Zombie sudah menjadi kegilaan sehinggakan ada majlis perkahwinan yang sanggup menggunakan tema tersebut. Kebanyakan individu berpendapat bahawa zombie adalah makhluk rekaan yang jijik dan menyeramkan. Tetapi ianya tidak menghalang ramai artis untuk menghasilkan karya mereka dengan menggunakan konsep tersebut.
Patung beruang yang dipanggil UndeadTeds ini diilhamkan oleh seorang artis dari UK, Philip Blackman. Ianya sama seperti patung beruang biasa namun apa yang membezakannya ialah ditambah unsur-unsur zombie yang amat mengerikan. Menjadi kejutan apabila idea yang dikatakan tidak masuk akal ini semuanya habis dijual.
Biarpun mendapat sambutan yang menggalakkan, kemungkinan besar tiada sesiapa yang sanggup memeluknya. Malahan mungkin juga ada yang tidak sanggup untuk menyimpannya di dalam bilik.
camne nak peluk teddy bear tu..ada yg sanggup ke..klu letak dlm bilik tengah malam,mahu terkejut dibuatnya..:)
ReplyDelete