Tasmania: Sambil berpelukan erat dalam air dengan wajah ketakutan, keluarga ini terpaksa berlindung di bawah jeti lebih dua jam ketika kebakaran hutan Australia memusnahkan bandar tempat mereka tinggal.
Dengan oksigen makin berkurangan dalam udara yang tercemar itu, mereka berpaut pada struktur kayu berkenaan dan berpelukan semasa sendiri sebagai sokongan ketika harapan untuk keluar dari bencana itu kian tipis. Pada satu ketika, api turut membakar jeti terbabit dan memaksa Holmes menceduk air dari laut untuk memadamkan api itu.
Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit, Bonnie Walker bimbang keluarganya sudah terbunuh.
Dia meninggalkan anaknya, Charlotte, dua; Esther, empat; Liam, sembilan, dan Matilda yang berusia 11 tahun serta Caleb, enam tahun di bawah jagaan ibu bapanya ketika dia menghadiri majlis pengebumian.
Bonnie memberitahu dia memandu ke majlis pengebumian di Hobart ketika api membakar di kedua-dua belah jalan raya dan melepasinya sebelum api sampai di jalan raya dan memisahkan dia daripada keluarganya.
Dia memberitahu rangkaian ABC Australia: “Kami hanya menunggu di telefon dan menerima mesej pada jam 3.30 petang mengatakan ibu dan bapa sudah dipindahkan, mereka dikelilingi oleh api. Saya terus berdoa.
Dengan bekalan oksigen makin berkurangan dalam udara yang tercemar, Bonnie berkata, bapanya, “berusaha berdepan dengan risiko” untuk mendapatkan sampan kecil dari pantai.
Holmes memberitahu bagaimana dia mengarahkan isteri, cucu dan anjing peliharaan, Polly ke jeti berdekatan apabila melihat asap dari hutan yang terbakar di bumbung.
“Saya melihat ke arah anggota bomba dan berkata, “Saya perlu pergi kepada Tammy dan kanak-kanak itu,” katanya kepada West Australian.
“Ada masa, kami perlu masuk lebih dalam di permukaan air kerana ia terlalu panas dan ada juga ketika, jeti itu turut terbakar. Saya dapat menceduk sedikit air dan menyimbahnya ke jeti untuk memadamkan api itu,” katanya.
sumber- Daily Mail
No comments:
Post a Comment