Frane Selak dilahirkan pada 1929. Hidupnya dianggap amat malang kerana sering ditimpa kemalangan maut, tetapi dia amat bertuah kerana dapat terkeluar dari kemalangan tersebut hidup-hidup.
Kemalangan pertamanya berlaku pada musim sejuk, Januari 1962. Ketika itu Selak sedang menaiki kereta api ke Dubrovnik. Secara tiba-tiba tren yang dinaiki tergelincir ke dalam sungai beku dan mengorbankan 17 orang penumpang. Selak dapat keluar dari situ dengan keadaan tangan yang patah, luka-luka kecil serta lebam.
Setahun kemudian, Selak dalam penerbangan dari Zagreb ke Rijeka. Secara tiba-tiba pintu pesawat terpelanting dari kokpit dan Selak sendiri turut ditiup keluar dari pesawat tersebut. Insiden ini mengorbankan 19 orang penumpang. Namun begitu, sekali lagi nasib menyebelahi Selak apabila dia terjatuh di atas timbunan rumput kering dan terjaga selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital dengan sedikit kecederaan.
Pada tahun 1966, Selak berhadapan dengan maut untuk kali ketiga apabila bas yang dinaiki terbabas dan terpelanting ke dalam sungai. Seramai 4 orang individu terkorban dan amat menghairankan apabila Selak keluar dari situ dalam keadaan tiada sebarang kecederaan
Pada tahun 1970, Selak memandu berseorangan dan secara tiba-tiba keretanya terbakar. Mujurlah dia sempat keluar sebelum keretanya meletup. Tiga tahun kemudian, kejadian yang sama berulang dimana keretanya sekali lagi terbakar. Malangnya kali ini hampir keseluruhan rambutnya sempat disambar api.
Pada tahun 1995, Selak berada di Zagreb dan dilanggar oleh sebuah bas tetapi dia hanya mengalami kecederaan ringan.
Tahun berikutnya, Selak memandu di sebuah jalan pergunungan. Dia cuba mengelak kenderaannya dari bertembung dengan trak yang datangnya dari hadapan. Dia melambung ke atas dahan pokok dan kenderaannya pula terjatuh 300 kaki ke bawah sebelum meletup.
Pada tahun 2003, tiada malang yang berlaku sebaliknya dia hanya berhadapan dengan tuah paling besar dalam hidupnya apabila berjaya memenangi loteri bernilai jutaan dolar Croatia.
No comments:
Post a Comment