LOS ANGELES - Mayat seorang pelancong warga Kanada yang berusia 21 tahun, Elisa Lam ditemui di dalam sebuah tangki air di atas bumbung sebuah hotel di Los Angeles selepas tiga minggu dia didapati hilang, kata polis kelmarin.
Mayat itu ditemui pada hari Selasa lalu selepas pengunjung Hotel Cecil di sini mengadu mengenai tekanan air yang rendah.
Seorang pekerja penyelenggaraan menemui mayat Lam.
Lam yang berasal dari Vancouver dan mengembara seorang diri telah didapati hilang sejak akhir bulan lalu apabila dia didapati tidak lagi menghubungi keluarganya pada setiap hari.
Rakaman video keselamatan sebuah kamera litar tertutup dekat sebuah lif menunjukkan dia berkelakuan ganjil.
Pihak pengurusan hotel itu berkata, pintu masuk ke atas bumbung itu telah ditutup dan ia dilengkapi sistem penggera.
Namun, empat buah tangki simpanan air tidak dikunci.
"Kami tidak menolak ia adalah perbuatan khianat," kata jurucakap jabatan polis di sini, Rudy Lopez kepada akhbar LA Times.
Katanya, tiada apa yang didapati mencurigakan ditemui di kawasan kejadian.
Menurutnya, polis kini sedang menyiasat pergerakan Lam selepas dia tiba di Los Angeles pada 26 Januari lalu.
sumber- AFP
No comments:
Post a Comment