LONDON: Sepasang suami isteri menjadi perhatian apabila anak-anak mereka memiliki tiga warna kulit berbeza.
“Keluarga Pelangi” Chris Giddings itu dianggap seperti sekotak coklat dengan gabungan warna gelap, perang dan putih. Ketika anak sulung mereka, Jacob, lahir enam tahun lalu, tiada yang aneh kerana kulitnya berwarna perang.
Keadaan sama turut berlaku ke atas anak kedua, Savannah, yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, pasangan dari Colchester, Essex itu terpegun apabila anak ketiga mereka, Amiah, lahir tiga tahun lalu dengan kulit putih dan bermata biru.
Kehairanan mereka bertambah apabila anak keempat, Zion, lahir dengan kulit gelap, bibir tebal dan hidung penyek seperti Giddings, 33, 10 bulan lalu.
Sementara itu, isteri Giddings, Tess, 24, berkata Amiah terlalu putih sehingga ujian DNA dijalankan bagi memastikan pihak hospital tidak tersilap menyerahkan bayi kepada mereka. “Ujian DNA menunjukkan Amiah benar-benar anak kami walaupun warna kulitnya sangat berbeza,” katanya.
sumber- TS