Pages - Menu

Wednesday, March 27, 2013

Ibu tinggalkan bayi bersama sekeping nota sementara pergi membeli-belah

Seorang ibu di New Zealand meninggalkan bayinya di dalam kereta sementara dia pergi membeli belah. Dia turut meninggalkan nota pada selimut bayi tersebut meminta orang ramai menelefonnya jika terdapat sebarang masalah.

Seorang lelaki bersama keluarganya yang meletakkan kenderaan bersebelahan kenderaan tersebut di Pak'nSave Porirua terkejut dengan apa yang mereka lihat. "Pada bayi tersebut, saya terlihat nota tertulis 'Ibu saya sedang membeli belah, sila hubunginya jika saya memerlukan sesuatu', dan di nota tersebut tertera nombor telefon. Kami menunggu seketika kerana menyangkakan ibu bayi tersebut pergi hanya sekejap."

Beberapa individu lain yang berada di situ turut menunggu dan menghubungi ibu tersebut untuk segera kembali kepada anaknya.

Ibu tinggalkan bayi bersama sekeping nota sementara pergi membeli-belah

5 comments:

  1. memang gila.. adoi,. pelik betul manusia ni..

    ReplyDelete
  2. Adui macam tu pun ada.. haha. Kalau aida lah tak sanggup kot nak tinggalkan baby sendiri sorang2 macam tu.. risau ooo.. sudahnya tak beli barang kepala dok ingat baby dalam kereta :P

    ReplyDelete
  3. Alahai...kesiannya baby tuh. Aku slalu berharap agar jgn la ada lg kes2 macam ni. Aku x smp hati tgk.

    ReplyDelete