Pages - Menu

Tuesday, September 4, 2012

Anting-anting yang menyeramkan

Anting-anting merupakan antara aksesori paling popular yang digunakan oleh kaum wanita bagi menghiasi diri. Kebiasaannya telinga akan ditindik bagi membolehkan anting-anting digantung. Dengan aksesori ini, kaum wanita akan kelihatan lebih cantik dan bergaya. Namun, bukan kesemua anting-anting mampu menyerlahkan kejelitaan. Ada juga anting-anting yang membuatkan seseorang wanita kelihatan menakutkan serta menyeramkan contohnya seperti gambar-gambar dibawah ini.

Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan
Anting-anting yang menyeramkan

Menggoreng ayam dengan tangan kosong

Seorang lelaki bernama Kann Trichan mampu mencelupkan tangannya ke dalam minyak yang sedang mendidih untuk menggoreng ayam. Usianya kini mencecah 50-an dan  pekerjaan hariannya ialah sebagai penjual ayam goreng di kota Chiang Mai, Thailand.  

Aksi Trichan langsung tidak mendatangkan kecederaan meskipun minyak tersebut sedang mendidih malahan dia langsung tidak berasa sakit. Trichan telah memegang rekod dunia menggoreng dengan tangan kosong 20 ketul ayam dalam masa satu minit. 

Trichan semakin terkenal bukan sahaja di Thailand, malah di seluruh dunia. Dia menceritakan ketika mula mengetahui kebolehan luar biasanya, dia telah terkena percikan minyak panas namun dia langsung tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan. Sejak itulah dia mempraktikkan kebolehannya dalam melakukan pekerjaan.

Menggoreng ayam dengan tangan kosong
Menggoreng ayam dengan tangan kosong
Menggoreng ayam dengan tangan kosong
Menggoreng ayam dengan tangan kosong
Menggoreng ayam dengan tangan kosong

Azerbaijan bakal berperang

Ramil Safarov meletakkan bunga di tugu peringatan Alley, Baku pada 31 Ogos lalu. - Foto ihsan presstv
Ramil Safarov meletakkan bunga di tugu peringatan Alley, Baku pada 31 Ogos lalu. - Foto ihsan presstv
YEREVAN- Armenia memberi amaran kepada Azerbaijan bahawa ia bersedia untuk melancarkan perang di sebalik ketegangan antara dua negara bekas Kesatuan Soviet itu selepas Baku mengampun dan menaikkan pangkat seorang bekas pegawai Azerbaijan yang membunuh askar Armenia dengan menggunakan kapak.

Minggu lalu, Presiden Azerbaijan, Ilham Akiyev memaafkan Ramli Safarov selepas dia diekstradisi dari Hungry.

Dia menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh askar itu pada 2004.

Pegawai kanan itu turut diberi kenaikan pangkat, rumah serta disambut sebagai seorang wira.

“Kami tidak mahukan peperangan, tapi jika terpaksa, kami akan pastikan kami akan menang. Kami tidak takutdengan pembunuh walaupun mereka gemar melindungi ketua negara," kata Presiden Armenia, Serzh Sarkisian.

“Mereka (Azerbaijan) sudah diberi amaran," kata Sarkisian, menyebut Azerbaijan sebagai "negara secara terbuka mengagungkan mereka yang membunuh, yang hanya membunuh kerana mereka orang Armenia.”

Safarov membunuh pegawai Armenia, Gurgen Margarian di akedemi ketenteraan di Budapest apabila semua yang berkhidmat menjalani khursus Bahasa Inggeris kendalian Nato.

Peguamnya berkata kepada mahkamah dia trauma akibat daripada pembunuhan saudaranya ketika perang antara Azerbaijan dan Armenia, dan mendakwa Margarian telah menghina negaranya.

Armenia dan Azerbaijan berada dalam konflik yang terlalu lama akibat pertikaian sempadan Nagorny Karabakh apabila mereka melancarkan perang pada 1990-an.

Kesatuan Eropah memberitahu, Baku dan Yerevan patut mengelakkan daripada terjadinya pertikaina yang lebih buruk.

sumber- Sinar

Putera Harry tenang buat penampilan umum pertama

Putera Harry tenang buat penampilan umum pertama
Putera Harry
LONDON -  Putera Harry kelihatan tenang sepanjang membuat kemunculan sulungnya pada satu satu majlis am susulan kontroversi melibatkan gambar bogelnya dua minggu laludi Amerika Syarikat (AS).

Harry berucap pada majlis makan malam meraikan pemenang gala tahunan badan kebajikan di sini, semalam.

Ucapan Harry, 27, yang merupakan penaung badan kebajikan WellChild, yang membantu mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di United Kingdom, secara tidak langsung dilihat berkait dengan kontroversi terbaru yang menimpanya itu.

Harry sebelum itu menyatakan bahawa dia sangat tersentuh dengan cerita-cerita inspirasi daripada pemenang pada majlis itu dan merasa sungguh terharu dengan kesungguhannya yang ditunjukkan mereka.

Harry sempat berkata, “jangan sesekali rasa takut untuk bergerak ke hadapan, saya tidak akan menoleh ke belakang.”

Ketika selesai berucap, Harry kemudiannya ketawa dan semua tetamu dalam majlis itu turut tertawa dengan ucapan Harry yang dianggap ada hubung kait dengan kontroversinya itu.

Sebelum ini, kecoh dengan penyebaran dua keping gambar bogel Harry sedang berparti di sebuah hotel di Las Vegas yang disiarkanoleh laman web gosip popular Amerika Syarikat, TMZ.

Istana Buckingham kemudiannya mengesahkan Harry sebagai lelaki dalam gambar terbabit yang mengikuti rombongan percutian ke Las Vegas.

sumber- Sinar

Kerusi paling besar di dunia

kerusi terbesar di dunia.
DUA orang berjalan di depan kerusi terbesar di dunia di sebuah pusat beli-belah di Shanghai semalam.

SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai kerusi yang terbesar di dunia.

Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong.

Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Reuters

Bangkai bergelimpangan

Bangkai bergelimpangan
Bangkai biri-biri di hadapan sekolah agama, malam kelmarin.
RANTAU PANJANG - Sebanyak 10 bangkai biri-biri bergelimpangan di bahu kiri dan kanan jalan di hadapan sekolah agama di sini, malam kelmarin, dipercayai dilanggar kenderaan berat.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika hujan lebat dan keadaan di situ agak gelap.

Haiwan tersebut dipercayai dilanggar kenderaan berat berdasarkan jarak yang jauh antara satu sama lain.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat memandangkan kemalangan disebabkan haiwan ternakan begitu kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Seorang penduduk dikenali Mat, 48, berkata, masalah ternakan berkeliaran di sekitar Rantau Panjang bukan lagi perkara baru.

Dia sendiri sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab supaya turun padang seterusnya menangkap haiwan tersebut.

Menurutnya pihak terbabit patut lebih kerap membuat operasi supaya pemilik lebih berhati-hati.

“Pemilik ternakan kebanyakan hanya membiarkan ternakan berkeliaran di merata tempat.

“’Keadaan ini membahayakan pengguna jalan,” katanya.

Mat berkata, pekan Rantau Panjang sendiri turut menjadi tumpuan ternakan sehingga mengganggu pengunjung membeli belah.

Menurutnya, keadaan ini cukup memalukan masyarakat setempat kerana pekan ini sentiasa dikunjungi pengunjung sama ada dari dalam atau luar Kelantan.

“Justeru, saya mengharapkan pihak berkuasa lebih kerap membuat operasi menangkap ternakan berkeliaran di atas jalan.

“Saya yakin jika operasi berterusan, pemilik tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan ternakan mereka,” katanya.

sumber- Sinar

Mencabul rakan sekerja

ghairah seks di tempat kerja

AYER KEROH - Seorang kerani didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga bekas rakan sekerjanya, Jun lalu.

Hanafiah Idris, 29, dari Bukit Beruang bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Hanafiah didakwa sengaja memegang buah dada seorang wanita berusia 24 tahun dengan niat untuk menjatuhkan kehormatan wanita terbabit.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya pada jam 12.39 pada 28 Jun 2012.

Hanafiah didakwa mengikut Seksyen 355 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Hanafiah tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan baru mendapat pekerjaan  selepas dibuang kerja dan menyara ibu yang uzur, selain perlu membayar semula pinjaman wang ketika belajar.

Syajaratudur kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober depan.

sumber- Sinar

Julie Woon dirompak!

personaliti TV cantik

“Siapakah yang seterusnya?”. Itu persoalan yang Julie Woon, 26, timbulkan di laman sosial Facebooknya selepas kejadian keretanya dipecah dan dirompak.

Sudah banyak kali kiranya kita mendengar kes seperti ini berlaku dan beberapa hari lepas pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.

Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.

Menurut Julie Woon lagi, pada mulanya dia dapat melihat sebuah motorsikal melalui dan melihat ke dalam keretanya. Namun, tidak sampai beberapa saat kemudian, datang lagi sebuah motorsikal dan memecahkan tingkapnya.

sumber- Tupai

Farid Kamil Ikat Diana Danielle Setahun

gambar Diana Danielle bogel

KUALA LUMPUR : Tanpa sebarang berita dan khabar angin pasangan romantis, Diana Danielle dan Farid Kamil telah melangsungkan pertunangan pada Ahad lepas di kediaman Diana sendiri di Damansara, setelah tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Akhbar Berita Harian melaporkan, majlis tersebut telah berlangsung sekitar jam 4 petang dan Diana telah menerima sebentuk cincin daripada Farid sebagai tanda dia sudah diikat oleh lelaki berasal dari Alor Star itu.

Difahamkan mereka akan mengikat tali pertunangan selama setahun namun tarikh sebenar perkahwinan belum lagi ditetapkan.

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan dia bersyukur kerana semua perancangan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain melihat anak saya bahagia.

"Harap-harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,"katanya.

Ibu kepada Diana Danielle itu juga menambah, dia tiada niat untuk menyembunyikan atau merahsiakan perkara ini . Semuanya demi memenuhi permintaan yang dibuat oleh anak dan bakal menantunya itu.

"Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, semua itu kehendak Farid dan Diana.

"Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan sahaja, kami pun buat seringkas yang boleh,"ujarnya.

Majlis yang dikhabarkan telah dirancang sebulan yang lalu itu menyaksikan Diana menyarungkan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias oleh jurusolek Chot.

Dia telah menerima tiga dulang hantaran mengandungi senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut daripada pihak lelaki dan membalasnya dengan lima dulang.

sumber- Murai

Durian semurah RM3 sebiji

durian paling sedap di dunia
Salleh antara pemilik dusun durian yang turut menjual buah durian di tepi jalan menuju ke Wakaf Tapai di Kampung Jerung Seberang.
PENGKALAN BERANGAN - Musim durian di Mukim Jerung menyaksikan penduduk tempatan mengambil kesempatan mendirikan gerai di lokasi strategik di tepi-tepi jalan raya di beberapa kawasan kampung.

Pendek kata, musim durian di mukim berkenaan memberikan rezeki lumayan kepada peniaga raja buah itu termasuk pemilik dusun durian dan difahamkan musim buah durian gugur kali ini juga tidak serentak dan berperingkat.

Seorang pemilik dusun, Salleh Mat Hasan, 74, memberitahu, durian diperoleh dari kawasan itu berbeza dengan buah dari luar negeri ini, begitu juga di daerah berdekatan seperti Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu kerana corak kulitnya juga berlainan.

Bagaimanapun menurutnya, musim buah durian gugur tetap berlaku dalam tempoh sama iaitu pada penghujung tahun bermula Ogos hingga Disember pada setiap tahun, dengan berperingkat-peringkat mengikut lokasi kampung masing-masing.

“Selain setiap kawasan mempunyai bentuk dan corak duri yang berbeza-beza dengan kawasan yang lain seperti duri yang jarang, panjang, pendek, rapat dan sebagainya, durian di Mukim Jerung adalah yang termurah dan mempunyai isi yang tebal.

“Malah dengan hanya RM3 sebiji malah lebih murah daripada itu, penggemar raja buah itu boleh makan sepuas hati mereka. Tidak rugi kerana isinya setanding buah durian yang dijual di Pasar Kedai Payang pada harga RM10 satu kilogram,” katanya.

sumber- Sinar

Lemas ketika mencari kepah

Lemas ketika mencari kepah
Mohd Yusuf (kiri) menenangkan isterinya, Rojiha semasa menunggu gerakan mencari dan menyelamat anak mereka yang dikhuatiri lemas dijalankan di pantai Kuala Muda di sini semalam.
KEPALA BATAS - Seorang pekerja kilang dipercayai lemas ketika sedang mencari kepah bersama kembar dan dua rakannya di perairan Kuala Muda di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Amran Mohd Yusuf, 28, bersama kembarnya, Amir, rakannya, Shahrulnizam A Rani, 39, dan Azly Firdaus, 13, dari Taman Mahsuri, Padang Serai, Kulim mula mencari kepah di kawasan kejadian.

Amran anak kedua pasangan Mohd Yusuf Ahmad, 54, kakitangan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kulim dan Rojiha Sabar, 52, suri rumah, difahamkan tidak pandai berenang hilang ditelan ombak selepas gagal diselamatkan dalam kejadian itu.

Mangsa maut dipercayai lemas selepas selepas tidak menyedari air laut mula pasang.

Bagaimanapun kembar dan dua rakannya bernasib baik selepas kesemua mereka diselamatkan oleh sekumpulan nelayan yang menyedari kejadian itu semasa pulang dari laut menuju ke jeti pendaratan ikan berdekatan kawasan berkenaan.

Mangsa dan kembarnya dikatakan kali pertama mencari kepah di kawasan berkenaan dan kehadiran mereka ke situ hanya diketahui oleh ibu bapa mereka selepas menerima berita malang itu dari polis sejurus kejadian itu berlaku.

Gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Kuala Muda, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta nelayan tempatan dijalankan sebaik kejadian itu diketahui umum.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd Yusuf yang ditemui di lokasi kejadian berkata, anak kembarnya itu tidak memaklumkan hasrat mencari kepah kepada dia dan isterinya sehinggalah berita malang itu dimaklumkan polis.

“Anak kembar saya ini memang meminati aktiviti memancing dan ini merupakan kali pertama mereka berdua mengikuti rakan mencari kepah.

“Tak sangka aktiviti ini merupakan insiden hitam buat kami sekeluarga,” katanya.

Ibu mangsa yang turut berada di lokasi kejadian gagal ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Difahamkan dia telah beberapa kali pengsan hingga terpaksa ditenangkan ahli keluarganya yang berada di lokasi kejadian. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim yang ditemui mengesahkan kejadian dan berkata gerakan mencari dan menyelamat mangsa giat dilaksanakan.

sumber- Sinar

Tatu pada gigi

Tatu ialah seni mencorakkan atau mewarnakan tubuh untuk sekadar menghiasi anggota badan atau sebagai simbol tertentu yang mungkin mempunyai makna atau unsur mistik tertentu. Kebiasaannya, tatu dilakukan di anggota tubuh yang berkulit seperti badan, kaki, mahupun tangan.

Kini, tatu bukan lagi dihadkan untuk anggota tubuh yang berkulit sahaja. Malah, ianya sudah menjadi trend untuk membuat tatu di gigi. Trend ini dikhabarkan mula diperkembangkan dari Jepun dan sudah tersebar di seluruh dunia. Pelbagai corak yang cantik dan unik ditatukan pada gigi. Proses membuat tatu di gigi tidaklah sesakit membuat tatu pada badan dan dikatakan kosnya adalah jauh lebih murah.

artis bertatu
maksud tatu
artis malaysia ada tatu
cara membuat tatu
tatu paling cantik di dunia

Padah curi pakaian kanak-kanak untuk adik

pakaian kanak-kanak murah
gambar hiasan
AYER KEROH - Padah mencuri pakaian kanak-kanak untuk diberikan kepada adiknya, seorang jurujual dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

V Rajesvari, 20, dijatuhi hukuman itu selepas mengekalkan pengakuan bersalah atas tuduhan mencuri di sebuah pasar raya, dua minggu lalu, di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Rajesvari sebagai jurujual di sebuah pasar raya mencuri dua helai baju dan sehelai seluar kanak-kanak berjenama bernilai RM327 di pasar raya terbabit.

Tertuduh melakukan kesalahan mencuri pakaian kanak-kanak itu antara jam 10 pagi dan 1.50 petang pada 21 Ogos 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh meminta hukuman denda minima kerana perlu menanggung  adik-beradiknya dan akan bertunang bulan depan.

“Saya duduk di dalam lokap empat hari dan ia membuatkan saya benar-benar insaf. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Syajaratudur kemudian menjatuhkan hukuman sehari penjara dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.

sumber- Sinar

Bangla jamah anak majikan

bangla rogol anak majikan
Mohd Adnan menunjukkan gambar suspek bagi membantu siasatan kes rogol di Pandamaran, Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM - Seorang pekerja warga Bangladesh disyaki merogol anak majikan sendiri berusia tujuh tahun, ketika mangsa ditinggalkan bersama kakaknya berusia lapan tahun di rumah mereka di Pandamaran, Klang, 25 Ogos lalu.

Ibu bapa mangsa keluar rumah kira-kira jam 2 petang, manakala suspek berusia 31 tahun berada di luar kediaman itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh kanopi.

Sumber berkata, sebaik ibu bapa mangsa beredar, suspek mengambil kesempatan masuk ke rumah  milik majikannya itu dan terus mengarahkan mangsa berbaring di bahagian ruang tamu.

Katanya, suspek baru dua bulan bekerja dengan bapa mangsa, terus merogol kanak-kanak itu dan ia dilihat kakak mangsa.

Menurutnya, setelah ibu  bapa mangsa pulang, kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan, sebelum kakak mangsa menceritakan kejadian yang berlaku.

"Ibu bapa mangsa buat laporan polis dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedang mencari seorang lelaki bernama Sahadat Hossai, bagi bantu siasatan.

"Sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat diminta ke balai polis terdekat atau hubungi 03-33762222," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Difahamkan, suspek mempunyai dokumen sah bekerja di negara ini dan menyewa di kawasan Pandamaran.

sumber- Sinar

Tumbuk adik kerana periuk

Tumbuk adik kerana periuk
Mustafa mengaku memukul adik perempuannya selepas mangsa enggan menyerahkan periuk yang dihadiahkan sempena perkahwinan 15 tahun lalu.
KUALA TERENGGANU  – Seorang abang bukan sahaja tergamak meminta semula periuk yang pernah dihadiahkan kepada adik perempuannya sempena hari perkahwinan 15 tahun lalu, namun lebih menyedihkan dia sanggup bertindak menggunakan kekerasan apabila adiknya enggan memulangkan semula hadiah berkenaan.

Dia yang bekerja sebagai tukang besi itu mencederakan mangsa dengan menumbuk dahi, badan dan dada selepas naik angin apabila mangsa berdegil tidak mahu memulangkan periuk tersebut atas alasan tertentu.

Mustafa Said, 40, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM500 atau seminggu penjara jika gagal menjelaskan denda itu oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman tersebut selepas bapa kepada dua anak itu mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adiknya, Fadilah, 35, di halaman rumah di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, kira-kira jam 7 petang, 29 Ogos lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa.

Terdahulu dalam rayuannya, Mustafa merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan perlu menanggung ahli keluarga, termasuk dua anak yang masih kecil serta seorang ibu yang sedang sakit dan mendakwa telah insaf atas perbuatannya itu.

Berdasarkan fakta kes, Mustafa naik angin lalu menumbuk dahi, badan dan dada adiknya selepas mangsa tidak mengendahkan permintaannya supaya adiknya itu memulangkan semula periuk yang dihadiahkannya, ketika perkahwinan mangsa kira-kira 15 tahun lalu.

Selepas mencederakan adiknya, Mustafa kemudian meninggalkan rumah berkenaan dan mangsa yang bimbang kejadian sama berulang, membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, di sini.

sumber- Sinar

13 ekor ikan paus mati terdampar di Scotland

13 ekor ikan paus mati terdampar di Scotland
SEJUMLAH anggota penyelamat berusaha untuk mengapungkan beberapa ekor ikan paus pilot yang terdampar di Pittenweem kelmarin.
LONDON - Sebuah pertubuhan penyelamat hidupan liar menyatakan 13 ekor ikan paus pilot mati selepas terdampar di luar pantai Pittenweem, timur Scotland.

Pertubuhan Penyelamat Hidupan Marin dan Penyelam Britain menyatakan haiwan itu merupakan antara 26 ekor ikan paus pilot yang terdampar kelmarin.

Sejumlah anggota pengawal pantai, bomba, polis dan kakitangan sukarelawan kesihatan haiwan turut berusaha untuk menyelamatkan haiwan tersebut. 

sumber- AP

Ditikam kerana durian

durian paling sedap di dunia

SINGAPURA: Akibat perselisihan faham, seorang lelaki Singapura, dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas ditikam gara-gara durian berharga Sg$2 (RM5), semalam.

Lianhe Wanboe, 46, bertegang urat dengan penjual durian itu ketika meminta untuk merasa sedikit buah berkenaan di gerai di Jalan Bukit Merah. Sebab pertengkaran itu tidak dijelaskan. 
Menurut akhbar tempatan, mangsa berkata, ketika dia berdiri di gerai itu, tiba-tiba dia merasa ada orang menikamnya dari belakang. 

Pada mulanya, Lianhe merasakan dia menjadi mangsa rompakan. Dia menjerit meminta tolong tetapi tidak ada siapa yang mengendahkan.

Dalam keadaan berdarah, Lianhe berjalan sejauh 500 meter untuk menahan teksi dan ke hospital.

Mangsa mengalami dua luka tikaman di belakang tubuh. 

Serangan itu turut menyebabkan satu tulang rusuknya patah. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan Lianhe kini diletakkan di bawah pengawasan di unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura. 

Penyerangnya, penjual durian berusia 61 tahun ditahan polis. Saksi berkata, penjual durian itu kelihatan tenang ketika dibawa polis. 

sumber- SM

Cucu pencipta Red Bull disyaki langgar polis

VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam.
VORAYUTH diiringi seorang anggota polis di Bangkok semalam.
BANGKOK - Seorang cucu pencipta minuman bertenaga Red Bull disyaki memandu sebuah kereta Ferrari yang melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini sebelum dia melarikan diri.

Polis menahan cucu pencipta Red Bull itu, Vorayuth Yoovidhya untuk disoal siasat semalam.

Dia ditahan selepas terdapat titisan minyak kereta tersebut yang bocor dilihat berada di atas jalan menuju ke kediaman datuknya, Chaleo Yoovidhaya di kawasan perumahan mewah.

Seorang pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral Comronwit Toopgrajank menyatakan dia mengambil alih siasatan selepas seorang pegawai polis berpangkat rendah cuba untuk menyembunyikan jenayah tersebut dengan menampilkan seorang suspek palsu.

Comronwit sendiri mengetuai satu pasukan pegawai polis untuk mencari kereta tersebut di pekarangan rumah datuknya itu.

Pasukan pegawai polis itu kemudian merampas sebuah kereta Ferrari berwarna kelabu gelap dengan bampar depan kenderaan tersebut kemik.

Anggota polis yang terbunuh itu ialah Sarjan Mejar Wichean Glanprasert, 47.

Wichean terbunuh semasa dia melakukan rondaan bermotosikal menjelang subuh.

Media Thailand melaporkan kereta tersebut mengheret Wichean sejauh beberapa meter ketika Ferrari tersebut bergerak laju ke kawasan perumahan itu.

SEORANG anggota polis memeriksa kereta Ferrari yang cermin kereta itu retak di garaj rumah mendiang datuk Vorayuth di Bangkok semalam.
SEORANG anggota polis memeriksa kereta Ferrari yang cermin kereta itu retak di garaj rumah mendiang datuk Vorayuth di Bangkok semalam.
Comronwit berkata, dia menggantung pegawai polis yang cuba untuk menyembunyikan identiti pelanggar Wichean dengan melakukan penipuan dalam siasatan.

"Seorang anggota polis telah mati. Saya tidak boleh membiarkan ia terjadi. Jika saya membiarkan kes itu diteruskan (kes menampilkan suspek palsu), saya lebih rela berhenti (kerja).

"Saya tidak kisah betapa berpengaruhnya mereka (keluarga pencipta Red Bull).

"Jika saya tidak dapat lelaki yang sebenar (pelaku jenayah itu), saya akan meletakkan jawatan," kata Comronwit.

Vorayuth berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai dan melarikan diri daripada ditangkap polis.

Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat ja-min sebanyak AS$15,900 (RM78,511).

Vorayuth mengaku dia memandu kereta sport berwarna kelabu itu tetapi menyatakan anggota polis tersebut mencelah di hadapan kenderaannya dengan tiba-tiba, kata seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Anuchai Lekbamroong.

Keluarga Chaleo disenaraikan sebagai yang keempat terkaya di Thailand pada tahun ini oleh majalah Forbes dengan kekayaan bernilai AS$4.5 bilion (RM22.22 bilion).

Chaleo meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 80-an.

Dia meninggalkan pewarisnya saham dalam syarikat minuman Red Bull, perniagaan, hospital dan hartanah.

Keluarga itu turut memiliki secara bersama sebuah syarikat yang menjadi pengimport tunggal kereta Ferrari di Thailand.

sumber- AP

Kreatifkan lukisan orang lidi anda

Mungkin ramai diantara kita berminat untuk melukis namun hanya tahu untuk melukis orang lidi. Semua ini bukanlah menjadi masalah besar, yang penting seseorang itu harus mempunyai daya kreativiti yang menarik. Sebuah laman web iaitu www.drawastickman.com bukan sahaja membuatkan lukisan orang lidi anda menjadi kreatif, malah turut menganimasikannya menjadi jalan cerita yang lucu. Perisian secara online ini adalah untuk hiburan dan terlalu mencuit hati walaupun apa yang dilukis hanyalah orang lidi. Konsepnya seakan-akan animasi 'Dora Explorer' dimana anda harus melakukan sesuatu perkara supaya jalan cerita boleh diteruskan. Usah malu jika anda tidak pandai melukis kerana pelukis terkenal juga bermula dengan lukisan orang lidi malahan orang lidi juga turut popular dijadikan simbol contohnya simbol tandas yang membezakan lelaki dengan perempuan. 

Anda boleh mencubanya sendiri di laman web yang dinyatakan di atas.

Kerat alat sulit teman lelaki

Kerat alat sulit teman lelaki

PERU: Seorang wanita berang yang cemburu mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit itu dalam mangkuk tandas.

Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.

Huaman Julia Munoz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, lapor laman web The New Age.

Wanita berkenaan cuba melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, tetapi ditangkap kakitangan asrama sebelum mereka menghubungi polis.

Kerat alat sulit teman lelaki

Ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Ini bukan kali pertama wanita membalas dendam ekoran kejadian seumpamanya. Seorang wanita di selatan Bangladesh sebelum ini mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan untuk merogolnya. Dia membawa alat sulit itu ke balai polis sebagai bukti, lapor BBC.

Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis, jirannya, Mozammel Haq Mazi menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya. Mozammel yang menafikan tuduhan itu dimasukkan ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian lain Julai tahun lalu, Catherine Kieu Becker dari California ditahan selepas memberi dadah kepada bekas suaminya. Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah. 

sumber- Agensi

Tetak di hospital

pembunuhan kejam di hospital

JEMPOL: Lima lelaki bertindak nekad mengekori seorang lelaki yang cedera dalam pergaduhan hingga ke Jabatan Kecemasan Hospital Jempol (HJ), di sini, sebelum menetak mangsa, dalam kejadian malam kelmarin.

Kejadian jam 8 malam itu turut disaksikan kakitangan hospital termasuk doktor serta jururawat yang terkejut melihat tindakan ala mafia suspek yang menyerang mangsa.

Sebelum itu, pada jam 6 petang hari sama, mangsa, lelaki berusia 35 tahun terbabit dalam pergaduhan dengan seorang daripada suspek berusia 21 tahun kerana tidak puas hati apabila lelaki itu mengganggu adiknya di Taman Satelit, Bahau, di sini.

Menurut sumber, dalam pergaduhan itu, suspek cedera di kaki, manakala mangsa cedera di kepala sebelum dibawa adiknya ke Hospital Jempol tanpa menyedari suspek masih tidak puas hati dan membawa empat rakan mengekorinya ke hospital.

“Lima lelaki berusia 20-an itu memasuki kawasan hospital berkenaan dengan membawa parang dan menyerang mangsa yang mendapatkan rawatan dengan ditemani keluarganya,” katanya.

sumber- HMetro

11 penumpang pesawat dikejarkan ke hospital

tambang kapal terbang

COLOGNE, Jerman 4 Sept. - Seramai 11 penumpang dikejarkan ke hospital akibat terhidu asap ekzos pesawat yang dinaiki selepas ia mendarat, di sini semalam.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat Boeing 737 Syarikat Penerbangan XL berkenaan transit di Cologne-Bonn.

Insiden itu memaksa 200 penumpang pesawat tersebut dikeluarkan melalui pintu kecemasan.

Menurut jurucakap syarikat, punca kejadian yang menimpa pesawat dalam perjalanan dari Hanover ke Gaziantep, Turki itu sedang disiasat. 

sumber- dpa

Penumpang bergaduh, pesawat berpatah balik

tiket kapal terbang percuma

GENEVA 4 Sept. - Gara-gara pergaduhan antara dua penumpang, sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Beijing terpaksa berpatah balik.

Pesawat Syarikat Penerbangan Swiss itu berpatah balik selepas enam jam berlepas dari Zurich.

Jurucakap syarikat, Mehdi Guenin memaklumkan, kedua-dua penumpang yang terlibat dalam insiden kelmarin itu merupakan warga China.

Tambah beliau, kedua-duanya diserahkan kepada polis sebaik sahaja pesawat Airbus A340 itu mendarat di Zurich.

Keputusan untuk berpatah balik itu dibuat sewaktu pesawat berkenaan berada di ruang udara Moscow, Rusia. 

sumber- AFP

Pengedar dadah Nigeria miliki hotel

hotel murah kuala lumpur
NOOR RASHID (kiri) menunjukkan beg yang digunakan untuk menyembunyikan dadah pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang perancang sindiket pengedaran dadah antarabangsa warga Nigeria yang diberkas bersama 12 yang lain dikesan mampu hidup mewah selain memiliki sebuah hotel di negaranya.

Lelaki Nigeria berusia 32 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang dipercayai isterinya di sebuah banglo di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Pasangan tersebut merupakan antara 13 ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang ditahan dalam operasi pada Ogos sehingga Sabtu lalu.

Kesemua 13 yang diberkas terdiri daripada enam warga Nigeria termasuk seorang wanita, lima warga Iran termasuk tiga wanita dan masing-masing seorang wanita Zambia dan wanita tempatan.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 38 tahun dan membabitkan rampasan syabu sebanyak 39 kilogram (kg) dan 16.9kg heroin. Nilai rampasan syabu dan heroin tersebut ialah RM8.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan, lelaki Nigeria itu dipercayai baru enam bulan menjadi perancang utama penyeludupan dadah ke negara ini.

Dadah-dadah dari Dubai dan Kaherah, Mesir dibawa masuk oleh keldai-keldai dadah yang diupah melalui lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

“Siasatan mendapati suspek dan wanita tempatan dipercayai isterinya mampu memiliki sebuah hotel di Nigeria.

“Malah suspek terbabit juga dikesan kerap menghantar wang dalam jumlah besar kepada keluarganya di Nigeria,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

sumber- Kosmo

Lelaki ceroboh hotel dibelasah

Lelaki ceroboh hotel dibelasah
SEORANG pemuda (duduk) ditangkap oleh orang ramaiselepas menceroboh bilik hotel didiami jurujual wanita.
MELAKA – Seorang penjenayah bukan saja kempunan untuk memperkosa seorang jurujual wanita malah nasibnya malang apabila dia dikejar dan ditangkap oleh orang awam selepas menceroboh sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek yang berusia 20-an menceroboh bilik hotel yang didiami mangsa sejak setahun lalu ketika wanita itu tiada di bilik tersebut.

Mengikut mangsa Wong Siew Hong, 38, dia hanya mengetahui ada penjenayah di dalam biliknya selepas dia masuk ke bilik yang terletak di tingkat dua hotel tersebut setelah selesai makan di sebuah restoran berhampiran.

“Ketika mahu memasuki bilik, saya terkejut melihat kunci bilik saya sudah kena kopak manakala pintunya sedikit terbuka,” kata wanita itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Kata Siew Hong, dia memberanikan diri masuk ke dalam bilik tersebut sebelum terperanjat melihat seorang lelaki sedang menggeledah barang-barangnya.

Suspek yang berpakaian serba hitam dan menutup mulut dengan kain terus menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaian Siew Hong seolah-olah mahu merogolnya.

Siew Hong yang berasal dari Johor Bharu berkata, dia yang ketakutan sedaya upaya melawan suspek sebelum suspek menumbuk mukanya beberapa kali di pipi kiri sehingga bengkak.

Dia yang kesakitan kemudian menjerit sekuat hati meminta pertolongan menyebabkan suspek takut lalu melarikan diri meninggalkan bilik hotelnya.

sumber- Kosmo

Lagak ngeri anak Ratu Britain

KIRI: Putera Andrew turun dengan menggunakan tali daribangunan The Shard di London semalam.
LONDON - Seorang anak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II turun dengan menggunakan tali pada ketinggian 239 meter (m) dari bangunan tertinggi di Eropah di sini bagi mengumpulkan wang untuk tujuan amal.

Anak ratu itu, Putera Andrew mengambil masa 30 minit untuk melakukan aksi lagak ngeri tersebut yang bermula dari tingkat 89 dan berakhir di tingkat 20 bangunan The Shard.

Selepas menuruni bangunan itu beliau memberitahu: "Saya tidak akan melakukannya lagi."

Bangunan itu yang setinggi 310m dibina dengan kos sebanyak £450 juta (RM2.2 bilion).

Beliau yang juga bekas pegawai tentera memperoleh sumbangan £290,000 (RM1.43 juta) dalam bentuk penajaan hasil daripada aktiviti tersebut yang turut disertai pendaki terkenal, Chris Bonington. 

sumber- Agensi