pada bahagian muka.

Pekerja Jabatan Kerja Raya, Mohd Suhaimi Abdullah, 54, berasal dari Tendong, Pasir Mas, berkata akibat kemalangan itu dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki kirinya.

"Saya dibawa keluar daripada bas berkenaan dengan bantuan orang ramai..., katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ariff Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.55 pagi dan menghantar 10 anggota dan dua jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian semua mangsa sudah berada di tepi jalan selepas berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh orang ramai," katanya.

sumber- Sinar

Unik! Vila atas bumbung pasar raya

EMPAT vila unik yang dibina di atas Plaza Antarabangsa Jiutian di Zhuzhou, China.
EMPAT vila unik yang dibina di atas Plaza Antarabangsa Jiutian di Zhuzhou, China.
BEIJING: Di sesebuah bandar raya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, tanah boleh menjadi komoditi yang terlalu sukar diperoleh.

Namun, bagi penghuni vila luar biasa di bandar Zhuzhou di Hunan, tanah tidak lagi menjadi halangan kepada mereka. Disebabkan tiada kawasan lapang sesuai untuk dibangunkan rumah mewah yang lengkap dengan kawasan lapang, pemaju membina kediaman unik itu di atas bumbung sebuah pusat beli-belah. Dikenali sebagai Plaza Antarabangsa Jiutian, bangunan itu menempatkan satu daripada pasar borong kasut paling terkenal di wilayah itu. Pemaju kemudian merancang dan membina secara teliti empat vila di atas bangunan lapan tingkat itu sehinggakan tidak ramai yang menyedari kewujudannya.

Ketika ini, ia dianggap vila paling hebat di China.

Zhuzhou adalah bandar kedua terbesar di Hunan - selepas Changsha - dan menjadi pusat perindustrian penting di wilayah berkenaan.

Perindustrian di situ tertumpu kepada penghasilan logam, mesin, bahan kimia dan bahan binaan. Bandar itu didiami hampir empat juta penduduk dan lebih daripada 800,000 daripadanya tinggal di empat daerah bandar pusat.

Zhuzhou juga digelar sebagai pusat lokomotif China kerana menjadi pengeluar utama gerabak kereta api kelajuan tinggi. Sejak lima tahun lalu, harga hartanah di bandar raya itu meningkat lebih tiga kali ganda. Menurut sebuah laman sesawang, vila berkenaan dimiliki empat ahli perniagaan terkaya di China. 

sumber- DM

Maut dirempuh lawan arus

PERIKSA...pasukan paramedik memberi bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
PERIKSA...pasukan paramedik memberi bantuan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
MIRI: Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan ngeri apabila dirempuh sebuah kenderaan lain sebaik terpelanting atas jalan selepas motosikal ditunggangnya bertembung dalam kejadian berhampiran simpang sebuah pusat beli-belah di Permyjaya, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 malam apabila mangsa dikenali sebagai Kulin, 27, menunggang motosikal melawan arus bertembung sebuah kereta di simpang berkenaan menyebabkannya tercampak ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan dari arah sama.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala motosikal ditunggangnya diseret sejauh 30 meter.

Sebelum kejadian, mangsa baru selesai menghadiri majlis menyambut hari lahir anak saudaranya di Perumahan Quadruplex, Permyjaya sebelum ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli barangan keperluan.

Pemandu kereta yang dikenali sebagai Ngu, 35, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari pusat bandar menuju Desa Indah, Permyjaya selepas bertemu rakan di sebuah kedai makan, jam 9 malam.

Katanya, sebaik tiba di simpang itu, dia tiba-tiba terkejut dengan kehadiran mangsa di hadapannya yang menunggang secara melawan arus menyebabkannya hampir merempuh mangsa.

“Ketika itu, saya terus menekan brek kecemasan sebaik melihat mangsa datang dari arah bertentangan. Saya cuba mengelak, namun motosikal ditunggang mangsa tersangkut pada bahagian tepi kereta sebelum terjatuh,” katanya.

“Akibatnya mangsa tercampak ke tengah jalan bersama motosikalnya sebelum sebuah kereta dari arah belakang gagal menekan brek lalu merempuhnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap Balai Polis Trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman dan kepala yang serius.

sumber- HMetro

Gempar jumpa ikan naga laut

Gempar jumpa ikan naga laut
Pelajar Inos dan pegawai memegang spesies ikan naga laut yang yang dikatakan hanya berada di perairan cetek sekiranya sesat ataupun menghidap penyakit.
Gempar jumpa ikan naga laut
Kepala ikan naga laut ini seakan kuda laut.
KUALA NERUS – Seorang nelayan di Kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini, gempar dengan penemuan bangkai ikan naga laut atau Oarfish berukuran kira-kira 2. 4 meter yang ditemui terdampar di pantai berkenaan pagi 13 Ogos lalu.

Bagaimanapun, spesies ikan dalam bahasa saintifiknya 'Regalecus Russelii' bukan kali pertama ditemui terdampar di perairan berkenaan, sebaliknya ia merupakan penemuan kedua selepas penemuan pertama tiga tahun lalu.

Menurut Kurator Institut Oseanografi & Sekitaran (Inos) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Azwarina Mohd Azmi Ramasamy, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan ikan berkenaan oleh seorang nelayan, Awang Alwi, 41.

“Kebiasaannya spesies ikan laut dalam berkenaan ditemui di perairan cetek jika berpenyakit atau tersesat, di mana ia makan secara menegak dengan memuncungkan mulutnya dan ia jarang ditemui.

“Justeru ikan yang memiliki badan pipih panjang menyerupai naga ini akan diawet untuk kajian lanjut dan menjadi sampel rujukan di Pusat Rujukan dan Repositori laut Chian Selatan, Inos,” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan berkenaan bukan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini spesies ikan berkenaan telah dilaporkan beberapa kali ditemui di perairan Pantai Timur.

sumber- Sinar

Anjing dikeringkan untuk dijadikan makanan

Anjing pada kebiasaannya dikenali sebagai 'sahabat manusia' kerana sifatnya yang comel serta taat terhadap tuannya. Berbeza pula di beberapa wilayah sekitar China dimana anjing dikeringkan untuk dijadikan makanan.

Haiwan yang malang ini akan dibunuh secara kejam (dipukul kepalanya) serta dibuang kulitnya terlebih dahulu. Kemudian, ia akan dicuci lalu dibuang segala isi perutnya. Proses seterusnya, anjing-anjing tersebut akan dijemur sehingga kering. 

Lebih menakutkan, kepala anjing tersebut tidak dibuang malah dikeringkan bersama badannya.

anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering
anjing kering

Tasik Tar Terbesar Di Dunia

La Brea

Tasik secara lazimnya dikenali sebagai takungan air besar berserta pemandangan sekeliling yang indah. Berbeza pula dengan Tasik La Brea yang terletak Trinidad, California ini dimana ianya padat dengan kandungan tar semula jadi atau asphalt dan ianya merupakan tasik tar terbesar di dunia. 

La Brea

Tasik ini ditemui oleh Sir Walter Raleigh pada tahun 1595 yang terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya. Tasik La Brea ini mempunyai keluasan kira-kira 40 hektar persegi dan apa yang unik nya, tasik ini tidak mengandungi air mahupun lumpur tetapi dipenuhi dengan bitumen.

La Brea

Dengan sebahagian bitumen di sekitar tasik ini yang telah pun mengeras, para pengunjung dapat berjalan-jalan di atas permukaannya tanpa perlu berasa bimbang. Fenomena ganjil lain yang terdapat di tasik ini ialah sekiranya ada sesuatu yang jatuh di atas permukaan tasik ini seperti daun kering, kayu, atau haiwan mati, ia akan ditarik secara perlahan-lahan ke bawah tasik dan akan diluahkan semula selepas beberapa bulan atau beberapa tahun kemudian.

La Brea

Selain itu, kawasan tasik ini juga terkenal dengan penemuan pelbagai jenis fosil. Para pelancong yang berkunjung ke sini berpeluang untuk melihat sendiri fosil-fosil yang ditemui dari sekitar tasik tersebut di George. C Page Museum of La Brea Discoveries.

La Brea
La Brea
La Brea

RM50,000 untuk mangsa konflik selatan Thailand

PEGAWAI polis Thailand memeriksa mayat sukarelawan Islam yang mati ditembak pemberontak di Narathiwat, awal bulan ini. - Foto AFP
PEGAWAI polis Thailand memeriksa mayat sukarelawan Islam yang mati ditembak pemberontak di Narathiwat, awal bulan ini. - Foto AFP
Kabinet Yingluck tambah bayaran ganti rugi akibat kematian, kecederaan 

Bangkok: Kabinet Thailand kelmarin meluluskan cadangan Kementerian Kehakiman untuk menaikkan bayaran pampasan bagi kematian dan kecederaan yang dialami mangsa pemberontakan di selatan negara itu, kata jurucakap kerajaan Thai, Sansanee Nakpong.

Cadangan kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra itu menyatakan, pampasan bagi kematian dan ketidakupayaan, yang pada awalnya ditetapkan sebanyak 100,000 baht dan 80,000 baht (RM10,000 dan RM8,000), akan dinaikkan kepada 500,000 baht (RM50,000).
Perubahan itu berkuat kuasa kelmarin. Ia juga akan membabitkan kejadian sehingga tarikh 1 Januari 2004, apabila keganasan di sempadan selatan bermula. Jumlah itu akan dibayar tidak lewat daripada tahun kewangan 2015.

Sansanee berkata, secara keseluruhan berlaku 2,739 kematian dan 303 orang hilang upaya yang layak menerima pampasan itu.

Penduduk kampung maut 

Di Narathiwat, seorang lagi penduduk kampung maut dan seorang lagi cedera dalam serang hendap di Sungai Padi awal pagi kelmarin.
Pegawai bertugas di balai polis Sungai Padi, Kapten Denpong Temyod, berkata beliau menerima laporan kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan seorang lelaki dibunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di daerah Ban Toh Peng di Sungai Padi.

Mayat ditemui terbaring 

Polis menemui mayat Matohe E-tae, 33, terbaring berhampiran motosikalnya. Mangsa ditembak beberapa kali di perut, kepala. Mereka diberitahu seorang lagi mangsa, Adinand Yusoh, 19, juga ditembak di perut dan tangan dan sudah dibawa ke hospital Sungai Padi.

Saksi memberitahu polis mangsa menunggang motosikal di sepanjang jalan apabila penembak yang bersembunyi di dalam hutan di tepi jalan menembak mereka dengan raifal M16. Penyerang kemudian melarikan diri.

Polis menyalahkan kejadian itu ke atas pemisah.

sumber - Agensi

Kempunan beraya kereta baru

Kempunan beraya kereta baru
Saiful (kiri) dan Muhammad Hanif melihat keadaan kereta Iswara yang mereka naiki
HULU SELANGOR - Hasrat seorang penuntut sebuah kolej dekat sini untuk pulang beraya dengan kenderaan yang baru  diambil dari keluarganya tidak kesampaian setelah terbabit dengan kemalangan awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, kereta Proton Iswara dinaiki Saiful Amirul Abdul Rahim, 19, bersama rakannya, Muhammad Hanif Ismail, 19, terbabas setelah cuba mengelak kereta yang secara tiba-tiba membrek di hadapannya.

Menurut Saiful, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Sungai Behrang selepas bermain futsal di Tanjung Malim.

“Ketika tiba dekat persimpangan Plaza Tol Behrang, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu seorang wanita mengekori rapat di belakang kami tetapi setelah kereta itu memintas secara tiba-tiba dia membrek.

“Saya cuba mengelak melanggarnya tetapi gagal dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan berpusing sebelum terhenti di bahagian tengah pembahagi jalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Saiful berkata, dia mengalami kecederaan bibir kanan akibat terhantuk pada stereng sementara rakannya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Muhammad Hanif berkata, Saiful baru saja mengambil kereta tersebut dari kampung di Pulau Pinang pada Ahad lalu dan bercadang menggunakannya untuk balik bercuti menyambut Aidilfitri.

Katanya yang mengambil jurusan Mekatronik Semester 3, kejadian itu cukup mencemaskan dan jika Saiful gagal mengelak berkemungkinan mereka jatuh ke gaung.

“Saiful bertindak memutar stereng ke kanan selepas melanggar besi pengadang jalan kerana menyedari terdapat gaung di bawah.

“Nasib baik dia bertindak pantas jika tidak tak tahulah bagaimana nasib kami,” katanya yang berasal dari Johor.

sumber- Sinar

PM taja tiket haji keluarga jurukamera Noramfaizul

pakej haji percuma
Abdul Azeez (kiri) menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak Allahyarham Noramfaizul, Muhammad Naufal, 4, (depan, kanan) dan Muhammad Irfan Ilhan, 9, semalam.
KUALA LUMPUR - Keluarga Allahyahyam Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terbunuh ketika menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tahun lepas, hari ini menerima surat tawaran mengerjakan haji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia disampaikan bagi pihak Najib oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada ayah Noramfaizul, Mohd Nor Md Yasin, di rumahnya di Taman Serdang Raya di sini.

"Hari ini genap setahun kami telah berada di bumi Somalia. Allahyarham berada bersama kami tahun lepas. Jadi hari ini kita adakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Noramfaizul," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Tawaran mengerjakan haji itu turut dipanjangkan kepada ibu dan adik Noramfaizul, Naemah Abdul Majid dan Nur Najihah.

Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi di Mogadishu pada 2 Sept 2011 semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.

Dalam kejadian itu, jurukamera TV3 Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata pihaknya merancang untuk ke Myanmar pada 1 Sept ini bagi misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Rohingnya yang dilaporkan ditindas.

Beliau berkata dana sebanyak RM300,000 telah dikumpulkan sehingga kini untuk tujuan membeli peralatan dan keperluan sepatutnya.

Menurutnya, jaket kalis peluru menjadi antara keperluan utama anggota misi kemanusiaan seterusnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

sumber- Bernama

1% caj perkhidmatan PTPTN kekal

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said
Datuk Ismail Mohamad Ismail Said
TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang melupuskan satu peratus caj perkhidmatan pentadbiran yang dikenakan kepada para peminjam.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamad Said berkata caj tersebut masih relevan serta rendah jika dibandingkan dengan caj 4 peratus yang pernah dikenakan perbadanan itu, sebelum ini.

"Caj ujrah itu murah, berpatutan dibandingkan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan bank atau institusi kewangan lain di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan raya di Masjid Rumpun Makmur, di sini, hari ini.

Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, golongan miskin, warga emas dan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid berkenaan.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata sejak ditubuhkan 14 tahun lepas, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 1.94 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Katanya, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.

Menjelang akhir tahun ini, PTPTN akan membuka cawangan di setiap negeri bagi memudahkan pelajar dan orang ramai berurusan, katanya.

sumber- Bernama

Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut disyaki didera

children abuse victims
Mayat kanak-kanak, J.Pavitra, 4, dituntut oleh kaum keluarganya untuk disemadikan selepas bedah siasat di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera. -Foto Bernama 
IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera, di sini semalam.

Menurut sumber, J. Pavitra dibawa ke Klinik 1Malaysia di Bercham oleh ibunya pada pukul 5 petang semalam kerana dikatakan tidak sihat.

Bagaimanapun pegawai perubatan di klinik itu mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa susulan penemuan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa.

Sumber itu berkata hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman yang teruk terutama pada bahagian kepala, dipercayai akibat dipukul atau ditendang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi berkata polis mengambil keterangan ibu mangsa yang berusia 33 tahun bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, nenek mangsa, L. Vijaya yang ditemui di pekarangan hospital, berkata mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan sudah kematian bapa sejak dua tahun lepas.

"Abangnya yang masing-masing berusia 15 dan 13 tahun tinggal di rumah anak yatim di Taiping manakala yang berusia enam tahun dibela oleh saudara sebagai anak angkat," katanya.

Mangsa pula tinggal dengan ibunya dan teman lelaki ibunya di Kampung Tawas di sini.

Vijaya berkata beliau ada melihat kesan lebam dan luka pada bahagian muka cucunya pagi semalam namun diberitahu Pavitra terjatuh.

Mayat kanak-kanak malang itu dibawa pulang ke rumah neneknya di Taman Impiana Aidril di Menglembu di sini untuk pengebumian.

sumber- Bernama

Bapa 2 anak didakwa merogol gadis bawah umur

melayu rogol anak dara
Kedua-dua tertuduh menutup muka dengan baju mereka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
KOTA BHARU - Bapa kepada dua anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di sebuah kampung di Pasir Puteh.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Rosdi Abdullah, 29, bersama seorang rakannya, Mohd. Jazlee Abd. Wahab, 28, mengaku tidak bersalah dihadapkan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mohd. Rosdi yang berasal dari Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh dihadapkan di depan Ahmad Bazli terlebih dan diikuti Mohd. Jazlee dari Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh.

Mohd. Rosdi didakwa melakukan perbuatan itu, pada jam 2 pagi, pertengahan Julai lalu dengan merogol mangsa berusia 15 tahun tiga bulan itu di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh.

Dia didakwa boleh dikenakan penjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Manakala Mohd. Jazlee didakwa merogol mangsa yang sama  jam 4.30 pagi, 8 Ogos lalu di tempat yang sama.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd. Rahman manakala Mohd. Rosdi tidak diwakili peguam sementara Mohd. Jazlee diwakili peguam Wan Abd. Razak Wan Dollah.

Mohamad Hafiz tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh namun Wan Abd. Razak memohon supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin.

“Ini kes pertama tertuduh, tertuduh hanya bekerja sebagai seorang buruh yang berpendapatan RM40 sehari manakala isterinya tidak bekerja dan mereka mempunyai dua orang anak,” katanya.

Mahkamah membenarkan Mohd. Jazlee dijamin sebanyak RM10,000 manakala Mohd. Rosdi tidak dibenarkan jaminan. Kedua-dua kes akan disebut pada 8 Oktober ini.

sumber- Sinar

Dua beradik disuap pasir

kanak-kanak mangsa dera
LEBAM...kesan pukulan penyangkut baju oleh ibu tiri mereka.
KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

sumber- HMetro

Remaja songsang sewa hotel di bulan Ramadan

gay gay
Dua remaja lelaki bernafsu songsang dicekup dalam keadaan bogel berpelukan atas katil disebuah tempat penginapan, dekat Pantai Sura, petang semalam.
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

sumber- Sinar

Hotel-hotel berhantu di dunia

1. Hotel Crescent

Hotel Crescent

Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercayai sebagai hotel terseram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh muflis dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah suai menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal dunia di hotel ini. Sejak itulah, jelmaan pesakit yang mati kerap muncul dan mengganggu sesiapa sahaja.

2. Hotel Queen Mary

Hotel Queen Mary

Pada awalnya Queen Mary adalah kapal persiaran mewah. Dengan kehebatan serta kecanggihan yang dimiliki olehnya, ianya mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik. Ketika berlakunya peperangan, kapal ini telah diambil alih oleh pasukan tentera “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Pada masa itu jugalah Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 anak kapal turut meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, roh-roh yang tidak tenteram mula memunculkan diri.


3. Lizzie Borden Bed and Breakfast

Lizzie Borden Bed and Breakfast

Pada 4 Ogos 1892, Lizzie Borden telah melakukan pembunuhan kejam terhadap ayah dan ibu tirinya dengan menggunakan sebilah kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemui mati di antara tempat tidur dan almari pakaian di ruang tamu manakala mayat ayahnya ditemui di bawah sofa. Lizzie akhirnya dijatuhkan hukuman mati di Fall River pada tahun 1927. Kini, roh ketiga-tiga mereka menghantui hotel tersebut dan mengganggu pengunjung.


4. The Old Spot Hotel

The Old Spot Hotel

Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangunkan di Kota Grawler, Australia bahagian selatan pada tahun 1980. Bangunan ini telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Beberapa tahun kemudian, ianya diubah menjadi hotel. Sejak itulah terjadi pelbagai perkara misteri dan salah satunya ialah jelmaan kanak-kanak yang tidak tahu dari mana asalnya. Hotel ini benar-benar disahkan berhantu pada tahun 1990 apabila seorang tetamu secara tidak sengaja menangkap 3 keping gambar hantu menggunakan kameranya.

Bayar RM37 untuk lihat kapal terbalik

Costa Concordia Giglio Island, Italy
GAMBAR fail pada 13 Julai lalu menunjukkan kapal Costa Concordia terbalik dekat Pulau Giglio, Itali.
PULAU GIGLIO, Itali - Para pelancong yang berkunjung ke bekas pelabuhan nelayan di Santo Stefano di sini ditawarkan pengalaman baharu walaupun ia sedikit menggerunkan.

Dengan bayaran serendah AS$12 (RM37), para pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat bangkai kapal persiaran mewah Costa Concordia seberat 114,500 tan yang terbalik di kawasan cetek di Pulau Giglio pada 13 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, 32 orang penumpang terbunuh.

"Pulau itu kini menjadi tumpuan bukan kerana keindahan tempatnya tetapi kerana tragedi menjadi lebih menarik berbanding tempat-tempat yang indah," kata seorang pelajar, yang dikenali sebagai Daniela, 23.

Para pelancong akan dibawa berdekatan dengan kapal Costa Concordia yang membawa seramai 4,000 penumpang ketika ia terbalik.

"Amat mengecewakan apabila melihat kapal itu terdampar, tetapi kehidupan di pulau ini perlu diteruskan dan ia menjadi sebab kenapa kami mahu menghabiskan percutian di sini," kata seorang penumpang lain, Lucia.

Datuk Bandar Giglio, Sergio Ortelli, menyatakan terdapat peningkatan pelancong ke pulau ini kerana mereka mahu merakamkan gambar kapal tersebut.

Kapal itu terbalik selepas ia terlanggar batu karang dan belayar terlalu dekat dengan pulau tersebut pada kelajuan yang tinggi. 

sumber- Agensi

Bank Standard didenda RM1.08 bilion

Standard Chartered London, Britain
BU pejabat bank Standard Chartered di London, Britain kelmarin.- Agensi
NEW YORK – Standard Chartered didenda AS$340 juta (RM1.08 bilion) kerana berurus niaga dengan beberapa pelanggannya dari Iran.

Denda itu dikenakan oleh pihak berkuasa Perkhidmatan Kewangan New York selepas bank berkenaan dituduh menyembunyikan 60,000 transaksi berjumlah AS$250 bilion (RM796.62 bilion) dengan beberapa klien Iran selama lebih 10 tahun.

Standard Chartered beribu pejabat di London.

Penyelesaian tersebut jauh lebih ringan berbanding hukuman berat yang menjadi kebimbangan para pelabur sebelum ini.

Mereka khuatir pihak berkuasa perbankan Amerika Syarikat (AS) iaitu Jabatan Perkhidmatan Kewangan akan membatalkan lesen Standard Chartered di New York.

Antara klien Iran yang didakwa terlibat dalam skandal itu termasuk Bank Pusat Iran dan Bank Nasional Iran.

Kedua-duanya dituduh Washington sebagai membantu Iran membina senjata nuklear dan membiayai keganasan.

Berdasarkan terma penyelesaian dengan pihak berkuasa berkenaan, Standard Chartered bersetuju menempatkan seorang pegawai antipenggubahan wang haram selama dua tahun di cawangan bank berkenaan di sini.

Standard Chartered juga akan melantik beberapa juruaudit dalaman bagi memeriksa sama ada bank berkenaan mematuhi sekatan-sekatan AS berhubung operasinya dengan Iran.

“Standard Chartered sebelum ini menawarkan AS$5 juta (RM15.63 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut, jelas sekali, penyelesaian ini jauh lebih tinggi,” kata penganalisis firma Morningstar, Erin Davis.

Menurutnya, denda AS$340 juta itu tidak akan mendatangkan impak yang besar ke atas kedudukan kewangan bank berkenaan.

Pada separuh pertama tahun ini, Standard Chartered melaporkan keuntungan berjumlah AS$3.95 bilion (RM12.58 bilion).

Sementara itu, sebuah kumpulan pelobi AS menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas bank berkenaan terlalu ringan.

“Mana-mana institusi kewangan yang didapati melanggar sekatan Iran sepatutnya dibatalkan lesennya di AS,” kata kumpulan itu dikenali sebagai Barisan Penentang Nuklear.

Sejak sedekad lalu, AS dan sekutu-sekutunya telah melaksanakan sekatan ke atas beberapa bank Iran, institusi dan individu dalam usaha menghentikan program senjata Iran.

Persoalan tentang senjata nuklear Iran menjadi isu panas menjelang pilihan raya Presiden AS pada November depan dengan beberapa kumpulan berpengaruh memberikan tekanan kepada Presiden Barack Obama supaya bertindak lebih tegas terhadap Iran. 

sumber- AFP

Geng Simpang curi kereta tumpas

EMPAT buah kereta yang dirampas daripada tiga anggota Geng Simpang yang diberkas di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan baru-baru ini.
EMPAT buah kereta yang dirampas daripada tiga anggota Geng Simpang yang diberkas di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan baru-baru ini.
SRI KEMBANGAN – Kegiatan sebuah kumpulan penjenayah dikenali Geng Simpang yang aktif mencuri kenderaan dan melakukan samun tiga bulan lalu tumpas, ekoran tertangkapnya tiga lelaki di tempat letak kenderaan di Taman Puncak Jalil di sini baru-baru ini.

Kumpulan penjenayah itu digelar Geng Simpang kerana ketiga-tiga suspek yang berusia 25 hingga 28 tahun itu pernah ditahan di Simpang, Renggam, Johor dua tahun lalu.

Modus operandi anggota Geng Simpang ialah menggunakan pisau dan melarikan kenderaan mangsa yang enjinnya baru dihidupkan. Kawasan sasaran kegiatan jenayah kumpulan itu pula di sekitar kawasan perumahan.

Dalam kejadian di Taman Lestari Perdana di sini pada 3 Ogos lalu, sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang wanita berusia 20-an dilarikan oleh tiga lelaki Geng Simpang.

sumber- Kosmo