Tatu berbentuk rama-rama mungkin sudah menjadi trend biasa di negara barat. Namun tatu rama-rama yang terdapat pada badan wanita ini agak pelik. Setelah dilihat dengan teliti, adakah ianya benar-benar tatu rama-rama?
Pages - Menu
▼
Wednesday, November 14, 2012
The power of alcohol!
Percaya atau tidak bahawa minuman alkohol mempunyai kuasa misteri yang sukar diperjelaskan? Salah satunya ialah perempuan berkerusi roda ini mampu berdiri hanya kerana minuman tersebut.
Jika diletakkan minuman tersebut di tempat yang lebih tinggi dan disediakan tangga, mungkin wanita ini mampu memanjatnya!
Bergaduh gigit bibir
Pergaduhan sebegini jarang terjadi malah mungkin belum pernah berlaku. Dua lelaki Afrika ini bukan sahaja bertumbuk sehingga cedera parah, tetapi turut menggigit bibir pihak lawan. Adakah isu pergaduhan mereka terlalu serius sehingga sanggup bertindak begitu? Rasanya pergaduhan secara gigitan ini amat memalukan dan tidak menunjukkan sifat kejantanan.
Kolam Wain Merah
Sebuah Spa yang terletak di Hakone, Wilayah Kanagawa, Jepun ini menyediakan mandian wain merah. Dikatakan wain merah kononnya amat bermanfaat terhadap kesihatan seperti menghilangkan keletihan, melembabkan kulit serta untuk anti-penuaan. Kolam yang dipenuhi wain merah ini bukan sahaja diberi keistimewaan untuk orang dewasa, malah kanak-kanak turut kelihatan dibenarkan untuk menyertainya. Tetapi, mereka dibawah umur ini diberi amaran terlebih dahulu supaya tidak meminum wain tersebut. Wain merah akan dituangkan beberapa botol dalam masa sehari ke dalam kolam air panas tersebut.
Awas! Kosmetik tiruan pembunuh senyap
KUALA LUMPUR – Ramai wanita yang menggunakan produk kosmetik tiruan tidak menyedari bahawa barangan tersebut sebenarnya merupakan pembunuh senyap termasuk boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada otak.
Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Beng berkata, kosmetik tiruan mengandungi campuran bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia.
gambar hiasan |
”Pengguna boleh terdedah kepada risiko kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka menjadi cacat akal atau menghidap penyakit Alzheimer pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Antara risiko penyakit yang mengancam pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis (penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata, masalah jantung, buah pinggang dan gangguan sistem saraf.
sumber- Kosmo
Tarik, seret, pijak warga emas
PUCHONG - Seorang pekerja sebuah stesen minyak tidak menyangka tindakannya pergi kerja seawal pukul 6 pagi dapat menyelamatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam premis itu daripada disamun empat lelaki walaupun dia sendiri cedera ringan akibat dipijak semalam.
Kejadian di Batu 13, Jalan Klang-Puchong di sini itu berlaku apabila mangsa yang berusia 60 tahun terdengar orang berbual dari dalam premis sebaik dia sampai di stesen minyak itu.
ANGGOTA polis memeriksa dua tong gas Oxy Acetelyne yang ditinggalkan penjenayah. |
Namun, tidak sempat dia hendak membuat pemeriksaan lanjut, dua lelaki bersenjatakan batang besi yang sedang berkawal di luar premis telah menarik dan mengheret mangsa ke belakang kedai sebelum memijak badannya. Suspek ketika itu memakai topi keledar.
Ketika dipijak, mangsa ternampak dua lagi lelaki yang juga memakai topi keledar bergegas keluar melalui pintu belakang premis sebelum keempat-empat penjenayah melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal. Dia kemudian menghubungi polis.
sumber- Kosmo
Seluar dalam cegah bau kentut laris
Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.
Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini.
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.
"Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat
Dapat sambutan
“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.
Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.
Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak.
sumber- Agensi
Restoran hidang menu anjing
PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.
Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.
Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar. |
“Tindakan pernah diambil setahun lalu namun premis terbabit masih berdegil menyebabkan tindakan diambil sekali lagi,” katanya.
Ke semua warga asing ditahan akan diperiksa, manakala yang tiada dokumen pengenalan diri akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.
Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas. |
Siasatan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras yang kebanyakannya diimport.
“Kesemua minuman keras yang dijual dirampas dan akan diserahkan kepada Kastam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, pihak MBPJ menjalankan sitaan ke atas beberapa barangan termasuk pembesar suara dan set televisyen mengikut Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.
sumber- Sinar
Bakar teman wanita sebab cemburu
BANGKOK: Seorang lelaki yang cemburu, membakar teman wanitanya selepas mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, semalam.
Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang diserang dan dibakar di kompleks apartmen di daerah Lat Krabang.
Thayarat (nama keluarga tidak didedahkan) 20, dihantar ke hospital oleh saudaranya. Doktor berkata, mangsa parah di mana 60 peratus tubuhnya melecur.
Menurut rakan mangsa, penyerangnya adalah bekas teman lelakinya, Eakpol Udom-mala, 19 yang mengancamnya selepas mendapat tahu mangsa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
sumber- HMetro
Kereta tenggelam, 4 hilang
PENDANG: “Saya terkejut sebaik mendengar dentuman seperti sesuatu objek besar jatuh ke dalam sungai, lantas berlari keluar rumah dan sempat melihat bahagian bumbung sebuah kereta yang semakin tenggelam,” kata Siti Fatimah Husin, 34.
Dia saksi kejadian kereta Proton Saga Aeroback dinaiki beberapa lelaki terbabas lalu menjunam ke Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris, di sini, sebelum tenggelam dalam kejadian jam 1.30 tengah semalam.
Sungai Padang Kerbau dianggar selebar 10 meter dengan kedalaman lebih lima meter. Ketika kejadian arus sungai deras.
CARI...anggota JPAM menjalankan operasi mengesan kereta yang terjunam. |
Beliau berkata, maklumat awal daripada saksi serta orang ramai memaklumkan terdapat empat mangsa berada di dalam kereta berkenaan, namun operasi menyelam yang dilakukan pasukan JPAM gagal menjumpai sebarang kesan atau tanda berikutan arus deras sungai.
sumber- HMetro
Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan
NILAI: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam.
Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Tinjauan mendapati kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah apabila sebahagian pengguna lebuh raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.
TERBABAS...keadaan bas ekpress yang terbabit kemalangan. |
Sementara itu, seramai 25 penumpang menempuh detik mencemaskan apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan dan melintang di tengah jalan di tempat kejadian.
Menurut seorang pemandu bas yang enggan dikenali berusia 20-an, ketika kejadian dia yang mengekori bas ekspres berkenaan terkejut melihat ia melintang di tengah jalan dipercayai gagal dikawal. “Saya terus menekan brek bagi mengelak merempuh bas itu, sebelum bas dipandu terbabas ke dalam longkang dan terbalik.
“Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan. “Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan. “Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu,” katanya. Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu.
“Kita sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.
“Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya.
sumber- HMetro
Tragedi banglo terbakar, tiga beranak, amah rentung
TAIPING: Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.
Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
PILU...anak mangsa yang terselamat, Ain Najwa (kanan) dan Azad Fahmi. |
Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.
USUNG...anggota polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke Hospital Taiping. |
sumber- HMetro
Langgar suami tak mengundi
PHOENIX: Seorang wanita dari Arizona yang sedih dengan peilihan semula calon Parti Demokratik, Presiden Barack Obama, mengejar kemudian melanggar suaminya dengan kereta keluarga mereka di pinggir bandar Arizona Sabtu lalu kerana suaminya itu tidak mengundi dalam pilihan raya itu, kata polis, semalam.
Holly Solomon, 28 ditahan kerana melanggar suaminya, Daniel Solomon dan polis mengejarnya ketika suaminya itu masih tersepit di bawah kenderaan berkenaan.
Holly Solomon |
Daniel berkata, isterinya berang kerana “dia tidak berminat untuk mengundi” dalam pilihan raya presiden Selasa lalu. Holly percaya keluarganya akan susah sekiranya Obama menang untuk penggal ini.
Saksi berkata, pasangan itu bergaduh di tempat letak kereta dan pertengkaran terus memuncak.
Holly kemudian mengejar suaminya di tempat letak kereta itu dengan kereta sambil menjerit sementara Daniel cuba berlindung di belakang tiang lampu, kata polis.
Daniel dilanggar ketika cuba berlari ke jalan berdekatan.
sumber- Reuters
Pembunuhan Facebook, 2 remaja ditahan di pusat juvana
AMSTERDAM: Mahkamah mengarahkan dua remaja ditahan dua tahun di pusat tahanan juvana dan perlu menjalani terapi selama tiga tahun kerana mengarahkan pembunuhan seorang remaja perempuan selepas mereka bergaduh di Facebook.
Winsie |
Kes itu dikenali sebagai “Pembunuhan Facebook” di Belanda dan kini menyebabkan debat mengenai peranan media sosial dalam jenayah ganas.
Mangsa hanya dikenali sebagai Winsie, 15, ditikam hingga mati Januari lalu atas permintaan seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 17 dan 16 tahun, waktu itu.
Winsie dan remaja perempuan itu bertengkar dan saling menghina satu sama lain di laman sosial itu selama berminggu-minggu
sumber- Reuters
Tak boleh henti ketawa
PRESTON: Seorang kanak-kanak menghidap masalah neurologi yang jarang berlaku, yang membuatnya tidak berhenti ketawa.
Elliot Eland dari Preston, Lancashire, dilahirkan dengan menghidap sindrom Angelman, kecelaruan kromosom yang menyebabkan kesukaran belajar dan sentiasa tersenyum.
KANAK-KANAK itu bermain bersama abangnya Alex. |
Sindrom itu begitu jarang dihidapi hinggakan kurang daripada 1,000 kes dilapor di Britain.
Ibu Elliot, Gale berkata: “Apabila kami bersedih, ketawa Elliot akan membantu kami melupakan masalah yang dihadapi. Anda hanya perlu melihatnya dan ketawanya akan membuat kami gembira semula.
“Sekiranya anda mempunyai anak, anda pasti mahu mereka gembira. Elliot sentiasa gembira.”
Menurutnya, satu-satunya masalah ialah apabila Elliot bermain dengan abangnya, Alex.
“Apabila Alex secara tidak sengaja disakiti Elliot, dia akan menangis. Tetapi Elliot akan terus ketawa. Ia merisaukan kerana kami tidak mahu Alex menyangka Elliot gembira apabila dapat menyakitinya,” kata Gale.
GALE bersama Elliot. |
“Saya tidak menyangka Elliot berdepan dengan masalah lebih besar. Saya mulanya menyangka dia menghadapi masalah makan,” kata Gale.
Pada minggu keenam pemeriksaan kesihatan, doktor berkata, Elliot kelihatan terlalu kurus dan merujuknya ke Hospital Royal Preston serta diperiksa oleh pakar pediatrik yang serta-merta mengarah kanak-kanak itu dimasukkan ke wad.
Ketika di hospital, kanak-kanak itu menjalani pelbagai ujian darah, imbasan MRI dan sinar-X. Mujur pakar pediatrik itu pernah berdepan dengan pesakit Sindrom Angelman dan menjalankan ujian darah ke atas Elliot.
“Saya mula bimbang apabila diberitahu dia perlu menjalankan ujian genetik itu.
“Kami benar-benar terkejut apabila keputusan ujian menunjukkan positif dan dimaklumkan dia menghidap Angelman. Saya tidak pernah mendengar mengenai penyakit itu sebelum ini,” kata Gale.
Pakar perubatan menggalakkan pasangan suami isteri untuk menjalankan penyelidikan mengenai penyakit itu di Internet.
“Ketika dalam perjalanan pulang, suami saya mencari maklumat mengenai sindrom Angelman menerusi telefon bimbitnya.
“Dia mula membaca mengenainya dan akhirnya saya menangis hingga terpaksa memberihentikan kereta di tepi jalan.
“Sukar untuk kami menerimanya kerana tidak banyak yang kami tahu mengenai sindrom itu.
Ibu bapa Elliot juga berkata, mereka melihat senyumannya dari sudut yang menggembirakan.
“Kami sentiasa menganggap dia sentiasa gembira. Kami tidak pernah memikirkan ia adalah kesan daripada simptom yang lebih serius,” kata Gale.
sumber- DM
Syarikat fesyen minta maaf isu perhiasan kepala
FLAGSTAFF - Syarikat fesyen Victoria's Secret meminta maaf ekoran seorang modelnya, Karlie Kloss memakai satu perhiasan kepala seperti yang dipakai ketua perang penduduk pribumi Amerika Syarikat.
Permohonan maaf itu dibuat selepas perhiasan tersebut dikritik kerana ia dianggap tidak menghormati kebudayaan dan sejarah penduduk pribumi.
"Kami dengan ikhlas meminta maaf kerana kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan sesiapa," kata syarikat berkenaan.
KLOSS memakai perhiasaan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada pertunjukan fesyen Victoria's Secret di New York pada 7 November lalu. |
Pada 7 November lalu, Kloss memakai perhiasan kepala mirip yang dipakai penduduk pribumi pada satu pertunjukan fesyen syarikat berkenaan di New York.
Model itu memakai perhiasan tersebut ketika dia hanya memakai coli dan seluar dalam.
Bagaimanapun, Kloss meminta maaf menerusi laman Twitter jika pemakaian perhiasan kepala itu telah mengaibkan pihak-pihak tertentu.
sumber- Agensi
Doa depan iPad, komputer riba, telefon bimbit
NEW DELHI - Satu majlis berdoa di depan komputer tablet iPad, komputer riba dan telefon bimbit diadakan oleh para usahawan sempena sambutan Hari Deepavali di sini semalam.
Majlis itu diadakan dengan harapan perniagaan mereka akan bertambah maju.
BEBERAPA peniaga berdoa di depan iPad, komputer riba dan telefon bimbit di pejabat mereka di New Delhi semalam. |
sumber- Agensi
Pertandingan janggut di Las Vegas
LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang peserta Austria, Fritz Sendlhofer memenangi pingat emas pada pertandingan janggut kategori Gerabaldi di sini pada Ahad lalu.
Dia turut memenangi Anugerah Pilihan Orang Ramai dan bonus sebanyak AS$1,000 (RM3,066).
Seorang peserta Jerman, Hans-Peter Weis memenangi pingat emas bagi kategori janggut gaya bebas.
sumber- Reuters