Penyelam dari Korea Selatan memakai pakaian seragam Santa Klaus ketika menyelam bersama sekumpulan ikan sardin di akuarium The Coex pada 8 Disember 2012 di Seoul, Korea Selatan, bersempena Hari Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi. Walaupun agama rasmi Korea Selatan adalah Buddha, namun, kira-kira 30 peratus dari penduduknya beragama Kristian dan perayaan Krismas dirai secara besar-besaran.
Pages - Menu
▼
Sunday, December 9, 2012
Kehangatan Nintendo Wii U di Jepun
TOKYO - Ratusan pembeli beratur di kedai elektronik di seluruh Jepun bagi mendapatkan permainan konsol Nintendo Co Ltd, Wii U yang baru dilancarkan di Jepun, semalam.
Media tempatan melaporkan, kira-kira 100 pelanggan menunggu di luar kedai elektronik terbesar Jepun, Bic Camera di daerah komersial Ikebukuro, Tokyo sebelum ia dibuka pada jam 8 pagi.
Orang ramai sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan permainan konsol Nintendo Wii U di kedai elektronik terbesar Bic Camera di Tokyo, Jepun. |
“Saya sudah menempah satu unit. Saya sanggup beratur panjang bagi merasai suasana ketika ini. Saya mahu pulang segera ke rumah untuk bermain permainan ini,” katanya.
Syarikat elektronik terbesar Jepun itu, sudah berjaya memasarkan permainan videonya itu di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia.
Lebih 425,000 unit baru sudah dijual pada minggu pertama selepas ia dilancarkan di pasaran AS pada 18 November lalu.
Keseluruhannya, sebanyak 97 juta unit peranti konsol Wii U sudah dijual di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2006.
sumber- AFP
Hisap ganja bukan jenayah
SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS).
Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu.
gambar hiasan |
Secara teknikal, undang-undang baharu itu masih melarang pengunaan ganja di tempat awam dengan denda akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan itu.
sumber- Agensi
Payung ajaib dari Korea
Bosan dengan penggunaan payung berkonsep lama yang sering koyak, terbang ditiup angin, serta perlu dikeringkan selepas diguna?
Payung rekaan terbaru ini bukan sahaja boleh mengatasi masalah tersebut, malah lebih hebat dari apa yang dijangkakan. Mungkin juga ada yang melihatnya seakan payung ajaib tetapi sebenarnya ianya dihasilkan dengan teknologi moden.
Je Sung Park dan Woo Jung Kwon, pereka dari Korea, telah menghasilkan payung unik yang hanya mempunyai pemegang. Rekaan ini dinamakan Air Umbrella. Ianya adalah peralatan elektronik yang berasaskan penggunaan udara.
Udara yang disedut dari bawah akan dihantar ke atas lalu menghasilkan penghadang tirisan hujan. Pemegangnya ringan dan mudah disimpan. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada payung ini berguna untuk menghadang cahaya matahari ketika panas terik atau tidak.
Penduduk diminta tangkap ular sawa
WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida.
GAMBAR menunjukkan seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 4.5 meter ditangkap di Taman Negara Everglades pada 14 November, 2009. |
Dianjurkan Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), pertandingan selama sebulan bermula 12 Januari depan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya.
"Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini," kata perkhidmatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Kali pertama ditemui di dalam paya Everglades pada 1979, ular sawa Burma mengambil masa 21 tahun untuk menjadi spesies paling dominan di kawasan itu.
Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik.
sumber- AFP