Pages - Menu

Friday, January 11, 2013

Pemegang sosej tercucuk mata budak 6 tahun

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun, hampir buta apabila pemegang sosej tertikam dimatanya. Ketika kejadian, Wang Zijun sedang makan sambil berdiri di tempat duduk belakang sementara ayahnya Wang Dong sedang memandu di wilayah Anhui, China. Namun tanpa dijangka, kereta diberhentikan secara mengejut dan Zijun tersentak ke hadapan. Buluh pemegang sosej telah tertusuk dengan kedalaman 1.5cm di bahagian matanya.

Wang Zijun

Dia dikejarkan ke hospital dan doktor mengeluarkan buluh yang menembusi soket mata kirinya dengan berhati-hati. Mujurlah tikaman tersebut tidak mengenai bebola mata Zijun. Jika tidak, kemungkinan besar Zijun akan hilang daya penglihatan.

Wang Zijun

Ayahnya mengulas, "Selepas kereta diberhentikan, anak saya menjerit dengan kuat lalu saya menoleh ke belakang. Saya terkejut melihat buluh yang tecucuk mata anak saya."

Wang Zijun

Ketua pakar bedah, Qiu Xiaorong berkata, "Bendasing tersebut telah menembusi dengan kedalaman 1.5cm. Mujurlah ianya tidak mengenai mata. Jika ayahnya memandu dengan lebih laju, mungkin bencana besar bakal berlaku." Ibubapa Zijun diberi amaran keras dan dinasihatkan untuk memakaikan tali pinggang keledar kepada Zijun selepas ini.

Raksasa Kanibal Yunnan dilaksanakan hukuman mati

Pembunuh bersiri paling terkenal di China, Zhang Yongming, dimana dia telah membunuh dan mencincang sekurang-kurangnya 11 mangsa, telah dilaksanakan hukuman mati pada Khamis lalu di wilayah Yunnan, menurut Mahkamah Pengantara Rakyat Bandar Kunming.

Zhang Yongming

Zang disabitkan kesalahan pada Julai 2012 kerana melakukan 11 pembunuhan yang disengajakan. Pembunuhan dilakukan sekitar March 2008 hinggalah April 2012. Dia disahkan mencekik mangsa lalu mencincang mayat-mayat tersebut dalam usaha untuk menghapuskan bukti.

Lebih ngeri, Zhang dikatakan turut menjual daging mangsanya di pasar tempatan sehingga digelar 'Raksasa Kanibal Yunnan'. Zhang pernah dijatuhi hukuman penjara sebelum ini atas kesalahan membunuh dan dibebaskan pada tahun 1997. Zhang berusia 57 tahun.

Ular tumpang naik pesawat

Penumpang sebuah pesawat Qantas di Australia dikejutkan dengan penemuan ular sepanjang tiga meter yang menjalar di sayap pesawat tersebut. Ular ini telah mengikuti penerbangan bersama pesawat tersebut dari Cairns ke Port Moseby. Mujurlah ular ini tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam kabin dan membahayakan penumpang.

Ular tumpang naik pesawat

Ular tersebut telah menemui ajal akibat suhu yang sejuk dan kelajuan penerbangan pesawat yang tinggi. Seorang kakitangan penerbangan berkata, terdapat sedikit kekecohan berlaku setelah pesawat tersebut mendarat di Port Moresby. Kejadian sebegini dikatakan masih belum pernah terjadi melainkan dalam filem Snakes on a Plane pada tahun 2006 yang dibintangi oleh Samuel L Jackson.

Ular tumpang naik pesawat

10 gambar yang mengejutkan

Sayangnya ayah pada anak di Palestine
Sayangnya ayah pada anak di Palestine
Gambar ini menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Rakaman ini diperolehi dari dua jurugambar Perancis yang diambil berdekatan Semenanjung Gaza. Gambar tersebut jelas kelihatan seorang ayah yang bernama Jamal al-Durrah cuba mempertahankan anaknya yang berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari terkena tembakan tentera Israel. Mereka bersembunyi di belakang dinding konkrit dan merayu agar diberhentikan tembakan. Malangnya, tentera Israel terus melepaskan bedilan sehingga kedua-dua beranak ini meninggal dunia.

Tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Gambar peristiwa ini berlaku pada kemuncak perang dunia ke-2. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah menghantar dua butir bom atom yang setiap satunya telah memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, seramai 90,000-166,000 penduduk Hiroshima terkorban manakal di Nagasaki pula dianggarkan sekitar-60,000-80,000.

Hukuman mati terhadap tentera Viet Cong

Hukuman mati terhadap tentera Viet Cong
Gambar bertajuk 'Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum mati seorang banduan Viet Cong di Saigon' ini dianggap sebagai salah satu gambar terkenal dalam sejarah kewartawanan. Bekas jurugambar dari Amerika, Edward Adams ini menerima penganugerahan untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Selatan Vietnam menjatuhkan hukuman mati ke atas tentera Viet Cong

Peristiwa serangan 11 September

Peristiwa serangan 11 September
Pada 11 September 2001, Amerika Syarikat dikejutkan dengan serangan dua pesawat penumpang yang merempuh menara berkembar World Trade Centre. Walaupun pihak Al-Qaeda dipersalahkan, namun masih banyak misteri mengenai dalang sebenar dan motif serangan tersebut yang tidak diketahui. Insiden ini mengakibatkan kira-kira 3000 nyawa orang yang tidak bersalah menjadi korban. Sesetengah gambar pula ada menunjukkan beberapa individu terjun dari tingkat atas dalam usaha bagi menyelamatkan diri.

Penjara Abu Ghraib

Penjara Abu Ghraib
Setahun selepas pencerobohan Iraq pada tahun 2003, dunia dikejutkan dengan laporan penderaan dan seksaan terhadap banduan di penjara Abu Ghraib. Perkara ini menimbulkan kemarahan dunia lebih-lebih lagi keluarga banduan di situ. Pegawai tentera yang terlibat dalam insiden memalukan tersebut disiasat dan didakwa mengikut undang-undang Amerika Syarikat.

Kanak-kanak dan burung pembangkai

Kanak-kanak dan burung pembangkai
Gambar yang penuh kesengsaraan ini diambil oleh bekas jurugambar dari Afrika Selatan, Kevin Carter. Ianya menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan yang sedang kebuluran merangkak ke pusat bantuan bagi mendapatkan makanan. Sementara itu, terdapat seekor burung pembangkai yang sedang memerhati dan menunggu kematian kanak-kanak tersebut bagi dijadikan santapannya.

Hector Pieterson (Kebangkitan Soweto)

Hector Pieterson (Kebangkitan Soweto)
Hector Pieterson menjadi ikon pada tahun 1976 bagi kebangkitan Soweto di Afrika Selatan selepas ditembak mati akibat perbalahan dengan polis ketika bantahan pelajar dilakukan. Gambar ini menunjukkan Hector yang telah tertembak diusung oleh beberapa pelajar lain.

Perkuburan kanak-kanak yang tidak diketahui (Bencana Bhopal)

Perkuburan kanak-kanak yang tidak diketahui (Bencana Bhopal)
Gambar di atas menunjukkan satu daripada lebih 3,787 kematian akibat bencana Bhopal pada tahun 1984. Bencana tersebut diakibatkan oleh gas toksik (MIC) yang dilepaskan dari loji racun perosak Union Carbide India Limited. Kira-kira 40,000 kes penyakit atau kecacatan disahkan akibat terdedah kepada gas tersebut.

Pembunuhan lelaki berkulit hitam

Pembunuhan lelaki berkulit hitam
Foto yang menggemparkan ini menunjukkan pembunuhan dua lelaki berkulit hitam kerana memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh teman lelaki wanita tersebut. Mereka diseksa dengan kejam dan digantung di khalayak ramai. Namun, dengan jelas menunjukkan kegembiraan bagi mereka yang menyertai pembunuhan kedua-dua lelaki tersebut.

Yahudi Terakhir Vinnitsa

Yahudi Terakhir Vinnitsa
Gambar yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Vinnitsa. Seorang lelaki Yahudi berlutut dihadapan kubur yang dipenuhi mayat sebelum dihukum mati oleh seorang ahli Skuad Tentera Kematian SS, Einsatzgruppe D.

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

MONTREAL - Kira-kira 12 ekor ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais di Teluk Hudson, dekat Inukjuak, 1,500 kilometer dari sini sejak Selasa lalu.

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

Datuk Bandar Inukjuak, Peter Inukpuk mendesak supaya pihak pentadbiran Kanada menghantar sebuah kapal bagi memecahkan ais bagi menyelamatkan haiwan tersebut.

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

Ikan paus itu mendapatkan bekalan oksigen dengan muncul di sebuah 'lubang' yang dikelilingi lapisan ais. 

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais
Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais
Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais
seorang lelaki menyaksikan dua ekor ikan paus pembunuh di sebuah lubang yang dikelilingi lapisan ais.
Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

sumber- Agensi

Robot meniru mimik muka kanak-kanak

Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak.

Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan berkerut.

Diego-San

Namun, kelebihan Diego-San tidak dapat dinilai sepenuhnya kerana setakat ini cuma bahagian wajah siap dibina.

Dalam klip video dimuat naik di YouTube, Diego-San yang dicipta menyerupai budak berusia setahun mempamerkan pelbagai emosi, termasuk gembira, sedih, terkejut, keliru dan marah.

Malah, Diego-San juga boleh menggigit bibir bawahnya seperti aksi kanak-kanak hampir menangis.

Robot itu dicipta sekumpulan pakar dari Institut Kajian Neural Universiti California di San Diego.

Diego-San

Mereka memasang kamera berdefinisi tinggi pada Diego-San bagi membolehkan robot berkenaan ‘melihat’ semua gerakan dan emosi manusia. Sejenis bahan dikenali sebagai frubber digunakan bagi menghasilkan kulit fleksibel Diego-San serta beberapa robot lain yang pernah mereka cipta.

Pakar robotik di universiti berkenaan menggunakan teknologi sains komputer canggih bagi membolehkan robot berkenaan mempelajari pelbagai pengalaman - sama seperti dialami seseorang bayi.

Diego-San

Ekspresi muka bahagian penting bayi berkomunikasi dan membantunya menjalin hubungan dengan orang lain. Robot bayi itu dinaik taraf daripada versi asal.

Antara pembaharuan dibuat adalah rahang baru dibina sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanannya. Pakar robotik, Dr David Hanson, berkata mencipta robot yang mampu memahami serta membuat ekspresi muka adalah aspek penting dalam mengajar mereka memahami perasaan manusia. “Kami mahu menghasilkan robot pintar dan empatik kerana ia jauh lebih penting,” katanya. 

sumber- Daily Mail

Katak spesis baharu yang boleh terbang

SYDNEY - Seorang ahli biologi Australia, Jodi Rowley dan beberapa rakannya dari Vietnam telah menemui satu spesies baharu katak yang boleh terbang.

Katak spesis baharu yang boleh terbang
Katak yang boleh terbang di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh Thuan, Vietnam.
Penemuan itu dibuat di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh Thuan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh.

Katak berwarna hijau itu 'terbang' dari sepohon pokok ke pokok yang lain.

Haiwan itu hanya turun dari pokok ketika musim mengawan.

Katak Pokok Helen
Baru-baru ini, spesies haiwan tersebut diberi nama Katak Pokok Helen.

Helen merupakan nama ibu Rowley.

sumber- Reuters

Otak dalam hidangan KFC

LONDON - Seorang pelajar terkejut selepas menemui objek menyerupai otak manusia di dalam tepung rangup ketika menikmati makanan di restoran hidangan segera popular di Colchester, timur London.

Otak dalam hidangan KFC
Objek dipercayai otak manusia dalam gumpalan tepung.
Ibrahim Langoo, 19, menemui daging berpusar berwarna merah dan masih berdarah.

“Mustahil di dalam ketulan dada ayam mempunyai bahagian otak,” katanya.

Ibrahim Langoo
Ibrahim Langoo
Sejurus menemui objek itu, pihak pengurusan restoran tersebut menawarkan baucar percuma kepadanya sebagai ganjaran ganti rugi dan berharap perkara itu 'selesai'.

Pihak restoran terbabit bagaimanapun, menafikan penemuan itu dan mendakwa ia adalah bahagian buah pinggang salah satu daripada ayam itu. 

sumber- The Sun

Kutip ikan sungai beku percuma

Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku dalam sungai ais.

BEIJING - Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini.

Kutip ikan sungai beku percuma

Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan.

Kutip ikan sungai beku percuma

"Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau.

Kutip ikan sungai beku percuma

Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api.

Kutip ikan sungai beku percuma

"Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. 

Kutip ikan sungai beku percuma
Kutip ikan sungai beku percuma
Kutip ikan sungai beku percuma
Kutip ikan sungai beku percuma

sumber- MailOnline