Pages - Menu

Friday, March 8, 2013

Berbaris di Thailand

Bagi mana-mana permis yang menggunakan sistem nombor giliran, masalah berbaris panjang mungkin dapat diatasi. Namun sebenarnya masih banyak permis yang belum mempunyai sistem sebegitu.

Mungkin anda pernah terlibat dengan situasi ini, sedang anda berbaris panjang, tiba-tiba kaunter ditutup kerana telah masuknya rehat. Sudah pastilah anda tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut. Tambahan pula, mahukah anda untuk terus berdiri sementara menunggu pegawai yang bertugas untuk membuka semula kaunter. Ianya mungkin mengambil masa berjam-jam. Jika anda beredar, pasti orang lain yang akan memotong barisan dan anda terpaksa beratur semula.

Sistem yang diguna pakai di Thailand ini agak masuk akal. Sementara menunggu kaunter yang masih belum dibuka, tinggalkan kasut sebagai tanda dan carilah tempat duduk. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu letih berdiri. Mungkin agak melucukan tetapi sebenarnya ianya adalah alternatif yang amat bijak.

hanya di Thailand

2 comments: