Pages - Menu

Friday, December 14, 2012

Pengganti AES di China

Jika di Malaysia kecoh dengan sistem AES untuk memaksa pemandu mematuhi had laju, di China lain pula ceritanya. Mungkin cara yang mereka gunakan ini boleh disyorkan kepada JPJ. Kosnya pula adalah jauh lebih murah.

Selepas kecewa dengan undang-undang tempatan yang tidak dapat mengelakkan kemalangan maut  yang kerap berlaku akibat kecuaian pemandu di hadapan rumahnya di bandar Ningbo, wilayah Zhejiang, China, seorang wanita memutuskan untuk menyelesaikan sendiri masalah tersebut.

Dia mengikat patung seks yang dipakaikan pakaian dalam di pokok bersebelahan lintasan zebra. Kesannya amat memuaskan. Keadaan trafik semakin stabil malah pemandu cuai turut menurunkan kelajuan kenderaan untuk melihat benda tersebut.

patung selesaikan masalah trafik

Bakar diri kerana lamaran ditolak

Seorang lelaki tekad membakar diri setelah lamaran untuk mengahwini teman wanitanya ditolak. Kejadian ini berlaku di bandar Qingdao, wilayah Shangdong, China pada 23 November lalu.

Lelaki berusia 38 tahun yang hanya dikenali sebagai Wu tersebut berasal dari bandar Nanchang, wilayah Jiangxi. Keadaannya kritikal dengan 60% badannya melecur.

lelaki bakar diri

Kisah cinta mereka terjalin ketika bertemu di Nanchang. Namun, setelah beberapa lama, hubungan mereka kian retak. Teman wanitanya akhirnya pulang ke kampung halaman di Qingdao dan meminta untuk berpisah.

Pada 22 November, Wu tekad memandu kereta BMW nya dari Nanchang ke Qingdao yang jaraknya kira-kira 1,100 kilometer. Dia turut membawa hadiah untuk melamar teman wanitanya. Ketika perjalanan, Wu sempat membeli bahan bakar yang dipercayai minyak gas sebagai persediaan jika lamarannya ditolak.

Kira-kira pukul 8 pagi 23 November, Wu selamat tiba ke rumah kekasihnya. Wu melamar gadis tersebut malangnya terus ditolak. Pada awalnya, gadis tersebut serta ibunya ingatkan Wu hanya bergurau hendak membakar diri. Tetapi Wu benar-benar serius menjirus minyak ke badan lalu menyalakan api.

Mereka yang terkejut dengan kejadian tersebut segera menghubungi talian kecemasan. Ketika pasukan penyelamat tiba, Wu telah cedera teruk dan terpaksa dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kembar derita penyakit tulang rapuh

Amy Cowan Ava Cowan

LONDON: Sepasang kembar bakal menghadapi masa depan yang kabur apabila disahkan menghidap Osteogenesis Imperfecta (OI) yang menyebabkan tulang mereka sangat rapuh.

Bayi dari Cambuslang, South Lanarkshire itu dikenali sebagai Amy dan Ava Cowan, baru berusia lima bulan.

Penghidap OI boleh berdepan masalah patah tulang berkali-kali dan mungkin mengalaminya ratusan kali sepanjang hidup. OI jarang dihidapi dan hanya dihidapi seorang daripada setiap 15,000 penduduk Britain. Sementara itu, ibu kembar terbabit, Charmaine, berkata Amy dan Ava sangat sukar dijaga.

“Tidak kira bagaimana ada berhati-hati, tulang mereka mungkin patah,” katanya. Melalui X-ray pertama kembar itu yang dijalankan sejurus selepas dilahirkan, kata Charmaine, doktor mengesan 12 tulang patah dan bayi terbabit sangat sukar dialihkan. Kata Charmaine, keadaan itu memang menyedihkan kerana dia memang tidak tahan melihat anak-anaknya menanggung kesakitan.

Justeru, Charmaine, 29, dan suaminya, John, 30, terpaksa mengambil langkah tambahan setiap kali menguruskan Amy serta Ava. “Satu hari, saya memandikan Ava dan perlahan-lahan menggosok lengannya apabila ia tiba-tiba patah.

“Saya menjerit memberitahu suami dan kami membawa Ava ke hospital,” katanya. Namun, masalah tidak berakhir di situ.

Hanya lima minit selepas kembali ke rumah, kaki Amy pula patah ketika dia bergerak-gerak di atas katilnya. 

sumber- DM

Bayi lahir 12.12 tengah hari pada pukul 12.12.12

BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.

Noelle Joy Klinker
COLLEEN mendukung Noelle ketika seorang lagi anaknya memberikan minuman susu kepadanya di Hospital Besar Massachusetts, Boston kelmarin. - Agensi
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.

Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.

Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.

Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan.

sumber– Agensi

Greiner jual bola mata palsu

MUNICH – Seorang penjual kanta okulus, Gerhard Greiner di sini menjual bola mata kaca palsu kepada orang ramai yang kehilangan mata.

bola mata kaca palsu
Greiner membakar bola mata semasa menghasilkannya dengan menggunakan penunu gas.
Setiap bola mata palsu itu berharga AS$457 (RM1,395) dan ia mengambil masa satu jam untuk menghasilkannya.

Bola mata itu dimasukkan ke bahagian mata pelanggan yang tidak lagi berfungsi akibat kemalangan atau penyakit.

Ia juga boleh dimasukkan di tempat asal mata menerusi pembedahan. 

sumber- Reuters

Plot pembunuhan Justin Bieber gagal

LOS ANGELES - Penyanyi pop remaja, Justin Bieber dilaporkan menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh seorang banduan, Dana Martin, menurut beberapa laporan kelmarin.

Stesen televisyen ABC melaporkan, Martin, 45, merupakan banduan di sebuah penjara di New Mexico yang mahu Bieber, 18, dikasi dan dibunuh termasuk pengawal peribadi penyanyi berkenaan.

Mark Staake
Staake
Martin dijatuhkan hukuman penjara selama 978 tahun kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.

Terdapat imej Bieber pada tatu banduan tersebut di salah satu kakinya.

Martin mahu membunuh penyanyi tersebut selepas dia gagal menghubungi Bieber, menurut afidavit polis yang didedahkan media.

Dia menemui seorang bekas banduan, Mark Staake yang diupah untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Staake kemudian melakukan tugas tersebut bersama anak saudaranya, Tanner Ruane.

Menurut akhbar The Sun, serangan terhadap Bieber itu dirancang dilakukan pada November lalu semasa penyanyi berkenaan membuat persembahan di Madison Square Garden, New York.

Bieber akan dijerut dengan menggunakan tali leher.

Tali leher yang perlu digunakan untuk membunuh Bieber mesti mengandungi satu corak yang sama.

Polis mendakwa, Staake menemui Martin di penjara Las Cruces di New Mexico.

Martin dilaporkan mahu membunuh empat orang termasuk Bieber.

Polis berjaya mematahkan percubaan itu selepas mengintip perbualan Martin, Staake dan Ruane.

Ruane dilaporkan memberitahu Martin bahawa plot pembunuhan tersebut masih belum dilakukan.

Martin dilaporkan membuat pengakuan kepada polis dan memberikan nama Staake dan Ruane berhubung plot tersebut.

Menurut akhbar Toronto Star yang mendakwa melihat kandungan afidavit itu, Staake dan Ruane akan menerima AS$2,500 (RM7,635) bagi setiap testikel yang mereka potong.

Staake kemudian ditangkap di Vermont manakala Ruane ditahan di New York dengan gunting pemotong ditemui di dalam keretanya.

Staake masih ditahan manakala Ruane telah dibebaskan.

Setakat ini, kedua-dua mereka tidak dikenakan dakwaan percubaan membunuh.

Sementara itu, pengurus Bieber, Scooter Braun mengeluarkan kenyataan kepada US Weekly dengan menyatakan pihaknya mengambil setiap langkah untuk melindungi dan memastikan keselamatan Bieber dan para peminatnya. 

sumber- Agensi