Pages - Menu

Thursday, December 13, 2012

Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup

Zdravko Tolimir

THE HAGUE - Mahkamah tribunal jenayah perang Yugoslavia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas staf tentera Bosnia Serb, Zdravko Tolimir atas atas peranannya melakukan pembersihan etnik Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995.

Para hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Tolimir, 64, yang merupakan ketua perisikan dan orang kanan kepada komander tentera Bosnia Serb, Ratko Mladic, telah merancang dan membunuh kira-kira 8,000 penduduk yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak Islam ketika menawan pekan Srebrenica pada Julai tahun tersebut.

Pembunuhan itu merupakan satu daripada proses pembersihan etnik yang dilakukan oleh kumpulan nasionalis Serb untuk membentuk negara Serbia di Bosnia dengan menghapuskan penduduk Islam dan Croatia yang menguasai beberapa wilayah.

sumber- REUTERS

Arca anjing dari rantai basikal

Seorang artis dari Israel, Nirit Levav telah menghasilkan seni menarik dari besi terpakai. Dia menggunakan rantai basikal terbuang untuk menghasilkan arca anjing. Pelbagai bentuk spesis dihasilkan dan hasilnya amat mengagumkan.

Nirit Levav Packer merupakan lepasan dari Parsons School of Design, di New York dengan kelulusan rekabentuk fesyen. Dia membina kariernya sendiri dengan merekabentuk pakaian pengantin, tetapi setelah beberapa tahun dalam industri tersebut, Nirt berasa kurang kepuasan untuk digelar pereka. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk belajar mengenai arca besi, tembikar, barang kemas, dan juga seramik. Arca yang dihasilkannya ini ada yang kelihatan seperti hidup dan seakan anjing sebenar.

patung anjing
anjing besi
patung arca
arca anjing
arca
arca besi

Penyeludup guna meriam untuk hantar dadah ke sempadan

Pelbagai cara digunakan bagi menyeludup dadah melepasi ke sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini beberapa bekas tin yang diisi ganja ditemui oleh Agen Rondaan Sempadan Amerika.


Tin seberat 2 pound tersebut dilancarkan menggunakan meriam. Kesemua 33 tin yang ditemui dianggarkan bernilai lebih U$D40,000.


Sebelum ini, pengedar dadah dengan beraninya menggunakan taktik pelik untuk menyeludup antaranya melancarkan dengan catapult, dan membina laluan kereta di atas pagar sempadan.

Sambut hari jadi ke-12 pada 12.12 tengah malam, 12/12/2012

NEW YORK - Ramai yang merancang mengikat tali perkahwinan pada tarikh keramat 12-12-12 dan ibu-ibu mengandung juga berhasrat untuk melahirkan anak pada hari ini.

Tetapi bagi kanak-kanak lelaki, Kiam Moriya boleh dikatakan beruntung kerana dapat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-12 hari ini pada jam 12.12 tengah malam waktu tempatan yang hanya wujud 100 tahun sekali.

Kiam Moriya
Kiam Moriya menyambut hari lahir ke-12, hari ini menunjukkan sijil lahirnya kepada pemberita.
Moriya dilahirkan di New York pada 12 Disember 2000 pada jam 0:12 bermakna dia menyambut hari lahirnya pada hari ini tepat jam 12.12 tengah malam.

“Bila saya menyambut hari lahir saya yang ke-12, tiada apa-apa yang bakal berlaku melainkan  umur saya saja yang akan berubah,” katanya.

Moriya juga menyatakan hasrat untuk menyambut hari lahirnya dengan donat Krispy Kreme yang dibentuk dengan angka 12 simbolik hari lahirnya.

Ramai di seluruh dunia menjadikan hari ini sebagai detik bersejarah mereka.

Banyak pasangan di seluruh  dunia tertarik dengan angka 12-12-12 untuk melangsungkan perkahwinan dan ada sesetengahnya menganggap hari ini sebagai bertuah bagi menjamin perkahwinan yang bahagia.

Tarikh seperti 10-10-10 dan 11-11-11 juga dilihat tarikh yang cantik untuk melangsungkan perkahwinan tetapi hari ini, 12-12-12 dilihat sebagai angka yang menandakan cinta.

sumber- Sinar

Video papa jahat

KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?”

budak kena dera

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anak tirinya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu. 

Difahamkan, mangsa adalah anak tiri hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.


Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

sumber- HMetro

Jennifer Lawrence wanita paling diidam lelaki

Jennifer Lawrence

LOS ANGELES: Aktres Amerika Syarikat, Jennifer Lawrence, diumumkan wanita paling diidamkan lelaki dalam senarai dikeluarkan laman sesawang AskMen.com, semalam.

Menurut undian dilakukan 2.4 juta orang itu itu, bintang filem The Hunger Games itu mengetepikan penyandang 2012, Sofia Vergara.

Pada 2011, bintang Gossip Girl, Blake Lively, dinobatkan sebagai Wanita Paling Diidam Di Dunia, selepas Emmanuelle Chriqui (2010) dan Eva Mendes (2009).

Jennifer 22, mula mencipta nama selepas muncul dalam filem Winter’s Bone pada 2010.

Filem itu membolehkan Jennifer dicalonkan untuk anugerah Oscar. Tempat kedua adalah Mila Kunis, diikuti Kate Upton, Rihanna dan Emma Stone. 

sumber- Agensi

Lelaki seterika muka sangka telefon

EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.

Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Tomas Paczkowski

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.

Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.

Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.

“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya. 

sumber- TS

Lelaki tanpa muka dapat anak normal

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.

Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.

Keluarga lelaki tanpa muka
BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. “Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.

Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008.

sumber- TS

AS lancar pesawat tanpa juruterbang ke angkasa lepas

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa lepas.

Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape Canaveral, Florida.

Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan.

Atlas V
ROKET Atlas V yang membawa kapal angkasa lepas X-37B berlepas dari Stesen Tentera Udara di Cape Canaveral, Florida kelmarin.
Kapal angkasa itu kemudian akan berpisah dengan roket tersebut.

Misi kapal angkasa itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Tentera Udara AS.

Firma United Launch Alliance yang wujud menerusi kerjasama antara Boeing dan Lockheed Martin menyiarkan imej penerbangan itu secara langsung di laman webnya.

Menurut firma tersebut, penerbangan itu adalah bagi menyokong eksperimen angkasa lepas.

Tentera AS pula memberitahu, program kapal angkasa itu adalah untuk memperkenalkan teknologi penerbangan angkasa lepas tanpa angkasawan.

Ia diperkenalkan ekoran penamatan misi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Bagaimanapun, ramai pakar angkasa lepas percaya kapal angkasa itu yang berupaya kembali semula ke Bumi merupakan sebahagian daripada program perisikan canggih AS atau berpotensi digunakan untuk mengganggu satelit negara-negara seterunya.

Projek X-37B itu dilancarkan NASA pada 1999.

Ujian pertama pesawat itu diadakan pada tahun 2010 dan mengelilingi Bumi selama tujuh bulan.

Dalam ujian kedua, pesawat tersebut mendarat pada Jun lalu selepas berada selama 469 hari dengan mengelilingi Bumi. 

sumber- Agensi

Sidang Parlimen Ukraine kecoh

KIEV - Beberapa aktivis pertubuhan Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita mendedahkan payudara mereka dalam satu protes antirasuah di luar bangunan Parlimen di sini semalam.

Parlimen Ukraine
SESI sidang Parlimen berlangsung selepas kekecohan berlaku.
Bantahan itu diadakan ketika satu pergaduhan melibatkan beberapa wakil rakyat tercetus di Parlimen Ukraine.

Sesi Parlimen yang dikenali sebagai Verkhkovna Rada bermula agak kelam-kabut semalam selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 28 Oktober lalu.

Seramai empat wanita muda melompat pagar Parlimen dan menanggalkan pakaian untuk mengadakan protes di pekarangan bangunan itu.

Seorang jurugambar agensi berita AFP menyatakan, mereka cuma memakai seluar dalam berwarna hitam dalam protes tersebut.

Keempat-empat aktivis berkenaan kemudian ditahan oleh beberapa anggota pengawal keselamatan.

Sebelum itu, mereka menyatakan di laman akaun Facebook Femen bahawa tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat.

Parlimen kali ini bersidang selepas parti politik pimpinan Presiden Viktor Yanukovych menang tipis pada pilihan raya dua bulan lalu.

Para pemerhati mengkritik proses pengundian pilihan raya itu termasuk tindakan pemerintah memenjarakan ketua pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko.

Proses pengiraan undi yang berlangsung lebih seminggu turut dicemari pelbagai insiden seperti pergaduhan di pusat-pusat mengundi, penggunaan gas pemedih mata di sebuah kawasan pilihan raya dan tindakan polis pencegah rusuhan menyerbu pejabat suruhanjaya pilihan raya.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, sebanyak lima daripada 450 kerusi Parlimen masih kosong ekoran dakwaan penipuan yang mendorong pegawai-pegawai pilihan raya mengadakan proses pengundian baharu di lima buah daerah yang dipertikai.

Semalam, para wakil rakyat daripada parti pimpinan Tymoshenko hadir di Parlimen dengan memakai pakaian berwarna hitam.

Bahagian hadapan baju itu tertera potret Tymoshenko.

Pergaduhan bermula apabila anggota-anggota Parlimen daripada pihak pembangkang menjerit kata-kata membenci rakan-rakan mereka yang membelot dengan menyertai parti pemerintah.

Mereka menyerang dua wakil rakyat yang menang atas tiket pembangkang tetapi dipercayai mahu menyertai parti pimpinan Yanukovych.

Insiden itu menyaksikan wakil rakyat iaitu Oleksandr Tabalov dan anak lelakinya, Andrei Tabalov ditolak keluar dari Dewan Parlimen dan dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

Pihak pembangkang kemudian mendakwa tanpa majlis angkat sumpah tersebut, kedua-dua wakil rakyat itu tidak boleh melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.

Setakat ini, status mereka masih tidak jelas.

Sidang Parlimen dijadualkan disambung semula lewat semalam bagi memilih seorang Speaker dan mengundi calon pilihan Presiden untuk jawatan Perdana Menteri Ukraine.

Yanukovych mencalonkan Perdana Menteri sedia ada yang juga sekutu rapatnya, Mykola Azarov untuk jawatan tersebut. 

sumber- Agensi

Kubur atas bukit di lokasi pembinaan akhirnya akan dipindah

TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pembinaan di sini akan dipindahkan.

Kubur yang terletak di atas bukit setinggi 10 meter itu sebelum ini masih belum dipindahkan walaupun kerja-kerja untuk membina sebuah bangunan kediaman sudah berjalan sejak tujuh bulan lalu.

Kubur atas bukit
BEBERAPA pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan semalam.
Menurut laporan, beberapa pegawai kampung di sini telah mencapai persetujuan dengan waris si mati untuk memindahkan kubur tersebut.

Persetujuan tersebut dicapai tanpa menaikkan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

Media tempatan membuat spekulasi jumlah pampasan itu ialah AS$160,400 (RM489,485).

Kubur itu telah berada di atas bukit tersebut sejak 2004.

Keluarga si mati akan menemui pakar feng shui untuk mencari tarikh yang bertuah untuk memindahkan kubur tersebut menjelang Sabtu ini. 

sumber- Agensi