Pages - Menu

Friday, September 14, 2012

Lelaki bertopeng larikan ATM bersama RM150,000

ATM Bank
Anggota Forensik menjalankan siasatan selepas sekumpulan lelaki melarikan sebuah ATM di Seremban 2 hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN - Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini.
   
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata kejadian antara 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan penjenayah terbabit.
   
"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati semua suspek memakai topeng dan dipercayai lebih daripada tiga orang dan mereka mulanya bertindak menyembur cat pada CCTV," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM mengandungi RM150,000 di Seremban

Menurutnya perompak terbabit kemudian bertindak memecahkan dinding cermin di premis bank tersebut menggunakan tukul besi, sebelum memotong dan melarikan satu daripada sembilan mesin ATM dan deposit wang bank berkenaan.
   
Katanya, kejadian itu menyebabkan penggera di bank berkenaan berbunyi, namun suspek berjaya mematikan sistem penggera.

 Sekumpulan lelaki larikan mesin ATM mengandungi RM150,000 di Seremban

Katanya, kejadian rompakan itu disedari kira-kira 6.50 pagi oleh seorang pelanggan yang kebetulan mahu mengeluarkan wang di bank berkenaan sebelum menghubungi polis.
   
Mesin ATM yang dilarikan itu berjaya ditemui di sebuah ladang di Jalan Labu, dekat sini, pada 11 pagi tadi, namun semua wang telah dilarikan, katanya.
     
Polis kini meneliti rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek terlibat.
   
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau talian 06-6033222 untuk membantu siasatan. 

sumber- Bernama

Pelik! Dua sungai bertembung tetapi tidak bercampur

Satu lagi keajaiban ciptaan tuhan dimana dua batang sungai bertembung tetapi airnya tidak bercampur. Pertembungan sungai Rio Negro dan Rio Solimões membentuk Sungai Amazon yang mengalir di wilayah Amazonas, Brazil

 Dua sungai bertembung tetapi tidak bercampur

Kedua-dua sungai ini mempunyai suhu, kelajuan serta ketumpatan yang jauh berbeza. Malah, warna airnya mempunyai perbezaan yang ketara dan langsung tidak bercampur. Uniknya, sungai-sungai ini mengalir bersebelahan tanpa sebarang penghadang hingga berbatu-batu jauhnya.

 Dua sungai bertembung tetapi tidak bercampur
 Dua sungai bertembung tetapi tidak bercampur

Kisah Arak Menjadi Madu

Kisah Arak Menjadi Madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar (arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Pelik! Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa

Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa
Che Mohd. Nor Abd. Rahman (kiri) bersama jirannya melihat anak pisang yang tumbuh dalam kelapa di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung, Pokok Sena
POKOK SENA - Seorang penoreh getah terkejut apabila mendapati anak pokok pisang tumbuh di dalam buah kelapa yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung di sini.

Che Mohd. Nor Abd. Rahman, 58 berkata, buah kelapa itu ditemuinya akhir bulan lalu ketika menebas semak di tepi parit untuk membuat pagar berhampiran rumah.

Ujarnya, pada mulanya, dia mahu mencantas tanaman itu, namun tidak jadi kerana ternampak anak pisang yang tumbuh dalam buah kelapa.

"Saya kemudian mengorek tanaman ini dan dipindahkan ke dalam besen bagi melihat perkembangan tumbesarannya.

"Saya juga memanggil beberapa jiran, mereka pelik kerana tidak pernah melihat tanaman berbeza hidup 'bersama'.

"Apabila dibelek pada ekor kelapa itu tumbuh anak pisang manakala pada bahagian kepala tumbuh anak kelapa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung.

Menurutnya, ketika ini benih pisang itu mempunyai tiga helai daun sementara kelapa itu tumbuh lima helai daun.

"Saya merasakan sukar untuk anak pisang masuk ke dalam kelapa kerana kulitnya keras tetapi mungkin ia boleh menusuk dari dalam kelapa kerana sabut yang lembut.

"Sejak menemuinya kira-kira 200 penduduk kampung dan orang luar datang melihat keganjilan ini. Mereka pelik dan membelek daunnya selain merakamkan gambar," katanya.

Katanya, selepas ini, dia merancang untuk mengalihkan semula tanaman itu ke tanah di tepi parit rumahnya bagi melihat proses pertumbuhannya.

"Saya merasakan usia tanaman itu tiga bulan kerana ketika tempoh itu, baru selesai menabur benih padi dan anaknya ada ternampak kelapa itu tumbuh mata.

"Ada pengunjung yang datang beritahu ia pisang hutan manakala buah itu dari kelapa kampung," katanya.

sumber- Utusan

Pencuri sorok 20 telefon dalam seluar

koleksi telefon bimbit

LONDON: Seorang pencuri yang menyasarkan mangsanya di kalangan pengunjung festival diberkas bersama bahan bukti yang disembunyikan dalam seluarnya, lapor media semalam.

Ionut Guita, 23, disiasat polis di sebuah restoran McDonalds selepas seorang daripada mangsanya berjaya mengesan seunit iPhone yang dicuri sebelum itu.

Selepas mengesan lokasi Guita, pemilik iPhone itu menghubungi polis bagi membolehkan suspek diperiksa, Guita ditemui bersama 20 telefon yang disembunyikan dalam seluar dalamnya.

Dia disiasat ekoran kecurian pelbagai jenis telefon bimbit ketika Festival Sundown berlangsung di Norwich awal bulan ini.

Polis dimaklumkan mengenai kes kecurian berkenaan pada 2 September lalu. Berasal dari of Stratford, London Timur, Guita mengaku salah bagi semua 20 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

sumber- TS

Lif terhempas: 19 pekerja binaan maut

Lif terhempas

BEIJING: Sekurang-kurangnya 19 orang maut apabila lif di tapak pembinaan di tengah China terhempas ke tanah dari tingkat 30, kata pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap Pengurusan Bandar berkata, kejadian itu berlaku di bandar Wuhan, wilayah Hubei di tapak pembinaan perumahan. 

“Lif itu digunakan untuk kerja-kerja pembinaan,” katanya yang enggan namanya disiarkan dan mengesahkan 19 mati dalam kejadian itu. 

Agensi berita Xinhua melaporkan, semua mangsa di dalam lif itu terbunuh. 

sumber- AFP

Rancangan perbincangan pondan ditarik balik

lelaki pondan
XY That Girl
SEOUL: Rangkaian televisyen di Korea Selatan semalam berkata, mereka menarik balik rancangan bual bicara yang baru dilancarkan, mensasarkan komuniti pondan, kerana menerima bantahan keras daripada penonton.

KBS Joy, rangkaian subsidiari KBS TV, dalam laman webnya berkata, mereka mencapai keputusan itu selepas “mengambil kira pandangan penonton.” 

Rancangan tengah malam bertajuk XY That Girl, baru dilancarkan minggu lalu tetapi episod pertama yang disiarkan mendapat tentangan daripada kumpulan konservatif yang melancarkan bantahan di luar stesen televisyen itu dan membayar iklan di akhbar untuk mengutuk rancangan itu. 

Individu pondan dijemput hadir dalam rancangan itu atau mengadakan perbualan telefon membincangkan pengalaman mereka tinggal dalam komuniti pondan. 

sumber- AFP

Lumpuh lepas ke rumah urut

mengurut
gambar hiasan
SINGAPURA: Seorang pegawai tinggi bank berusia 40 tahun diserang angin ahmar dan akhirnya lumpuh sebelah badan selepas mendapatkan urutan leher.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Lin berkata, doktor yang merawatnya mengesyaki urutan kuat telah memecahkan pembuluh darahnya dan mengakibatkan serangan angin ahmar. 

Lin kini pekak di sebelah telinga dan menjalani terapi untuk memulihkan semula pergerakan di bahagian kiri tubuhnya, lapor akhbar harian berbahasa Cina, Lianhe Wanbao. 

Menurut akhbar itu, Lin adalah Penolong Pengarah di sebuah bank dan berada di China baru-baru ini untuk menziarahi rakannya.

Ketika berada di sana, dia mengunjungi sebuah rumah urut untuk mendapatkan urutan kaki. Ekoran saranan seorang ahli terapi, dia sebaliknya, memutuskan untuk mencuba urutan leher. 

Selepas diurut, dia berasa sihat saja. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, dia berasa amat sakit di bahagian kiri kepalanya. 

Ketika bangun pagi keesokan harinya, dia mendapati telinga kirinya sudah pekak. Dia juga tidak dapat menggerakkan bahagian kiri tubuhnya dan tidak dapat berjalan dengan stabil.

“Saya rasa sangat takut. Semuanya berlaku dengan pantas, ia seperti malang tidak berbau,” katanya.

Ekoran sukar untuk bergerak, Lin tidak dapat pulang segera ke Singapura untuk rawatan. 

Lin dihantar ke sebuah hospital di Hong Kong dan dirawat kira-kira dua minggu hingga doktor mendapati dia cukup sihat untuk terbang pulang.

Lin memberitahu Chinese Daily, doktor mengesyaki terapi urutan leher yang dijalaninya menyebabkan dinding pembuluh arterinya terkoyak tanpa sengaja. 

Kerosakan itu menyebabkan laluan arteri tertutup mengakibatkan pengaliran darah terganggu. 

sumber- Lianhe Wanbao

Wanita merangkak keluar Mercedes Benz terbakar

Mercedes Benz terbakar
Bahagian dalam Mercedes Benz milik Lau yang berdebu akibat asap tebal, semalam.
SEREMBAN - Seorang wanita hadapi saat mencemaskan apabila apabila kereta jenis Mercedes Benz yang dipandunya hampir terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas membeli juadah makan tengahari, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu apabila bahagian penghawa dingin keretanya itu secara tiba-tiba mengeluarkan asap hitam tebal, seperti sesuatu yang telah terbakar.

“Tanpa berfikir lagi, saya menghentikan kenderaan di tepi jalan lalu meminta pertolongan, memandangkan hampir seluruh kereta saya dipenuhi asap tebal.

“Saya yang hampir sesak nafas dengan kepulan asap itu terpaksa merangkak keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Lau berkata, sebaik sahaja dia berjaya keluar dari dalam kereta, dia meminta pertolongan daripada pekerja di salah sebuah kedai menjual kedai perkakasan di tepi jalan tersebut untuk memadamkan api, sementara menunggu pasukan bomba tiba.

"Saya bernasib baik kerana kereta saya tidak meletup dan sempat keluar dari kenderaan itu. Kalau tak, sudah tentu saya turut tercedera,” katanya.

Menurutnya, Mercedez Benz lama yang baru dibelinya awal tahun lalu dipercayai mempunyai masalah di bahagian enjin.

"Saya tidak sangka kereta yang digunakan tidak sampai setahun itu boleh mendatangkan masalah sebegini teruk,” katanya.

sumber- Sinar

Anak parah dipukul, dibuang sekolah tanpa sebab

pelajar dibelasah
Bapa dakwa anak parah dipukul, dibuang sekolah tanpa sebab
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa dera, buli dan pukul oleh beberapa pelajar asrama dalam satu kejadian 13 Julai lalu di sebuah sekolah, dekat sini.

Bapa pelajar terbabit, Ghazali Mat Min, 50, mendakwa, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anaknya, Muhammad Nor Aiman, 16, bukan sahaja cedera parah, tetapi dibuang sekolah pada 2 Ogos 'tanpa sebab musabab'.

Ghazali berkata, demi memperjuangkan nasib anaknya, dia meminta Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan siasatan terhadap sekolah terbabit.

Dia mendakwa sepanjang bulan lalu sahaja, seramai 14 pelajar sudah dibuang sekolah, sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang kedua sebelum tindakan tegas dikenakan.

Katanya sejurus mendapat tahu anaknya dibuang sekolah, saya terus berjumpa pihak sekolah untuk membuat rayuan supaya anak saya diterima kembali belajar di situ memandangkan tahun
depan dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun malangnya tidak diterima.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku. Mengapa anak saya yang menjadi mangsa dibuang sekolah sedangkan beberapa pelajar yang memukul dan mendera anak saya tidak dikenakan apa-apa tindakan, walaupun pelajar itu sendiri membuat pengakuan bersalah di depan saya dan warden bertugas,” dakwanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Gong Badak, di sini, semalam.

Ghazali, seorang peniaga, telah mengambil keputusan membuat laporan polis bagi meminta penyiasatan segera dilakukan berhubung kejadian menimpa anaknya itu dan mahu nasib anaknya
dibela.

“Saya terpaksa mengambil keputusan ini walaupun sudah bersetuju sebelum ini agar tidak melaporkan kepada polis dengan harapan pihak sekolah dapat menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pelajar terbabit.

“Sebelum ini saya sudah memberi ruang dan masa kepada pihak sekolah supaya menjalankan siasatan dalaman secara terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya, namun sehingga hari ini, senyap sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Ghazali turut meluahkan rasa kecewa dan kesalnya kerana mendakwa warden bertugas hanya memberitahu kejadian menimpa anak sulungnya itu 16 jam selepas kejadian.

“Pihak sekolah atau warden langsung tidak memaklumkan kejadian hinggalah saya ke sekolah untuk mengambilnya. Ketika itu anak saya dalam keadaan lemah. Saya terus membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu malah boleh mengakibatkan kematian jika lewat mendapatkan rawatan,” dakwanya lagi.

sumber- Sinar

Pemandu van rogol pelajar

seks dalam kereta
gambar hiasan
KLANG- Seorang pemandu van yang masih dalam jaminan atas tuduhan merogol, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, semalam  terhadap empat tuduhan sama.

Ahmad Mustapah Ridwan, 20, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan merogol remaja bawah umur di hadapan hakim Norsyaridah Awang.

Remaja itu didakwa merogol pelajar tingkatan satu di sebuah bilik, Jalan Mohd Yamin, Kampung Delek Kiri, di sini, jam 8.20 hingga 9.30 malam, 30 Mac lalu.

Dia didakwa mengulangi perbuatan itu dengan mangsa yang sama di bilik tersebut, kira-kira jam 12.30 tengah hari, 1 Mac lalu.

Bagi tuduhan ketiga Ahmad Mustapah didakwa merogol remaja berusia 15 tahun di bilik sama, jam 9 malam, 19 Febuari 2011.

Bagaimanapun, Ahmad Mustapah mengaku bersalah atas tuduhan merogol pelajar tingkatan dua di tempat yang sama, pada 11.30 malam, 3 September lalu.

Mahkamah menetapkan 8 Oktober depan itu jatuh hukum bagi pengakuan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni  tidak menawarkan ikat jamin terhadap Ahmad Mustapah.

Hafizza berkata, adalah tidak wajar sekiranya jaminan bagi kes ini ditawarkan kerana Ahmad Mustapah masih lagi mengulangi kesalahan yang sama.

“Justeru, saya mohon agar mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin,” katanya.

sumber- Sinar

Pelajar 15 tahun berasmara di belakang sekolah

gambar seks awek budak sekolah
gambar hiasan
KULIM - Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

sumber- Sinar

RM10,000 bawah tilam hangus

simpan duit bawah tilam
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran rumah Mohd Noor di Kampung Permatang Bertam
SEBERANG PRAI - Seorang pesara kecewa selepas wang tunai lebih RM10,000 yang disimpan di rumah untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti awam hangus dalam kebakaran petang kelmarin.

Mohd Noor Zainol, 65, berkata, wang itu dikeluarkannya dari sebuah bank minggu lalu bagi memudahkannya dari berulang-alik mengeluarkan wang setiap kali diminta anak bongsunya yang belajar di sebuah universiti di Pulau Pinang di sini.    

Menurutnya, wang yang disimpan di bawah tilam dalam bilik atas rumahnya di Kampung Permatang Bertam di sini itu gagal diselamatkan ketika kediamannya terbakar pada jam 4.15 petang, kelmarin.

“Ketika kejadian saya bersama isteri, Noriah Abu Bakar, 60, berehat di bahagian luar rumah sementara menantikan waktu solat Asar dan terhidu bau benda terbakar sejurus selepas itu.

“Isteri saya kemudiannya bergegas untuk melihat apa yang berlaku sementara saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mengalami masalah sakit lutut,” katanya.

Bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) itu berkata, sebaik isterinya cuba memasuki rumah separuh papan dan batu itu, asap tebal mula memenuhi seluruh ruang rumah.

“Saya mengarahkan isteri tidak meneruskan usahanya memasuki rumah kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan dalam masa sama menjerit meminta pertolongan.

“Hanya lebih kurang lima minit sahaja rumah yang diduduki selama lebih 50 tahun itu musnah bersama wang tunai, peralatan rumah dan segala dokumen penting milik kami,” katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang.

Rumah itu diduduki Mohd Noor bersama isteri selepas tujuh anaknya yang sudah berkahwin tinggal di luar daerah, manakala anak perempuan bongsunya yang masih belajar itu akan pulang menjenguk mereka seminggu sekali.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Aziz Yusuf berkata, tiga jentera bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 4.16 petang, kelmarin.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, api  marak 90 peratus dan pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa rumah berdekatan.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik bawah rumah itu dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan kira-kira RM70,000.

'Punca kebakaran masih disiasat dan tidak menolak ia kemungkinan berpunca dari litar pintas, bagaimanapun punca sebenar hanya akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan oleh Unit Forensik Kebakaran jabatan, " katanya.

Sementara itu, kejadian terbabit mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Zabariah Abdul

Wahab yang mengunjunginya sambil menghulurkan bantuan segera meringankan beban.

sumber- Sinar

Nenek 73 tahun dirogol di Central Park

gambar nenek
gambar hiasan
NEW YORK - Seorang warga emas berumur 73 tahun mendakwa dia telah dirogol di Central Park, New York, kelmarin.

Perbuatan itu dipercayai telah dilakukan seorang lelaki yang berang kerana gambarnya sedang melancap di taman tersebut telah diambil oleh wanita malang itu. 

Nenek malang tersebut memberitahu penyiasat, lelaki itu menyapanya  sebelum bertindak menyerang mangsa walaupun dia telah memadamkan gambar terbabit pada minggu lalu.

sumber- AP

Google enggan padam video hina Rasulullah

Presiden Afganistan, Hamid Karzai
Presiden Afganistan, Hamid Karzai
SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

Difahamkan, di bawah prosedur Google, pengguna Youtube boleh melaporkan kandungan tidak senonoh atau tidak sesuai kepada kumpulan pemerhati syarikat itu di seluruh dunia.

Penunjuk perasaan bertindak membakar kenderaan yang berada di luar Kedutaan AS di Kaherah, semalam. (Gambar:AP)
Penunjuk perasaan bertindak membakar kenderaan yang berada di luar Kedutaan AS di Kaherah, semalam. (Gambar:AP)
Sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil dan video tersebut telah ditonton lebih 122,000 pengguna.

Sementara itu, Ketua Pengarah di Kementerian Komunikasi di Afghanistan mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menyekat akses video yang mempersendakan sifat Rasulullah tersebut.

“Tindakan itu diambil selepas Presiden Hamid Karzai mengutuk filem tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan tunjuk perasaan ganas merebak ke negara ini,” kata Aimal Marjan.

Afghanistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir insiden protes ganas awal tahun lalu akan berulang. Februari lalu, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan tunjuk perasaan yang akhirnya bertukar ganas sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar al-Quran di penjara Bagram, utara Kabul. 

sumber- Reuters 

Saya sayang awak, ayat pertama yang bernilai

Lorcan Dillon
LORCAN Dillon bergambar bersama kucing kesayangannya, Jersi yang memberi inspirasi untuknya belajar bercakap
LONDON - ''Saya sayang awak''. Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh Lorcan Dillon, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sini yang mengalami masalah enggan bercakap.

Ungkapan itu, bagaimanapun ditujukan Dillon kepada seekor kucing peliharaannya yang diberi nama Jessi.

Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi ibunya, Jayne yang tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mendengar anaknya mula berani untuk berkata-kata.

''Saya terlalu gembira tetapi tidak dapat menunjukkan perasaan itu kerana saya tidak mahu Dillon sedar betapa penting dan berharga nilai percakapan itu bagi saya,'' kata Jayne.

Dillon, sebelum ini merupakan kanak-kanak yang suka bersendirian dan terperangkap dalam 'dunia senyap' hingga mengakibatkannya enggan berkata-kata mahupun menunjukkan sebarang emosi.

Bagaimanapun, setelah mengenali Jessi, seekor kucing Birman berumur dua tahun, Dillon akhirnya mula bercakap buat pertama kali.

Kisah yang memberi inspirasi itu melayakkan Dillon dan Jessi memenangi tempat pertama Anugerah Perlindungan Kucing di Hotel Savoy, London pada bulan lalu dengan video kisah mereka ditonton lebih 115,000 pengunjung YouTube. 

sumber- AGENSI

Pelakon filem anti-Islam marah penerbit

Cindy Lee Garcia

LOS ANGELES - Pelakon filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di Libya dan Mesir, hari ini melahirkan kemarahannya kerana mereka telah dieksploitasi oleh penerbit filem tersebut.

Saluran televisyen CNN yang memetik kenyataan bersama pelakon dan kru filem itu sebagai berkata, mereka sedih dan merasa dipergunakan oleh penerbit.

''Kami 100 peratus tidak menyokong filem itu... Kami terkejut dengan perubahan skrip dan penipuan terhadap semua yang terlibat,'' kata kenyataan itu.

Seorang daripada pelakon tersebut, Cindy Lee Garcia yang memegang watak wanita yang menyerahkan anaknya untuk dikahwinkan dengan watak yang didakwa Nabi Muhammad berkata, dia tidak tahu filem itu merupakan propaganda anti-Islam dan dialog yang digunakan telah diubah selepas penggambaran.

Garcia berkata, dia diminta untuk berlakon dalam filem bertajuk Desert Warrior pada tahun lepas.

''Ia sepatutnya mengenai kehidupan pada 2,000 tahun lalu. Tidak ada apa-apa mengenai Nabi Muhammad atau perkara lain.

''Ia tidak seperti apa yang berlaku semasa penggambaran. Klip video yang ditayangkan sangat pelik,'' katanya.

Perubahan dialog tersebut dapat dilihat dalam klip filem selama 14 minit melalui dalam talian dengan beberapa perkataan dimasukkan termasuk nama Nabi Muhammad dan Islam dalam dialog yang diucapkan pelakon.

Sementara itu, perunding skrip filem tersebut, Steve Klein mendakwa tajuk asal filem tersebut adalah Innocence of Bin Laden.

Katanya, filem itu ditayangkan di Vine Theater pada hujung Jun dan hanya ditayangkan di Hollywood sahaja. 

sumber- AGENSI

Kisah Unta Menjadi Hakim

Kisah Nabi, Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan bahawa unta itu adalah milik Yahudi tersebut dan menjatuhkan hukuman memotong tangan pada Muslim itu sehinggalah Muslim tersebut kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menadah ke langit serta berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 

Kemudiannya Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan jelas, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahulah kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar?" 

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga terlebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 

Dongeng: Peniup seruling ajaib menghalau tikus

dongeng rakyat Peniup seruling ajaib dan tikus

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang emas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diantara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju ke suatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi masuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Dongeng: Sang Kancil Dengan Buaya

dongeng rakyat Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Dongeng: Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

gambar bangau dan ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam  memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.  Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua. 

Penjaga gol kebangsaan didenda khalwat

pasangan berkhalwat
ZAITON (kiri) dan Mohd. Farizal selepas dijatuhkan hukuman kerana berkhalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap yang masih berstatus isteri orang pada tahun lalu.

Selain Mohd. Farizal, 26, yang turut menjaga gawang Negeri Sembilan, turut dikenakan hukuman serupa ialah pasangannya, Zaiton Othman, 29, yang kini telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.

Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar turut mengarahkan kedua-duanya dihukum penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda tersebut di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir.

Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, No. 2A, Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.40 pagi 12 Oktober 2011.

Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes yang diakui kedua-dua tertuduh, sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju T ketat warna merah jambu dalam keadaan meniarap manakala Farizal yang juga memakai baju T dan berseluar pendek berada dalam keadaan berselimut di atas katil.

Terdahulu, Mohd. Farizal mendakwa dirinya insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.

"Sejak kes ini keluar surat khabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya," katanya yang memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk menikahi Zaiton kelak.

Sehubungan itu, anak kelima daripada tujuh beradik itu memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.

"Saya juga hanya bekerja kontrak dan bukannya tetap. Selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak saya tidak disambung pada musim depan," katanya dalam nada perlahan.

Sementara itu, Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua orang anak serta membayar pelbagai pinjaman peribadi dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap.

Katanya lagi, dia masih trauma dengan perceraian yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut.

Farizal diturunkan semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Vietnam Selasa lalu yang menyaksikan pasukan kebangsaan dibolosi 2-0.

sumber- Kosmo

Pemandu cemas terjun treler

lori terjun
RAMUN REDZUAN (kanan) dibantu rakannya mendaki tebing selepas terjun dari treler yang terbabas ke dalam gaung.
SEREMBAN – Seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila terpaksa melompat keluar dari treler membawa muatan bongkah batu yang sedang dipandunya sebelum kenderaan berat itu terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Pantai-Jelebu berhampiran Bukit Tangga di sini kelmarin.

Kejadian mendebarkan itu berlaku pada pukul 5.30 petang apabila Ramun Redzuan Mohd. Hakim, 41, yang sedang memandu treler itu bersendirian gagal mengawal kenderaan berat tersebut.

Ramun Redzuan memberitahu, kejadian berlaku ketika dia yang dalam perjalanan dari Titi, Jelebu di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang sedang menuruni Bukit Tangga.

Perodua kelisa
BEGINILAH keadaan kereta Perodua Kelisa yang rosak akibat dirempuh sebuah treler dalam kemalangan di Seremban kelmarin.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia gagal mengelak sebuah kereta jenis Perodua Kelisa di hadapannya yang memperlahankan kenderaan selepas memotongnya.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana jarak antara lori dan kereta itu terlalu hampir selain bimbang jika bebanan yang saya bawa akan mengakibatkan kejadian lebih buruk.

“Dalam keadaan cemas itu, saya terus memaut stereng hingga masuk ke laluan bertentangan sebelum saya melompat keluar apabila mendapati treler menghala ke arah gaung sedalam lebih 10 meter,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, dia bersyukur terselamat dalam kejadian itu walaupun mengalami cedera ringan di tangan dan kaki kanan ketika terjun dari trelernya.

Sementara itu, pemandu kereta, Nor Asmah Othman, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Pejabat Tanah dan Daerah Jelebu ke rumahnya di Senawang.

“Selepas memotong treler itu, saya terpaksa memperlahankan kenderaan kerana terdapat banyak kereta di hadapan saya sebelum dilanggar kenderaan berat tersebut yang meluru laju,” katanya yang cedera di dahi selepas terhantuk pada stereng.

sumber- Kosmo

Mati diikat, dibunuh perompak

Mati diikat, dibunuh perompak
ANGGOTA polis mengangkat mayat Peck Lan yang ditemui mati dalam keadaan terikat di dalam bilik rumahnya di Pelabuhan Klang kelmarin.
PELABUHAN KLANG – Seorang adik yang pergi ke rumah kakaknya selepas risau mengenai wanita itu yang tidak menjawab panggilan telefon terkejut apabila mendapati mangsa dibunuh perompak dalam kejadian di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Seroja di sini kelmarin.

Mayat Lim Peck Lan (gambar kecil), 65, ditemui pada pukul 6.30 petang dalam keadaan mulut, tangan dan kakinya diikat menggunakan pita pelekat di dalam bilik belakang rumahnya.

Difahamkan, adik perempuan mangsa yang tinggal berhampiran terus pergi ke rumah kakaknya yang menetap bersendirian selepas dua panggilan telefon yang dibuatnya pada pukul 2.30 dan 3.30 petang tidak dijawab mangsa. Kali terakhir mangsa dilihat ialah enam jam sebelum itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, selain diikat, mulut mangsa turut berdarah namun tiada kesan tikaman dan kecederaan lain ditemui.

“Siasatan percaya mangsa telah dibunuh oleh penjenayah yang menceroboh rumahnya melalui pintu belakang berdasarkan kesan umpil.

“Rumah mangsa berselerak dan pemeriksaan mendapati kad pengenalan dan telefon bimbitnya lesap,” katanya.

Tambahnya, mayat wanita terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, mangsa seorang yang baik dan pernah menyelamatkan nyawanya ketika dia diserang penjenayah baru-baru ini.

“Jeritan mangsa telah membuatkan lelaki yang tidak dikenali itu lari selepas menetak tangan dan kaki saya dengan parang,” ceritanya.

Difahamkan, mangsa ada memelihara dua ekor anjing dan ketika kejadian, kedua-dua ekor haiwan berkenaan dikatakan telah hilang.

sumber- Kosmo

Mayat rentung di dalam semak

mayat dalam semak
ANGGOTA polis memeriksa satu mayat rentung yang ditemui di dalam semak di Jempol semalam.
JEMPOL - Hajat seorang lelaki Orang Asli untuk membuang air kecil di dalam semak terbantut selepas dia terkejut apabila menemui satu mayat rentung di pusat pembuangan sampah di Kilometer 9 Jalan Jelai-Rompin berhampiran Ladang Bukit Tinggi, Rompin di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mayat itu ditemui pada pukul 8.30 pagi oleh penoreh getah berusia 21 tahun tersebut ketika dia hendak membuang air kecil.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, dia hairan apabila melihat ada kesan lalang terbakar. Selepas diamatinya, dia terkejut apabila menemui mayat yang rentung lebih 50 peratus di kawasan tersebut.

"Dia kemudian bergegas memberitahu rakannya sebelum menghubungi polis. Pemeriksaan mendapati mayat lelaki itu rentung menyebabkan identiti dan jantinanya sukar dikenal pasti," katanya di sini semalam.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mayat mangsa kemungkinan telah dibakar di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. Jarak mayat dijumpai dari jalan besar ialah kira-kira 30 meter.

Menurut Hamzah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat dan kes bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

sumber- Kosmo

Muka buruk bernanah selepas rawatan di pusat kecantikan

Muka buruk bernanah selepas rawatan di pusat kecantikan
PEAK CHENG menunjukkan gambar wajahnya yang dipenuhi bintik-bintik merah dan bernanah (kiri) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang pemilik kedai salun rambut terpaksa menanggung derita apabila mukanya bernanah selepas dia mendapat perkhidmatan mencuci muka di sebuah pusat kecantikan di Banting, Selangor pada bulan Januari lalu.

Mangsa, Hong Peak Cheng, 31, berkata, mukanya kini dipenuhi bintik merah dan jeragat serta bernanah sehingga dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana mukanya terasa sakit setiap kali disentuh.

"Seorang pakar kulit memberitahu bahawa muka saya telah dijangkiti kuman dan perlu menjalani rawatan sekurang-kurangnya enam bulan yang menelan belanja sebanyak RM8,000.

"Lebih malang lagi apabila pusat kecantikan itu enggan menanggung bayaran tersebut malah mencabar saya supaya melaporkan masalah itu kepada pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, wakil peguam MCA, P.Y Leong dan James Ee serta suami mangsa, Yao Chee Wee, 37.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Peak Cheng yang tinggal di Banting berkata, dia mendapatkan perkhidmatan di pusat kecantikan itu selepas disyorkan oleh adik iparnya.

"Bintik-bintik merah timbul selepas muka saya dicuci buat kali kedua. Seorang pekerja pusat berkenaan memberitahu bahawa ia perkara biasa malah meminta saya terus menggunakan produk mereka," jelasnya.

Ceritanya lagi, ekoran percaya dengan jaminan pekerja pusat berkenaan, dia terus mendapatkan perkhidmatan itu sehinggalah dia mengalami kesakitan serius pada muka walaupun telah membelanjakan sebanyak RM1,704 termasuk kos pembelian produk kecantikan.

"Apabila saya mengemukakan perkara itu kepada pusat kecantikan terbabit, mereka mendakwa saya mengalami masalah ketidakseimbangan hormon yang mereka dakwa sebagai satu fenomena biasa.

"Apabila masalah semakin serius, saya terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar kulit sekali setiap dua minggu," ujarnya yang telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Banting pada 10 September lalu.

Peak Cheng berkata, kehidupannya terjejas kerana dia mengalami tekanan emosi dan malu setiap kali berhadapan dengan orang ramai ekoran masalah pada mukanya itu.

sumber- Kosmo

140 bayi luar nikah diselamatkan

140 bayi luar nikah diselamatkan

MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.

Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.

"Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.

"Bagi 2011, bilangan bayi yang diselamatkan melonjak kepada 70 orang iaitu Johor Bahru (15), Segamat (empat), Batu Pahat (tiga), Kulaijaya (satu) dan selebihnya di daerah lain.

Sehingga Julai lalu pula, sebanyak lapan bayi dari Johor Bahru berjaya diselamatkan dan daerah lain masih belum ada laporan diterima.

"Pada tahun 2009 dan 2010, semua yang diselamatkan adalah bayi berketurunan Melayu manakala pada 2011 terdapat empat bayi Cina dan dua bayi India sementara selebihnya bayi Melayu. Pada tahun ini pula semuanya melibatkan bayi Melayu," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Sungai Balang di sini kelmarin.

Katanya, bayi-bayi tersebut dapat diselamatkan apabila remaja yang mengandung luar nikah atau ibu bapa mereka mempunyai kesedaran lalu menghantar anak-anaknya ke pusat-pusat kebajikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang itu memberitahu, di pusat-pusat kebajikan berkenaan, remaja bawah umur yang hamil itu akan dijaga dengan baik sehingga selamat melahirkan anak mereka.

Jelasnya, penghuni pusat itu juga dilatih sepenuhnya mengenai proses penjagaan bayi, selain diberi latihan dan kemahiran sebagai bekalan bagi meneruskan kehidupan selepas meninggalkan pusat itu.

Ujarnya, terdapat tiga pusat penjagaan di negeri ini yang semuanya terletak di Johor Bahru dan pihaknya bercadang membina sebuah lagi di daerah ini bagi menampung bilangan remaja hamil luar nikah yang jumlahnya meningkat saban tahun.

sumber- Kosmo

15 orang maut, 24 cedera minum arak haram di Republik Czech

arak beracun
gambar hiasan
PRAGUE - Pihak berkuasa Republik Czech mengumumkan situasi darurat selepas sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 24 lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka meminum arak murah jenis vodka dan rum yang dicampurkan metanol.

Metanol merupakan bahan toksik yang digunakan untuk menguatkan lagi alkohol yang digunakan dalam pasaran gelap bagi membolehkan pengeluar arak haram mengaut keuntungan lebih tinggi.

Polis menyatakan, mereka telah menyerbu 410 kios dan pasar di seluruh negara dan mendapati sekitar 70 pekedai menjual arak haram.

Sebahagian mangsa menjadi buta manakala sebahagian lagi diletakkan dalam keadaan koma dengan harapan doktor-doktor dapat menyelamatkan mereka.

Perkembangan tersebut mendorong Perdana Menteri Petr Necas menggesa rakyat Republik Czech supaya tidak meminum arak yang tidak diketahui asal-usulnya. 

sumber- AP

Filem warna pertama ditayangkan

Filem warna pertama ditayangkan
IMEJ oleh Muzium Media Nasional menunjukkan filem pendek warna pertama di dunia yang ditayangkan di muzium berkenaan di London kelmarin.
LONDON - Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini semalam.

Tayangan tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang.

Filem kabur tersebut merupakan prototaip filem warna dan hanya ditonton oleh segelintir peminat sahaja sebelum ia diserahkan kepada sebuah arkib.

Namun pihak Muzium Media Nasional di bandar Bradford, utara England menyatakan, teknologi digital telah dapat menyelamatkan filem tersebut.

Filem yang ditayangkan di Muzium Sains itu secara purata berdurasi dari 5 hingga 40 saat. Filem itu memaparkan babak seekor burung kakak tua, latar belakang sebuah jalan di sini dan tiga kanak-kanak tersenyum sambil duduk di sebuah meja bulat.

"Tiada sesiapa pun yang pernah melihatnya (filem berwarna pertama) sehingga ke hari ini," kata kurator sinematografi Muzium Media, Michael Harvey.

Filem itu sedikit tersentak-sentak namun mempunyai kualiti yang baik.

Menurut Harvey, seorang usahawan filem Amerika Syarikat era 1930-an, Charles Urban menyerahkan filem pendek berwarna itu kepada Muzium Sains London dengan filem itu diserahkan pula kepada Muzium Media Nasional empat tahun kemudian. 

sumber- AP

Anjing Great Dane tertinggi di dunia

Anjing Great Dane tertinggi di dunia
ANJING Great Dane, Giant George yang pernah memegang rekod anjing tertinggi di dunia bersama tuannya, David Nasser di San Diego, Amerika Syarikat.
LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam.

Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.

Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter.

Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records.

Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.

"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. 

sumber- AFP

Kejohanan polo gajah bermula

bermain gajah
DUA pemain berebut bola polo semasa perlawanan pembukaan kejohanan polo gajah di Hua Hin semalam.
BANGKOK - Sejumlah 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan polo gajah Piala Diraja 2012 yang berlangsung di bandar tepi pantai ini, 160 kilometer ke selatan ibu negara Thailand, Bangkok.

Menurut laman berita International Business Times kelmarin, acara amal tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada 2001 oleh Anantara Hotels, Resorts & Spas kini memasuki tahun ke-11.

Ia merupakan antara kejohanan paling terkenal di dunia.

Dijadualkan berlangsung hingga 16 September ini, sebanyak 50 ekor gajah akan mengambil bahagian dalam kejohanan polo kali ini.

Antara tarikan utama pada kejohanan tahun ini termasuk kehadiran bintang ragbi pasukan New Zealand All Blacks, Robin Brooke, Olo Brown dan Adrian Cashmore.

Mereka akan bertanding bersama beberapa anggota keluarga diraja Eropah termasuk Putera Carl-Eugen Oettingen-Wallerstein dan isterinya, Puteri Anna serta anak perempuan mereka, Puteri Joanna dalam kejohanan itu.

"Tahun ke-11 menjanjikan yang lebih besar dan lebih baik daripada aspek pasukan, keseronokan dan aktiviti," kata pemilik Hotel Anantara, Bill Heinecke.

Menurut laman web rasmi kejohanan tersebut, acara itu berjaya mengumpulkan sumbangan lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) sejak 10 tahun lalu.

Semua wang yang dikumpulkan disumbangkan bagi aktiviti pemuliharaan populasi gajah di Thailand. 

sumber- Agensi