Pages - Menu

Wednesday, September 26, 2012

Pelajar dihempap wanita bunuh diri

Pelajar dihempap wanita bunuh diri

NEW DELHI: Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini stabil, kata Konsul Pelajaran dan Latihan di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Beliau berkata, doktor memberitahu pelajar itu perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, kelmarin.

Wanita itu jatuh ke atas pelajar berkenaan bersama tiga rakannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah.

Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka berjalan ke asrama dari gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka. 

sumber- Bernama

Akhbar Mesir terbit karikatur lawan majalah Perancis hina Nabi

karikatur lawan karikatur hina nabi
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.

Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".

Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".

Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.

karikatur lawan karikatur hina nabi
Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.

Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.

Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.

Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.

Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.

sumber- Sinar

Benarkah kambing takutkan air?

Benarkah kambing takutkan air? Lihat gambar ini dan fikirkan semula. Goatee, seekor kambing berusia dua tahun merupakan satu-satunya kambing yang pandai meluncur di dunia. Ia juga gemar meluncur bersama beberapa peluncur manusia di Pantai Pismo, California.

Kenapa kambing takutkan air?
daging kambing
kambing dalam air
kambing hanyut
kambing putih

Gopinath ditahan polis bantu siasatan dakwaan hina Islam

Gopinath Jayaratnam

KLANG - Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. 

sumber- Bernama

Suspek bunuh rakan, samun RM1.2 juta ditahan

kes bunuh di Taiping
Suspek utama kes bunuh dan samun wang tunai syarikat keselamatan berjumlah RM1.2 juta di Taiping minggu lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis - Foto Bernama
IPOH - Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.
   
"Dengan tangkapan itu, kes itu dianggap selesai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM7,250 dan mata wang Thai 550 Bath daripada lelaki terbabit.
   
Jumaat lepas, polis menahan enam suspek iaitu empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 dan 30-an bagi membantu siasatan kes itu.
   
Dalam kejadian 18 Sept lepas, pemandu van syarikat keselamatan, Hasnul Hafiz Saad, 28, mati di tembak empat das dari jarak dekat ketika mangsa dan rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai di beberapa bank di bandar Taiping. 

sumber- Bernama

Parah disembelih penyamun

Jamaliah Ali
Jamaliah Ali
YAN - Tindakan kejam penyamun tergamak menyembelih leher seorang ibu tunggal menyebabkannya nyaris maut ketika tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mereka menerima laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi setelah mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada jiran untuk membawanya ke hospital.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa Jamaliah Ali, 55, tinggal seorang diri di rumah berkenaan setelah adiknya yang tinggal bersama keluar menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

“Jiran mangsa hanya menyedari kejadian berlaku setelah mangsa yang cedera parah itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan supaya segera dihantar ke hospital.

“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, leher dikelar seperti disembelih hampir lapan sentimeter menggunakan senjata tajam dipercayai parang dikejarkan ke Hospital Yan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan rumah mangsa digeledah dan mangsa berkemungkinan disembelih di ruang tamu bersebelahan bilik mangsa berdasarkan kesan darah di lantai.

“Bagaimanapun tidak ada barangan mangsa yang hilang serta senjata digunakan turut tidak ditemui.

“Mengikut maklumat yang diperoleh jiran, mangsa berkemungkinan mengenali suspek kerana sewaktu meminta tolong mangsa seperti menyebut nama seseorang namun tidak jelas kerana kecederaannya serius,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

“Kita juga ingin meminta kerjasama daripada jiran mangsa atau orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, mangsa yang masih belum sedarkan diri dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan lanjut di hospital.

sumber- Sinar

Menyamar jadi kerusi untuk ke Sepanyol

renault 7
gambar hiasan
MADRID: Demi menyelinap masuk ke Sepanyol, seorang warga asing mencuba nasib menyamar menjadi kerusi kereta untuk mengaburi pihak berkuasa.

Tindakan lelaki Guinea itu disedari polis ketika dia memasuki bandar Melilla dari Maghribi melalui sempadan Beni-Enzar. 

Ketika ditahan, lelaki berusia 20 tahun itu berada di posisi kerusi penumpang kereta Renault 7 sambil ‘memangku’ seorang lelaki lain. 

Sumber polis berkata, penyeludup mengosongkan isi kerusi berkenaan bagi membolehkan lelaki terbabit masuk ke rangkanya. 

Selepas dikesan, pihak berkuasa terpaksa membantu lelaki Guinea terbabit keluar dari sarung kerusi berkenaan.

Pegawai polis tempatan menganggap cubaan itu “amat unik dan inovatif.” Dua lelaki Maghribi berusia 21 dan 23 tahun ditahan kerana disyaki bersubahat menyeludup lelaki terbabit. 

sumber- DM

Aceh ada 27 pulau baru selepas dilanda tsunami

Tragedi tsunami di Acheh

BANDA ACEH - Sebanyak 27 pulau baru muncul di perairan laut Simeulue, Aceh, selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.

Selepas hampir lapan tahun, kini ada tanda wujud hidupan di pulau berkenaan.

Pegawai daerah Simeulue, Hasrul Edyar, mengesahkan penemuan itu.

Katanya, kemunculan pulau baru itu dikesan hasil kajian bersama tentera laut, jabatan perikanan serta beberapa agensi lain pada 2008.

“Sebelum ini jumlah pulau kecil di perairan itu cuma 41 tetapi kini meningkat kepada 68 pulau,” katanya.

Antara kesan kehidupan ditemui di situ, kata Hasrul, ialah rumput dan pokok liar. “Sebahagian besar kawasan itu masih tandus,” katanya. 

sumber- Republika

Sukar mandi jenazah

cara memandikan jenazah
gambar hiasan
DAMMAM: Cuti empat hari sempena sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi hujung minggu lalu mencetuskan masalah besar kepada penduduk wilayah ini yang kematian anggota keluarga.

Semua tempat memandikan jenazah di Dammam ditutup sepanjang cuti berkenaan, kecuali satu, di Masjid Putera Faisal bin Turki di daerah Al-Jalwayia, lapor akhbar tempatan, semalam.

Menurut akhbar itu, keluarga yang perlu memandikan jenazah terpaksa ke masjid itu.

Mereka bagaimanapun kecewa kerana mendapati hanya satu kenderaan membawa jenazah yang ada, berbanding lima sebelum ini.

Menurut seorang penduduk yang kematian anggota keluarga, keadaan berlaku kerana kakitangan kerajaan hanya sanggup bekerja jika dibayar kerja lebih masa. 

sumber- SG

Ibu maut langgar anak

Sapiah Md Said
Muhammad Ikram tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat ibunya.
KLEBANG - Seorang anak sempat memangku ibunya selama 20 minit dan mengajar syahadah di saat wanita itu menghembuskan nafas terakhir selepas terlibat kemalangan di Jalan Tunku Abd Rahman, Batu Berendam, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku selepas dua beranak itu baru pulang mengambil motosikal roda tiga di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Ayer Keroh,  kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Kegembiraan mangsa, Sapiah Md Said, 42, yang memperoleh motosikal berkenaan selepas menunggu kelulusan pinjaman sejak dua tahun tidak dapat dikongsi bersama suami dan anak apabila dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Sapiah dalam perjalanan ke pasar tani di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah di sini, dengan menunggang Honda EX5 untuk membantu suaminya, Laksemana Salim, 48.

Sementara anaknya, Muhammad Ikram Laksemana, 18, pula menunggang motosikal roda tiga dengan muatan barangan jualan berisi keledek dan ikan keli.

Namun, sebaik tiba di tempat kejadian, Sapiah yang hilang kawalan kemudian terjatuh setelah motosikalnya melanggar belakang motosikal ditunggang anak sulungnya itu.

Akibat kemalangan itu, Sapiah cedera parah di kepala, manakala Muhammad Ikram cedera ringan di tangan selepas motosikalnya terbalik akibat perlanggaran berkenaan.

Ibu tercampak tengah jalan

Muhammad Ikram berkata, ketika menunggang berasingan dari arah Sungai Putat menuju UTC dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum menoleh dan melihat ibunya tercampak di laluan kanan jalan.

“Pada masa sama, motosikal ditunggang ibu merempuh motosikal saya, menyebabkan saya hilang kawalan sebelum terbalik.

“Saya yang tidak mengalami kecederaan serius terus berlari ke arah ibu yang sudah tertiarap di tengah jalan” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Permatang, Klebang, di sini, semalam.

Menurutnya, melihat keadaan ibunya yang parah, dia segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Sementara tunggu ambulans sampai, seorang pengguna jalan raya berhenti dan menawarkan pertolonganmenghantar ibu ke hospital tetapi dinasihatkan orang ramai untuk menunggu sahaja ambulans tiba apabila melihat keadaan ibu yang parah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, ibu nazak dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya selepas saya membisikkan dua kalimah syahadah di telinganya," katanya.

Muhammad Ikram yang sedang menunggu keputusan permohonan belajar di GiatMara di negeri ini berkata, pembantu perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kematian ibunya.

“Saya benar-benar tidak sangka kegembiraan ibu yang baru memperoleh motosikal roda tiga berakhir tragedi namun saya reda dengan pemergiannya,” katanya.

Sempat bersarapan bersama Sementara itu, Laksemana berkata, dia sempat bersarapan pagi bersama isterinya di sebuah kedai sebelum ke UTC untuk berniaga.

“Kira-kira jam 1 petang, isteri pulang ke rumah menaiki kereta kami untuk mengambil anak dari sekolah sebelum ke pejabat Fama untuk mengambil motosikal.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 5.30 petang, saya dihubungi seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan isteri dan anak terlibat kemalangan sebelum lelaki terbabit datang mengambil saya di UTC dan membawa saya ke tempat kejadian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber- Sinar

Karaoke geli-geli manja

awek Vietnam
Wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menjadi teman penghibur pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan, lewat malam kelmarin.
SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan  tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.

sumber- Sinar

Aksi penjenayah dirakam CCTV

Aksi penjenayah dirakam CCTV
SALAH seorang suspek bersenjatakan parang mendekati kaunter bayaran untuk meminta wang daripada pekerjapremis.
KUALA LUMPUR – Dua penjenayah ganas pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun kedai serbaneka 99 Speedmart dan menetak tangan kiri seorang pengawal keselamatan warga Nepal berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Kejadian pukul 9 malam kelmarin di Zest Point, Jalan Bukit Jalil di sini itu berlaku apabila suspek yang memakai topi mendekati premis sebelum salah seorang daripada mereka masuk untuk mencari pengawal tersebut manakala rakannya berdiri di luar.

Suspek yang masuk ke dalam premis itu kemudian mengacukan parang ke arah pengawal keselamatan terbabit yang berusia lingkungan 30-an sebelum menetak tangan kiri mangsa.

Pengawal itu kemudian cuba melawan dengan memukul suspek dengan cota sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Bagaimanapun, pengawal itu terpaksa ‘menyerah’ akibat kesakitan ekoran tetakan di tangannya tersebut.

Rakan suspek kemudian masuk dan pergi ke kaunter bayaran sebelum melarikan wang lebih RM1,000, beberapa barangan jualan dan telefon bimbit pekerja.

Pengurus premis, Azifa Noranim Kamsari, 25, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang rakan sekerja, pengawal keselamatan dan lima pelanggan berada di dalam premis itu.

Aksi penjenayah dirakam CCTV
SUSPEK yang memakai topi memegang sesuatu yangdipercayai bekas berisi wang.
“Kesemua pelanggan menyembunyikan diri dalam stor ketika kejadian manakala saya berada di kaunter bayaran dan seorang rakan sekerja sedang mengira stok.

“Saya perasan dua lelaki itu ketika mendekati premis dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak menyangka mereka akan menyamun dalam kejadian yang berlaku begitu pantas,” ceritanya.

Sementara itu, seorang pekerja, Mahathir Mohamed Ibrahim, 21, berkata, dia hanya menyedari kejadian samun itu sebaik terdengar bunyi bising sebelum bergegas mencari Azifa dan pengawal keselamatan terbabit.

“Saya terkejut apabila melihat pengawal keselamatan itu sedang ditetak dan dipukul penjenayah tidak dikenali dan saya terus keluar lalu menghubungi polis untuk bantuan. Penjenayah itu bagaimanapun sempat lari sebelum polis dan ambulans tiba,” katanya yang memberitahu pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Hospital Serdang dan dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, premis itu telah lima kali disamun sejak beroperasi hampir setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis telah mengenal pasti dua suspek berkenaan dan kini giat memburu mereka.

sumber- Kosmo

Ketua Hamas akan letak jawatan

Khaled Meshaal

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin - Ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal (gambar) sekali lagi mengesahkan keputusannya untuk melepaskan jawatan tertinggi tersebut, kata beberapa pegawai Hamas semalam.

Pada Januari lalu, pergerakan berkenaan pernah mengumumkan bahawa Khaled yang kini hidup dalam buangan bersedia untuk melepaskan jawatannya.

Namun, Hamas memberitahu, anggota-anggota pergerakan itu berharap beliau akan menimbang semula keputusan tersebut.

Dalam perkembangan terbaharu semalam, beberapa pegawai Hamas di sini dan di luar wilayah Palestin berkata, Khaled kini bertekad untuk melepaskan kepimpinannya. 

sumber- AFP

Permohonan maaf Gopinath Jayaratnam dan rumahnya diserang terlebih dahulu

Gopinath Jayaratnam

Kecoh apabila status Facebook Gopinath Jayaratnam menghina Islam. Namun dia menafikan bahawa dia menulis sendiri status tersebut dan mendakwa akaunnya di hack. Terlebih dahulu rumahnya telah diserang oleh beberapa individu semalam. Diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan terperinci sama ada Gopinath Jayaratnam bersalah atau tidak dalam mengapikan sensitiviti umat Islam. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar kepada semua. Berikut adalah permohonan maaf yang dikemukakan Gopinath Jayaratnam.

"Saya memohon maaf atas makian yang dibuat atas Agama Islam dengan menggunakan akaun facebook saya sendiri oleh orang yang hack facebook saya. Saya memang tak aktif kat facebook. Saya selalu guna facebook kat cybercafe, pejabat dan kat library universiti dan selalu save password kat sana. Saya rasakan account facebook saya kena hack orang kerana itu. Saya pun dah lama tidak aktif kat facebook sejak kebelakangan ini kerana sibuk belajar. Saya tidak pernah berminat bagi memaki mana-mana agama dan logiknya takkanlah saya sendiri duduk kat Malaysia dan berani buat benda terkutuk sebegini dengan akaun facebook dengan gambar saya sendiri. Walaupun orang lain buat begini saya memohon maaf kepada semua umat Islam kat Malaysia. Saya akan delete akaun facebook ini dengan serta merta."


Gopinath Jayaratnam

Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi

Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi
KAPAL pengangkut pesawat pertama milik China berlabuh di Dalian, timur laut China pada Ahad lalu.
BEIJING - Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi semalam, kata Kementerian Pertahanan di sini.

Ia digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.

Media negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300 meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.

Kapal induk itu dibeli dari Ukraine dan dinamakan semula sebagai Liaoning sempena nama wilayah timur laut China yang menempatkan bandar pangkalan tentera laut utama di negara itu, Dalian.


Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi

Sebelum dijadikan kapal pengangkut pesawat, Liaoning merupakan kapal separa siap milik tentera laut bekas Kesatuan Soviet.

Kapal tersebut ditunda dari Ukraine tanpa enjin, persenjataan dan sistem navigasi pada tahun 1998.

Kapal itu dibeli daripada pemerintah Ukraine pada harga sekitar AS$20 juta (RM61.4 juta).

Kerja pengubahsuaian mengambil masa selama beberapa tahun.

Liaoning memiliki kapasiti untuk membawa sekitar 26 buah pesawat dan 24 buah helikopter.

Dalam perkembangan berkaitan, Beijing masih belum mendedahkan peranan sebenar kapal induk tersebut selain membantu melindungi perairan China.

"Kapal induk itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertahanan negara dan keupayaan ketenteraan," kata bekas pegawai tentera laut China, Yang Yi kepada akhbar China Daily yang disiarkan semalam.

sumber- Agensi

Bekas presiden Olympus mengaku bersalah

Tsuyoshi Kikukawa

TOKYO - Bekas Presiden Olympus Corporation, Tsuyoshi Kikukawa (gambar) mengaku bersalah semalam kerana menyembunyikan kerugian besar syarikat pembuat kamera dan peralatan kesihatan Jepun itu.

Syarikat tersebut mengalami kerugian pelaburan sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.58 bilion) sejak tahun 1990-an.

Skandal tersebut didedahkan pada tahun lalu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Olympus di Britain, Michael Woodford mempersoalkan tentang bayaran bagi mendapatkan nasihat kewangan dan pemerolehan yang diragui.

Woodford kemudian dipecat.

Tiga eksekutif Olympus lain juga mengaku bersalah semalam.

Mereka boleh dikenakan hukuman 10 tahun penjara, denda AS$128,000 (RM391,002) atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Olympus boleh didenda sehingga AS$9 juta (RM27.49 juta). 

sumber- AP

Alih dosa ke dalam air

dosa kaum Yahudi Israel
SEJUMLAH penduduk ortodoks Yahudi berdoa di depankolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.
BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.

Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.

Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. 

sumber- Agensi

Bot Taiwan, kapal Jepun berbalas tembakan meriam air

kapal perang air
SEBUAH kapal pengawal pantai Jepun melepaskan tembakan meriam air ke arah sebuah bot nelayan Taiwan di Laut China Timur semalam.
BEIJING - Kira-kira 40 buah bot nelayan dan 12 buah bot peronda Taiwan melepaskan tembakan meriam air ke arah beberapa buah kapal pengawal pantai Jepun semalam di Laut China Timur.

Kapal pengawal pantai Jepun turut membalas tembakan meriam air dalam perbalahan berhubung isu perebutan Kepulauan Senkaku.

Kejadian itu berlaku pada waktu pagi di sekitar kepulauan tersebut.

Beberapa pegawai pengawal pantai Jepun menyatakan, tembakan meriam air itu dilakukan selepas bot nelayan dan peronda Taiwan menceroboh perairan Jepun.

Selepas tembakan tersebut dilakukan, bot-bot dari Taiwan itu meninggalkan perairan Jepun.

Seorang pengawal pantai Jepun, Hideaki Takase berkata, tembakan meriam air itu hanya disasarkan ke arah bot-bot nelayan.

Kerajaan Jepun membeli sebahagian daripada pulau yang membentuk Kepulauan Senkaku daripada pemilik persendirian dua minggu lalu.

Isu perebutan kepulauan itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di China.

China dan Taiwan turut menuntut kepulauan tersebut. 

sumber- Agensi

Ikan lumba-lumba jadi tumpuan di pantai Bondi

Ikan lumba-lumba
SEKUMPULAN peluncur ombak (kiri) menyaksikan beberapa ekor ikan lumba-lumba di pantai Bondi, Sydney semalam.
SYDNEY, Australia - Beberapa ekor ikan lumba-lumba berenang dekat sekumpulan peluncur ombak dekat pantai Bondi di sini semalam.

Ikan-ikan itu melompat dari permukaan laut tanpa rasa takut walaupun terdapat peluncur ombak berhampiran dengan mamalia tersebut.

Haiwan itu berada dekat pantai tersebut bagi mencari ikan kecil untuk dijadikan makanan. 

sumber- Agensi