Pages - Menu

Tuesday, June 25, 2013

Bedah diri-sendiri

Pada tahun 1961, Leonid Rogozov, 27, merupakan satu-satunya pakar bedah yang mengikuti Ekspedisi Soviet Antartik. Semasa ekspedisi tersebut, perutnya terlalu sakit serta mengalami demam. Rogozov memeriksa dirinya sendiri dan mendapati apendiksnya mengalami radang dan akan pecah pada bila-bila masa. Dengan mengenakan bius, akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap diri sendiri bagi membuang apendiks tersebut.

bedah diri-sendiri

Tuesday, June 18, 2013

Kereta polis untuk disewa

Tiada sesiapa yang memerlukan sistem keselamatan rumah yang canggih apabila terdapat kereta polis yang diletakkan di luar rumah mereka. Idea menyewakan kereta polis palsu ini dicetuskan oleh seorang usahawan Switzerland, Andras Birrer dimana ianya dikhususkan untuk mereka yang sedang bercuti dan meninggalkan rumah mereka dalam jangka masa yang panjang.

Ianya bermula sebagai sebuah iklan gimik dari sebuah akhbar tempatan dimana terletaknya kampung halaman Andras Birrer sendiri iaitu Sursee, berdekatan Lucerne. Pemilik firma kereta sewa tempatan, Birrer mempunyai idea bernas dengan mengecat Hyundai i40 kepada warna kereta polis Switzerland, malah ianya turut dilengkapi dengan lampu amaran dan mengiklankan ia sebagai cara efektif bagi menangani masalah pecah rumah. Antara yang tertulis dalam iklan tersebut ialah, "Tidak mahu rumah anda dipecah masuk? Anda ingin menjalani percutian tidak lama lagi? Sewalah kereta polis kami, kami akan membiarkan ia di luar rumah anda sepanjang masa." Ianya agak mengejutkan namun orang ramai amat tertarik dengan perkhidmatan luar biasa tersebut. Andras memiliki beberapa biji replika kereta polis dan setiap satunya disewakan pada harga 250 francs seminggu.

kereta polis untuk di sewa

Sunday, June 9, 2013

Monyet berhati mulia

Dua individu buta ingin meminum air di Kuil Ragigudda yang terletak di Bangalore, India. Apabila mereka mengalami kesukaran untuk membuka paip air, seekor ibu monyet datang membantu dengan membukakan pili tersebut untuk mereka. Monyet dan kedua-dua individu tersebut dilihat saling berkongsi air dari pili yang sama dan apabila selesai, haiwan ini menutup semula pili yang digunakan dan meninggalkan tempat tersebut.

ibu monyet