Gambar yang amat menyentuh perasaan ini mula tersebar di laman Weibo. Antara petikan pada gambar tersebut ialah 'tiada sesiapa yang mahu membantu mangsa kerana masing-masing sedang sibuk menangkap gambar.'
Kemalangan tersebut berlaku di bandar Xi'an, China. Dikatakan mangsa yang berusia sekitar 60-an tersebut sedang melintas jalan bersama cucunya. Tidak semena-mena dia dilanggar oleh sebuah bas awam lalu terperangkap di bawahnya.
Orang ramai yang kebetulan melalui situ segera berhenti untuk menyaksikan kejadian. Malangnya tiada sesiapa pun diantara mereka yang mengambil langkah untuk menghubungi talian kecemasan. Mereka hanya mengeluarkan telefon bimbit masing-masing semata-mata untuk mengambil gambar.
Mujurlah seorang pegawai trafik tiba di tempat kejadian lalu segera menghubungi talian kecemasan. Mangsa dibawa ke hsopital tentera udara dan tiada perkembangan terbaru mengenainya.