Seorang lelaki Venice menghadapi beberapa pertuduhan selepas didakwa mengamuk sambil tidak berpakaian di dalam rumah sepasang suami isteri di North Fort Myers, Florida. Gregory Matthew Bruni, 21, menghadapi pertuduhan merosakkan harta-benda, pecah rumah dan beberapa pertuduhan lain lagi.
Mangsa memberitahu, ketika kejadian mereka berada di rumah sekitar pukul 6:50 dan terdengar bunyi mencurigakan di atas bumbung. Mangsa keluar dan terkejut apabila melihat seorang lelaki yang tidak berpakaian berada di atas.
Suspek kemudiannya melompat dari bumbung ke salah seorang mangsa lalu memukulnya. Dia kemudian berlari ke dalam rumah dan menarik televisyen 72-inci dari dinding ruang tamu lalu dipecahkan.
Mangsa memberitahu polis, dia menjerit pada isterinya untuk mendapatkan pistol ketika Bruni terus membuat kacau dengan mengetuk vakum dan melimpahkan kandungannya ke atas lantai.
Isterinya melepaskan tiga das tembakan dengan menggunakan pistol berkaliber 0.38 ke arah Bruni tetapi tersasar dan hanya mengenai dinding.
Lebih teruk, Bruni kemudian berkelakuan tidak senonoh dengan berbaring dan onani di ruang tamu sebelum dia berlari ke dalam bilik tidur anak mangsa dan menggosok mukanya dengan pakaian.
Mangsa yang cemas mengambil senapang patah dari bilik tidur utama namun memutuskan tidak mahu melepaskan tembakan dan hanya menggunakannya untuk berjaga-jaga.
Anggota keselamatan tiba di tempat kejadian dan menahan Bruni. Suspek cuba untuk melarikan diri namun tidak berhasil.
Bruni telah dibawa ke Hospital Memorial Lee untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, doktor masih tidak dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar dihadapi Bruni tetapi pemeriksaan susulan masih diteruskan.
No comments:
Post a Comment