Pages - Menu

Monday, September 10, 2012

Bomba selamatkan wanita mahu terjun hotel

pasukan bomba dan penyelamat
Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang cuba melompat dari tingkat enam salah sebuah hotel di sini hari ini - Foto Bernama
SANDAKAN - Anggota bomba berjaya menghalang cubaan seorang wanita untuk terjun dari tingkat enam sebuah hotel di sini hari ini.
   
Wanita berumur 33 tahun dari Selangor itu berbuat demikian kerana dipercayai mempunyai masalah hubungan cinta dengan teman lelakinya.
   
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi apabila wanita itu dilihat berdiri di tepi tingkap sebuah bilik di tingkat berkenaan dan mengugut untuk terjun ke bawah.
   
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Aduling Habib Mohamad berkata pihaknya yang mendapat panggilan tentang perkara itu, bersama anggota polis telah memujuk wanita berkenaan selama sejam.
   
Bagaimanapun wanita itu tetap berdegil dan mengugut akan terjun ke bawah jika dia dihampiri, katanya.

"Ketika anggota polis memujuk wanita itu dari tepi tingkap, tiga anggota bomba yang dilengkapi tali keselamatan keluar dari dua tingkap bersebelahan, lalu menyelamat wanita berkenaan," tambahnya.
     
Wanita tersebut dikatakan mendaftar masuk ke hotel tersebut pagi tadi bersama sorang rakan wanitanya.
     
Dia telah diserahkan kepada pihak polis. 

sumber- Bernama

Lelaki putus telinga diserang dua individu kerana teguran

Lelaki nyaris putus telinga diserang dua individu kerana teguran
Saraswathy pilu melihat keadaan suaminya yang kini dirawat di ICU, HRPB.
IPOH – Teguran berkenaan haiwan peliharaan membangkitkan rasa tidak puas hati jiran tetangga yang bertindak menyerang seorang buruh di Kampung Kobin, Mengelembu, di sini, menyebabkan mangsa hampir putus telinga akibat ditetak dengan parang.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, S Nagalingam, 41 cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Jurucakap polis memaklumkan, mangsa sedang berehat di perkarangan rumahnya pada masa kejadian dan telah didatangi dua individu berusia 30-an yang dipercayai jirannya.

Menurutnya, berlaku pertengkaran sebelum salah seorang daripada suspek bertindak menyerang mangsa bertalu-talu, menggunakan parang selepas berang dengan teguran daripada mangsa.

"Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan pergelutan itu hanya terlerai selepas isteri mangsa melemparkan serbuk kari ke arah suspek.

"Menyedari perbuatan mereka diperhatikan jiran tetangga lain, kedua-dua suspek beredar dari rumah mangsa," katanya.

Isteri mangsa, G Saraswathy, 31 berkata, dia nekad membantu mangsa sungguhpun ketakutan melihat insiden berkenaan.

"Semasa kejadian, saya dengan bunyi bising di bahagian depan rumah, sebelum mendengar suami saya meraung minta tolong.

"Melihat keadaan suami saya yang parah ketika itu, saya bertindak nekad berlari ke dapur dan mengambil serbuk kari. Tidak disangka serbuk kari yang dilemparkan itu berjaya menakutkan mereka," katanya.

Mangsa yang merupakan bapa kepada lima orang anak, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB dan masih belum sedarkan diri.

Sinar Harian dimaklumkan keadaannya semakin stabil dan menerima jahitan pada telinganya serta terdapat kesan luka pada bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan, siasatan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

sumber- Sinar

Tembikai berbentuk hati

Buah tembikai berbentuk biasa mungkin agak kurang menarik. Seorang petani dari Jepun, Hiroichi Kimura dan isterinya telah menghasilkan buah tembikai yang berbentuk hati. Bentuk tembikai yang unik ini sesuai dijadikan buah tangan jika berkunjung ke rumah kenalan. Harga untuk sebiji buah ini ialah 15,750 yen (US$160). Walaupun bentuknya berbeza, rasanya tetap sama seperti buah tembikai yang lain. Ianya kini dipasarkan disekitar Jepun. 

Tembikai berbentuk hati
Tembikai berbentuk hati
Tembikai berbentuk hati

Tisu tandas paling seram di dunia

Tisu tandas paling seram di dunia

Penulis cerita seram Jepun Koji Suzuki telah bergabung dengan Hayashi Paper bagi menerbitkan karya penulisannya iaitu "Drop" di atas tisu tandas.

Suzuki sememangnya terkenal dengan penulisan cerita seram seperti "Ring" dan "Dark Water" dimana karyanya itu telah difilemkan dalam versi Jepun dan juga Hollywood.

Tisu tandas paling seram di dunia

Drop diletakkan di dalam tandas awam. Cerita penuh yang dihasilkan adalah sepanjang 3 kaki dan boleh dibaca dalam masa beberapa minit sahaja. Segulung tisu tandas ini dijual dengan harga 210 yen ($2.20 USD).

Tisu tandas paling seram di dunia

Tisu tandas bercetak bukanlah sesuatu yang baru di Jepun namun ini adalah pertama kalinya percetakan cerita seram dilakukan. Mungkin bahan bacaan sebegini akan membuat kejutan yang tidak dijangka seperti mereka yang sedang sembelit dapat membuat air besar dengan mudah atau kematian akibat serangan jantung di dalam tandas. 

Anggota FRU rompak barang kemas RM40,000

Anggota FRU dituduh rompak barang kemas RM40,000
Mohamad Firdaus Azmi (kanan sekali) dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sungai Petani, hari ini.
SUNGAI PETANI – Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini dituduh melakukan rompakan berkumpulan melibatkan barang kemas bernilai RM40,000.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Azmi, 22, yang bertugas di Johor Bahru sebagai anggota FRU, dituduh bersama tiga yang lain yang masih bebas kerana melakukan rompakan berkumpulan ke atas Siti Asa Ab Azizi pada 9 Mei lalu.

Dia yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen 4 Sungai Petani di sini hari ini, didakwa melakukan rompakan lebih kurang jam 11 pagi di Kampung Banggol Lahar, Kupang, Baling.

Firdaus didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan, pula dia dituduh cuba melakukan rompakan bersenjata yang menyebabkan cedera parah atau cuba menyebabkan kematian ke atas mana-mana orang, maka tertuduh boleh dikenakan sebat selain apa-apa seksaan yang boleh dikenakan.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin  RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hasnurliza Mohd Radzi.

sumber- Sinar

Laluan bahaya untuk ke sekolah di China

Perjalanan kanak-kanak untuk ke sekolah di pedalaman China bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Mereka terpaksa melalui laluan bukit-bukau disamping risiko ditimpa bahaya. Jika tersilap langkah, mereka mungkin akan tergelincir jatuh dengan ketinggian yang menakutkan atau mungkin juga ditimpa runtuhan dari atas. Namun, tuntutan menuntut ilmu adalah kewajipan sebagai penentu masa depan mereka. Sepanjang perjalanan, mereka akan membawa seekor keldai untuk mengangkat barang-barang mereka supaya mereka tidak terlalu letih.

Laluan bahaya untuk ke sekolah di China
Laluan bahaya untuk ke sekolah di China
Laluan bahaya untuk ke sekolah di China
Laluan bahaya untuk ke sekolah di China

Calon SPM maut kemalangan

Nur Syazana Azemi
Nur Syazana Azemi
BALIK PULAU - Seorang pelajar tingkatan lima maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan awal pagi semalam.

Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17  maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, mangsa dan seorang lagi penunggang lelaki berusia 40 an yang mengikuti dari arah belakang sebuah lori muatan ais cuba memotong lori tersebut di Bukit Belah.

Bagaimanapun, pemandu kereta yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba membuat brek mengejut sehingga menyebabkan keretanya melintang di tengah jalan.

Akibat rempuhan terbabit, lelaki tersebut terperosok di bawah lori manakala mangsa yang menunggang Honda EX5  terpelanting ke bahagian belakang kenderaan itu.

Nur Syazana yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala lelaki terbabit hanya mengalami patah kaki dan tangan.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Mutiara selepas bermalam di rumah rakannya di Bayan Lepas kerana mengikuti tuisyen bersama.

Nur Syazana Azemi
Ahli keluarga dan rakan-rakan menunggu di bilik mayat Hospital Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Mohd Hatta Mohd Zain berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan iaitu sebuah kereta, lori dan dua buah motosikal.

“Mayat pelajar perempuan itu dibawa ke Hospital Balik Pulau  untuk dibedah siasat dan kita akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.

“Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.

sumber- Sinar

Cemas! Tweet minta pertolongan kehabisan tisu tandas

Pernah terjadi satu ketika dahulu seorang lelaki terperangkap dalam sebuah tandas di bandar Akibahara, Tokyo kerana kehabisan tisu tandas. Kejadian tersebut membuatkan dia langsung tidak boleh keluar dan terpaksa menggunakan Twitter sebagai perantara untuk meminta pertolongan.

gambar lucu twitter

Tisu tandas tiba selang 20 minit kemudian selepas di tweet beberapa kali. Dia mungkin beruntung kerana di Bandar Akibahara sememangnya terkenal dengan teknologi dan geeks dimana ramai penduduknya menggunakan Twitter. Jika di tempat lain, mungkin dia akan terperangkap berhari-hari atau berminggu-minggu jika mencuba kaedah itu.

Peralatan membawa tembikai di Jepun

Tembikai dianggap sebagai buah-buahan mewah di Jepun. Oleh itu, sebuah syarikat dari Jepun sendiri telah menghasilkan peralatan untuk membawa tembikai mudah alih yang mampu mengawal suhu panas dan sejuk tembikai tersebut mengikut kesesuaian. Ianya mungkin sesuai untuk aktiviti riadah ketika musim panas. 

Japanese portable watermelon cooler
Japanese portable watermelon cooler
Harga untuk peralatan ini terlalu mahal hingga mencecah USD200 ke atas. Rasanya lebih berbaloi jika seseorang itu menggantikannya dengan peti ais mudah alih jika benar-benar memerlukan. 

Mati terbaring tepi kereta

kereta BMW
Bahagian forensik sedang menjalankan siasatan ke atas kereta mangsa yang ditemui di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 Bangi, Kajang, semalam
KAJANG - Seorang lelaki tempatan ditemui mati dalam keadaan terbaring di tepi jalan bersebelahan kereta miliknya di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 Bangi, di sini, awal pagi, semalam.

Mangsa, Won Sin Keong, 42, ditemui kira-kira jam 7.50 pagi oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut, selepas bersarapan bersama keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada kepala dan muka mangsa yang masih lengkap berpakaian.

Menurutnya, polis menemui kesan lebam di muka dan mata kanan mangsa, termasuk kesan hentakan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

"Kita juga temui dompet beserta MyKad milik mangsa, manakala rantai dan jam tangan miliknya masih berada pada badan mangsa,"katanya.

sumber- Sinar

Kad Permainan Emas Hello Kitty

Seorang peminat Hello Kitty dari Jepun iaitu Sanrio telah menjual set kad permainan Hello Kitty nya yang diperbuat 99.99% dari emas tulen. Kad tersebut berukuran 58 x 89 mm dan seberat 0.73 gram untuk setiap keping. Ianya dijual dengan harga 567,000 yen ($4,900). Hello Kitty ialah siri animasi Jepun yang diminati oleh golongan wanita dari seluruh dunia kerana karakternya yang comel. Tidak hairanlah jika barangan karakter animasi tersebut menjadi kegilaan ramai.

Kad Permainan Emas Hello Kitty
Kad Permainan Emas Hello Kitty
Kad Permainan Emas Hello Kitty

Kreatif! Replika Megatron yang mengagumkan

Seorang pereka dari China bersama sekumpulan peminat telah menghasilkan replika raksasa besi, Megatron iaitu karakter jahat yang terkenal dari filem Transformers. Replika tersebut dihasilkan dalam bentuk kereta kebal. Ukuran keseluruhan replika itu ialah 4.5m x 3.2m x 2.5m dan seberat kira-kira 5 tan. Ianya kelihatan sama seperti Megatron di dalam filem tersebut namun masih terdapat beberapa bahagian yang masih boleh diperhalusi. 

Megatron Tank replica
Megatron Tank replica
Megatron Tank replica
Megatron Tank replica
Megatron Tank replica

Padah tiru video Gangnam Style

Lifeguard Style

El Monte: Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.

Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.

Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri. 

Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Lifeguard Style

Disifatkan tak senonoh

Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.

Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.

Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.

Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.

Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.

Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.

Lifeguard Style

Lagu Psy kalahkan Bieber

Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat. 

sumber- Agensi

13 kali hamil anak orang lain

hamil hasil hubungan
CAROLE menunjukkan kandungan terbarunya yang kini berusia dua bulan.
LONDON: Dalam tempoh tujuh bulan lagi Carole Horlock akan bersalin dan bayi itu akan diserahkan kepada pasangan warga Itali tanpa perlu menunggu dia menggendongnya walaupun untuk seketika.

Dalam keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. 

Wanita Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan kini hamil untuk kali ke-13.

Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.

“Anda boleh lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka untuk kali pertama.

hukum lahir anak luar nikah
CAROLE menunjukkan gambar bayi yang pernah dilahirkanya
“Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,” katanya. 

Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan - kini berusia 22 dan 19 tahun - hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. 

Kata Carole, dia mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.

“Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.

“Saya faham bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita yang tiada zuriat.

Carole Horlock

“Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,” katanya. 

Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. 

Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. 

Biasanya Carole menerima bayaran antara $10,000 (RM49,787) dan $15,000 (RM74,681) daripada pasangan yang dibantunya. 

sumber- DM

Laluan bahaya menuju kematian di Bolivia

Jika anda bercuti di negara Bolivia yang terletak di  Amerika Selatan, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman penuh cabaran dengan menaiki bas pelancongan yang melalui Jalan Yungas atau dikenali sebagai El Camino de la Muerte ataupun turut dipanggil sebagai Jalan Maut. Laluan ini telah meragut sekitar 200 hingga 300 nyawa setiap tahun. Ianya adalah sepanjang 60 km dan diiktiraf sebagai Jalan Paling Bahaya Di Dunia pada tahun 1995 kerana ramai penggunanya telah kehilangan nyawa.

Ketinggiannya adalah 4640 meter dari paras laut. Struktur permukaan tanahnya yang curam, berlumpur, dan sempit boleh menyebabkan kenderaan tergelincir jatuh kira-kira lebih 1000 meter ke bawah. Kebiasaannya mangsa yang terjatuh akan terus terkubur disitu tanpa mampu diselamatkan biarpun bagi proses untuk mengeluarkan mayat.

Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di DuniaJalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
Jalan Paling Bahaya Di Dunia

Universiti pertama Israel terletak di Tebing barat

Pinjaman pengajian tinggi anak-anak

TEL AVIV  - Kerajaan Israel semalam mengiktiraf universiti pertama di negara itu yang terletak di Tebing Barat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan, majoriti menteri di negara ini membuat undian untuk menaik taraf status kolej tersebut kepada sebuah universiti.

Undian tersebut dibuat selepas Majlis Pengajian Tinggi Israel meminta untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada sebuah universiti tempatan pada Julai lalu.

sumber- dpa

Pertandingan tebang batang pokok

Pertandingan tebang batang pokok

LILLEHAMMER, Norway - Lebih 100 peserta mengambil bahagian pada pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang Batang Pokok Stihl di sini kelmarin.

Para peserta dari 24 buah negara itu menunjukkan kemahiran mereka menebang batang pokok dengan menggunakan kapak dan gergaji rantai. 

sumber- Agensi

Menara Lego tertinggi di dunia

Menara Lego tertinggi di dunia
KREN digunakan untuk menyiapkan menara Lego itu.
PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.

Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.

Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.

Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.

Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.

"Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara," katanya.

Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut. 

sumber- Agensi