Pages - Menu

Thursday, February 14, 2013

Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin.

Wanita paling hodoh di dunia

Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara.

Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.

Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.

Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.

Julia Pastrana

Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS).

Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.

Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kon disinya.

Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.

Julia Pastrana

Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik.

Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.

Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. 

sumber- Agensi

No comments:

Post a Comment