Callum Ward, 25, dilihat merapatkan dirinya pada sebuah ambulans sebelum berkelakuan tidak senonoh dengan membuat aksi mengawan pada kenderaan tersebut.
Seorang pegawai polis yang melihat perbuatan itu membuat kenyataan, "Dia kelihatan seolah-olah ingin berasmara dengan hadapan ambulans tersebut."
gambar hiasan |
Sebelum kejadian tersebut, dia dilihat menyalakan api untuk membakar paket kacang di dalam kotak telefon.
Ward didapati bersalah oleh mahkamah kerana mabuk sehingga berkelakuan tidak senonoh dan juga penyalahgunaan dadah terlarang.
Dia dijatuhi hukuman melakukan kerja-kerja komuniti dibawah kawalan selama enam bulan dan didenda sebanyak £60.
Ward menyatakan kekesalannya pada mahkamah, "Saya mabuk dan dibawah pengaruh dadah. Saya sedar banyak kesilapan yang saya lakukan akibat pengambilan benda tersebut."
Pada tahun 2007, Robert Stewart, dari Scotland, turut ditangkap untuk kesalahan yang hampir sama. Dia didakwa atas kesalahan seks selepas cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan basikal.
No comments:
Post a Comment