Kelvin Okafor merupakan seorang artis yang amat berbakat. Dengan menggunakan pensil, lukisan yang dihasilkannya seakan gambar sebenar. Kelvin, 27, seorang artis dari London mengggunakan arang dan juga pensil grafit untuk melukis ikon terkenal seperti Rihanna dan juga Puteri Diana. Dia memerlukan sekitar 100 jam untuk menyiapkan setiap lukisan. Keunikan karya Kelvin telah menjebakkan dirinya ke persada seni dengan memenangi anugerah dan membuat pameran di galeri-galeri besar. Semuanya amat berbaloi kerana lukisan yang dihasilkannya dijual dengan harga £10,000 untuk setiap satu.
Wow
ReplyDelete