Pages - Menu

Monday, November 26, 2012

Remaja bertudung pertama

LONDON - Sumaiya Karim, 16, melahirkan rasa bangga selepas menjadi individu pertama yang memakai tudung di Parlimen Britain, menurut akhbar The Times, kelmarin.

Sumaiya Karim
Sumaiya (kiri) menjadi individu pertama bertudung di Parlimen, Britain. Foto: getwokingham.co.uk
Menurut remaja dari Wokingham, barat London itu, beliau memakai tudung atas pilihannya sendiri memandangkan ia adalah sebahagian daripada perkara yang dituntut oleh Islam.

Sumaiya adalah seorang daripada Ahli Parlimen Belia yang dilantik untuk mewakili suara golongan mereka di kawasan masing-masing.

Sidang Dewan Rakyat tersebut turut membariskan Ahli Parlimen Belia yang berumur 11 hingga 18 tahun. 

sumber- AFP

10 stesen minyak yang menarik

1. Poshest Gas Station (Los Angeles)

Poshest Gas Station

Rekaan menarik dengan permukaan logam berkilat, bergeometri serta bercirikan masa depan. Sebuah firma rekabentuk dari Boston telah bertanggungjawab dalam pembinaannya. Bahan yang digunakan untuk membangunkan stesen minyak ini ialah solar array serta beberapa bahan kitar semula yang lain. Kebanyakan bahan tersebut adalah mesra alam.

2. Crochet Gas Station (New York)

Crochet Gas Station

Stesen minyak ini disaluti dengan kerja-kerja mengait Jennifer Marsh. Beliau merupakan seorang artis mengait yang terkenal. Ianya dilakukan pada 5 Mei 2007 dan merupakan sebahagian dari World Reclamation Art Project yang dilakukan Jennifer. Stesen minyak lama yang telah ditinggalkan ini terletak di Syracuse, New York.

3. Jack Colker Union 96 Gas Station (California)

Jack Colker Union 96 Gas Station

Stesen minyak The Jack Colker Union 96 yang terletak Crescent Drive di Beverly Hills, California ini mempunyai rekabentuk bumbung yang dibina untuk bangunan lain. Lengkungan dan struktur segitiga tersebut pada asalnya sebahagian untuk pembinaan lapangan terbang LAX. Namun, apabila ia tidak diperlukan, ianya dipasang pada sebuah stesen minyak.

4. Tower Conoco Gas Station (Texas)

Tower Conoco Gas Station

Terletak di Shamrock, Texas. Stesen minyak lama ini tidak lagi menjual minyak dan makanan. Ianya telah diubahsuai menjadi bangunan Dewan Dagangan bandar Shamrock.

5. Vintage Orbit Gas Station (Sacramento)

Vintage Orbit Gas Station

Stesen minyak Vintage Orbit yang terletak di California merupakan salah satu contoh senibina 'Googie'. Rekabentuknya kelihatan seperti kapal makhluk asing yang baru sahaja mendarat.

6. Shell Gas Station Fremont (California)

Shell Gas Station Fremont

Stesen minyak melengkung ini terletak di Fremont, California.

7. Skovshoved Gas Station (Copenhagen)

Skovshoved Gas Station

Stesen minyak yang mempunyai struktur bumbung luar biasa ini terletak di Copenhagen, Denmark. Ianya adalah hasil rekaan Arne Jacobsen pada tahun 1937. Stesen minyak ini masih beroperasi dan tetap menarik walaupun telah lama didirikan.

8. Moil Container Gas Station (Uganda)

Moil Container Gas Station

Stesen minyak terbaik yang terletak di daerah Koboko, wilayah Barat Nile, Uganda.

9. Texaco Gas Station (Kansas)

Texaco Gas Station

Stesen minyak yang terletak di Kansas ini mempunyai rekaan yang ringkas dan agak comel.

10. Teapot Gas Station (Washington)

Teapot Gas Station

Stesen minyak yang comel ini dibina pada tahun 1922, sempena memperingati Teapot Dome Scandal yang melibatkan Presiden Warren G. Harding dan rizab petroleum persekutuan di Wyoming.

10 kediaman menarik dari kenderaan

Ramai yang menghasilkan rumah dengan cara kreatif bagi menjadikan ia sebagai daya tarikan atau untuk kepuasan diri sendiri. Kenderaan lama dan buruk mungkin sudah tidak mampu untuk beroperasi. Namun, apa salahnya jika ia diubahsuai menjadi sesuatu yang berguna? Sebagai contoh, kenderaan tersebut boleh diubahsuai menjadi rumah.

Kabin kayu dari bas sekolah

Kabin kayu dari bas sekolah

Bas ini pernah digunakan untuk menghantar dan mengambil kanak-kanak di Sekolah. Kini, ianya telah berhenti operasi dan diubah suai menjadi kabin kayu yang lengkap dengan kemudahan dapur dan bilik air

Rumah kereta 1925

Rumah kereta 1925

Dianggap sebagai salah satu 'Rumah Motor' pertama di dunia. Ianya dinamakan 1925 Chevy House Car.

Rumah gerabak kereta api

Rumah gerabak kereta api

Walaupun dari luar ianya kelihatan seperti gerabak kereta api biasa, namun hiasan dalamannya amat mengagumkan dan bercirikan rumah moden.

Rumah bas matahari

Rumah bas matahari

Lengkap dengan dek matahari serta dapur kayu. Rumah ini dihasilkan oleh Dave Weaver bersama rakannya dari Washington dengan menggabungkan bas sekolah lama dan juga bas Volkswagon lama.

Rumah dalam Jet

Rumah dalam Jet

JoAnn Ussery, seorang pereka rambut dari Mississippi telah kehilangan rumahnya pada tahun 1994 selepas berlakunya ribut taufan. Dia telah membeli Continental Airlines 727 dengan harga $2,000 bagi menggantikan kediamannya yang telah musnah. Segala hiasan dalaman disusun dengan kemas bagi menjadikannya sebuah rumah.

Apartment lori sampah

Apartment lori sampah

Jika dilihat dari gambar ini, ramai yang tidak tidak akan percaya bahawa apartment tersebut berada dalam lori sampah yang biasa.

Rumah ambulans

Rumah ambulans

Gambar ini diambil dalam sebuah ambulans yang telah diubahsuai menjadi rumah.

Rumah keluarga dari bas

Rumah keluarga dari bas

Rumah keluarga ini pada asalnya bas sekolah 1994 Blue Bird yang boleh memuatkan 72 penumpang.

Rumah dalam van

Rumah dalam van

Steve, digelar 'Lelaki Van'. Dia mempunyai laman web penuh mengenai pengubahsuaian van atau bas menjadi tempat tinggal.

Hotel Teksi

Hotel Teksi

Ketika berlangsungnya Sukan Olimpik London 2012, seorang pengusaha teksi Davis Weekes menukar keretanya menjadi hotel bergerak.

Diserang ibu beruk

KUALA TERENGGANU: Angkara seekor ibu beruk yang berang kerana menyangka seorang wanita cuba merempuhnya dengan motosikal, haiwan berkenaan naik angin dengan menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di muka selepas motosikalnya terbabas ketika cuba mengelak terkaman beruk berkenaan.

Diserang ibu beruk
PARAH...Tarmizi menunjukkan luka Mahana yang menerima empat jahitan di bibir dan bengkak seluruh muka.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Mahana Latif, 27, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan, di sini, ke Kampung Gemuroh, untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya.

Namun lima minit selepas keluar dari rumahnya, muncul beruk sambil menggendong anaknya melintas jalan secara tiba-tiba sebelum menerkamnya menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum terjunam ke longkang sedalam dua meter.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.

Suri rumah itu berkata, dia tidak mengingati sepenuhnya kejadian itu kerana pengsan ketika terjatuh ke dalam longkang sebelum dibantu penduduk yang kebetulan melalui di jalan berkenaan.

sumber- HMetro

Penjenayah serah diri lepas bergambar dengan Apek

Saiful Apek

BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Saiful Apek
EDAR...Saiful mengedarkan risalah pencegahan jenayah yang ditandatanganinya kepada pengguna jalan raya ketika Ops Bayan, Khamis lalu.
Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

sumber- HMetro

90 kali bedah untuk tampan

NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Justin Jedlica
BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. 

sumber- DM

100,000 dijangka serbu tayangan filem Hobbit

WELLINGTON, New Zealand - Kira-kira 100,000 orang dijangka berada di jalan raya dekat sebuah pawagam di sini yang menayangkan filem epik The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Peter Jackson pada Rabu ini.

The Hobbit: An Unexpected Journey
PELAKON Ian McKellen melakonkan watak Gandalf dalam filem arahan terbaharu Jackson itu.
Demam filem tersebut di New Zealand direalisasikan dengan ukiran gergasi watak-watak dalam filem itu antaranya ialah ahli sihir Gandalf di atas bangunan pawagam Embassy.

Epik itu mengisahkan watak Bilbo Baggins yang dilakonkan Martin Freeman untuk mencari kerajaan Erebor.

Filem tersebut akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan depan.

Sebelum ini Jackson yang berasal dari New Zealand pernah mengarahkan filem The Lord of the Rings.

Akhbar The National Business Review menganggarkan kekayaan peribadi Jackson sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion).

sumber- Agensi

Ratusan ribu penduduk berebut 20,000 jawatan sektor awam

BEIJING - Ratusan ribu penduduk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam di sejumlah sekolah dan universiti bagi mengisi kekosongan jawatan pentadbiran pemerintah China semalam.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1.5 juta rakyat China yang memohon untuk menduduki peperiksaan tersebut.

jawatan sektor awam
SEBAHAGIAN orang keluar dari dewan peperiksaan di sebuah sekolah di Beijing semalam.
Bilangan itu menunjukkan peningkatan 30 kali ganda berbanding sedekad yang lalu bagi mengisi hanya 20,000 kekosongan jawatan di sektor awam.

Peningkatan yang mendadak itu didorong oleh persepsi bahawa bekerja di sektor awam menawarkan jaminan pekerjaan.

Kebanyakan calon yang menduduki peperiksaan tersebut terdiri daripada pelajar universiti yang merupakan sebahagian daripada tujuh juta lulusan baharu yang akan memasuki pasaran kerja China pada tahun ini.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Liu, 31, memberitahu bahawa beliau berharap dapat bekerja di dalam sektor awam kerana faedah yang lebih baik dan tidak perlu risau mengenai pencen dan insurans kesihatan.

Calon-calon yang lulus peperiksaan tersebut perlu menjalani proses temu duga sebelum dilantik bekerja dalam sektor awam. 

sumber- AFP

121 maut kebakaran kilang di Bangladesh

DHAKA – Sekurang-kurangnya 121 orang maut apabila sebuah kilang pakaian hangus dijilat api di Savar, pinggir ibu kota ini, kata Jabatan Bomba Bangladesh semalam.

Kebakaran kilang sembilan tingkat itu dipercayai bermula dari tingkat bawah bangunan tersebut pada malam kelmarin dan menyebabkan ratusan pekerja terperangkap.

kebakaran kilang
DUA anggota polis memeriksa ruang dalam bangunan kilang tersebut yang hangus terbakar di Savar semalam. - AGENSI
Seorang penduduk berkata, ramai pekerja melompat dari tingkap dan mati di tempat kejadian.

Menurut seorang pegawai bomba, Mizanur Rahman, kebanyakan mayat ditemui di tingkat dua bangunan tersebut manakala punca kebakaran masih lagi disiasat.

Kejadian tersebut merupakan kebakaran kilang yang terburuk pernah berlaku di negara itu.

Pada tahun 2006, sebuah kilang di Chittagong terbakar mengorbankan 84 orang selepas mereka terperangkap akibat pintu kecemasan terhalang.

Bangladesh mempunyai 4,500 kilang pakaian dan merupakan pengeksport pakaian terbesar di dunia selepas China. 

sumber- Reuters

Hezbollah beri amaran kepada Israel

BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.

Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.

Sayyed Hassan Nasrallah
Sayyed Hassan Nasrallah
Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.

Kenyataan tersebut dibuat selepas pergerakan Hamas dan Israel menghentikan serangan pada Rabu lalu selepas rejim Zionis melancarkan serangan di Gaza selama lapan hari.

"Israel telah digegarkan dengan lima serangan roket sepanjang lapan hari konflik itu sebelum ini.

"Bagaimana pula rejim Yahudi itu hendak menghalang ribuan serangan roket yang akan jatuh ke Tel Aviv dan bandar-bandarnya jika ia menyerang Lebanon? soalnya.

Menurutnya, dalam konflik terbaharu di Gaza, seramai 166 penduduk Palestin terbunuh dan enam warga Israel maut sekali gus menunjukkan kejayaan hebat terhadap penentangan terhadap Israel.

Hezbollah telah menghantar sebuah pesawat pengintip ke ruang udara Israel pada bulan lepas.

Penghantaran itu mewujudkan ketegangan di wilayah tersebut selepas Israel mengancam untuk mengebom lokasi nuklear milik Iran. 

sumber- Agensi

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008.

kereta Ferrari
GAMBAR fail menunjukkan kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo remuk di dalam sebuah terowong di Manchester, Britain pada 8 Januari 2009.
Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat Lapangan Terbang Manchester di Manchester.

Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester United.

Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu.

Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis.

Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. 

sumber- Agensi