Pages - Menu

Sunday, September 2, 2012

Pemandu lori ditetak

Pemandu lori ditetak
Kesan darah mangsa berada di merata tempat di ruang tamu rumahnya.
KULIM - Seorang lelaki berusia 50an yang tinggal bersama keluarganya di Taman Lembah Impiana cedera parah di bahagian kepala apabila di serang lima tidak dikenali dengan bersenjatakan parang di rumahnya kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Waris mangsa berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan sedang baring di sofa ruang tamu rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa hanya tinggal bersendirian kerana ke semua ahli keluarganya keluar bersiar sempena cuti Hari Merdeka.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata mangsa yang cedera kemudiannya di hantar ke hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh waris yang datang ke rumahnya.

“Dari laporan di terima, suspek merampas dompet mangsa dan mengambil komputer riba milik anaknya sebelum ditetak. Jumlah kerugian dianggarkan RM1,500. Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta.

"Polis masih menyiasat dan memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan. Saya percaya suspek akan ditahan dalam masa terdekat. Sehingga kini keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

Sementara itu, menurut jiran mangsa ketika ditemui berkata, mereka terdengar berlaku pertengkaran di rumah mangsa kira-kira jam 5.30 petang bagaimanapun tidak mengendahkannya.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

sumber- Sinar

Kemalangan paling mahal di dunia

Kemalangan termahal yang pernah direkodkan dalam sejarah dunia ialah Tragedi Titanic yang menelan belanja U$D 150 juta. Tragedi kemalangan Titanic sememangnya terkenal di seluruh dunia. Pada 15 April 1912, kapal termewah pada waktu itu telah membuat pelajaran sulungnya. Namun, malang tidak berbau apabila kapal ini telah berlanggar dengan ketulan ais besar sehingga ianya tenggelam dan meragut 1,500 nyawa di lautan yang dingin. Kos pembinaan kapal tersebut ialah U$D7 juta (bersamaan U$D150 juta jika dibandingkan dengan mata wang pada hari ini.)

Kemalangan paling mahal di dunia

Ikan aneh ditemui di daerah Wajo

foto ikan aneh
Inilah ikan aneh yang ditemui di daerah Wajo, Sulawesi Selatan baru-baru ini.
WAJO, Sulawesi Selatan - Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan.

Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah.

Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang, Alim Bahri, 42, itu memiliki garis sisik menyerupai tulisan Arab yang membawa maksud 'Allah', lapor Kompas.com.

Keanehan ikan itu menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang ke rumah Alim untuk melihatnya sendiri, bahkan ada yang sanggup datang dari jauh.

Keunikan ikan itu juga mendorong seorang lelaki sanggup membelinya pada harga 10 juta rupiah (RM3,291).

Alim, bagaimanapun menolaknya, walaupun mengakui dia baru sahaja membeli ikan itu pada harga 4,000 rupiah (RM1.32).

Menurut Alim, dia tidak akan menjual ikan itu kerana percaya ia akan membawa rahmat kepada keluarganya. 

sumber- Agensi

Alat godam otak manusia

Alat godam otak manusia
Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat rahsia menerusi interaksi dengan komputer.
LONDON - Ia mungkin kelihatan seperti ciptaan yang sering digunakan di dalam filem sains fiksyen.

Bagaimanapun, kumpulan saintis dari Universiti California, Oxford dan Geneva berjaya merealisasikannya ke dalam dunia realiti.

Menurut mereka, alat menyerupai set kepala itu mampu untuk 'menggodam' otak manusia untuk mendapatkan maklumat rahsia termasuk nombor pin mereka menerusi interaksi dengan komputer.

Ia akan menghantar isyarat khusus dikenali sebagai P300 yang berfungsi untuk mengesan maklumat di dalam otak.

Ivan Martinovic di Jabatan Sains Komputer Oxford menyatakan ciptaan tersebut juga boleh mengakses maklumat seperti diperoleh menerusi alat elektroensefalografi (EEG) yang berfungsi untuk mengukur gelombang otak.

Melalui P300, saintis dapat mengesan pelbagai maklumat termasuk aktiviti separa sedar yang tersimpan di dalam memori pengguna.

Walaupun ia mungkin akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, ciptaan ini juga dikatakan amat sesuai digunakan dalam protokol soal siasat bagi mengesan butiran perbuatan jenayah yang dilakukan oleh suspek.

sumber- Sinar

Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai

Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai
Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai
KERIAN - Seorang bapa tidak menyangka keputusannya meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun berseorangan sebentar di luar rumah berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuala Kurau di sini, dalam kejadian petang kelmarin.

Bapa mangsa, Ong Keng Yaw, 35, berkata, ketika kejadian jam 6 petang, mangsa, Ong Xin Tong yang berusia tiga tahun ditinggalkan sebentar di pekarangan kawasan rumahnya untuk mandi sebentar.

Bagaimanapun, selepas selesai siapkan diri, dia tidak nampak kelibat anak perempuannya itu malah ahli keluarga lain yang berada di dalam rumah juga tidak menyedari kehilangan mangsa.

“Sedang kami berusaha mencari di seluruh kawasan rumah, tiba-tiba salah seorang anak jiran yang berusia enam tahun memberitahu kami yang dia ada ternampak mangsa terjatuh ke dalam sungai di hadapan rumah kami kira-kira 15 minit sebelum itu.

“Saya bergegas terjun ke dalam Sungai Kuala Kurau dan berjaya menemui anak saya dalam keadaan lemas.

“Bagaimanapun, saya kecewa kerana usaha menyelamatkan nyawanya gagal dan dia meninggal ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini, semalam.

Keng Yaw berkata, mangsa sebelum ini tidak pernah merayau-rayau keluar dari kawasan rumah secara bersendirian dan terkilan tindakan mangsa pertama kali keluar bersendirian berakhir dengan tragedi menyayat hati.

“Kami sekeluarga berasa amat sedih dengan pemergian mendiang anak perempuan saya. Bagaimanapun, saya menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir yang perlu kami hadapi dengan tabah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

sumber- Sinar

Mayat reput ditemui tersangkut

Mayat reput ditemui tersangkut
Polis dan Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melakukan siasatan berhubung penemuan mayat berkenaan.
PORT DICKSON – Niat orang awam untuk berekreasi di pantai Port Dickson, di sini, membawa kepada penemuan satu mayat dewasa yang masih belum dikenal pasti identitinya yang ditemui tersangkut pada batu di Pantai 3 ½ Bagan Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pada jam 4.20 petang.

“Keadaan mayat ketika dijumpai tidak berpakaian dan beberapa anggota badan telah rosak sehingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Mayat terbabit tersangkut pada batu susulan air pantai surut dan polis percaya mangsa meninggal lebih dari tiga hari. Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson kemudiannya membantu membawa mayat berkenaan ke darat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati anggota badan mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka ataupun tikaman.

“Mayat berkenaan dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Abd Wahab berkata, mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau sanak saudara diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Port Dickson di talian 06-6472222 bagi membantu siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

sumber- Sinar

Selena Gomez miliki rumah sendiri

Selena Gomez free mp3 download

Penyanyi dan pelakon remaja sensasi, Selena Gomez telah membeli rumah milik aktor "21 Jump Street", Jonah Hill bernilai AS$2.9 juta (RM9.1 juta).

Jonah sebelum ini membeli rumah tersebut pada September 2011 mempunyai 5 bilik tidur yang menghadap pemandangan indah dan mempunyai 6 bilik mandi. Rumah yang mempunyai keluasan hampir sehektar itu turut mempunya kolam renang, tempat bermain tenis serta kebun peribadi.

Sebelum ini, aktres "Spring Breakers" mengakui dirinya selesa tinggal di rumah ibu bapanya.

sumber- Cinema Online

Disebalik topeng misteri Rey Mysterio

Ramai yang mengenali ahli gusti profesional yang terkenal dengan gelaran Rey Mysterio ini. Namun, siapakah disebalik topeng misteri tersebut? 

Rey Mysterio terkenal dengan teknik 619
Rey Mysterio terkenal dengan teknik 619
Rey Mysterio atau nama sebenarnya Oscar Gutierrez Rubio dilahirkan pada 11 Disember 1979 di San Diego, California. Beliau mula melibatkan diri dalam arena gusti ketika berusia 14 tahun di sebuah gereja kecil di Tijuana, Mexico. Ketika itu, beliau menggunakan nama samaran sebagai Colobri yang bermaksud Burung Kelicap dalam bahasa Sepanyol.

Rey Mysterio ketika masih kanak-kanak
Rey Mysterio ketika masih kanak-kanak
Pada tahun 1995, Rey membuat kemunculan pertama perlawanannya untuk ECW dengan mengalahkan Psicosis dan pada tahun 1996, Rey berlawan untuk arena WCW. Beliau telah bertanding dalam pelbagai perlawanan hebat untuk gelaran seperti luchadores dan cruiserweights. Antara perlawanan bersejarah buat Rey ialah menentang rakan karibnya iaitu mendiang Eddie Guerrero ketika "Halloween Havoc 1997." 

Wajah sebenar Rey Mysterio tanpa topeng
Wajah sebenar Rey Mysterio tanpa topeng
Nama Rey kian terserlah pada tahun 2002 setelah memasuki arena WWE dimana Vince McMahon meminta agar beliau memakai topeng walaupun ketika berada di Mexico. Dalam etika arena gusti profesional, apabila seseorang ahli gusti kehilangan topengnya, ia tidak akan dikembalikan atau kemungkinan besar lesen perlawanannya akan di gantung.

Rey Mysterio bersama keluarga kesayangannya
Rey Mysterio bersama keluarga kesayangannya
Rey masih tinggal di San Diego bersama isteri dan dua anaknya iaitu Dominic dan Aaliyah. Nama kedua-dua mereka ditatukan di bawah lengan kiri dan kanan Rey manakala bahagian perutnya ditatukan perkataan Mexican untuk Mexico.

Eira hamil, Azad alami alahan, mengidam

Pasangan romantis, Azad Jazmin dan Eira Syazira.
Pasangan romantis, Azad Jazmin dan Eira Syazira.
Kata orang, apabila si suami terlalu sayangkan isteri, dia yang akan mengalami alahan dan mengidam apabila isteri mengandung. Begitulah yang dialami pasangan romantis, Azad Jazmin, 37, dan Eira Syazira, 28.

Menurut Eira, semenjak disahkan hamil, dia hanya mengalami alahan ketika awal kehamilannya. Namun, semenjak Ramadan lalu, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan mahu pun mengidam.

Sebaliknya, Azad yang mengalami alahan teruk iaitu muntah terutamanya pada awal pagi dan turut mengidam makanan seperti laksa.

"Dulu orang tua-tua selalu kata, kalau isteri mengandung, suami pun boleh alami alahan dan mengidam macam-macam. Dulu memang saya tidak percaya tapi bila kami sudah alami sendiri, baru kami tahu.

"Lucunya saya tidak lagi mengalami sebarang alahan, tapi Azad pula yang mengalami alahan teruk sekarang. Sehinggakan, ketika sedang berbual sambil memandu, tiba-tiba sahaja Azad termuntah.

"Malah, pernah sekali, Azad mengidam memakan laksa dan sanggup mencari sehingga jumpa sedangkan sebelum ini dia tidak suka laksa. Manakala nasi kandar yang selama ini jadi makanan kesukaannya tidak lagi digemarinya," jelas Eira sambil ketawa.

Eira berkata, selain alahan dan mengidam, Azad juga berubah sikap menjadi seorang yang lebih lucu dan romantik.

"Bayangkan, boleh dikatakan setiap hari dia akan menyorok dan saya perlu mencari dia. Pernah kami sedang membeli-belah mencari pakaian bayi, tiba-tiba dia hilang. Mula-mula dulu saya cari juga, bila dah lama-lama saya buat tak tahu sahaja.

"Malah Azad juga selalu buat lawak sehinggakan saya ketawa tidak henti-henti. Kadangkala bila kenangkan umurnya, tidak seiring pula dengan karakternya," katanya.

Perlahankan karier

Menyentuh mengenai perkembangan terkininya, Eira berkata, dia akan memasuki set penggambaran sebuah telefilem untuk siaran TV Alhijrah, 6 September ini.

Katanya, dia akan digandingkan dengan Aqasha dan Azad juga akan turut terlibat dalam telefilem yang belum diketahui judulnya itu.

"Saya terima kerana mereka mahu saya bawa watak wanita hamil. Selepas tamat penggambaran sekitar akhir September, saya akan memperlahankan karier saya.

"Jika diikutkan, sejak disahkan mengandung, Azad memang tidak galakkan untuk saya aktif berlakon kerana bimbangkan kandungan. Tapi, mungkin kerana rezeki anak, tawaran datang tidak putus-putus dan banyak naskhah yang bagus.

"Oleh kerana itu, saya sempat membintangi tujuh telefilem antaranya Esok Raya Babe, Ampun Untukmu, Cinta Noridah untuk siaran sepanjang Ramadan dan Syawal lalu," ujarnya.

Rezeki murah: Azad

Sementara itu, Azad berkata, dia amat bersyukur sebaik mengetahui Eira hamil dua bulan baru-baru ini dan amat teruja menantikan kehadiran cahaya mata yang dijangka lahir pada 2 Januari depan.

Katanya, mungkin kerana rezeki anak, dia juga banyak menerima tawaran terutamanya filem.

"Saya kini sedang bercuti semenjak Ramadan lalu, itu pun selepas berakhirnya penggambaran Gangster Celop. Oktober ini, saya akan memasuki pula set penggambaran Mamak Cupcake.

"Manakala pada 25 Oktober nanti, filem lakonan saya, Ape Celop Toq akan ditayangkan di pawagam.

"Walaupun jadual padat, saya sedaya upaya akan cuba luangkan masa bersama Eira dan kerana itulah saya lebih gemar Eira masak di rumah kerana kami dapat meluangkan masa bersama-sama," katanya yang juga kelihatan berisi.

Berahi ranjang di hotel bajet

awek melayu ketat hotel murah
Pegawai Penguatkuasa JAJ sedang menyoal siasat pelajar IPTA yang ditangkap berkhalwat.
KLUANG - Dua pasangan kekasih yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang dijalankan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan lapan kakitangan JAJ bersama-sama dengan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang bermula jam 1 hingga 6 pagi.

“Pasangan tersebut antara tujuh pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel bajet dan bilik sewa di sekitar bandar Kluang.

“Ketika soal siat dilakukan, kedua-dua pasangan tersebut berusia antara 20 hingga 21 tahun itu memberi alasan ketiadaan bas untuk pulang ke rumah kakak salah seorang daripada penuntut IPTA tersebut yang terletak di Pekan Paloh.

“Kesemua yang ditahan ditangkap dalam bilik berasingan tetapi hotel bajet yang sama. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka berempat mempunyai sebuah kereta yang digunakan untuk balik daripada Melaka ke Kluang sempena cuti Hari Kemerdekaan kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, tindakan yang dilakukan oleh mereka itu membuatkannya rasa kesal kerana mereka merupakan pelajar IPTA dan sanggup melakukan perbuatan sedemikian hingga tidak tahu bezakan antara perbuatan itu buruk ataupun sebaliknya.

“Sepatutnya sebagai pelajar IPTA, mereka menjadi contoh terbaik masyarakat," katanya.

Katanya, kesemua pasangan itu akan dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan di dakwa di bawah seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman Denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

sumber- Sinar

Wanita hamil 7 bulan ditangkap berkhalwat

ibu mengandung ghairah
Pegawai Penguatkuasa JAJ menenangkan bekas tentera itu ketika pemeriksaan dilakukan.
KLUANG - Panik apabila pintu bilik hotel yang ditumpangi diketuk penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang, seorang lelaki sanggup mengadang pintu biliknya dengan sebuah meja bagi menyelamatkan diri bersama pasangan kekasihnya daripada ditahan dalam Ops Maksiat, awal pagi kelmarin.

Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas, pintu bilik berkenaan dipecahkan pihak penguatkuasa.

Menurut Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, pemeriksaan penguatkuasa mendapati, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun yang sedang mengandung tujuh bulan berada di dalam bilik hotel itu.

“Pihak kita juga menghadapi sedikit masalah apabila lelaki itu yang juga bekas tentera tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pegawai penguatkuasa JAJ kepadanya,” katanya.

Mohd Khalil berkata, hasil soal siasat, lelaki tersebut telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera kerana kesalahan tatatertib dan sudah mempunyai isteri serta empat anak yang tinggal di Taman Sri Impian.

“Manakala pasangannya itu tidak bekerja setelah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu yang dia mahu bernikah apabila mengetahui kekasihnya mengandung, tetapi hasratnya terbantut apabila mendapat tentangan daripada isteri.

“Bagaimanapun, pasangan tersebut dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

“Pasangan  itu adalah antara tujuh pasangan yang telah berjaya ditahan dalam Ops Maksiat sempena Hari Merdeka awal pagi kelmarin,” katanya.

Operasi yang dijalankan itu juga telah diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin dan melibatkan lapan anggota Penguatkuasa JAJ daerah Kluang serta empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

sumber- Sinar

Kawal TV dengan kelipan mata

Kawal TV dengan kelipan mata
Kelip sahaja mata anda, siaran tv pasti bertukar mengikut mode mata.
BEIJING - Satu lagi inovasi teknologi kali ini menyebelahi mereka yang gemar melepak dan menonton televisyen (TV) dan hanya perlu mengelipkan mata jika mahu mengubah siaran atau sebagainya.

TV Kawalan Mata yang dikeluarkan di bawah jenama Haier China itu, dilengkapi dengan alat peranti besar yang diletakkan di hadapan tv kemudian pengguna hanya perlu mengelipkan matanya bagi menukar saluran, mengubah nada suara, mematikan atau membuka siaran tv mereka.

Teknologi penderiaan mata diaplikasikan melalui sensor Kinect-style yang mana siaran atau program tv tidak akan terganggu jika mata penonton berkelip secara normal dan bukan bertujuan mahu mengubah siaran.

Alat pengesan itu perlu diletakkan di hadapan pengguna dan harus diselaraskan dengan mata pengguna itu sendiri untuk memastikan skrin tv berkenaan dapat mengenali mata yang bakal mengeluarkan arahan kepadanya kelak.

Pengguna yang sering berhadapan masalah kehilangan dan sakit mata melihat susunan alat kawalan jauh tv yang memenuhi meja kopi mereka boleh menyelesaikan masalah itu dengan teknologi terbaru ini.

Dalam pada itu, satu lagi cara terbaik mengawal siaran tv anda adalah menerusi telefon pintar yang baru sahaja direka.

Menerusi satu ujian yang dilakukan rangkaian blog teknologi melibatkan barangan dan elektronik pengguna di persidangan tekonologi IFA di Bderlin, Jerman pada minggu lalu telah menyimpulkan inovasi tv itu sebagai 'konsep yang menambat hati' walaupun ia masih belum bersedia untuk dipasarkan pengeluar.

sumber- Sinar

Pelik! Ikan Unicorn mirip manusia

Nimrod atau ikan 'unicorn'
Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya. (Kanan) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod.
LONDON - Salah satu ikan paling unik di planet ini adalah ikan 'unicorn' yang dianggap mirip wajah manusia kerana memiliki hidung yang besar.

Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah.

Bagaimanapun, ikan pelik ini memiliki satu keupayaan yang mengagumkan di mana ia mampu bertukar warna pada badannya.

Sebenarnya, struktur pada kepala ikan yang dianggap hidung itu adalah tanduknya yang berperanan sebagai perisai melindungi diri.

Ikan bertanduk Naso itu sebenarnya berasal daripada negara Latin dan kini sedang dipamerkan di SeaLife Centre di Weymouth, Dorset, Britain.

Satu lagi spesies ikan serupa dinamakan Nimrod sempena pembinaan sebuah pesawat pejuang tentera yang memiliki tanduk.

Penyelia hidupan akuatik Matthew Fuller berkata: "Wajah pelik Nimrod mirip salah satu pesawat tentera dan tiada siapa tahu mengapa ia memiliki tanduk di hadapan kepala sedangkan ia adalah ikan," katanya.

sumber- Sinar

Dipukul teruk bermain mercun

Dipukul main mercun, bapa buat laporan polis
Jusop menunjukkan laporan polis sambil diperhatikan Mohd Adam.
TUMPAT – Angkara bermain mercun seorang kanak -kanak istimewa dipukul seorang lelaki berpakaian uniform di tengkuk, sehingga menyebabkan dia tersungkur ke tanah dan mengalami luka kecil di tapak tangan di hadapan rumahnya di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, di sini.

Dalam kejadian pada 28 Julai lalu, Mohd Adam Jusop, 15, bermain mercun bersama kawannya kira-kira jam 5.45 petang di dalam kawasan perumahan JKR, Pengkalan Kubor.

Ketika kawan Mohd Adam sedang leka bermain mercun, datang seorang lelaki beruniform mengejar mereka sehingga sampai di rumah Mohd Adam yang terletak beberapa meter dari perumahan JKR itu.

Bapa mangsa, Jusop Ibrahim, 64, berkata, dia kesal dengan tindakan anggota beruniform itu kerana memukul anak angkatnya itu, Mohd Adam sehingga menyebabkan kecederaan.

“Anak saya melarikan diri dengan menunggang basikal ketika dikejar lelaki beruniform ini.

“Bila sampai di hadapan rumah saya, dia terjatuh dari basikal, dan tersungkur selepas dipukul lelaki itu di tengkuk,” katanya.

Jusop berkata, bila bunyi bising di luar rumah, dia keluar dan sempat melihat tindakan lelaki berkenaan menyepak basikal anaknya serta mengugutnya.

“Kalau dia (lelaki beruniform) ternampak Mohd Adam bermain lagi dalam kawasan perumahan JKR, akan dipukulnya, dan selepas itu dia menendang basikal dan terus berlalu,” katanya.

Jusop berkata, dia cukup kesal dengan tindakan lelaki tersebut kerana seakan menyalahgunakan kuasanya sebagai anggota berpakaian uniform.

Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat  laporan polis di Pejabat Polis Pengkalan Kubor dan meminta kes ini disiasat.

sumber- Sinar

Misteri kucing bersayap

Biarpun kucing bertanduk dianggap perkara mustahil, kucing bersayap bukanlah suatu yang mustahil dan ia benar-benar wujud. Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China, mempunyai seekor kucing jantan yang sangat luar biasa. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm. Namun, sayap tersebut tidak dapat digunakan untuk terbang.

“Pada awalnya ia terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan" nenek Feng memberi penjelasan. Fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama di dunia. Anak kucing ini sebenarnya dilahirkan secara normal kemudian mula ditumbuhi bulu yang membentuk sayap. Saintis percaya bahawa ia disebabkan proses mutasi genetik dari bahan kimia semasa berada dalam kandungan ibunya. Walaubagaimanapun sayap tersebut tidak menggangu kehidupan anak kucing tersebut dan kehidupannya normal seperti kucing lain.

Misteri kucing bersayap
Misteri kucing bersayap
Misteri kucing bersayap
Misteri kucing bersayap

sumber- Melayukini

Taliban pamer klip video kepala manusia

Taliban pamer klip video kepala manusia
DUA anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal, dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu.
KHAR - Kumpulan Taliban menghantar satu klip video menunjukkan 12 kepala askar kelmarin selepas beberapa pegawai menyatakan, seramai 15 anggota tentera Pakistan hilang dalam pertempuran menentang militan berkenaan.

Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri di belakang 12 kepala manusia, dipercayai askar Pakistan.

Jurucakap kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan(TTP) yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu, Sirajud Din menyatakan, mereka dibunuh bagi membalas dendam kekejaman tentera terhadap militan Taliban.

Perkembangan itu berlaku selepas tentera Pakistan mengadakan satu operasi untuk menghapuskan militan-militan Taliban yang menawan daerah Bajaur pada Selasa lalu.

Kumpulan berkenaan dipercayai memasuki Pakistan dari wilayah Kunar di Afghanistan pada Jumaat lepas. 

sumber- AFP

Demam Gangnam di seluruh dunia

Gangnam Style
LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.
SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.

Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.

Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.

Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World! pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.

Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.

Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.

Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

sumber- Kosmo

Kecewa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang

Kecewa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang
MOHAMED MAHMED menaiki sebuah pesawat buatan sendiri kelmarin di Berrechid dekat Casablanca, Maghribi.
BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu.

Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.

Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram.

Menurutnya, kapal terbang tersebut boleh mencapai kelajuan 200 kilometer/ sejam dan terbang sejauh 120 km pada ketinggian 33 meter.

"Mereka (pihak berkuasa penerbangan) menyatakan, pesawat ini tidak layak untuk terbang dan boleh jatuh menimpa orang," keluh pencipta muda tersebut.

"Saya sepatutnya diberikan peluang untuk menguji rekaan ini. Saya yakin dengan keupayaan pesawat ini," tambahnya. 

sumber- AFP

Seronok diratah 6 jantan

seks awek melayu
FIFI...  lakukan seks dengan enam lelaki.
KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk untuk berasmara.

Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.

Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan kondom.

Bagaimanapun, selepas melakukan hubungan seks bersama teman lelaki ke enam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil anak luar nikah selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi.

sumber- HMetro

Retweet Siwon cetus kontroversi

Siwon Super Junior
Siwon
SECARA tidak semena-mena ahli kumpulan Super Junior, Siwon terpalit dengan kontroversi gara-gara melakukan retweet di akaun laman sosial Twitter miliknya.

Penyanyi tersebut baru-baru ini melakukan retweet mesej orang lain untuk berkongsi pandangan mengenai perebutan Pulau Dokdo membabitkan Korea Selatan dan Jepun.

Tindakan retweet itu menggambarkan bahawa Siwon bersetuju dengan mesej Twitter milik kerajaan Korea Selatan itu. Bagaimanapun dia seharusnya lebih sensitif kerana mempunyai peminat serata dunia.

Antara kandungan mesej tersebut berbunyi: "Dokdo ialah wilayah kami dan itu adalah tempat berharga yang akan kami lindungi dengan jiwa kami. Mari kita lindunginya dengan kehormatan."

Sebahagian peminat Super Junior di Jepun memprotes kenyataan itu manakala media mulai memboikot kumpulan K-Pop.

Majalah Cyzi Woman turut menyiarkan kekecewaan peminatnya di Jepun. Ada antara peminat kumpulan itu mengancam untuk membaling telur busuk ke arah Siwon apabila bertemu kelak.

sumber- Kosmo

Bisa labah-labah ubat mati pucuk

penawar mujarab masalah mati pucuk

London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk

Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini. 

ubat mati pucuk

Bunuh ramai orang 

Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan. 

Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik. 

Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati prestasi mereka masih sama. 

Oleh itu, ubat daripada bisa labah-labah mungkin dapat menjadi kaedah lain. 

sumber- Agensi

Beruang hitam juga bijak

beruang hitam yang bijak

MICHIGAN 1 Sept. - Beruang hitam didapati mampu menyelesaikan kiraan mudah dan memiliki kebijaksanaan menyamai haiwan primat, menurut satu kajian terkini.

Kajian yang dijalankan pakar psikologi dari Universiti Oakland, Michigan itu mendapati, beruang hitam mampu menyelesaikan tugasan berangka, termasuk membezakan bilangan titik pada sesuatu imej.

"Kajian tersebut menunjukkan beruang dan beberapa haiwan mamalia lain juga mempunyai kebolehan yang hampir dengan manusia," kata penyelidik bersama, Jennifer Vonk.

Tiga ekor beruang hitam yang tinggal di sebuah zoo terlibat dalam kajian tersebut yang menggunakan komputer dengan skrin sentuh.

Apabila beruang tersebut menghampiri komputer, skrin akan memaparkan dua imej yang terdiri daripada satu set imej mengandungi titik-titik besar dan satu lagi imej yang lebih kecil, yang mana kedua-duanya diwarnakan secara rawak hitam atau merah.

Beruang tersebut yang sudah dilatih menyentuh komputer dengan hidung atau tapak tangan, akan melakukannya bagi memilih imej tersebut.

Sekiranya menyentuh imej yang tepat, komputer tersebut akan mengeluarkan bunyi dan beruang itu akan mendapat makanan sebagai balasan.

Keputusan menunjukkan beruang-beruang itu mampu memilih imej yang tepat untuk mendapatkan makanan dan kemampuan itu hampir menyamai kebolehan mengira, kata Vonk.

Satu lagi eksperimen lanjutan menunjukkan, seekor daripada beruang tersebut yang bernama Brutus, mampu membezakan nombor. 

sumber- AGENSI

Datuk gersang dicekup bersama janda

seks dengan janda gersang
Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini.
PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.

Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan.

sumber- Sinar