Orang-orang atau lebih dikenali sebagai scarecrow sering digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung dari menghampiri bendang mahupun ladang. Perkataan scarecrow sendiri diambil dari perkataan scare yang membawa maksud menakutkan dan juga crow bermaksud burung gagak. Kebiasaannya patung ini dipakaikan pakaian menyerupai manusia.
Sesetengah individu pula menggunakan daya kreativiti dengan menghasilkan scarecrow dalam bentuk yang lebih menarik. Namun, adakalanya scarecrow yang direka bukan sahaja mampu menakutkan haiwan tetapi turut boleh menakutkan manusia. Terdapat juga beberapa cerita seram mengenai scarecrow yang berhantu dan akan hidup pada waktu malam. Berikut merupakan beberapa reka bentuk scarecrow yang kreatif dan agak pelik.