Holllywood sememangnya terkenal sebagai tempat kelahiran bintang-bintang popular. Malah filem yang menelan belanja jutaan dolar juga turut dihasilkan disini. Sebelum industri perfileman mula bertapak di Hollywood, ianya bukanlah suatu tempat yang boleh dibanggakan. Dahulunya Hollywood hanyalah mengeluarkan hasil pertanian seperti oren, strawberi, dan juga nenas. Kini segalanya telah berubah. Berikut merupakan gambar-gambar sebelum industri perfileman mula berkembang di Hollywood.
Pages - Menu
▼
Thursday, January 31, 2013
Rumah untuk dijual
Jika dilihat pada iklan yang dipaparkan pada internet ini, pasti ramai yang ingin memiliki rumah tersebut. apatah lagi dengan senibinanya yang menarik dan juga kolam renangnya yang sangat luas. Sudah pastilah ianya menjadi rumah idaman untuk didiami oleh seisi keluarga.
Namun apa yang diiklankan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Sukarnya menggunakan mesin ATM di China
Sebuah mesin ATM yang terletak di Xi'an, Shaanxi, China, ini hanya boleh digunakan dengan cara mencangkung. Ianya disebabkan terdapat tembok yang terbina sehingga menghadang pengguna ATM tersebut untuk berdiri. Tidak pasti sama ada mesin ATM atau tembok ini yang dibangunkan terlebih dahulu. Namun perkara ini amat menyusahkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berbadan besar.
Kafe Barbie dibuka di Taipei
TAIPEI, Taiwan - Sebuah kafe yang menampilkan tema patung permainan Barbie dibuka di sini semalam.
sumber- AFP
Ibu benarkan anak buang air besar di atas lantai
Seorang ibu dari tanah besar China menarik perhatian ramai setelah gambarnya yang membenarkan anaknya membuang air besar di lantai lapangan terbang Taiwan tersebar, sedangkan jaraknya hanyalah sekitar kurang dari 25 meter dari tandas yang telah disediakan.
Gambar yang disiarkan oleh NowNews ini diambil oleh seorang pemandu pelancong dari Taiwan. Ianya menunjukkan seorang ibu meletakkan beberapa helaian kertas di atas lantai bagi memudahkan anaknya membuang air besar. Namun menurut individu yang mengambil gambar ini, tandas berdekatan terletak hanya kurang dari satu minit untuk berjalan kaki.
Ianya bukanlah disebabkan masalah penyediaan tandas awam tetapi disebabkan tabiat buruk kebanyakan warga China itu sendiri. Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku. Di negara mereka sendiri sudah banyak keadaan yang hampir sama didedahkan media seperti membuang air melalui tingkap bas dan juga membuang air di dalam kereta api.
Aksi lagak ngeri tanpa jaring keselamatan
SARASOTA, Florida - Seorang pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nick Wallenda berjalan di atas kabel setinggi 60.96 meter di sini kelmarin.
Dia yang berusia 34 tahun itu berjalan di atas kabel sejauh 152.4 meter. Ribuan orang menyaksikan aksi Wallenda itu.
Wallenda berjalan di atas kabel itu selama 15 minit dari Taman Bayfront ke bangunan Menara Marina.
sumber- Agensi
Wednesday, January 30, 2013
Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro
Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi.
Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram. Pelbagai fenomena paranormal yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, dan objek bergerak secara sendiri.
Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia ghaib.
Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.
Pandu Bumper Car di jalan raya
Kereta Langgar ataupun lebih dikenali sebagai Bumper Car merupakan antara permainan paling popular di taman tema. Jika dinamakan sebagai kereta, sudah pastilah ianya sebuah kenderaan. Adakah menjadi kesalahan untuk memandunya di jalan raya?
Kejadian ini berlaku di Taizhou, wilayah Zhejiang, China. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang memutuskan untuk mengambil langkah mudah dan murah dengan memandu dua Kereta Langgar di jalan besar bagi menuju ke taman berdekatan tanpa perlu mengangkutnya dengan menggunakan trak. Namun perbuatannya disedari dalam kamera pengawasan polis dan anggota polis berdekatan diarahkan untuk menghalangnya.
Zhang diberi amaran kerana memandu Kereta Langgar di jalan raya adalah menjadi kesalahan di China, tetapi tiada hukuman khusus yang ditetapkan atas kesalahan tersebut.
Kebiasaannya Kereta Langgar dijanakan oleh tenaga elektrik dan hanya boleh bergerak di dalam track yang disediakan khas. Mungkin rekaan sistem Kereta Langgar di China ini agak berbeza dan mampu bergerak di jalan biasa.
Bintang realiti bawa pulang cebisan tengkorak sendiri
London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam.
Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan ke atas otak, sekali gus menyelamatkan nyawanya.
Kini, Charie yang masih dalam proses belajar berjalan pulang ke Britain bersama cebisan tengkoraknya.
“Apabila kepala saya sembuh lebih lanjut, doktor akan cuba memulihkan semula tengkorak saya,” katanya.
sumber- TS
Wanita ketagih bulu kucing
Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.
Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.”
Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah. “Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya.
sumber- Daily Mail
Video: Perompak menangis dipukul mangsa
Satu insiden rompakan bersenjata yang mengejutkan telah berlaku di sebuah sebuah stesen minyak yang terletak di Oldenburg, Jerman. Namun insiden tersebut berakhir dengan saat dramatik dimana perompak tersebut menangis teresak-esak dan merayu agar dilepaskan.
Dalam rakaman CCTV, pekerja di stesen minyak tersebut sempat menekan suis kecemasan bagi meminta pertolongan. Kemudiannya dia berlari ke bilik berdekatan dan mengambil kayu pemukul baseball. Dia memukul kepala perompak tersebut berkali-kali dan memaksanya meletakkan pisau dan menyerah diri.
Menyedari dirinya bakal dijatuhi hukuman penjara, perompak tersebut memeluk pekerja itu dan merayu dengan kesedihan, "Tolong benarkan saya pergi. Saya mempunyai isteri dan anak-anak." Pekerja di steten minyak tersebut bersimpati dan memberikan kertas tisu untuk mengeringkan air matanya.
Ternyata cerita mengenai isteri dan anak-anaknya hanyalah rekaan bagi melepaskan diri dari menerima hukuman. "Polis memberitahu saya bahawa dia telah menipu. Dia ingin menghabiskan duit tersebut untuk membeli dadah."