Pages - Menu

Friday, January 4, 2013

Cara membuatkan daging babi lebih sedap

Huang Demin dari kampung Guanshan yang terletak di Ningxiang, China, telah melakukan kaedah penternakan yang pelik. Dia sering membawa babi peliharaannya untuk terjun dari tempat yang tinggi sebagai rutin senaman.

gambar babi

Huang berkata kaedah ini boleh meningkatkan imuniti babi, meningkatkan selera makannya, mempercepatkan pembesaran, dan yang paling penting ialah daging babi-babi tersebut lebih sedap. Babi yang menjalani rutin senaman ini kebiasaannya dijual dengan harga tiga kali ganda lebih mahal berbanding babi biasa. Kaedah senaman babi ini telah menarik minat pelancong luar untuk datang ke kampung tersebut bagi melihat dengan mata kepala sendiri.

khinzir
babi
foto babi
babi terjun

Parking kereta Toy-ota kerana jiran selalu ambil kesempatan

Seorang penghuni di sebuah kawasan perumahan benar-benar marah dan tidak mahu jirannya mengambil kesempatan ke atas kekosongan ruang meletak kenderaannya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk meletakkan sebuah kereta mainan di ruang tersebut bagi menghalang sesiapa sahaja yang cuba menggunakan tanpa izin. Hal ini benar-benar berlaku di Australia.

gambar lucu

Di belakang kenderaan mini tersebut, terdapat tanda amaran bagi mengharamkan sesiapa sahaja yang cuba mengalihkannya.

"Tolong jangan alihkan! Harta ini kepunyaan unit 1. Kami membayar sewa untuk ruang meletak kenderaan ini dan kami berhak untuk meletakkan sebarang jenis kenderaan."

gambar lawak

Gambar ini dirakamkan oleh seorang individu yang kebetulan lalu di situ. Dia agak pelik apabila terlihat kereta mainan di tempat meletak kenderaan. Setelah dibaca notis yang ditinggalkan, barulah dia tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Pakaian dalam dipamer tepi hutan

KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam.

Penduduk Zaliah (bukan nama sebenar), 25 berkata, dia terkejut apabila melihat beberapa helai pakaian dalam wanita ‘dipamer’ di dahan pokok dan papan tanda.

Pakaian dalam
Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota 2.
Menurutnya, sebagai wanita, dia sememangnya rasa terganggu dengan situasi tersebut apabila ada individu yang mungkin telah mencuri pakaian dalam tersebut semata-mata untuk kepuasan nafsu mereka.

“Saya tinggal di rumah sewa bersama empat rakan yang lain dan laluan tempat pakaian dalam ini di tayang merupakan laluan utama saya ke tempat kerja.

“Memang terkejut melihat keadaan ini dan pada masa yang sama saya rasa keselamatan kami sebagai wanita turut terancam.

“Apa muslihat individu tersebut menayangkan pakaian dalam ini jika tidak berunsurkan gangguan seksual,” katanya.

Sehubungan itu, dia kini lebih berhati-hati untuk menyidai pakaian di luar rumah sejurus insiden tersebut.

Bagi Haslinda (bukan nama sebenar), 23 berharap agar pihak berkuasa seperti polis dan rondaan SRS dapat dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

“Kawasan ini adalah kawasan perumahan, dan kami bimbang jika keadaan ini berlanjutan, akan ada masalah lain pula yang timbul.

“Jika si pelaku ini tidak ditangkap, mungkin ada yang menjadi mangsa rogol pula.," katanya.

sumber- Sinar

Melaram dengan baju emas

baju emas

MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.

Baju itu didakwa berharga RM800,000.

Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.

Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. 

sumber- HT

Lelong dara untuk rawat ibu uzur

Lelong dara

BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.

Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.

Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.

Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.

Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.

“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.

“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.

“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. 

sumber- TS

Anjing dipaksa bertarung hanya untuk hiburan

Ketika bandar-bandar besar sedang sibuk meraikan kedatangan tahun baru dengan tembakan bunga api dan hiburan yang meriah, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Jishan, wilayah Shanxi, China, meraikannya dengan cara tersendiri. Mereka memilih untuk menganjurkan pertandingan pertarungan anjing.

Pertandingan ini diadakan pada hari pertama tahun baru dan dianjurkan oleh sebuah syarikat industri batuan tempatan. Ianya disertai oleh anjing dari pelbagai baka berbeza yang datangnya dari sekitar wilayah tersebut. Kesemua pemilik anjing yang menyertai pertandingan ini diberikan sekotak rokok, air minuman, dan juga sepasang sarung tangan untuk dipakai ketika menonton anjing peliharaan mereka bertarung bermati-matian.

pertarungan anjing
anjing berlawan
anjing bertarung
lawan anjing
anjing lawan
haiwan berlawan

Filem komedi bajet rendah terlaris di China

BEIJING - Sebuah karya tempatan bajet rendah tanpa disangka menjadi filem China yang memperoleh pendapatan tertinggi sehingga ke hari ini.

Media rasmi China melaporkan filem komedi Lost in Thailand memperoleh kutipan lebih 1 bilion yuan (RM485 juta) sejak ditayangkan pada 12 Disember lalu.

Lost in Thailand
PENGARAH dan pelakon filem, Xu Zheng mempromosikan filem terbaharunya, Lost in Thailand di sebuah pawagam di bandar Chongqing, China.
Memetik perangkaan sebuah firma pemantauan box office, agensi berita Xinhua melaporkan kelmarin bahawa filem itu turut mengatasi filem Titanic dalam tiga dimensi (3D).

Karya arahan James Cameron itu merupakan filem asing paling popular di China sepanjang 2012.

Menjalani penggambaran di Thailand, filem Lost in Thailand mengisahkan dua ahli perniagaan yang pergi mencari ketua mereka di bahagian utara seterusnya menemui seorang pelancong yang teruja untuk meneroka negara itu.

Lost in Thailand sarat dengan jenaka slapstik dan adegan aksi. Rekod terdahulu untuk filem domestik ialah 726 juta yuan (RM353.5 juta) yang dicatatkan oleh filem Painted Skin 2. 

sumber- AP

Aktivis marah sirip jerung disembunyi

HONG KONG - Aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah.

Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa oleh ramai penduduk Asia.

sirip jerung
SEBAHAGIAN daripada ribuan sirip jerung disusun untuk dikeringkan.
Seorang aktivis, Gary Stokes yang melawat lokasi berkenaan menganggarkan terdapat antara 15,000 hingga 20,000 sirip ikan jerung sedang dijemur di atas bumbung sebuah bangunan di kota metropolitan ini.

Sirip-sirip jerung itu dipercayai sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan mendadak bahan makanan tersebut menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari depan.

"Penemuan ini mengejutkan. Tindakan menyorok sirip jerung di kawasan tersembunyi seperti ini adalah pertama kali berlaku di pulau ini," kata koordinator kumpulan pemuliharaan alam sekitar tempatan, Sea Seherperd kepada agensi berita AFP.

Sekitar 73 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dengan pulau ini mengimport kira-kira 10,000 tan makanan tersebut sejak sedekad lalu.

Kebanyakan sirip ikan itu kemudian dieksport ke tanah besar China.

Sekilogram sirip jerung kering boleh dijual pada harga HK$10,000 (RM3,911) di sini, manakala semangkuk sup sirip jerung berharga HK$1,000 (RM391). 

sumber- AFP