Pages - Menu

Sunday, November 18, 2012

Booth untuk berdoa

Sekali imbas, ianya seakan booth telefon. Namun sebenarnya kemudahan awam yang disediakan ini ialah booth untuk berdoa. Ianya disediakan khas di kawasan tumpuan ramai bagi memudahkan sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan menggunakannya untuk mendapatkan pertolongan dari tuhan.

wanita berdoa
berdoa
tempat berdoa
tempat untuk berdoa
cara menggunakan booth doa
tempat berdoa
doa
wanita di booth doa
tempat doa yang pelik
tempat khas untuk berdoa

Gelanggang gusti jari

Permainan gusti jari merupakan antara permainan paling popular di sekolah rendah. Kini ianya mula dikomersilkan dengan penghasilan gelanggangnya sendiri. Mungkinkah suatu hari nanti ia bakal digelar sukan bertaraf profesional?

gusti jari
gelanggang gusti jari

lawan jari

Selipar dari tayar terpakai

Selipar mungkin merupakan barangan mewah di negara miskin. Namun begitu, ianya masih merupakan keperluan asas kehidupan. Kreatifnya, mereka di negara seperti Afrika dan Amerika Selatan ini membuat selipar sendiri dengan menggunakan tayar terpakai. Selipar dari tayar terpakai ini adakalanya kelihatan lebih bergaya berbanding selipar komersil yang dijual di kedai dan pasaraya.

selipar dari tayar
tayar terpakai
pakai selipar
selipar getah
selipar pelik
kaki pakai selipar
kasut selipar
lelaki pakai selipar
kasut selipar
kaki pakai selipar
kaki pakai selipar getah
kasut selipar pelik

Otak terpelanting atas kereta

KUALA KANGSAR – Seorang anggota tentera udara tidak sempat menamatkan kursus apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori muatan tanah berhampiran lampu isyarat kawasan perindustrian di Jalan Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.35 petang, mangsa, Perajurit Muda Mohamad Jazli Abu Bakar, 23, dikatakan dalam perjalanan menuju ke Institut Latihan Tentera Udara Ipoh selepas menemui rakan mereka di Klebang Restu, Chemor.

Otak terpelanting atas kereta
Keadaan otak mangsa yang terpelanting sejauh 10 meter mengenai kereta salah seorang pengguna.
Kejadian itu menyebabkan kepala mangsa hancur dengan otaknya terpelanting sejauh lebih 10 meter dari tempat kejadian.

Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang berada di belakang lori seberat lapan tan terbabit melihat mangsa bergesel dengan badan lori sebelum terjatuh ke tengah jalan.

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata tetapi saya sempat melihat lori itu terus menggilis kepala mangsa menyebabkan serpihan otak terpelanting,” katanya.

maut digilis lori
Anggota polis trafik sedang memeriksa keadaan mayat mangsa selepas di gilis tayar lori bermuatan tanah.
Sementara itu, rakan mangsa yang mahu dikenali Kadir, 21, berkata, dia bergerak bersama mangsa untuk kembali ke institut berkenaan bagi menjalani kursus yang dijangka tamat minggu depan.

“Kami baru pulang menemui rakan di Klebang Restu tidak jauh dari sini, saya bergerak di hadapan manakala, dia di belakang. Saya terkejut apabila toleh ke belakang, orang ramai berkumpul.

“Menggeletar lutut apabila melihat tubuh arwah di tengah jalan dalam keadaan mengerikan. Namun, kejadian itu telah dilaporkan kepada pegawai atasan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu lori di balai-balai berdekatan setelah gagal menemuinya di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua kenderaan itu berada di laluan sama menuju ke Ipoh. Dipercayai mangsa bergesel sebelum terjatuh dan di gilis tayar belakang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan pemandu yang mungkin membuat laporan di balai berdekatan,” katanya.

sumber- Sinar

Misteri lantai garaj panas

SEREMBAN -  “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja," kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

Misteri lantai garaj panas
Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.
“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

sumber- Sinar

Bentuk cili paling nakal

Chilly Willy Peppers mempunyai bentuk yang agak nakal. Cili spesis ini amat jarang ditemui. Ianya berasal dari beberapa tempat di sekitar Amerika Syarikat seperti Texas dan Louisiana. Nama lain bagi cili ini ialah Peters Peppers atau Penis Peppers (atas sebab tertentu).

cili pelik
cili kelakar
cabai pelik
pokok cabai

Pengapit pengantin hadir menerusi iPad

Renee Armstrong, rakan yang sepatutnya menjadi pengapit pengantin perempuan tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijanjikan. Namun, dengan teknologi moden sedia ada, dia masih mampu berada di majlis tersebut menerusi iPad.

pengapit pengantin iPad

Jonathan Alberico dan Jamie Wilborn kelihatan berseri pada hari perkahwinan mereka, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Kelihatan seorang lelaki berada bersebelahan pengantin perempuan dengan membawa iPad yang terpapar wajah Renee di skrinnya. Pada waktu yang sama, Renee berada 1,600 batu jauh dari majlis yang diadakan. Dia hanya berkomunikasi dengan tetamu menerusi produk yang dikeluarkan Apple tersebut.

Tatu tragedi Titanic di belakang badan

Steve Hide, 45 dari Southampton, England, mempunyai tatu penuh di belakang badannya mengenai tragedi kapal Titanic tenggelam di Atlantik pada April 1912. Steve amat berminat mengenai sejarah tersebut dan mengabadikannya sebagai tatu. Idea ini tercetus pada tahun 2006. Dia mahu menyiapkan tatu ini bersempena ulangtahun ke-100 tragedi tersebut dan menggunakan buku-buku serta gambar sebagai rujukan agar menampakkannya lebih realistik.

Tatu Titanic

Perkataan dari bulu kaki

Seorang pelajar dari Universiti Tama Art, Jepun telah mencipta tulisan dari bulu kaki. Idea tersebut tercetus setelah diminta oleh pensyarahnya untuk mencipta mukataip baru tanpa bantuan komputer.

bulu kaki

Mencipta abjad tanpa menggunakan peralatan digital mungkin kelihatan agak mustahil pada hari ini, namun Mayuko Kanazawa, 20 tidak mudah mengalah dan mula memerah otak selepas mendengar cabaran tersebut. Dia kemudiannya teringat tentang cukuran kepala yang mempunyai abjad dan juga perkataan. Dari situlah dia merasakan bahawa dia harus menjadikan rambut atau bulu sebagai subjek. Tetapi idea gilanya mula tercetus selepas seorang rakannya mengadu sakit kaki. Secara tidak sengaja ianya dijadikan inspirasi yang dia perlukan.

tulisan bulu kaki

Idea perkataan dari bulu kaki ini mungkin dianggap terlalu pelik dan menggelikan bagi sesetengah pihak tetapi percaya atau tidak, ianya telah digunakan untuk iklan adidas.

iklan adidas
iklan kreatif

50 maut kereta api langgar bas sekolah

Kaherah: Seramai 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut apabila sebuah kereta api merempuh bas sekolah yang melintas landasan di sebuah bandar selatan ibu kota ini semalam. 

Semua kecuali dua penumpang yang maut adalah kanak-kanak, berusia antara empat hingga lapan tahun, kata pegawai keselamatan kanan di Assiut. 
Seorang wanita dan pemandu bas juga maut, beliau menambah. Bas itu putus dua akibat hentaman kuat kereta api. 

kereta api langgar bas

Kesan darah kelihatan di bahagian depan enjin kereta api. Beg sekolah dan buku teks yang ada kesan darah bertaburan. 

Saksi berkata, penghadang di lintasan itu terbuka apabila kereta api terbabit melanggar bas berkenaan. 

Gabenor Assiut, Yahya Keshk memberitahu televisyen: Pekerja lintasan sedang tidur. Dia kini ditahan untuk siasatan. 

Ia menyebabkan Menteri Pengangkutan, Mohamed Rashad dan ketua pihak berkuasa kereta api meletak jawatan. Presiden Mohamed Mursi pula berkata, pihak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan. 

Media tempatan melaporkan, selain 50 yang maut, 15 atau lebih mangsa cedera. Sumber perubatan berkata, 28 orang cedera, 27 adalah kanak-kanak. 

Mangsa beritahu kami, penghadang terbuka apabila bas melintasi landasan dan kereta api melanggarnya, kata Mohamed Samir, doktor di hospital Assiut. 

Doktor berkata, mayat mangsa yang terbunuh hancur, menggambarkan betapa kuatnya impak kemalangan, yang berlaku di bandar Manfalut, berhampiran Assiut, 300 kilometer selatan ibu kota ini. 

Saya melihat tren merempuh bas dan menolaknya satu kilometer di sepanjang landasan, kata Ahmed Youssef. 

Pihak berkuasa berkata, tahap kemusnahan dan mayat hancur menjadikannya sukar mengira dan mengenal pasti mangsa. 

sumber- REUTERS 

Bapa sembelih bayi 11 bulan

KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.

Bapa sembelih bayi 11 bulan
KEADAAN bilik tempat Nur Amirah mati disembelih yang berlumuran darah di Felda Panching Selatan, Kuantan semalam.
Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.

“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.

“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.

“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.

sumber- Kosmo