New Delhi: Sekumpulan penduduk kampung di India memukul seekor harimau bintang dan menggantungnya di pokok selepas haiwan itu menyerang tiga penduduk di negeri Assam.
Seekor harimau bintang dikatakan menceroboh masuk ke rumah seorang penduduk, Haren Roy sebelum menyerang mangsa serta dua lagi anggota keluarganya.
Penduduk kampung yang bergegas ke rumah Roy selepas mendengar jeritan meminta tolong mengejar haiwan itu, lapor akhbar Business Standard of India.
Assam menyaksikan peningkatan serangan haiwan terhadap manusia sejak beberapa tahun lalu. Penduduk yang sebelum ini menghormati haiwan mula membunuh binatang itu berikutan berang dan ketakutan.
Pada Mac tahun lalu sekurang-kurangnya lapan orang cedera apabila dua harimau bintang di Kamrup menyerang mereka di padang. Penduduk kampung membunuh seekor, manakala seekor lagi melarikan diri.
sumber- Agensi
sakitnya.... sian dua2 !!
ReplyDelete