Pages - Menu

Saturday, November 24, 2012

Video gadis ditumbuk oleh samseng

Perbuatan seorang samseng yang menyerang dan memukul seorang gadis berusia 16 tahun sehingga dia tidak sedarkan diri dirakam CCTV. Suspek berkata " Dia yang mulakan dulu."

gadis kena tumbuk

Michael Ayoade, 34, telah menumbuk mangsa dari belakang lalu meninggalkannya dengan gigi patah, pendarahan pada bibir, serta muka yang lebam.

Kejadian serangan tersebut yang berlaku di Plaistow, Timur London, begitu mengejutkan.

Ayoade mengaku bersalah atas serangan yang dilakukan. Dia memberitahu polis, gadis tersebut melihatnya seakan ingin berkata "Apa yang kamu pandang?"

Masak untuk anak mati

BANGKOK: Seorang wanita tua berusia 80 tahun memasak makanan untuk anak lelakinya yang berusia 60 tahun tanpa mengetahui lelaki itu sudah meninggal dunia.

Polis dihubungi untuk menyiasat kematian itu di tambon Khlong Krachong di daerah Sawankhalok, Sukhothai semalam. Dalam rumah kayu ala Thai, polis menemui Jamnien Sangkhathong sedang memasak di dapur. Di tingkat atas mayat anak lelakinya, Winai Sangkhathong terbaring dengan ditutup selimut. Wanita yang nyanyuk itu mungkin tidak menyedari anaknya sudah mati.

tom yam
gambar hiasan
Apabila dia menyedari ramai orang cuba memasuki kediamannya, Jamnien menyangka dia dalam bahaya lalu mencapai sebilah pisau. Ia mengambil masa sejam untuk polis menenangkannya dan mendapatkan mayat Winai, menurut laporan akhbar Post Today. Polis mendapati Winai sudah mati sekurang-kurangnya lebih daripada 10 jam. Kesan muntah turut ditemui pada mayatnya. Menurut jiran tetangga, Winai dikenali sebagai kaki botol, manakala ibunya pula menghidap demensia. Jamnien bangun untuk menyediakan sarapan pagi buat anak lelakinya tanpa menyedari lelaki itu sudah mati sebelum seorang rakan datang untuk menziarahi Winai. 

sumber- Post Today

Hantu dera, cabul budak

BANGKOK: Ibu bapa beberapa kanak-kanak membuat laporan polis bahawa anak mereka didera secara fizikal dan seksual ketika menaiki kereta api hantu dalam pesta ria di Ranong.

Laporan serangan itu berlaku pada festival tahunan Loy Krathong di Ranong, daerah Muang.

festival Loy Krathong
gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun berkata, dia ditumbuk di muka oleh seorang pekerja di situ. Bapa kanak-kanak terbabit berkata, anaknya keluar dari tempat itu dengan lebam di muka dan hidungnya berdarah.

Dua kanak-kanak perempuan berusia 11 dan 13 tahun pula mendakwa dicabul dalam kereta api gelap itu. Mereka berkata, mereka diraba dan dicium oleh seorang daripada empat pekerja yang berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung. 

sumber- BP

16 anak belum cukup buat Sue

LONDON: Wanita digelar “Ibu Super Britain,” Sue Radford, selamat melahirkan anak ke-16 dan belum bercadang untuk berhenti hamil.

“Saya mahu anak lagi,” katanya kepada media, semalam.

Kenyataan itu dibuat Sue, 37, sejurus selepas dia dan anak bongsunya, Casper, tiba di rumah mereka di Morecambe, Lancashire.

Sue Radford
PASANGAN suami isteri Sue dan Noel bersama anak mereka kini tinggal di sebuah rumah sembilan bilik tidur di Morecambe, Lancashire.
Rumah itu pernah menjadi pusat penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kata Sue, dia sentiasa seronok menjadi ibu.

“Kami berasa sangat bertuah,” katanya. Sue hamil kali pertama ketika berusia 14 tahun dan sejak itu, dia dan pasangannya, Noel, 41, bertekad untuk membesarkan sendiri anak sulung mereka, Chris, kini 23 tahun.

Keputusan itu dibuat kerana Sue dan Noel sendiri diserahkan kepada keluarga angkat sebaik saja dilahirkan. Sue dan Noel berkahwin empat tahun kemudian dan anak kedua mereka, Sophie, 18, menyusul, sebelum diikuti Chloe, 17; Jack, 15; Daniel, 13; Luke, 11; Millie, 10; Katie, 9; James, 8; Ellie, 7; Aimee, 6; Josh, 4; Max, 3; dan Tilly May, 2.

Anak ke-15 Sue dan Noel, Oscar, lahir pada Oktober tahun lalu sebelum Casper hadir tujuh minggu lalu.

Kata Sue, Casper disambut doktor hanya selepas dia berada 16 minit di dalam bilik bersalin. Menurutnya, kehadiran Casper bagaikan satu mimpi dan melengkapkan kegembiraan dinikmati mereka sekeluarga.

“Saya menjadi emosional apabila melihat semua anak bersama.

“Saya tahu orang memerhatikan kami dan menyangka ada antara anak ini tidak mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sue, orang ramai tidak memahami bagaimana dia dan Noel memberi sepenuh perhatian kepada keluarga bagi memastikan semua anak mereka membesar dengan kasih sayang. Disebabkan jumlah anak begitu ramai, Sue dan Noel menggunakan sebuah bas mini untuk membawa mereka ke sesuatu destinasi. Mereka juga membelanjakan £250 (RM1,220) seminggu untuk membeli makanan.

Setiap hari, tiga buku roti dihabiskan bersama dua kotak bijirin dan 10 liter susu sebagai sarapan.

Hidangan biasa mereka menggunakan 16 potong daging babi, hampir 7 kilogram kentang, tiga kubis dan 30 lobak merah. Di rumah sembilan bilik tidur itu, Sue dibantu sebuah mesin basuh pakaian serta peti sejuk bersaiz besar. Keluarga itu pasti semakin sesak kerana Sophie baru saja melahirkan anak - sekali gus menjadi cucu pertama Sue dan Noel.

sumber- TS

Perempuan kencing dalam lif

Seorang wanita muda menjadi sebutan setelah aksinya sedang kencing di dalam lif berjaya dirakam oleh CCTV.

Rakaman tersebut memaparkan seorang wanita yang dipercayai berusia 20-an sedang berseorangan di dalam lif lalu kencing di dalamnya. Kejadian berlaku pada 6.07 pagi, 10 Oktober lalu di Georgetown.

gambar perempuan kencing dalam lif

Setiausaha jawatankuasa pengurusan flat Sri Saujana, Yeoh Kean Huat, berkata, wanita tersebut dipercayai warganegara China dan tidak lagi kelihatan selepas insiden yang memalukan tersebut. 

Rakaman 16 saat itu menunjukkan wanita tersebut menoleh ke arah kamera sebelum menurunkan seluarnya untuk kencing. Dia kemudiannya menekan beberapa butang di dalam lif. Yeoh percaya wanita tersebut tinggal di tingkat 13.

Selepas bermesyuarat dengan jawatankuasa pengurusan, Yeoh berkata mereka memutuskan untuk mencetak beberapa imej dari rakaman CCTV tersebut dengan mata wanita itu digelapkan. Ianya dipaparkan pada papan kenyataan sebagai amaran kepada yang lain.

"Kami tidak melaporkan kes ini kepada polis kerana ianya pertama kali berlaku sejak CCTV ini mula dipasang 2 tahun lepas"

Seorang lagi penghuni berkata wanita ini bukan penghuni di flat tersebut tetapi hanya datang untuk menziarah.

Video babi hutan buat kecoh

Seekor babi hutan telah membuat kecoh dengan merempuh masuk ke sebuah permis di China.

Difahamkan babi tersebut meluru masuk ke pusat kawalan bas di Shantou, Wilayah Guangdong dan memecahkan pintu kaca sebelum menghentam paip air ketika ia cuba untuk melarikan diri.

Video babi hutan

Dari rakaman CCTV, kelihatan babi hutan tersebut meluru masuk ke kawasan menunggu dan melompat ke atas kerusi dimana ia cuba untuk menghentam tingkap.

Seorang tukang masak cuba menakutkan babi tersebut dengan menggunakan kerusi plastik tetapi sebaliknya dia pula yang cuba diserang.

Sebelum babi tersebut dapat meloloskan diri, ia sempat memecahkan cermin pintu.


"Saya amat takut. Babi hutan berwarna coklat yang beratnya kira-kira 50kg tersebut kelihatan amat ganas," kata tukang masak yang berhadapan dengan situasi itu.

Babi tersebut kembali dan berlari di sekitar tempat meletak kereta tetapi tidak memasuki kawasan menunggu semula. Ia sempat memusnahkan paip air yang berada di belakang.sebuah rumah.

Pengarah pusat kawalan bas itu berkata, beberapa individu telah bekerjasama menangkap babi hutan tersebut dan membawanya dari situ.

Budak Hobbit bakal dirawat

GELARAN budak Hobbit bakal terkubur selepas berpeluang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada kakinya.

Xiao Meng
Xiao mengaku amat sakit ketika berjalan dan malu kerana tidak dapat memakai kasut.
Xiao Meng, 14, atau budak Hobbit disahkan menghidap ketidaknormalan neurofibrimatosis iaitu sejenis genetik menyebabkan kakinya membesar sejak dilahirkan.

Menurut doktor, kaki Xiao membesar melebihi saiz badan dan keadaan bertambah sukar apabila keluarganya gagal memberi rawatan kerana kemiskinan.

Xiao Meng
Xiao mengaku amat sakit ketika berjalan dan malu kerana tidak dapat memakai kasut.
Kesusahan Xiao lenyap selepas pihak Hospital Kanak-kanak Shanghai bersetuju memberi rawatan percuma kepadanya sekali gus membuang tumor secara berperingkat sehingga budak Hobbit ini memiliki kaki yang normal.

"Saya gembira kerana rakan-rakan tidak akan menggelar saya sebagai budak Hobbit lagi dan mampu memakai kasut," kata Xiao. 

sumber- MailOnline

Seluar untuk elak anjing dari diperkosa

seluar anjing

Pereka fesyen di Taiwan telah mencipta seluar khas untuk anjing. Tujuan seluar tersebut ialah bagi menghalang anjing yang menggunakannya dari dinoda secara rambang.

Seluar yang dijual dengan harga 25 GBP ini membenarkan anjing betina untuk membuang air dengan mudah tetapi menutup sekeliling alat sulitnya dengan selamat.

Zhang Daxing selaku pencipta menjelaskan, "Ianya terlalu mengecewakan apabila pemilik melihat anjing mereka dinoda dijalanan. Dengan bantuan seluar ini, ianya dapat mencegah anjing kesayangan mereka dari dirogol."

Lelaki berasamara dengan patung singa

patung singa

Matthias Maier, 24, ditangkap ketika melakukan melakukan hubungan seks dengan patung singa di Bandar  Russe, Bulgaria. Ketika ditahan, dia ditemui dengan seluar terlondeh hingga ke buku lali oleh dua anggota polis.

Maier didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Seorang pelajar berkata pada mahkamah bahawa Maier mabuk ketika itu dan tidak pernah mempunyai masalah dengan polis sebelum ini.

Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara satu tahun serta diarahkan membayar denda sebanyak £20. 

Wanita berasmara dengan rangka manusia

rangka manusia

Seorang wanita di Barat Sweden ditahan polis selepas ditemui rangka manusia di apartmentnya. Dia didakwa menggunakan tulang-tulang tersebut sebagai mainan seks. 

"Saya tidak pernah pernah mendengar kes sebegini dan ianya agak luar biasa," kata pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas.

Wanita 37 tahun itu ditahan pada September lalu dan baru sahaja didakwa di Mahkamah Daerah Gothenburg dengan kesalahan 'mencabuli keamanan si mati'.

Tangan hancur dikisar mesin pemerah santan

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki kini terpaksa membesar dalam keadaan sukar apabila tangan kirinya putus dan hancur akibat dikisar mesin pemerah santan di Kok Lanas di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Aisy Mirza Mahadi, 3, kehilangan tangan kirinya hingga ke paras bahu.

Tangan hancur dikisar mesin pemerah santan
DI kedai inilah Aisy Mirza kehilangan tangan kirinya hingga paras bahu akibat dikisar mesin pemerah santan di Kota Bharu semalam.(gambar kecil:AISY MIRZA ketika sihat.)
Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.

Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.

Mengimbau semula kejadian itu, Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.

Katanya, beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh selain suara Aisy Mirza menjerit memanggilnya.

“Saya yang tidak menyangka apa-apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata ‘hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku’.

“Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan menaiki motosikal bersama seorang teman. Bagaimanapun, anak saya tidak meraung atau menangis sebaliknya dia hanya merengek dan memanggil nama saya,” ceritanya ketika ditemui semalam.

sumber- Kosmo

Kemalangan lebih 140 kenderaan di Texas

BEAUMONT, Texas - Dua orang mati dan lebih 80 cedera apabila dianggarkan 140 hingga 150 buah kenderaan termasuk trak berlanggar di sebuah lebuh raya di Texas kerana kabus tebal kelmarin.

kemalangan di Texas
BEBERAPA buah trak turut terlibat dalam perlanggaran itu.
"Ia merupakan malapetaka. Saya mendapati kereta berada di atas kereta," kata seorang timbalan syerif di daerah Jefferson, Rod Carroll.

Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Antara Negeri 10, 128 kilometer ke timur Houston. 

sumber- Agensi

Misteri Pulau Sandy yang tidak ditemui

SYDNEY - Beberapa saintis Australia gagal menemui Pulau Sandy yang didakwa kewujudannya dalam beberapa peta dunia dan menerusi enjin carian peta Google.

Pulau tersebut terletak di Laut Coral, barat Pulau Australia tetapi kumpulan saintis yang dianggotai Dr. Maria Seton dari Universiti Sydney gagal menemuinya selepas melakukan misi untuk mencarinya dengan menggunakan sebuah kapal.

Pulau Sandy
GAMBAR bertarikh 22 November lalu menunjukkan kewujudan Pulau Sandy (dalam bulatan) di peta Google di internet.
Menurut Seton, atlas The Times Atlas of the World menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Sable.

Peta cuaca yang digunakan sebuah kapal penyelidikan maritim Australia, Southern Surveyor turut menyatakan kewujudannya.

"Kami mahu memeriksa kewujudannya kerana carta pelayaran di atas kapal menyatakan air di kawasan pulau tersebut sedalam 1,400 meter yang dianggap 'amat dalam'.

"Pulau tersebut juga terdapat dalam peta Google dan lain-lain peta menyebabkan kami mahu memeriksa (kewujudannya) namun, tiada pulau di kawasan itu.

"Kami amat bingung," kata Seton selepas misi pelayaran selama 25 hari itu. 

sumber- Agensi