Seorang gadis berusia sembilan tahun telah membunuh diri di bilik air rumahnya pada Ahad lalu selepas memberitahu ahli keluarganya bahawa dia 'ingin mati'. Gadis yang dikenali sebagai Justin Williams tersebut dijumpai oleh ibunya dalam keadaan tergantung pada bingkai mandian di rumah mereka yang terletak di New York.
Hasil siasatan polis percaya dia mengambil keputusan untuk menggantung diri setelah sukar menerima kelahiran adik tirinya. Dia pernah dihantar oleh ibu bapanya untuk menjalani terapi tahun lalu setelah memberitahu mereka bahawa dia mahu membunuh diri.
Kenalan keluarganya turut memberitahu, dia terpaksa menjalani rawatan terapi setelah menjadi bermasalah selepas kelahiran adik tirinya.
No comments:
Post a Comment