Pages - Menu

Thursday, February 28, 2013

Pura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk dalam tren

Seorang wanita Beijing yang berpura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk di dalam tren menimbulkan kemarahan ramai. Peliknya, dia sendiri mengecam syarikat pembekal peralatan silikon perut palsu tersebut kerana membuatkan temberangnya pecah.

perut palsu
Antara contoh perut palsu yang dijual di Internet
Wanita yang cuba meraih simpati dengan memakai perut palsu bagi mendapatkan tempat duduk di dalam tren yang sesak tersebut, pecah temberang apabila tali yang diikat antara peralatan itu dan juga pinggangnya longgar serta terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai Zhang itu membuat aduan kepada Biro Komersil China dengan mengatakan dia membeli perut silikon tersebut pada harga 300 yuan dan ianya dinyatakan terlalu realistik.

Zhang dilaporkan membeli peralatan ini secara talian tetapi tidak dinyatakan dari mana dia membelinya. Laman sesawang Taobao.com menjual perut silikon untuk digunakan sebagai prop lakonan pada harga antara 300 hingga 1,650 yuan.

Namun begitu, aduan Zhang terpaksa ditolak kerana terdapat pertikaian tujuan kegunaannya dan ianya tidak wajar untuk digunakan bagi aktiviti harian sepertimana yang dilakukan Zhang.

Semenjak itu, Zhang menjadi perbualan hangat akibat penipuan yang dilakukan dan juga aduannya yang dianggap lucu.

1 comment: