Pages - Menu

Friday, December 7, 2012

Mati dalam kereta

SABAK BERNAM - Pasukan rondaan anggota polis pacuan empat roda (MPV) terkejut apabila mendapati terdapat mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Kampung Air Manis, kelmarin.

Mayat tersebut ditemui pada kira-kira jam 8.30 malam selepas anggota peronda memeriksa kereta berkenaan yang dilihat mencurigakan.

Mati dalam kereta
Mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian dalam kereta oleh anggota peronda polis.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Wong Look Ang, 34, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, namun hidungnya didapati berdarah.

“Barang peribadi milik mangsa seperti dompet turut ditemui bersamanya dan selepas siasatan lanjut dijalankan, kita menolak terdapat unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa berkemungkinan diserang sakit jantung yang  menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

Noor Mushar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam berhubung kematian mangsa.

“Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi memudahkan proses siasatan kes ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Azrul Izwan Abdul Azih, 30, berkata, dia terlihat kereta berkenaan berada di tempat kejadian ketika melalui jalan itu pada kira-kira jam 11 pagi tetapi tidak menyangka ada mayat di dalamnya.

“Sekali pandang tiada sesiapa di dalam kereta itu jadi saya tidak mengendahkannya, namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut,” katanya.

sumber- Sinar

Keadaan kereta api di China

Pengalaman menaiki kereta api mungkin menyeronokkan tetapi adakalanya terlalu menjengkelkan. Ditambah pula dengan persekitaran serta pelbagai ragam manusia. Di China, sikap penumpang yang suka meludah serta membuat kotor semakin menjadi-jadi. Sehinggakan ada beberapa kes, terdapat penumpang yang membuang air besar di dalam tren. Ada juga yang bersikap tidak tahu bertolak ansur malahan tidak mahu berkongsi tempat duduk walaupun disebelahnya masih kosong. Perbuatan sebegini sebenarnya turut berlaku di Malaysia tetapi tidaklah terlalu serius. Berikut merupakan beberapa gambar keadaan dan ragam yang berlaku dalam kereta api di China.

berak dalam kereta api
kereta api di China
kereta api
sampah
samapah dalam kereta api
sampah-sarap
tempat duduk
tidur dalam kereta api
budak bermain dalam kereta api
telanjang di stesen kereta api

Kondom dalam makanan kantin

Kebiasaanya kita berasa jijik apabila terjumpa bendasing dalam makanan seperti rambut dan juga plastik. Namun ianya lebih beruntung jika dibandingkan dengan apa yang ditemui oleh seorang pelajar di universiti yang tidak dinamakan di Beijing ini.

Kondom dalam makanan

Pelajar tersebut telah menemui kondom dalam makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Tetapi kakitangan kantin menafikannya dan mengatakan ianya hanyalah kulit sosej.

Gambar menjijikkan tersebut dimuat naik dalam satu laman internet dengan petikan, "Hari ini saya terjumpa benda ini ketika saya ke kafeteria untuk makan sambil bermain telefon bimbit. Tukang masak mengatakan ianya kulit sosej. Sungguh bodoh! Mana mungkin pelajar universiti tidak tahu membezakan sosej dan juga kondom!"

Motor terbang atasi kesesakan

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.

Super Sky Cycle
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.

Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.

Super Sky Cycle
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.
Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

Kenderaan berharga $46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. “Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya. Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. “Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini,” katanya. 

sumber- DM

Gambar Bumi pada waktu malam

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.

Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.

Bumi waktu malam
PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.

Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.

"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. 

sumber- Agensi

Kubur unik dikelilingi projek kediaman

TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.

Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.

Kubur unik
DUA buruh bekerja di lokasi pembinaan bangunan kediaman di tepi bukit yang mengandungi sebuah kubur (dalam bulatan) di Taiyuan semalam. 
Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.

Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.

Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.

Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.

Pada Ahad lalu, media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.

sumber- Agensi