Jika memiliki rumah ini, anda tidak perlu risau untuk terlepas tren ke tempat kerja. Namun, pemilik rumah ini pasti khuatir jika ada penumpang lain yang mengintai aktiviti seharian mereka melalui tingkap.
Satu peluang keemasan ditawarkan untuk sesiapa sahaja yang mahukan rumah impian di sebuah platform stesen kereta api yang sibuk. Dengan semudah membuka pintu belakang lalu boleh berjalan terus memasuki gerabak, pemilik rumah ini dianggap sangat bertuah.
Rumah stesen kereta api The Grade II-listed Victorian ini terletak di laluan London ke North Wales. Terdapat lebih 20 kereta api yang berhenti di perhentian ini pada setiap hari. Pembeli rumah ini juga diberi jaminan tiada sebarang gangguan untuk tidur sekurang-kurang selama enam jam. Kereta api tidak akan melalui stesen tersebut sekitar tengah malam hinggalah 6 pagi.
Ejen hartanah, Hugh Steele-Perkins berkata, "Ianya rumah impian di stesen kereta api. Anda boleh keluar dari bilik tidur lalu boleh menaiki tren secepat mungkin. Terdapat tingkap kecil sebelah rumah bagi membolehkan anda melihat tren yang tiba. Fikirkan, anda tidak perlu lagi menunggu di platform yang sejuk pada awal pagi untuk ke tempat kerja."
Rumah ini terletak di tepi pantai bandar Penmaenmawr, berdekatan Bangor, North Wales. Ianya mengambil masa kira-kira tiga setengah jam untuk bertolak menaiki tren dari London ke sini. Rumah ini juga dilengkapi tiga bilik tidur dan dijual dengan harga £127,500.
Steele-Perkins yang merupakan pengarah Jacksons Commercial, di Llandudno, menambah, "Stesen ini sangat sibuk kerana laluan utama Euston ke Holyhead. Anda juga boleh melihat pemandangan laut yang indah dari tingkat atas."
Rumah stesen ini dibina pada tahun 1850 dan dijadikan kedai antik sejak tidak digunakan oleh British Rail pada tahun 1986. Ianya dibina dengan batuan granit, 2220 kaki persegi dan mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah merupakan pejabat penjualan tiket dan juga ruang menunggu.
rumah ni hanya untuk orang malas je.hehehe
ReplyDeleteunik..namun sangat bahaya
ReplyDelete