Disebabkan tertinggal topeng semasa memecah masuk ke sebuah permis untuk mencuri, seorang lelaki terpaksa memakai baldi bagi mengelakkan identitinya dikesan.
Richard Boudreaux dikatakan telah memecah masuk ke restoran makanan laut tempat dia bekerja di Slidell, Lousiana. Dia telah membuat segala persiapan dengan membawa peralatan dan memakai sarung tangan supaya tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari. Namun, dia telah tertinggal topeng di rumahnya sebelum melakukan jenayah tersebut.
Selepas mengingati terdapat kamera CCTV yang dipasang di permis itu, Boudreaux mengambil langkah 'bijak' dengan memakai baldi di kepalanya bagi menyembunyikan identiti.
Malangnya, kamera tersebut telah merakam wajahnya sepintas lalu dan polis berjaya mengenali wajah tersebut adalah Boudreaux. Dia kemudiannya ditahan di rumahnya atas kesalahan pecah rumah dan memiliki ganja.
No comments:
Post a Comment