Pages - Menu

Tuesday, March 5, 2013

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

Rumah yang dibina di tengah-tengah sebatang sungai yang luas ini terletak di Taman Negara Tara berdekatan bandar Bajina Basta, Serbia. Rumah ini dinamakan Rumah di Sungai Drina atau dalam bahasa tempatan dipanggil Kućica na Drini (Kućica na steni). Tiada jiran malah tiada tanah melainkan seketul batu besar yang menjadi tapak pembinaannya.

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

Agak menakutkan untuk tinggal disitu apatah lagi ketika musim hujan takut kalau berlakunya banjir dan dihanyutkan air deras. Rumah ini dikatakan hanyalah untuk aktiviti rekreasi serta riadah dan bukannya sebagai tempat tinggal oleh mana-mana keluarga. 

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

"Rumah ini dibina pada tahun 1968. Bukannya mudah untuk membinanya di situ. Akhirnya saya berjaya menyiapkan dengan bantuan rakan-rakan," kata tuan rumah tersebut. Tambahnya rumah ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin bercuti.

Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik
Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik
Rumah di tengah sungai yang sungguh menarik

1 comment:

  1. memang tempat yg bagus utk menenangkan fikiran..nak bertapa pon boleh..hehe..:-)

    ReplyDelete