LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi bahan penderaan sejak sedekad lalu dipaksa meminum bahan peluntur daripada baju yang kotor digunakan untuk mencuci tandas, kata pendakwa di mahkamah semalam.
Mulutnya dibiarkan kepanasan selepas Christine Morgan, 61, menyumbatkan kain buruk itu ke dalam mulut kanak-kanak terbabit.
Christine Morgan |
Keganasan dilakukan termasuk mencekak leher kanak-kanak itu bermula ketika mangsa hanya berusia empat tahun.
Mahkamah Agung Southampton diberitahu mangsa kini sudah dewasa tetapi masih mengalami mimpi ngeri dan dihantui perbuatan janda terbabit.
Hakim semalam memberitahu Christine dia mungkin berdepan hukuman penjara selepas juri mengambil masa lima jam untuk mensabitkannya dengan dua tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak di bawah 16 tahun.
Mangsa yang tidak didedah identitinya atas sebab undang-undang memberi keterangan di sebalik tabir agar dia tidak dapat dilihat dari dok di mahkamah.
Dia memberitahu bagaimana Christine menyatakan kepadanya beberapa detik sebelum menekan kepalanya ke dalam air: “Tiada sesiapa mahukan kamu - Saya akan membunuh kamu dalam air mandian ini.”
Mangsa berkata: “Saya masih mengalami mimpi ngeri ketika ditolak ke dalam air. Itu insiden yang akan selalu saya ingat.” Mangsa berkata dia ditinggalkan dengan rasa terbakar dalam mulutnya dan rasa sakit selepas dipaksa memakan kain buruk yang dibasahi bahan peluntur.
Pendakwa raya Elizabeth Bussey-Jones berkata: “Mangsa menjelaskan sejak dari kecil lagi dia menjadi bahan kepada pelbagai jenis penderaan,” katanya.
sumber- HMetro