Video yang mengejutkan ini telah dirakamkan di sebuah lebuhraya di Lioning, China. Sebuah syarikat penunda mengambil langkah penjimatan untuk menunda empat kenderaan yang rosak sekali gus dengan hanya menggunakan satu trak.
Lebih mengejutkan, kenderaan yang ditunda tersebut semuanya bersaiz besar. Dua kenderaan yang ditunda ditarik seperti gerabak kereta api manakala satu diletakkan di belakang trak penunda tersebut dan satu lagi di belakang kenderaan paling belakang. Hal ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain jika berlaku perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment